Pages

Sunday, July 31, 2011

Puasa Pada 1 Ogos 2011 | Selamat Menyambut Ramadhan

credit: jocko

Selamat menyambut Ramadhan. Untuk tahun ini, 2011 @1432H, ianya jatuh pada hari Isnin, 1 Ogos 2011 (esok). Semoga amalan kita pada Ramadhan tahun ini lebih baik dari sebelumnya. Baru sahaja dengar pengumuman @pengisythiran puasa sebentar tadi.

Sempena dengan ini, sharinginfoz dan keluarga mengucapkan selamat menyambut puasa @Ramadhan.

Untuk tengok pengisythiran puasa, boleh tengok kat video @youtube (credit: seri1206). Jom tengok niat puasa dan juga doa buka puasa.

Saturday, July 30, 2011

Tiket Keretapi Balik Raya Sudah Habis?

Puasa belum lagi tapi tiket balik kampung melalui keretapi sudah habis dijual? Tadi check website KTMB tolong somebody untuk beli tiket balik kampung from JB Sentral to Wakaf Bharu, Kelantan pada 28 Ogos 2011. Ianya dibuka pada pukul 8.30 melalui online tapi tak sampai sejam semua dah habis melainkan seat yang RM100+ TAPI tinggal satu seat aja. Macam mana nak balik kampung???? Hari sebelum tu pun dah habis. Kenalah cari bas ataupun flight.


Ini ialah jadual mengenai tiket balik kampung dan juga kembali. Sebagai contoh kalau nak balik pada 29 Ogos 2011, ianya hanya mula dijual pada 31 Julai 2011. So kena tunggu depan PC pukul 8.30 pagi then terus beli. TAPI masalahnya, bila masuk kul 8.30 pagi, website jem pula, adakah ianya disebabkan kena block bagi membolehkan somebody beli ataupun website jem ramai yang masuk.

Kisah Kelakar Malaysia Lawan Singapura

Walaupun Malaysia tidak layak ke pusingan seterusnya Kelayakan Piala Dunia 2014 peringkat Asia, ramai yang masih memperkatakan mengenai permainan. Anyway bukan itu yang nak saya ulas tetapi mengenai kisah anak pompuan saya semasa kami menonton perlawanan bola sepak ini di hadapan TV di rumah.

Afiqah: Mummy apasal asyik tengok bola aja, kalau menang pun bukan Mummy dapat hadiah!!!! Jom le temankan Afiqah tidur

Mummy: ###########

Cukuplah untuk kali ini. Tak nak komen sebab nak beri peluang kepada pembaca untuk komen.

Friday, July 29, 2011

Kedai Borong @Birthday Goodies

Hari tu sempena birthday Afiqah, dia cakap nak bagi goodies kat kawan-kawan kat kelasnya. Kalau budak-budak apa lagi nak bagi, "junk food" le kan. So pi le ke kedai borong yang terletak di Taman Melawati. Kat sana macam-macam ada, yang ada kedai runcit beli kat sini le.

Pas tu beli smiley punya badge. Risau juga ngan benda alah ni, kan dicucuk kawan-kawan susah le pula.

Pas tu beli juga goodies pack, alah yang nak masukkan benda alah tu.

Tak mahal sangat less than RM50 aja untuk satu kelas. Memang suka betul Afiqah dapat bagi kat kawan-kawan.

Thursday, July 28, 2011

Singapura Layak Ke Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia 2014


Singapura layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2014 peringkat Asia setelah menang dengan aggregate 6-4. Tahniah buat Singapura yang pandai berlakon dengan kecederaan manakala Malaysia juga perlu dipersalahkan akibat persembahan yang tidak menarik. Nasib baik penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi bermain cemerlang, kalau tidak Malaysia bolos dengan banyak lagi.

Satu-satu gol Malaysia dijaringkan oleh Safee Sali, jom tengok video @youtube. Pada perlawanan timbal balik Malaysia seri 1-1 lawan Singapura. Apa-apa pun, terima kasih kepada semua terutamanya kepada penyokong-penyokong Malaysia yang datang ke Stadium Nasional Bukit Jalil.

Jom lepaskan rasa tension dengan tengok Proton Saga FLX baru dan Playbook

Malaysia vs Singapura: Kelayakan Piala Dunia 2014 Pusingan Kedua Timbal Balik 28 Julai 2011

Malaysia vs Singapura: Kelayakan Piala Dunia 2014 Pusingan Kedua Timbal Balik 28 Julai 2011
Malaysia 1-1 Singapura (Gol Safee Sali)
  • Permainan tamat dengan Malaysia 1-1 Singapura dan Singapura layak ke pusingan ke-3 dengan aggregate 6-4.

  • 93": Fakri dilayangkan kad kuning ke-2 akibat pelanggaran dengan Jumaat Jantan dan seterusnya dilayangkan kad merah dan keluar padang

  • 90": 5 minit masa tambahan tetapi permainan terhenti akibat kecederaan pemain Singapura. Penjaga gol Singapura dilayangkan kad kuning akibat melambat-lambatkan permainan

  • 89": Gerakan cantik oleh Fahmi menyelamatkan keadaan setelah Qui Li melepasi pertahanan Malaysia, 1 lawan 1

  • 87": 3 minit lagi dan hantaran dihantar kepada dua pemain Malaysia di hadapan pintu gol, Amirulhadi dan Safee Sali melakukan gerakan akrobatik tetapi tak mengena bola

  • 85": Pemain Singapura jersi nombor 2, Safuwan cedera. Ramainya pemain Singapura cedera

  • 83": Kad kuning untuk Fakri akibat pelanggaran dengan penjaga gol, terbaring di atas padang, tidur ajalah kat padang tu

  • 81": 9 minit lagi, macam sudah diagak, seorang lagi pemain Singapura dibawa keluar, sakit ke????

