Pages

Sunday, July 28, 2013

Macam Sedap Aja Menu Buffet Berbuka di Wadihana Islamic Kitchen Bangi

Tadi baru aja lepas tengok Jalan-Jalan Cari Makan, so adalah citer mengenai tempat makan bagi berbuka puasa buffet di Bangi. Nama tempat tu adalah Wadihana Islamic Kitchen yang bertempat di 25, Jalan Medan Pusat 2D, 38, Curve Business Park, Bandar Baru Bangi. Anyway, waktu buffet adalah from 6.30 petang hingga 10 malam.

Apa yang menarik ialah harga bagi buffet adalah RM45++ bagi dewasa dan RM20++ bagi kanak-kanak. Boleh dikatakan harganya agak murah jika dibandingkan dengan buffet di kebanyakkan hotel yang mana mencecah RM100++.

Bila surf internet jumpa le blog mommybeep yang pernah pi sana untuk berbuka @iftar. Macam-macam jenis juadah ada di sini dan pilihan boleh dikatakan banyak juga. So bila surf jumpa le facebook Wadihana Islamic Kitchen.

Jom kita tengok sajian yang ada bagi hari yang ke-8.
Ni rasanya nasi yang mana diletakkan telur dadar yang sudah dihiris. 
Ayam goreng berempah nampak sedap aja since ianya garing.
Bagi penggemar ikan keli sudah tidak syak lagi dengan pilihan ini.
Sotong goreng kunyit boleh tahan juga nampak gayanya. Anyway sajian kat sini, hari-hari ianya berlainan so bagi peluang kepada mereka yang selalu terjah sini untuk mencuba makanan baharu.
Ni rasanya daging masak sos tiram, hantam ajalah.
Pelbagai jenis sayur-sayuran disajikan.
Air tak sure, kalau tak silap ada tiga jenis air sehari untuk dipilih.
Kerabu mangga memang salah satu masakan kegemaran ramai.
Ni entah apa benda le.
Tengok aja telur masin sudah menggambarkan kesedapannya.
Bagi peminat ulam bolehlah cuba ya.
Kuih karipap adalah kuih yang biasa kita makan.
Samosa pun ada.
Cukuplah dengan makanan ya, kalau nak bihun yang masak panas-panas pun ada.

So kalau berminat bolehlah cuba call diaorang untuk buat tempahan. Kalau tak silap saya, kita boleh call untuk reservation seawal pukul 3.00 petang untuk kita makan di Wadihana Islamic Kitchen di Bangi.

Satu lagi, bagi mereka yang pernah makan sini, apa kata kongsi sikit pengalaman.

4 comments:

adda syuhada said...

adda pun baru tgk kt jjcm ngahri td..nampak cm best jer..

eelobor said...

kalau harga bawah RM50 kira kategori ok la lagi kan? mahal2 sangat pun buat apa...

Rasp said...

untuk price and food spread dia rasanya sangat berbaloi lah tu...
hurmmm agak2 yg kat danau kota tu ada gak ker buffet ni ek?

Papa-NtiQ said...

Hi ...saya pun baru jer upload pics masa makan kat wadihana steakhouse tapi branch Johor Bahru di www.blogmakanbest.blogspot.com
Senang2 tu singgah le yer....blog saya nih cakap pasal makan jerrr 100% takde topik lain hehe dan kalau bolih follow la yer TQ bebanyak...