Pages

Sunday, May 19, 2013

Susah Juga Jadi Pemandu Teksi

Masa kat KLIA ambil le teksi untuk balik ke Wangsa Maju.
So untuk sehala ianya berjumlah RM93.70. So borak le ngan pemandu teksi tu. Anyway mengikut penerangan yang diberikan, satu hari pemandu teksi yang menyewa dengan syarikat dikehendaki untuk membayar RM140. Mereka akan membayar selama 5 tahun. So saya buatlah pengiraan mudah, kalau sebulan ianya RM4,200 then kalau setahun ianya RM50,400 then kalau lima tahun ianya RM252,200. Wow banyak tu, ianya untuk sebuah kereta Waja.

Katakan kereta waja berharga RM65,000, then untuk tempoh 5 tahun dengan kadar profit / interest 4%, sebulan hanya RM1,300 or RM44 sehari. Hmmmm, kiranya syarikat tu memang untung besar le. Memang itulah rintihan pemandu teksi. (Sumber: autoworld)

Anyway itu mengikut apa yang saya dapat from pemandu tu, betul tak betul saya tak boleh pastikan. By the way, mengikut pakcik tu, paling kurang 5 trip dari KLIA perlu dibuat bagi mendapat gaji bersih sebanyak lebih kurang RM100 sehari. Kalau tak kerja, maknanya RM140 sewa teksi tu masih kena dibayar so kenalah kerja juga.

Memang itulah asam garam pemandu teksi, bukan senang nak jadi senang. So kalau bawa 3 trip aja, just "balik modal" then kalau 4 trip baru dapat gaji bersih sebanyak RM50 sehari. Satu lagi kupon yang diperoleh apabila membawa penumpang akan ditukar dengan syarikat, i.e. pagi then petang dapatlah duit. Satu lagi, setiap kali tukar, kalau tak silap RM2 or RM3 akan dipotong sebagai caj perkhidmatan. Lebih kurang macam tu le.

Perkara ini perlu diambil perhatian yang sangat serious oleh Kerajaan bagi menjaga kepentingan pemandu-pemandu teksi. Itu adalah pandangan peribadi saya. Apa pandangan rakan-rakan pula. Opppsss, kalau kereta rosak kena baiki then perlu diservis selalu sebab, paling kurang pun lebih kurang 600km sehari kereta ni akan bergerak. 

3 comments:

shahrilhakime said...

bersih tu tak kire lagi duit tol..duit minyakkk..... silap2 sehari...duit yg dapat bayo sewa teksi jeee......aduiilaaaa

Teena Tna said...

Susah jgk kan, jd pemandu teksi, kesian diorang kalau xd penumpang hari tu..

Nur Fauzi said...

sebab itu ramai pemandu teksi yang nak permit diberi pada individu, bukan syarikat. sebab bayar ke syarikat memang banyak. tak kerja pun sewa tetap kena bayar

memang penat.

tapi kalau teksi kat lapangan terbang ni tak tahu la macam mana permitnye.