  • 76": Tinggal 14 minit Malaysia menggandakan serangan untuk mendapatkan gol

  • 72": Syi Jiayi menjaringkan gol penyamaan untuk Singapura dan dengan itu Malaysia memerlukan 2 gol

  • 70": Tinggal 20 minit lagi untuk Malaysia menjaringkan satu gol lagi untuk melayakkan ke pusingan ketiga

  • 67": Pemain Singapura Jumaat Jantan cedera, tak sure sama ada disengajakan atau tidak. Fakri dimasukkan menggantikan Abdul Hadi. Pertukaran terakhir untuk Malaysia

  • 62": Ismail Faruqi dikeluarkan akibat kecederaan dan Gurusamy menggantikan beliau

  • 56": Gol yang ditunggu-tunggu oleh Malaysia muncul setelah Safee Sali menjaringkan gol cantik hasil hantaran baik oleh Kunanlan. Gol Safee Sali video at youtube

  • 48": Fadhli Shas melakukan kesilapan di hadapan pintu gol Malaysia tetapi dapat diselamatkan oleh Fahmi

  • 47": Shaiful Esah adalah pemain Singapura yang ke-3 dikenakan kad kuning

  • 46": Separuh masa kedua bermula dengan sekali lagi Fahmi menyelamatkan keadaan dengan merebahkan badan

  • 45++": Permainan tamat separuh masa pertama dengan Malaysia 0-0 Singapura. Jumpa lagi dalam masa 15 minit. Pemain terbaik so far ialah penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi. Bosan-bosan jom tengok Proton Saga FLX baru dan Playbook

  • 45+": Fahmi menyelamatkan keadaan arising from tandukan pemain Singapura yang cantik

  • 45": Masa tambahan 3 minit diberikan

  • 44": Qui Li seakan-akan melambatkan permainan dan tidak dapat dipimpin dan diusung keluar. Tetapi setelah aja berada di luar padang, OK aja Qui Li

  • 39": Sepakan penjuru yang ke-3 dapat ditangkap kemas oleh Fahmi

  • 38": Sepakan percuma di luar kotak penalti sebelah kiri diambil oleh Shaiful Esah direct ke pintu gol dan ditepis cantik oleh Fahmi. Sepakan penjuru dikeluarkan oleh Kunanlan

  • 36": Shi Jiayi terbaring di atas padang just outside kotak penalti Malaysia dan diusung keluar

  • 34": Sekali lagi sepakan percuma dan kali ini diambil oleh Ismail Faruqi sangat cantik tetapi tidak dapat disambut baik oleh pemain Malaysia. Kelihatan penjaga gol terbaring di atas padang setelah berlanggar dengan pemain Malaysia

  • 33": Sepakan percuma Safee Sali di luar kotak penalti sebelah kiri gagal menembusi pertahanan Singapura

  • 32": Sepakan percuma Malaysia ditangguhkan akibat pancaran sinaran laser ke atas penjaga gol Singapura

  • 31": Pemain bernombor 16, Daniel Bennet dilayangkan kad kuning akibat membantes kasar ke atas Kunanlan

  • 29": Malaysia sekaran dalam keadaan menyerang tetapi sukar untuk membolosi bahagian Singapura, pengawalan bola, Malaysia 53%:47 Singapura

  • 26": Sepakan percuma mengenai benteng dan lantunan bola diambil oleh Amirulhadi pula gagal membuahkan hasil

  • 25": Amirulhadi ditackle dan Malaysia mendapat sepakan percuma dari sebelah kanan pintu gol

  • 21": Aidil Zafuan kemungkinan ditukarkan dengan Muslim Ahmad. Memang sah akibat Aidil mengalami kecederaan

  • 20": Sudah 20 minit permainan, Singapura menguasai permainan dengan Malaysia banyak melakukan pertahanan akibat serangan manakala bahagian tengah tidak begitu berfungsi dengan baik

  • 14": Gawang Malaysia diserang lagi, macam mana dua pemain Singapura dapat terlepas dari perangkap offside dan Fahmi terpaksa bekerja keras untuk menjaga pintu gol

  • 12": Aidil kelihatan tidak begitu sembuh dan mendapat rawatan di luar padang dengan balutan di bahagian lutut

  • 9": Pelanggaran Aidil dengan Duric dan Singapura mendapat sepakan percuma dan memang satu tangkapan yang sangat cantik oleh Fahmi yang mana tiada pemain-pemain pertahanan mengawal beliau. Mana ni defenders

  • 5": Fadli Shas membjuat terjahan terhadap Qui Li dan sepakan percuma tersasar dan gagal disempurnakan oleh Safuwan yang berada di hadapan pintu gol

  • 4": Kunanlan mendapat hantaran cantik dari Safee Sali gagal menyempurnakan di hadapan pintu gol

  • 3": Shi Jiayi berjaya mengucar-kacil pertahanan tetapi rembatan tersasar tinggi

  • 2": Pengadil dari Jepun melayangkan kad kuning kepada Shi Jiayi setelah mengasari pemain pertahanan Malaysia

  • 1": Tangkapan pertama penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi sungguh kemas dan menghantar bola ke bahagian atas

  • Permainan baru sahaja dimulakan dengan Malaysia kelihatan tenang mengawal bola

  • Stadium dipenuhi dengan penyokong-penyokong Malaysia yang memakai baju kuning. Pemain-pemain Malaysia menggunakan jersi biru manakala Singapura pula berwarna merah. Jom tengok senarai pemain-pemain Malaysia dan Singapura
Previous Entry
Malam ini, 28 Julai 2011, perlawanan timbal balik pusingan kedua Malaysia vs Singapura akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada pukul 8.45 malam. Bagi penggemar sukan bola sepak, ianya boleh ditonton secara live melalui Astro Arena 801 pada pukul 8.00 malam (perbincangan), manakala di TV1 pada pukul 8.30 malam.

Malaysia perlu menang dengan perbezaan gol dua jaringan setelah Malaysia kalah 3-5 lawan Singapura di Stadium Jalan Besar, Singapura. Harap Malaysia menang 4-1 malam ini. Sudah tentu ingin melihat Safee Sali, Khairul Fahmi, Aidil Zafuan, Amirulhadi dan Abdul Hadi. Harap perlawanan timbal balik pusingan kedua ini memberi kelebihan kepada Malaysia bermain di Malaysia di hadapan lebih 90,000 penonton, rata-rata rakyat Malaysia.

