Pages

Thursday, December 19, 2013

Memang Lazat Nasi Kandar Beratur Penang

Kalau datang Penang tak sah kalau tak cuba nasi kandar. Antara tempat yang mesti dituju ialah Nasi Kandar Beratur yang terletak di Jalan Masjid Kapitan Keling. Ianya dibuka pada pukul 10.00 malam sampai 9.00 pagi.

Kebetulan masa kami beratur memang tak ramai sangat tapi selepas bayar, line semakin panjang. By the way, kami bungkus aja. Beli satu bungkus memandangkan dah kenyang. Maklumlah dah kul 10 lebih.
Pelbagai lauk-pauk ada di sini, ayam, daging, udang, sotong, ketam dan macam-macam lagi.
Secara keseluruhan memang sedap, dengan kuah campur dan ayamnya yang garing dan cukup rempah. Sotong yang lembut dan udang yang just nice rasanya. Untuk lauk tersebut harganya RM16.60. Rating saya bagi 8.6 out of 10.

Jom kita tengok gambar-gambar.

4 comments:

amirah said...

terliur saya...thun lepas kami ke penang cuma dpt makan nasi kandar muhammadiah je..teringin betul nak mkn nasik kandar beratur. masa tu taktau pun kedai ni bukak pkul 10 ke atas je..

Sollehudin Sapari said...

lambatnye bukak..pk 2 3 kali nak pegi..hehe

Zaza Abdul Latif said...

rasa2 kalau bandingkan dgn ns kandar line clear, mana yg best? ke lebih kurang sama je?..

Sharinginfoz said...

zaza: bagi saya lebih prefer nasi kandar beratur especially kalau kita letak kuah banyak-banyak dan campur kuah. Tapi kalau yang suka nasi kandar yang kuahnya lebih lemak bersantan of course kena pilih line clear. Kat airport pun ada line clear.