Pages

Sunday, May 5, 2013

Dah Selesai Mengundi

Dah selesai mengundi hari ini. Inilah salah satu tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia untuk memilih wakil kita.
Pagi tadi memang tak ramai yang datang lagi. Sebab tu le untung datang awal kan. Mula-mula pi le semak nama kita, saluran dan "angka giliran". Actually sebelum ni dah semak kat internet tapi semak le sekali lagi kan.
 
Pilihlah saluran mana yang kita nak. Oppppsss, mana boleh pilih ya, ianya sudah ditentukan.
Kami dapat saluran empat dan lima. Kalau yang dah lama daftar, ianya saluran satu dan dua.
Ramai juga yang beratur, ada member lebih sejam beratur. Macam saya semua sekali tak sampai 30 minit. 
Ni keadaan dalam tempat mengundi. So bila kita dah pangkah then kena masukkan dalam peti undi le. Satu parlimen dan satu lagi dewan undangan negeri. Kalau dok kat KL, parlimen ajalah ya.
Ini pula gambar yang menunjukkan memula kita masuk. Semak nama, then nama kita, IC number dan nombor giliran dipanggil untuk agen pihak yang bertanding senang semak. Then jari telunjuk sebelah kiri akan dicalit ngan dakwat. Yang ni warnanya biru. Lepas tu kita diberi kertas undi. Then pi le pangkah dan masukkan dalam peti undi. Begitulah secara ringkas.

Anyway tinggal beberapa minit lagi sebelum ianya pusat pengundiaan ditutup, iaitu pada pukul 5 petang. Then malam ni kita tunggulah ya keputusan terkini pilihanraya ke-13.

3 comments:

velasrizal said...

mlm ini kita tgk ini kalikah atau lain kalikah

Hazmin said...

Lepas ni kehidupan akan berjalan macam biasa. Takda dah cerita politik je memanjang.

Nur Fannun said...

kt tmpt sy pg2 dh ramai org...
dkwt kekal tak kekal pun..