Minta Maaf Kurang Blogwalking

Salam dan selamat sejahtera semua,

Minta maaf le kepada yang datang ke blog sharinginfoz sama ada meninggalkan jejak atau tidak, sekarang ini saya tidak berkesempatan untuk melawat blog kawan-kawan semua disebabkan oleh keutamaan menjalankan tugas di pejabat. Ini disebabkan saya baru sahaja kembali bertugas setelah setahun lebih cuti belajar.

Tapi saya akan cuba yang terbaik untuk menghasilkan tulisan dalam blog ini selepas waktu pejabat or semasa cuti hari minggu dan juga scheduled post.

Wednesday, July 27, 2011

Cantik Betul Duit Syiling Baharu Malaysia

Pada awal tahun depan, 2012, Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan duit syiling baharu (ingat yang bukan baru sebab maknanya berbeza) untuk edaran kepada orang ramai. Anyway kalau yang nak tengok dengan mata sendiri boleh beli kat Bank Negara Malaysia HQ dan cawangan mulai 26 Julai 2011.

Memang sungguh cantik, lebih kecil, ringan bagi memudahkan orang ramai menggunakannya. Duit syiling peringatan (Commemorative Coins) ini dikeluarkan sebanyak 500,000 set pada harga RM10.

Kat depan duit tu bermotifkan 50 sen (sulur kacang), 20 sen (orang asli), 10 sen (bunga melur) dan 5 sen (destar siga). Di samping itu, ada 14 titik melambangkan 13 negeri dan Wilayah Persekutuan dan lima garis mendatar bagi menggambarkan prinsip-prinsip Rukun Negara (kecuali 50 sen).

Kat belakang duit syiling pula ada motif Bunga Raya, bunga kebangsaan Malaysia, tahun dibuat, nilai duit syiling dan perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA".

Apa lagi jom pi terjah Bank Negara Malaysia untuk memperoleh duit syiling baru (oopppppsss baharu). In the mean time, tengoklah gambar-gambar ni ya sebelum anda dapat tengok di depan mata.

Tuesday, July 26, 2011

Cantiknya Jom Tengok

Apa yang cantik? Nak tahu jom terjah jualan istimewa sempena ulang tahun ke-3 eightdesigns. Yang ni ialah shawl kerinting-balqis pada harga special @RM18 jika dibandingkan dengan RM23 sebelum ini. Materialnya adalah sutera dan polyester.

Yang ni pula T-shirt Love-Love-Love. Wow 3 kali sayang @cinta. Harga sekarang adalah RM30 compared with RM42 sebelum ini.

Actual banyak lagi yang ada, by the way, promosi ini sah from 25 Julai 2011 (10 pagi) sehingga 2 Ogos 2011 (6 petang). So apa lagi, jom terjah edz.com.my @eightdesigns.

Monday, July 25, 2011

Apa Ada Dengan Sarang Jerung?

Selalunya bila kita dengar mengenai jerung ianya adalah sesuatu yang ganas tapi tidak untuk blog ini, Sarang Jerung @izzudin.com. Memang banyak benda boleh kita tahu apabila masuk ke sarang jerung.

Blog ini quite new, ianya dilahirkan pada 29 Januari 2011. Semasa entry ini ditulis, jumlah pengikut adalah 300++ dan kat fanpage @facebook dah melebihi 700 orang. Not bad dalam usia lebih kurang 6 bulan.

Sekarang ni ramai yang bercerita mengenai sukan bola sepak Malaysia, tidak kurangnya kat blog ini. Yang terbaru ialah "perbalahan" Malaysia vs Singapura di dalam facebook. Malaysia yang kalah 3-5 di Singapura masih mempunyai peluang untuk melangkah ke pusingan seterusnya. Main kat Stadium Bukit Jalil nanti, buat yang terbaik.

Kalau nak tahu mengenai filem terbaru, kat sini memang update punya. Dah tengok ke cerita Harry Potter? Nak tengok yang terbaik pergi ke GSC Maxx Berjaya Times Square. Pengalaman Sarang Jerung di sana memang menyeronokkan dan sungguh teruja dengan kisah Harry Potter yang terakhir ini.
Kisah peribadi juga dikongsi, salah satu daripadanya ialah zaman SPM dulu. Kisah mengenai Matematik Tambahan seronok dibaca dan macam-macam pengalaman lagi dikongsi bersama pembaca.

Untuk blogger yang nak naikkan rating, boleh baca dalam entry "Tips naikkan ranking Alexa". Salah satu daripadanya ialah pakai domain sendiri. Alamak kat blog sharinginfoz masih guna blogspot. Dari dulu nak tukar tapi tak tertukar le pula.

So memang banyak benda kita boleh belajar, jom terjah Sarang Jerung @izzudin.

Bulan Puasa Semakin Hampir

Just nak share sedikit informasi yang saya dapat semasa menghadiri kuliah sempena kehadiran Ramadhan minggu depan. Memang banyak juga ilmu yang disampaikan dan apa yang saya nak share kat sini ialah mengenai doa.

Kalau tak silap ada 34 atau 43 tempat atau masa yang afdal untuk kita berdoa dan salah satu daripadanya ialah berdoa sebelum buka puasa. Maybe 10 minit sebelum berbuka kita berdoalah. Kan doa itu ialah senjata orang Islam.

Boleh berdoa untuk diampunkan dosa, dimurahkan rezeki, mendapat keberkatan hidup, memperoleh kesihatan dan sebagainya. Itu aja yang saya nak share hari ini. Semoga puasa tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.

Sunday, July 24, 2011

Serangan di Norway Mengorbankan 92 Orang

Mengikut Al-Jazeera, 92 orang telah terkorban setelah berlakunya serangan di Norway. Polis telah mengesahkan bahawa suspek ialah Anders Behring Breivik yang berumur 32 tahun, neo-Nazi. Perkara ini berlaku di Kem Remaja yang melibatkan remaja yang berumur 15 to 17 tahun. Tembakan dan bom berasaskan baja telah digunakan di dalam serangan di Norway ini.

