Pages

Wednesday, May 1, 2013

Cheese Naan Paling Sedap di Kuala Lumpur @Restoran Selera MY

Hari tu pi makan malam bersama dengan my friend, Mr. K. First time terjah di Restoran Selera MY yang tak jauh dari Lotus Hotel, berdekataan dengan Kompleks Pertama. Kami makan roti naan. Pilihlah roti naan apa yang anda suka, garlic, cheese, butter dan macam-macam lagi. 
Ni pula lauknya, nak lamb shank ke, mutton, beef keema, ayam dan macam-macam lagi. Aik, apasal ada telefon Samsung pula ni? Ni le telefon milik Mr. K, dia cakap nak masukkan telefonnya dalam blog sharinginfoz. Hantam ajalah.
Tak sempat nak ambil gambar secara dekat dengan roti naan yang dibuat.
Roti naan keju or cheese naan adalah pilihan saya dengan keema beef aka daging cincang. 
Daging cincang @RM10 sepinggan ni memang sedap sangat. Dengan rempahnya yang cukup menyelerakan dan boleh rasa keenakan dagingnya. Tak tahu nak describe benda alah ni tapi apa yang boleh saya katakan, walaupun kali pertama mencuba daging ni, terus terpikat, kalau berkesempatan saya akan datang lagi. Rating untuk daging ni saya bagi 8.8 out of 10. 
Ni pula cheese naan @RM6 sekeping. Cukup gebu dan masak dengan sempurna. Ianya tebal dan mengenyangkan dan of course padat dengan keju. Kali pertama juga cuba cheese naan dan saya dapat rasakan yang makanan ni menepati selera saya. Rating untuk naan ni, saya bagi 8.7 out of 10. 
 Lelehan keju yang cukup banyak dan kelembutannya membuatkan ianya sedap dimakan apabila sebaik sahaja kita mengunyah. Mengalahkan pizza terutamanya apabila kita makan roti naan yang masih panas. Apasal le saya tak tahu kewujudan Restoran Selera MY sebelum ni. Anyway terima kasih Mr. K kerana mengajak saya makan kat sini.

Ramai juga blogger yang pernah makan kat sini seperti reena, suliana dan iniblogsukasuki:
  • Reena: No wonder lah, restoran ni dah cukup famous dekat dalam internet. Memang rugi besarlah kalau ada sesiapa yang belum cuba makan dekat sini. Serius, memang berbaloi-baloi. 
  • Suliana: Sedap dimakan ketika sangat lapar dan makan kena panas2.. kalau tak lapar sangat takut tak habis, dah hujung2 tu muak juga la nak habiskan
  • Iniblogsukasuki: Naan cheese best in town! Limpahan keju yang mencurah-curah..hehe**

7 comments:

mama tisya said...

Mmg sedap.. Baru mkm last friday cz 1st time pegi penuh xdpt mkn..kalo nk tgk gmbr tgh bust cheese naan sy sempat snap skit..bole tgk kt blog sy

Suliana said...

Haa.. Dah lama xmkn sini. Dh naik singgit rupanya ye.. :-)

Hazmin said...

Rasanya restoran ni memang terkenal dengan roti naan nya. Tapi belum berkesempatan lagi nak terjah.

mamawana said...

Rasanya pernah singgah makan kat situ.. kuah dhal utk cheese nan yg duluu lagi sedap berbanding yg sekarang. Dengar cerita tukang masak asal dah balik Pakistan tu meninggal kat sana. Saya pernah makan beberapa kali dgn chef asal cheese nan itu. Gituler cegiternya... yg baru ni ok jugaklah sedapnyerrr...

Unknown said...

whoaaa...meriah betul cheese roti nan nie

Unknown said...

xsedap sgt actually. Cheese nan william's Kelana Jaya lagi sedap. Pkai cheddar. Ni pkai mozarella. Cheese dia rasa plain

Unknown said...

assalamualaikum

terima kasih byk2 kepada tuan rumah.

alhamdulillah kami semakin berkembang dgn sokongan anda semua.

terima kasih. review yg menarik dan lengkap.

kepada mamatisya. hazman. suliana. mamawana. azwan GP. terima kasih byk2. komen anda sgt saya hargai.

blh follow insta kami.

@rsmy_. kat sana mmg sentiasa update.

waktu operasi pun dh tukar.

terima kasih ye.