Dalam beberapa hari lagi umat Islam akan mengerjakan rukun Islam yang kelima iaitu menunaikan haji di Mekah. Anyway saya nak share beberapa gambar yang telah dihantar oleh in-law. Abang ipar dan biras saya tahun ini diberi kesempatan oleh Allah untuk menunaikan haji. By the way, perbezaan waktu kat Malaysia dan Mekah adalah 5 jam iaitu Malaysia cepat lagi banding dengan Mekah.
Gambar ni adalah diambil daripada CCTV di dalam bilik hotel yang mana boleh tengok di dalam dan sekitar Masjidil Haram.
Ramai betul umat Islam mengerjakan tawaf. Memang kena sabar dan bila kita mengelilingi Kaabah kena ikut flow, maksudnya tak boleh berjalan terlalu cepat atau lambat.Untuk tawaf ianya disediakan dua tingkat. So kat bawah memang ramai.
Kalau tawaf kat bawah memang kena hati-hati sebab ramai juga orang yang jenis kasar, main rempuh aja. Maybe sebab nak gi Hajar Aswad dan fanatik nak pegang Kaabah then Makam Nabi Ismail.
Ni gambar yang diambil sejam sebelum solat Maghrib, tengoklah berapa jauh dengan pintu masuk masjid tetapi orang telah pun memenuhi di sekitar masjid.
Ni pula gambar yang diambil selepas mengerjakan solat Isyak.
Memang penuh dengan orang.
Ni pula semasa sembahyang Jumaat tadi. Memang panas sangat kat sini, lebih kurang 39.1 celsius.
Walaupun turun untuk sembahyang Jumaat 2 jam lebih awal tapi masih tak boleh sembahyang kat dalam.
Abang ipar cakap semasa sembahyang Jumaat adalah beberapa kali dapat bayang-bayang clock tower. Doakan segala urusan my abang ipar dan biras dipermudahkan dan juga kepada semua umat Islam yang akan mengerjakan haji nanti.
3 comments:
Assalam,
Subhanallah. Indah.
http://nurqasehbiz.blogspot.com/2013/10/nostalgia-terbang-di-langit-makkah.html
Harap dapat sampai di sana.... insyaallah. .
Semoga mudah urusan abang ipar dan biras u disana..
Insya Allah, harap suatu hari nanti dapat jejak kaki dan melakukan ibadah di sana juga.. :)
Post a Comment