Tradegi yang dasyat ini berlaku pada hari Sabtu.

Malaysia Kalah 3-5 Kepada Singapura: Kelayakan Piala Dunia 2014

Malaysia kalah 3-5 kepada Singapura pada perlawanan pertama pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014. Pada perlawanan ini Malaysia mendapat 3 gol hasil jaringan Safee Sali (2 gol) dan satu gol daripada penyerang gantian Abdul Hadi. Singapura pula mendapat gol daripada Aleksandar Duric (2 gol), Qui Li, Mustafic Fahrudin dan Shahril Ishak.

Malaysia kena gunakan peluang bermain di Stadium Bukit Jalil pada 28 Julai 2011 nanti dalam permainan kedua bagi melayakkan ke pusingan ketiga peringkat Asia, Kelayakan Piala Dunia. Dalam pusingan ketiga 20 pasukan terbaik Asia akan dibahagikan kepada 5 kumpulan @4 pasukan setiap kumpulan. Malaysia perlu menang 2-0 or 3-1 or 4-2 or better bagi berpeluang ke pusingan seterusnya.

Saturday, July 23, 2011

Keputusan Semasa @Terkini Malaysia Lawan Singapura: Perlawanan Bola Sepak Kelayakan Piala Dunia 2014 (23 Julai 2011)

Update: Malaysia vs Singapura (28 Julai 2011)

Keputusan Semasa @Terkini Malaysia Lawan Singapura: Perlawanan Bola Sepak Kelayakan Piala Dunia 2014 (23 Julai 2011)
Malaysia 3-5 Singapura
  • 93": Permainan tamat dengan Malaysia kalah 3-5 kepada Singapura. Malaysia perlu berjuang habis-habisan pada 28 Julai 2011 nanti. Perbezaan 2 gol dan 3 gol di tempat lawan memberi seikit kelebihan kepada Malaysia.

  • 90": 3 minit masa tambahan

  • 88": Tinggal 2 minit lagi dan Malaysia terus memberi tekanan ke atas Singapura

  • 83": Abdul Hadi membua percubaan baik tetapi dapat diselamatkan oleh Izwan

  • 81": Malaysia bolos lagi, Aleksandar Duric menjaringkan gol setelah "memperdayakan" pemain-pemain Malaysia. Walaupun berumur 40 tahun, Duric masih kuat

  • 73": Satu percubaan baik oleh Abdul Hadi sedikit tersasar di sebelah kanan pintu gol. Kemasukan Amirul Hadi dalam separuh masa kedua banyak memberi impak kepada pasukan Malaysia

  • 70": Malaysia merapatkan kedudukan dengan jaringan oleh Safee Sali

  • 68": Yes, yes, yes, Abdul Hadi mengesahkan bahawa beliau bukan hanya jaguh di Malaysia, menjaringkan gol yang sangat-sangat diperlukan oleh Malaysia

  • 63": Penjaring terbanyak Liga Super, Abdul Hadi dibawa masuk menggantikan Fakri

  • 60": Aleksandar Duric menanduk masuk tetapi nasib baik Duric sudah berada dalam kedudukan offside

  • 53": Ismail Yunos (Singapura) mendapat kad kuning ke-2, diarah keluar padang dan sekarang Singapura pun bermain dengan 10 orang. OK 10 lawan 10 sekarang ni

  • 49": Safiq Rahim dilayangkan kad merah oleh pengadil Bahrain akibat mengangkat kaki tinggi ke arah perut pemain Singapura. Malaysia sekarang bermain dengan 10 orang

  • 47": Percubaan Safee terus ke Izwan dari sebelah kanan pintu gol

  • 46": Separuh masa kedua dimulakan dengan Amirul Hadi dimasukkan menggantikan Ismail Faruqi

  • 45": Gol ke-4 untuk Singapura oleh Shahril Ishak, kapten pasukan. Separuh masa pertama tamat

  • 43": Singapura mendapat gol ketiga hasil jaringan Mustafic Fahrudin

  • 39": Penjaring gol kedua Singapura, Qiu Li dikenakan kad kuning akibat mengasari pemain Malaysia

  • 36": Fakri (Malaysia) dilayangkan kad kuning akibat mengangkat siku terlalu tinggi dan mengenai Ismail Yunos

  • 28": Counter attack oleh Sarbinee terus kepada Safee Sali yang berjaya memperdayakan pemain pertahanan Singapura dan menghantar bola kepada Ismail Faruqi one to one dengan penjaga gol tetapi gagal menjaringkan gol, maybe kurang pengalaman

  • 25": Singga 25 minit permainan, Singapura dilihat lebih mengawal permainan dan diharap bahagian pertahanan Malaysia bermain dengan lebih baik supaya tidak menghadiahkan sepakan percuma

  • 24": Hantaran cantik Mahali kepada Kunanlan dari sebelah kiri tetapi gagal memasuki bahagian pertahanan Singapura yang terdapat lebih kurang 5 orang

  • 21": Qiu Li menjaringkan gol hasil sepakan percuma di luar kotak penalti. Penjaga gol Malaysia, Sarbinee tidak dapat berbuat apa-apa, hanya sekadar melihat sahaja

  • 7": Singapura menyamakan kedudukan hasil sepakan percuma dan disambut oleh Aleksandar Duric, yang berumur 40 tahun. Sebelum ini pemain pertahanan Malaysia, Muslim mengasari pemain Singapura yang mengakibatkan freekick

  • 1": Malaysia mendapat gol pertama hasil jaringan penyerang berbisa Malaysia, Safee Sali akibat kelalaian pertahanan Singapura pada seawal 29 saat permainan dimulakan

Previous Entry

Pada hari ini, 23 Julai 2011, perlawanan bola sepak Kelayakan Piala Dunia 2014 pusingan kedua akan berlangsung di antara Malaysia lawan Singapura. Perlawanan ini diadakan di Stadium Jalan Besar, Singapura pada pukul 7.30 malam. Stadium ini hanya boleh menampung 6,000 penonton dan Malaysia diberi 500 tiket. (picture credit: tickethotline).

