Pages

Tuesday, December 31, 2013

Pujuk Anak Tidur Bilik Sendiri Dengan Set Cadar Kartun

Tahun depan, anak perempuan kami, Afiqah akan masuk 10 tahun so tibalah masanya untuk tidur dalam biliknya sendiri. So hari minggu yang lepas kami pergi ke Parkson untuk cari set cadar. Cari punya cari, Afiqah minat le dengan set princess ni yang mana ada cadar, sarung bantal dua, sarung bantal golek satu dan set comforter.

Harganya RM200++, boleh tahan juga tapi OK le. Harap-harap Afiqah berani dan boleh tidur bilik sendiri. By the way, ada juga tanya kawan-kawan, mereka cakap ada yang sampai 12 tahun masih tidur satu bilik dengan mak bapa. Ada juga seorang kawan ni dia cakap keenam-enam mereka termasuk mak bapa tidur dalam satu bilik. Maybe dalam bilik dia ada banyak katil kot. Macam-macam kan.

Saturday, December 28, 2013

Jom Naik Cable Car di Bukit Bendera Penang

Kalau jalan-jalan ke Penang, Bukit Bendera adalah salah satu tempat yang perlu kita singgah. By the way, ni le harag tiket yang dikenakan untuk naik train ke Bukit Bendera. Jangan risau, bagi warganegara Malaysia ada diskaun. By the way, untuk kami sekeluarga caj yang dikenakan adalah RM18. Memang berbaloi juga. 
Saya nasihatkan pergi le pagi-pagi since kul 6.30 pagi dah buka so tak serabut sikit dengan orang.Ni le waktu operasi ya.
Ni le tiketnya ya.
Dah lama tak pi Penang, keretapinya pun dah lain dan of course ianya laju. Kalau tak silap ianya ambil masa between 5 hingga 10 minit untuk sampai kat atas tu.
Bergambar kejap untuk jadikan kenangan.
Kan saya cakap cepat, dah sampai pun.
Beginilah keadaan landasan train ni.
Sampai kat atas jangan lupa tengok pemandangan Pulau Pinang melalui teropong ajaib ni.
RM1.00 dikenakan untuk tempoh kalau tak silap 3 minit.
Ramai betul orang tengah teropong ni.
Gelap juga awan ni, nak hujan ke penuh dengan asap kilang?
Hantam aja le.
Sempat bergambar dengan burung hantu.
Masa kami pergi hari tu kebetulan ada pameran dinasour so masuk le. Yang ni dikenakan bayaran. Entah berapa le.
Jom ambil gambar dalam pokok ni.
Tengok sekali Danish dan Afiqah macam kembar pula, walaupun beza umur diaorang 2 tahun. Begitulah serba-sedikit mengenai pengalaman naik train @cable car di Bukit Bendera.

Thursday, December 26, 2013

Jadual Cuti Sekolah 2014

Dalam beberapa hari lagi, kita akan meninggalkan tahun 2013. Selamat datang tahun 2014. By the way, saya nak share jadual cuti sekolah bagi tahun 2014. So senanglah sikit untuk kita merancang especially kepada mereka yang mempunyai anak-anak yang bersekolah. So bolehlah cuti-cuti Malaysia, tempah tiket kapal terbang ke.

Yang kat atas ni adalah cuti sekolah pada tahun 2014 termasuk sekali dengan hari persekolah bagi yang berada termasuk di Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Sabah, Sarawak dan banyak lagi.
Yang ni pula bagi mereka yang berada di Kedah, Kelantan dan Terengganu. Tak sure pula dengan Johor yang mana saya difahamkan yang hari minggu mereka adalah Jumaat dan Sabtu. Sumber jadual ni adalah from Kabinet.

Jom Masuk Sijil Simpanan Premium BSN

Rasanya ramai dah tahu yang Sijil Simpanan Premium (SSP) oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) adalah berlandaskan syariah. So baru-baru ini saya telah masuk SSP sebanyak RM3,000. By the way, saya masuk dalam SSP ini saya anggap ianya bukan pelaburan memandangkan kalau nak dapat banyak keuntungan lebih baik masuk paling kurang dalam Tabung Haji or Amanah Hartanah Bumiputera yang mana return adalah at least 5% setahun.

