Jom kita tengok berapa jumlah purata caruman ahli KWSP dari tahun 1975 hingga Oktober 2012. By the way, data yang saya dapat ialah from website Bank Negara Malaysia @Monthly Statistical Bulletin Sep 2013.
By the way, nak baca graph ni, sebelah kanan ialah purata caruman manakala sebelah kiri pula jumlah pencarum dalam KWSP.
Pada tahun 1975 (masa ni saya belum lahir lagi), jumlah pencarum adalah hanya hampir 3 juta manakala pada bulan Oktober 2012, jumlah ini meningkat sehingga 13.44 juta. Memang dalam masa 37 tahun jumlah pekerja yang mencarum dalam KWSP telah meningkat lebih 4 kali ganda.
Manakala purata caruman seorang adalah meningkat daripada RM1,422 kepada RM22,047. Walaupun terdapat peningkatan lebih 15 kali ganda, ianya dilihat masih sedikit terutamanya di zaman sekarang yang mana kos hidup semakin naik.
Just imagine, kalau kita ada RM20,000 agak-agak berapa lama kita boleh survive.
By the way, data ini menunjukkan purata caruman, ini tidak bermakna kebanyakkan pencarum apabila pencen kelak ada caruman sebanyak ini. Maybe figure ni sedikit sebab ramai pencarum yang tidak aktif.
3 comments:
good info
tq for sharing
salam perkenalan dari ida
jemput singgah blog ida ye
umielman.blogspot.com
dah follow blog ni no 1848
20k tu rasanya boleh survive dalam kurang setahun kot.. itu pun kalau guna untuk makan je.. huhu
nama kawan dah x de dalam data pencarum tu.... hihihi
Post a Comment