By the way siaran langsung @live boleh ditonton melalui Astro Arena channel 801 mulai 7.00 malam (perbincangan).

Kelayakan pusingan ketiga akan diadakan dua perlawanan dan perlawanan kedua akan berlangsung pada 28 Julai 2011 (Khamis) pada pukul 8.45 malam bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil yang boleh memuatkan melebihi 100,000 (termasuk 87,000++ tempat duduk).

Mari semua rakyat Malaysia kita sokong pasukan Malaysia @Harimau Malaya menentang Singapura. Kembalikan maruah bola sepak tanah air. Tidak kira di mana sahaja anda berada, termasuk di restoran mamak, di rumah, di hadapan komputer, di luar negara dan sudah pasti penonton yang berada di Stadium Jalan Besar, Singapura.

Sudah pasti kita memerlukan kehebatan penjaga gol, Khairul Fahmi, pemain pertahanan Aidil Zafuan, pemain tengah, Safiq Rahim, penyerang berbisa, Safee Sali dan semua pemain untuk memastikan Malaysia membawa balik jaringan yang selesa pada perlawanan Malaysia vs Singapura.

Friday, July 22, 2011

Malaysia Kalah Tipis 0-1 Lawan Chelsea

Tahniah diucapkan kepada pasukan Malaysia kerana kalah tipis 0-1 kepada Chelsea, salah satu daripada pasukan terkemuka dalam Liga Perdana Inggeris. Malaysia mempamerkan permainan yang sangat baik jika dibandingkan dengan perlawanan persahabatan sebelum ini menentang Arsenal dan Liverpool.

Pada perlawanan kali ini lawan Chelsea the only goal dijaringkan oleh Didier Drogba melalui sepakan percuma dan gol tersebut menjadi kontroversi @video di youtube (sokernet) kerana tidak begitu jelas yang ianya melepasi garisan gol.

Malaysia juga mendapat banyak peluang terutamanya hantaran cantik oleh Irfan Fazail tetapi tidak dapat disempurnakan oleh Thamil Arasu. Apa-apa pun tahniah kepada semua pemain Malaysia terutamanya penjaga gol, Farizal Marlias yang berjaya mengekalkan rekod bersih sebelum beliau ditukarkan dengan Mohd Izham Tarmizi.

Thursday, July 21, 2011

Keputusan Live Semasa @Terkini Malaysia Lawan Chelsea: Live @Astro 21 Julai 2011


Keputusan Live Semasa @Terkini Malaysia vs Chelsea: Malaysia 0-1 Chelsea
  • 94": Permainan tamat dengan Malaysia kalah tipis 0-1 lawan Chelsea. Syabas diucapkan kepada Malaysia, bagi saya pemain terbaik malam ini adalah penjaga gol Malaysia yang dimasukkan pada separuh masa pertama, Farizal Marlias

  • 93": Tinggal satu minit lagi permainan dan satu-satunya pemain Malaysia yang bermain 90 minit penuh adalah pemain pertahanan, Subramaniam

  • 90": 4 minit masa tambahan

  • 85": Hantaran yang sangat cantik oleh Irfan Fazail kepada Thamil Arasu menewaskan pemain pertahanan tetapi gagal dimanfaatkan. Satu peluang keemasan yang dipersiakan!!!!

  • 78": Drogba menjaringkan gol melalui sepakan percuma. Gol tersebut terhasil apabila Amer Saidin menjatuhkan Drogba di luar kotak penalti. Gol tersebut 50-50 melepasi garisan walaupun Izham berjaya menangkap lantunan bola

  • 75": Sepakan Irfan Fazail sedikit tersasar, kalau tidak Malaysia dapat satu gol

  • 71": Gerakan 1 lawan 1 Sturiddge lawan Farizal dapat ditangkis kemas oleh beliau. Memang superb penjaga gol Malaysia malam ini. Beliau dibawa keluar dan Mohd Izham Tarmizi dibawa masuk. Pendedahan kepada Izham sangat penting kerana beliau akan bermain untuk Skuad Olimpik

  • 69": Fandi memberi sepakan percuma kepada Chelsea setelah menolak pemain Chelsea. Tandukan John Terry tidak menepati sasaran

  • 67": Sepakan yang cantik oleh Syahrul Azwari dari sebelah kanan pintu gol tetapi sedikit melepasi palang. Come on Malaysia terus mengasak!!!!

  • 66": Tindakan yang baik oleh Farizal berjaya menendang bola keluar dalam kotak penalti sebelum dapat dikawal oleh Drogba

  • 62": 62 minit berlalu Chelsea banyak membuat serangan berbanding Malaysia tetapi gol Malaysia masih bersih

  • 58": Pemain yang berasal dari Kelantan, Syahrul Azwari Ibrahim dimasukkan menggantikan Joseph Kalang Tie. Penyerang ini baru sahaja berumur 18 tahun, lahir di Tanah Merah diharap dapat memberi suntikan positif kepada Malaysia

  • 52": Badhri Razi dan Hairuddin dikeluarkan dan Irfan Fazail dan Gary Steven Robbat dimasukkan

  • 47": Sepakan kuat oleh pemain Chelsea sedikit tersasar

  • 46": Separuh masa kedua bermula dengan Anelka dan Drogba mengetui serangan Chelsea

  • 45+": Benteng pertahanan Malaysia sudah roboh tetapi permainan yang cemerlang oleh Farizal Marlias dapat mengelakkan gawang Malaysia bolos. Keputusan separuh masa pertama berakhir dengan Malaysia 0-0 Chelsea. Jumpa lagi dalam masa 15 minit. Sementara menunggu permainan seterusnya, jom kita lihat playbook@Maxis dan juga peluang memenangi iPad 2.

