Pages

Wednesday, July 13, 2016

Pokemon Go Malaysia

Sekarang ni di beberapa negara seperti US, Jepun, Germany dan Australia kecoh dengan game Pokemon Go. Game ni memang unik yang mana kita boleh menangkap haiwan pokemon kat real world. Maksudnya macam real le kat dalam rumah kita ke, kat tepi padang ke, tepi sungai ke, tasik ke, perhentian bas ke dan mana-mana le.

Kalau tak silap dalam masa 3 hari setelah Pokemon Go dilancarkan, saham Nintendo, pemegang utama Pokemon Go naik lebih kurang 50%.

Kat kebanyakkan negara pun mereka masih tertunggu-tunggu pelancaran Pokemon Go termasuk Malaysia. Bagi yang mempunyai telefon Android di Malaysia buat masa ini memang tak boleh download Pokemon Go ni kat Play Store.

So kenalah download kat APK then kena allow source from external.

Cuba download then tengok anak lelaki main. Tapi since kat Malaysia tak dilancarkan lagi so boleh tangkap seekor Pokemon then tak boleh buat apa-apa le. Actually kalau dalam game sebenar kita dapat cari Pokemon lain kat merata tempat then benda-benda lain bagi membolehkan Pokemon tu membesar.
Dapat tangkap seekor Charmander. 
Kan saya cakap tak ada apa-apa setelah kita tangkap. Kena tunggu Pokemon Go launch kat Malaysia nanti ya. 
Banyak lagi function ada tapi tak boleh buat apa-apa juga.
By the way, kalau nak tangkap Pokemon lain kenalah ada Poke Ball yang mana kita boleh cari kat real world dengan kita jalan-jalan dan on GPS. Tapi boleh juga beli. Itulah caranya syarikat pengeluar game ni buat income.
Tengoklah 100 Poke Coin tu dijual dengan harga RM3.99 yang mana ianya boleh ditukar dengan 20 Poke Ball. Tunggulah kemunculan Pokemon Go kat Malaysia nanti untuk tahu lebih lanjut sama ada sambutannya baik atau tidak.