Pages

Tuesday, December 10, 2013

Mudah Betul Beli Tiket Wayang The Hobbit Guna Smartphone @GSC

First time beli tiket wayang guna app GSC. Boleh download app ni melalui Google Play.
Bila dah download then pada muka hadapan app tu click Fast Ticket, so keluar le paparan ni.
Pilihlah cinema mana yang berkenan di hati. Macam saya pilih Mid Valley.
So beli le 2 dewasa dan 2 kanak-kanak. Kiranya untuk satu keluarga. Anyway sebelum paparan ni pilihlah tarikh citer apa ngan masa yang kita nak tengok movie ni. By the way, kami nak tengok citer The Hobbit.
Pas tu isikan butir-butir seperti nama, IC dan alamat e-mail.
Seterusnya pilihlah seat mana yang kita nak duduk. Tak nak duduk dekat sangat ngan screen, kan tak nampak pula dan tak selesa.
Masa beli tadi memang tak ramai lagi yang beli so senang le sikit nak pilih. 
Seterusnya keluarlah butir-butir pemilihan kita tadi dengan jumlah yang perlu dibayar. Harga tiket untuk dewasa adalah RM15 manakala kanak-kanak adalah RM8 pas tu campur fi untuk tempahan sebanyak RM0.50 seorang. Semua sekali RM48.
Tibalah masa untuk buat pembayaran. Terus ke m2u mobile. Isilah username dan password. 
So jumlah semua RM48. Check dulu sebelum continue. Ingat ya guna TAC untuk buat pembayaran. 
Dah siap buat pembayaran. Memang kejap aja.
Keluarlah pengesahan. Boleh scan guna barcode ataupun ambil tiket kat kaunter penempahan / Kelas Emas.
Ni le kat history page app tu boleh view. Yang merah tu saja aja tutup. 
At the same time, diaorang hantar maklumat lanjut mengenai pembelian tiket wayang GSC ke email kita. Begitulah serba sedikit cara untuk buat tempahan movie GSC. Hari Khamis ni dah keluar citer The Hobbit so tunggu ya Sabtu ni.

9 comments:

JR said...

Wow mudah aje kan? Tapi adakah ia terpakai utk semua panggung wayang atau pangung2 besar aje..?

Blog Santai said...

This is good. Senang.settle on the fingertips...

Unknown said...

Kalau guna smartphone nampak macam mudah tapi dengan syarat line internet kena tip top la kan

HeNRieTTa JoSe said...

Rietta pown tunggu sabtu jgak...dlu pernah guna web version utk reserve...skank dah xde...bli secara mobile blom lg....thanks for the share yea...

Psss..code kena tutup...mna taw ada yg nakal p scan plak...hehehe...

amirah said...

wow...ni memang dunia di hujung jari je ni..menyenangkan keje jugak ni kan bro

Affy Afiqah said...

Selamat menonton ya :)

Unknown said...

Yg TAC tu kne g dftar dkt maybank branch dlu yea

Sharinginfoz said...

Pak Yob: Yang TAC ni macam biasa kita buat transaksi menggunakan Maybank2u. Kiranya dia akan bagi nombor tu melalui telefon bimbit yang kita daftar

Unknown said...

kalau beli 2 ticket scan barcode 2 kali ka