  • 42": Hantaran yang sangat cantik oleh pemain Chelsea dan pemain-pemain Malaysia sudah tertewas tetapi Lampard gagal menyempurnakan peluang di hadapan mata

  • 39": Sekali lagi Torres gagal memanfaatkan peluang di dalam kotak penalti setelah berjaya di block oleh pertahanan Malaysia

  • 38": Wan Zack Haikal dikeluarkan dan Wan Zaharul Nizam dibawa masuk. Zack Haikal mengalami kecederaan

  • 37": Tackle yang keras oleh Hairuddin ke atas Torres di luar kotak penalti. Sepakan percuma Chelsea tersasar

  • 34": Counter attack oleh Malaysia tetapi larian Hairuddin dapat dipintas oleh Ivanovic

  • 33": Daudsu dikeluarkan dan Fandi Othman dimasukkan. Saya berpendapat memang satu pertukaran yang baik kerana Daudsu tidak mempamerkan permainan yang baik, apa-apa pun, thanks Daudsu

  • 29": Tendangan percuma Lampard just outside petak penalti terkena Malouda yang berada dicelah-celah benteng Malaysia

  • 26": Kelam kabut bahagian pertahanan Malaysia tetapi tandukan Torres dapat ditangkap kemas oleh Farizal

  • 25": Malaysia mendapat corner kick buat pertama kali setelah Ivanovic mengeluarkan bola. Tendangan sudut dapat dikeluarkan oleh pemain Chelsea

  • 23": Sepakan penjuru pertama untuk Chelsea setelah asakan Kalou terlepas dari perhatian Daudsu tetapi terkena pemain Malaysia. Tendangan sudut dipersia-siakan oleh Chelsea

  • 22": Sudah 22 minit berlalu, Malaysia masih bertahan dengan serangan yang bertali-arus oleh Chelsea

  • 19": Permainan yang baik oleh Kalou menghantar bola kepada Torres tetapi dapat dipintas oleh pertahanan Malaysia dalam kotak penalti

  • 17": Malaysia gagal membuat clearance yang baik di bahagian depan pintu gol tetapi nasib baik tendangan Frank Lampard tersasar

  • 11": Sekali lagi pengawalan yang baik oleh penjaga gol Malaysia, Farizal menangkap bola terlebih dahulu sebelum Kalou sempat merembat bola

  • 10": Pemain-pemain tengah Malaysia bermain dengan cemerlang so far dengan pengawalan bola yang baik

  • 7": Sudah 7 minit permainan, ianya agak seimbang, di mana kedua-dua pasukan saling membuat serangan. Good sign for Malaysia

  • Perlawanan baru sahaja dimulakan dengan serangan Chelsea berjaya dikeluarkan oleh penjaga gol Malaysia. Senarai pemain-pemain Malaysia dan Chelsea



Previous Entry

Malam ini, 21 Julai 2011, ada live perlawanan persahabatan Malaysia lawan Chelsea di Astro. Pengumuman ini dibuat oleh Astro melalui facebook. Sudah tentu siaran langsung ini ditunggu-tunggu oleh semua peminat bola sepak Malaysia.

(Ingin memenangi pelbagai hadiah termasuk Ipad 2 dan Samsung Galaxy Mini, setiap minggu?)

Anyway perlawanan persahabatan Malaysia vs Chelsea boleh ditonton melalui Astro:
  • Astro Super Sport 3 channel 817: 8.15 malam

  • Astro Super Sport 3 HD channel 831: 8.15 malam

  • Astro Arena channel 801: 8.45 malam
By the way, sepak mula pada pukul 8.45 malam. Di harap malam ini Malaysia akan memberi saingan yang sengit pada Chelsea. Sama-samalah kita beri sokongan pada skuad kebangsaan bagi perlawanan Malaysia lawan Chelsea.

(Jadilah orang yang terawal memilik Playbook)

Menang Buku 3D

Dua bulan yang lepas, my daughter, Afiqah masuk peraduan reka kek sempena Hari Ibu. Tak sangka minggu lepas dapat surat from Disney's Princess Malaysia. Apa lagi memang suka betul Afiqah bila tahu dia menang peraduan tu.

So inilah buku "Bell and Castle Puppy in 3D". Tak tahu yang buku pun ada 3D, so ianya didatangkan bersama-sama dengan cermin mata 3D. By the way, buku ni sumbangan Pelican.

Of course kalau tengok gambar tu, ianya kabur tanpa cermin mata 3D, then bila pakai gambar sangat real, timbul dan seakan-akan orang tu berada di hadapan kita. Tapi bila pakai lama memang sakit mata.

Wednesday, July 20, 2011

DVD Cerita Melayu Original @RM10 Aja

Hari tu masa pergi ke Carrefour Wangsa Maju lalu le depan kedai jual DVD, alah yang kat belakang tu dekat dengan MCD. Sekarang ni diaorang ada promosi untuk DVD cerita Melayu yang original, RM10 aja. Kalau tak silap kat pasar malam pun, harganya lebih kurang RM7 then kalau tengok Astro First pun RM15 untuk 48 jam.

So belilah 2 keping DVD, cerita Nur Kasih dan KL Gangster. Bila masuk dalam C4, harganya RM19.90 satu, yang bezanya tak ada cover plastik le, cuma DVD + cover kertas (macam sampul).

Tuesday, July 19, 2011

Keputusan Cabutan Bertuah Malaysia Lawan Chelsea @Sharinginfoz

Terima kasih diucapkan kepada semua yang menyertai dan juga komen dalam "Cabutan Bertuah Malaysia Lawan Chelsea" yang diadakan semalam.