Saya masuk SSP ini ada sebab-sebab tertentu. Bukan untuk menang hadiah ya, tapi kalau menang apa salahnya. Tapi itu bukan sebab utama.
By the way, yang saya masuk ini lebih kurang macam fixed deposit yang mana return berdasarkan yang lepas adalah sebanyak 2.42% setahun. Of course yang ni minimum RM3,000 untuk setahun. Yang minimum RM1,000 adalah untuk tempoh paling kurang 6 bulan yang menawarkan indicative rate sebanyak 2.00% setahun.

Kalau nak masuk SSP yang biasa ianya minima RM10 dan tempohnya adalah 45 hari. Ini bermakna dalam tempoh 45 hari kita tak boleh keluarkan wang tersebut. Of course return adalah lebih sikit iaitu 0.40% setahun.
Kalau dibandingkan return masuk SSP sebanyak paling tinggi 2.42% setahun, ianya adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan kadar simpanan tetap BSN yang mana untuk tempoh setahun ianya adalah 3.35%. Tapi kalau kita nak masuk simpanan tetap, saya sarankan baik masuk dalam Bank Rakyat yang mana ianya lebih kurang 3.96% setahun.
Sambil-sambil menyimpan, kalau ada rezeki dapatlah hadiah yang ditawarkan seperti kereta, wang tunai, telefon bimbit dan macam-macam lagi. Itu kalau dapat, tapi bukan tujuan utama masuk SSP untuk menang hadiah ya.


Tuesday, December 24, 2013

Jom Tengok Toy Museum di Penang

Kanak-kanak apabila melancong ke Penang, mesti nak pi tengok toy di Toy Museum. 
Ni pula harga yang perlu dibayar untuk masuk dalam muzium ni.
Untuk kami sekeluarga, kosnya adalah RM50.
Bergambar dulu.
Kenal tak watak-watak ni dalam Lord of the Rings?
Ni citer apa le pula.
Nemo siapa tak kenal kan.
Memang luas betul kawasan ni, ada le dalam 5 to 7 lanes.
Hell Boy.
Harry Potter.
Macam Snow White aja.
Lama tak tengok citer Bug's Life ni.
Garfield pun ada.
 Star Wars.
Ni lupa pula apa nama citer ni.
Toy Story keluaran Pixar.
Wall-E ni memang unik. So memang meriah anak-anak dapat spend masa tengok toys yang ada kat sini.

Sunday, December 22, 2013

Jom Tengok Rumah P.Ramlee di Penang

Semasa ke Penang baru-baru ini sempat kami terjah Rumah P.Ramlee yang terletak di George Town.
Ni le rumah seniman yang menjadi pujaan ramai.
Ambil gambar untuk kenang-kenangan.
Salah satu peninggalan seniman.
Beginilah rupa dapur rumah P.Ramlee.
Ini pula ruangan dalam rumah.
Ni pula bawah rumah.
Kad pengenalan P.Ramlee dengan nombor 4131383 menjadi kenangan untuk semua. By the way, jom  kita tengok Fort Cornwallis yang dibina oleh Francis Light.

Saturday, December 21, 2013

Dapat Bonus Jom Kita Menyimpan

Hujung tahun ni, ramai dapat yang dapat bonus. Tunggu ya, jangan habiskan duit bonus, simpan le sedikit sebanyak.

Since saya rasa akan gunakan sebahagian daripada duit ni dalam tempoh 6 bulan so saya ambil langkah untuk simpan di dalam deposit berjangka (fixed deposit) kat Bank Rakyat. Pulangan yang diberikan adalah sebanyak 3.80% setahun so dalam masa 6 bulan dapatlah 1.90%. Di samping itu, kita kena juga letak sebahagian daripada duit bonus dalam akaun simpanan bagi memudahkan proses pencairan. Yang lebihnya buatlah apa-apa yang patut ya.

So dengan simpanan RM5,000 dapatlah pulangan lebih kurang RM95. Memang tak banyak jika dibandingkan dengan Amanah Hartanah Bumiputera yang memberi pulangan lebih kurang 6.5% setahun tapi mesti ingat yang ni bukan untuk pelaburan tetapi untuk simpanan. So jika dibandingkan dengan masuk dalam akaun simpanan, FD ni lebih tinggi, i.e. pulangan akaun simpanan adalah kurang daripada 1% setahun.
Anyway mengikut website Bank Rakyat, kadar pulangan bagi deposit berjangka adalah antara 3.21% dan 4.55% setahun. By the way, mengikut table ni simpanan 6 bulan memberi pulangan sebanyak 3.70% tetapi memandangkan saya adalah ahli Bank Rakyat so dapatlah tambahan 0.10% setahun.