Tadi selepas balik from Saba Restaurant, kitaorang singgah jap di tepi jalan Setiawangsa. Actually tempat makan cendol dan rojak ni dah banyak kali kami lalui tapi ni le first time dapat singgah. By the way, ianya sebuah lori yang mana dikendalikan oleh Buhari Nafis Catering (BNC).
Actually susah juga nak parking kat sini so hati-hati le ya, sebab ianya di tepi jalan, so bagi signal awal-awal.
Rojak biasa ni @RM3.00 ni boleh tahan juga rasanya dengan kepedasan dan kepekatan kuahnya membuatkan kita rasa sedap aja makan rojak ni. Saya bagi rating 7.6 out of 10 untuk rojak ni.
Cendol jagung ni boleh tahan juga rasanya membuatkan kita rasa nak makan lagi. Walaupun aisnya tak begitu halus tapi ianya boleh le especially keadaan cuaca sekarang yang panas. Pada harga RM2.50 ni ianya berbaloi untuk dicuba. So saya bagi rating 7.5 out of 10.
Yang ni ABC biasa yang diletak dalam gelas plastik, so kalau tak habis bolehlah bawa balik ya. Memang simple tapi cukuplah untuk kita menghilangkan dahaga. Jagungnya banyak juga. Yang ni saya bagi rating 7.7 out of 10. So secara keseluruhan bolehlah singgah kat sini ya kalau terasa nak makan rojak atau cendol or ABC. Selamat mencuba. Anyway boleh baca entri blogger Falsya mengenai pengalaman makan kat sini.
7 comments:
saya pn pernah try cendol kt sini.. mahal pernah try laksa & meehun sup yg sedap sebelah lori cendol ni..
biasa lalu tp tk pernh singgah..sbb ada bc ckp best ada ckp tk best..hehe
Ade kawan islamic banker balik bercuti dari perantauan. RIndu nak makan cendol dgn rojak kat lori tepi jalan mcm dalam gambat. Sudahnye bawak isteri dating makan cendol. Pesan dan makan dalam kereta
saya pun banyak kali juga lalu sebelah kedai ni, tengok ramai je berhenti singgah makan, fikir mesti sedap ni, tapi belum cuba lagi..
selalunya cendol tepi jalan memang sedap...
rojak sentiasa kena dan sedap makan dengan cendol
Tulah.. nak tau gak depa pindah mana.. kalau ada sesiapa tau bgtau la kat mana.. ngidam dah ni..
Post a Comment