Setelah meneliti semua komen dan juga budi bicara sharinginfoz (ada yang tak letak URL or e-mail tapi dari segi komen mahu sertai cabutan bertuah-harap tiada yang mempertikaikan kerana tujuan letak URL untuk kemudahan), penyertaan adalah (turutan berdasarkan siapa komen dahulu):

  1. Lulu Caldina

  2. Fina

  3. Putri_Roh

  4. Azrul Hisham

  5. Miss (e-mail)

  6. Fazulra Collections

  7. Cahaya Chenta

  8. Anon (e-mail: Shahidillah)

  9. eelobor

  10. Hans

  11. Blogger (freedownload)

  12. Kak Ina KL (e-mail)

  13. Dai'ri Konklusi

  14. Anon (e-mail: Mr. Shai)
Dengan menggunakan pilihan secara rawak melalui random.org, pemenang bertuah adalah:

Nombor 4 iaitu saudara Azrul Hisham. By the way, saya telah e-mail Azrul dan diharap dapat e-mail saya nombor telefon bagi tujuan ambil tiket Malaysia vs Chelsea. Tahniah dan terima kasih semua kerana menyertai cabutan bertuah ini.

Monday, July 18, 2011

Ekonomi Dunia Tidak Menentu | Emas Melebihi USD1,600 Satu Auns @Tertinggi Dalam Sejarah

Mengikut Chicago Tribute, semasa entry ini ditulis harga emas melebihi USD1,600 @USD1,601.28 untuk satu auns (RM154.98 per gram) dan ianya adalah tertinggi dalam sejarah. Sebelum ini harga emas adalah USD1,562.30 minggu lepas.

Kenaikan emas ini disebabkan oleh kerisauan pelabur-pelabur mengenai krisis hutang negara-negara Eropah dan juga ancaman @ketidakmampuan negara Amerika Syarikat untuk membayar balik hutang.

Jika perkara ini berlaku kemungkinan ianya memberi kesan negatif kepada negara-negara lain yang bergantung kepada eksport.

By the way, mengikut data di Bursa, indek komposit turun 14.67 mata or -0.93%. Apa-apa pun, kita tunggu dan lihat perkembangan semasa mengenai ekonomi dunia dan juga harga emas di pasaran untuk mengetahui dengan lebih jelas.

Siapa Nak Tiket Malaysia Lawan Chelsea Percuma Daripada Sharinginfoz

Update: Keputusan cabutan bertuah


Memang betul saya ingin memberi satu tiket perlawanan bola sepak di antara Malaysia lawan Chelsea yang akan berlangsung di Stadium Bukit Jalil pada 21 Julai 2011@8.45 malam. Tiket ini berharga RM58 dan boleh masuk stadium melalui gate kuning. Syarat-syaratnya adalah:
  • Komen di entri ini beserta dengan URL / alamat e-mail

  • Tarikh tutup ialah 11.59 malam ini, 18 Julai 2011

  • Cabutan bertuah akan dibuat dan kalau tak ada sebarang masalah ianya akan diumumkan sebelum pukul 9.00 pagi esok, 19 Julai 2011

  • Pemenang akan dihubungi melalui blog atau e-mail or kedua-duanya sekali

  • Tiket hendaklah diambil sendiri di stesen LRT Putra Gombak (or akan ditentukan kelak di atas persetujuan pemenang dan sharinginfoz)
So apa lagi, sama ada anda peminat Chelsea or Malaysia, jangan tunggu lagi, jom komen ya.

2 Kali Tengok Harry Potter | Kalau Boleh Nak Tonton Lagi

Sebelum ini dah tengok cerita terakhir Harry Potter dan semalam tengok sekali lagi. Kali ini tengok dengan wife dan anak-anak di Cathay Damansara. By the way, kalau yang bawa anak tu, kena hati-hati sebab ada 3 adegan cium, Ron & Hermione, Harry Potter & Ginny dan mak ayah Harry Potter.

Memang best gak cerita ini secara keseluruhan dan banyak plot-plot yang tidak dijangka antaranya Prof Severus Snape dan Draco Malfoy yang sebelum ini dianggap jahat. Kalau nak best lagi tengoklah 3D.

So kepada yang dah tengok cerita Harry Potter, apa pandangan semua?

Sunday, July 17, 2011

Gambar Nikah Nurul Syuhada Nurul Ain dan Raja Amir Shah

Tahniah diucapkan kepada pengacara Majalah 3, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain dan Raja Amir Shah Raja Azwa yang sah menjadi suami-isteri pada pukul 8.00 malam semalam, 16 Julai 2011. Majlis nikah tersebut telah dijalankan di The Binjai On The Park, KLCC, Kuala Lumpur.

Dengan sekali lafaz, Raja Amir dan Nurul Syuhada telah mengakhiri zaman bujang dengan mas kahwin @RM777 dan hantaran RM20,111. Nurul Syuhada berumur 27 dan Raja Amir berumur 29 kelihatan sangat ceria di majlis nikah semalam.

Just nak share beberapa keping gambar nikah pasangan ini untuk semua dan tahniah kepada Nurul Syuhada dan Raja Amir. (credit: gua.com.my)

Raja Amir mengucup dahi Nurul Syuhada setelah mereka saha bergelar suami-isteri.

Gambar kenangan dengan memakai baju serba putih.

Nurul Syuhada Nurul Ain @Pengacara Majalah 3 Majlis Kahwin 23 Julai 2011 | Tak Dapat Kad Jemputan Ke?

Update: Nurul Syuhada dan Raja Amir sah menjadi suami-isteri dengan sekali lafaz.


Dapat tahu melalui Mazlin Nordin mengenai perkahwinan pengacara Malajah 3, Nurul Syuhada Nurul Ain yang bakal melangsungkan majlis meraikan perkahwinan pada 23 Julai 2011. Cukup simple tetapi cantik gak kad perkahwinan Nurul Syuhada ni.

By the way, Nurul Syuhada akan berkahwin dengan Raja Amir Shah dan majlis akan berlangsung di Grand Ballroom, Sime Darby Convention Centre pada pukul 7.30 malam. Saya ucapkan tahniah kepada Nurul Syuhada dan Raja Amir Shah dan semoga semuanya berjalan lancar.

Saturday, July 16, 2011

Keputusan Malaysia Lawan Liverpool: Walaupun Kalah Malaysia Berjaya Jaring 3 Gol

Keputusan perlawanan bola sepak persahabatan antara Malaysia lawan Liverpool yang berlangsung pada pukul 6.45 petang sudah tamat. Malaysia kalah dengan 3-6. Tahniah juga kepada Malaysia kerana telah berjaya menjaringkan 3 gol. Gol bertaraf dunia hasil sepakan percuma kapten Malaysia, Safiq Rahim @video youtube, ala-ala David Beckam dan dua gol lagi oleh penyerang sensasi Malaysia yang berhijrah ke Pelita Jaya, Safee Sali.

Manakala 6 gol Liverpool dihasilkan oleh pemain yang baru sahaja dibeli oleh Liverpool, Charlie Adam melalui sepakan penalti, Maxi Rodriguez (2 gol), Dirk Kuyt dan David Ngog (2 gol). Secara keseluruhan, Malaysia telah sedikit sebanyak memperbaiki bahagian serangan jika dibandingkan dengan perlawanan menentang Arsenal baru-baru ini. Tetapi perlu menguatkan bahagian pertahanan jika ingin mara ke pusingan seterusnya kelayakan Piala Dunia 2014. Kena hati-hati lawan Singapura 23 Julai 2011 nanti.

Apa-apa pun, dengan keputusan Malaysia lawan Liverpool, ia sedikit sebanyak mengubat duka peminat-peminat Malaysia yang ingin menyaksikan jaringan.

Sokong Pemain-Pemain Malaysia, Jangan Ejek Mereka: Malaysia vs Liverpool

Hari ini, 16 Julai 2011, perlawanan persahabatan bola sepak di antara Malaysia lawan Liverpool akan berlangsung pada pukul 5.45 petang di Stadium Nasional Bukit Jalil. Memang tidak dinafikan ramai penyokong The Reds di Malaysia dan sudah tentu mereka akan pergi ke stadium untuk menyaksikan perlawanan ini memandangkan inilah kunjungan pertama Liverpool ke Malaysia.

Cuma satu aja saya mahu daripada peminat-peminat di Malaysia, kalau boleh bagi sokongan yang padu kepada pemain-pemain Malaysia dengan memakai jersi Malaysia. Kalau nak pakai juga jersi Liverpool, that's fine tapi bila pasukan Malaysia bermain dan buat silap jangan ejek mereka sepertimana di perlawanan Malaysia vs Arsenal.

Kalau kita tak sokong pasukan Malaysia, siapa lagi nak sokong. Ini sangat penting bagi perkembangan sukan bola sepak di Malaysia dan mereka perlukan our support terutamanya perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Singapura nanti.

So sokonglah pasukan negara dalam perlawanan Malaysia lawan Liverpool petang ni. Dengar khabar ada live kat Astro @Arena 801, betul ke?

Friday, July 15, 2011

Tahniah Kepada Semua Pemenang BFF Contest 2 @eightdesignsboutique

Masih ingat lagi tak entry saya yang lepas mengenai BFF Contest 2 yang dianjurkan oleh eightdesignsboutique? Setelah hampir dua bulan berlalu, keputusan telah pun diumumkan pada 13 Julai 2011. Jom kita tengok senarai pemenang-pemenang dan hadiah-hadiah yang menarik.

Juara pada kali ini jatuh kepada Nur Aqilah dengan memperoleh 2,462 likes. Hadiah keseluruhan bernilai RM1,780 iaitu penginapan 3 hari 2 malam di Crowne Plaza Mutiara KL untuk 2 orang, RM300 wang tunai dan RM300 shopping voucher eightdesignsboutique.

Pemenang kedua juga tidak kurang hebatnya dengan 2,274 likes dan dimenangi oleh Nurulhayati. Hadiah-hadiahnya adalah penginapan 2 hari 1 malam di Crowne Plaza Mutiara KL @2 orang, RM200 wang tunai dan shopping voucher eightdesignsboutique bernilai RM300. Jumlah keseluruhan hadiah adalah RM1,000.

Tempat ketiga digondol oleh Nurul Afidah dengan 2,166 likes membawa pulang hadiah bernilai RM700. Hadiah-hadiahnya adalah penginapan 2 hari 1 malam di Crowne Plaza Mutiara KL @2 orang, RM100 wang tunai dan voucher eightdesignsboutique bernilai RM100.

Nampaknya kali ini ketiga-tiga pemenang mempunyai huruf N di awal nama mereka. Tapi jangan risau, banyak lagi pemenang saguhati. Untuk mengetahui senarai penuh pemenang BFF Contest 2, jom tengok di eightdesignsboutique.

Roti Massimo Yang Sangat Sedap

Memang tidak dinafikan bahawa rakyat Malaysia sangat menggemari roti. By the way, sekarang ni ada roti yang baru sahaja berada di pasaran iaitu, Massimo. Bunyi macam jepun aja. Tapi mengikut google translate, massimo adalah bahasa Itali yang bermaksud maximum.

Harganya RM3.50 dan yang specialnya menggunakan wheat germ. Wheat germ ni mempunyai kandungan nutrisi yang sangat tinggi jika dibandingkan dengan sayuran dan bijiran yang lain. Satu lagi ianya mempunyai kandungan protein yang tinggi. Nak tahu lebih lanjut mengenai wheat germ, boleh tengok kat wisegeek.

Tapi buat masa ini, harga pengenalan adalah RM2.50. Tak sure le berapa lama introductory offer ni akan ada.

Apa yang sedap mengenai roti ini ialah ianya lebih tebal dan lembut. Makan begitu saja pun OK juga. Anak-anak sekarang nak roti ini aja, entahlah maybe sebab benda alah ni baru. Lepas ni kita tengoklah macam mana sama ada nak Massimo ataupun roti jenama lain.

Sebab boleh terpikat ngan roti ini ialah semasa van Massimo datang kat sekolah then Afiqah bawalah balik sebuku roti ni. Selepas hari itu, dah dua kali beli benda alah ni. Kejap aja diaorang makan. So yang pernah cuba boleh bagi pendapat dan yang belum lagi, apa kata cuba le benda alah ni.