Guess what hari ini ialah 31 Disember 2011. So macam biasa kat kedai aiskrim Baskin Robbins ada diskaun 31% setiap akhir bulan. So pagi tadi kitaorang pi ke Mid Valley, memang ramai betul, salah satu tempat tumpuan di Kuala Lumpur.
Untuk melayakkan dapat diskaun, kena beli aiskrim yang handpacked, ada 4 jenis, pint, quart, half gallon dan juga value cut. Pilihlah yang mana satu berkenan. Make sure tengtok harga betul-betul sebab sebelum ini saya ada terbaca satu blog yang mana dia tengok harga kat column ketiga iaitu "31% diskaun" sepatutnya tengok kat column yang ke-4 iaitu "discounted price".
Inilah keadaan orang yang beratur untuk membeli aiskrim.
By the way, kalau nak beli masa kat depan tu, diaorang akan tanya nak beli aiskrim saiz apa then bagi kertas ini untuk kita pilih perasa apa. Pas tu bagi balik kertas kat dia then pi bayar. After that tunggu le aiskrim siap.
Terlupa nak cakap, kalau beli yang saiz pint dapat pilih 2 perasa, yang quart 3 perasa, half gallon 4 perasa dan yang paling besar tu, satu perasa aja.
Kitaorang beli 2 bekas bersaiz pint. So bolehlah pilih 4 perasa.
Yang ini ialah gold medal ribbon. Memang menarik betul. Tak tahu nak pilih perasa apa, banyak gak, kalau tak silap lebih 30 kot.
Lepas bayar, inilah antara pelanggan yang tengah menunggu aiskrim siap.
Dah siap benda alah aiskrim Baskin Robbins dimasukkan dalam paper bag, 2 lapis pas tu kat dalam tu diletak bersama ais kering bagi melambatkan aiskrim tu cair. So bolehlah bawa balik kat rumah untuk makan.
Inilah 2 bekas aiskrim yang kitaorang beli, selain gold medal ribbon, kitaorang pilih rainbow, jamaica chocolate (kalau tak silap) dan entah apa lagi 1 perasa. Tapi rasanya diaorang tersilap bagi satu perasa iaitu strawberry yougurt, masam sedikit, tapi tak kisahlah.
Memang sedap. So kitaorang minta sekali 4 cups dan juga sudu untuk makan.
So untuk 2 bekas termasuk dengan cukai ialah RM37.30. Sekali sekala OK juga makan aiskrim ni.
Saturday, December 31, 2011
Friday, December 30, 2011
Harga Emas Menjunam Lagi 2.31% Terburuk Dalam Masa 3 Bulan: 29 Disember 2011
Sebelum ini harga emas turun 3.3% kepada USD1,576.50 per auns pada 14 Disember 2011. By the way, semasa entri ini ditulis pada 29 Disember 2011, ianya turun 2.31% kepada USD1,527.90 untuk satu auns.
Penurunan ini adalah disebabkan antara lain pengukuhan dolar Amerika Syarikat, kebimbangan mengenai hutang negara Eropah dan krisis kecairan yang menyebabkan bank terpaksa menjual aset seperti emas untuk memperoleh tunai.
Adakah harga emas akan turun sehingga USD1,200 per ounce seperti dijangka oleh sesetengah pihak? Apa-apa pun kita tunggu dan lihat apa akan terjadi pada emas. Ada yang mengambil peluang untuk menambahkan pelaburan semasa penurunan harga dan ada juga yang menjual bagi mengelakkan kerugian. Apa-apa pun yang anda buat, I wish you all the best. Pelaburan dalam emas adalah untuk jangkamasa panjang. Tinggal sehari lagi dagangan emas untuk Disember 2011 dan juga penghujung 2011 sebelum kita masuk tahun 2012. Nantikan harga emas untuk tahun depan.

Thursday, December 29, 2011
Berita Baik Untuk Blogger @Tambah Pendapatan dengan exabytes
Masih ingat tak entri saya pada bulan April 2011 yang lepas mengenai dapat cek exabytes bagi penyewaan tapak iklan blog?
Kali ini exabytes datang lagi dan mencari 100 blogger untuk tujuan penyewaan tapak iklan di blog. Jangan risau bagi blogger yang memasang blog nuffnang, ianya tidak menjejaskan status glitterati.
By the way, secara ringkasnya exabytes mencari blogger yang mempunyai sekurang-kurangnya 200 unique visitors setiap hari. So apa lagi, kalau berminat boleh terjah exabytes.

Wednesday, December 28, 2011
Perlu ke Tulis Entri Setiap Hari?
Entri hari ini sangat ringkas. Saya ingin melontarkan satu soalah perlu ke bagi blogger untuk menulis setiap hari? Jawapan saya adalah tidak perlu tetapi kadang-kadang rasa macam tak lengkap aja jika tak tulis, entahlah, itu pandangan saya sahaja.
Selama setahun lebih saya menjadi blogger, boleh dikatakan setiap hari ada aja entri melainkan beberapa ketika yang mana tiada entri. Biasanya saya akan buat entri untuk seminggu tetapi sejak kebelakangan ini, macam tiada idea aja.
So itulah entri saya untuk hari ini.

Tuesday, December 27, 2011
OK Juga Bau Perfume Yves Rocher Naturelle
Baru-baru ini masa pi Alamanda singgah jap kat kedai Yves Rocher. Ianya ala-ala body shop. Banyak produk kecantikan ada termasuk perfume, skin care, lotion dan macam-macam lagi.
Inilah antara produk yang ada. Kebetulan ada sales sempena krismas.
So tangkaplah satu set perfume Yves Rocher Naturelle. Baunya boleh tahan juga, tak terlalu wangi dan of course baunya sangat natural. Ianya diperbuat daripada lemon, epal dan beberapa bahan yang berdasarkan buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan. Yang pasti according to jurujual ianya tidak dicampur dengan bahan-bahan daripada haiwan seperti kebanyankkan perfume yang digunakan untuk mengekalkan bau bagi tempoh yang lama.
Untuk satu set ini EDT 75ml bersama dengan mandian @RM158, harga biasa adalah RM200++. Memang cukup sesuai produk ini bagi mereka yang tak sukakan bau yang terlalu wangi. By the way, wife memang suka dengan wangian ini.
Anyway selain daripada Alamanda Yves Rocher boleh didapati di:

- Subang Parade LG 18, 03-5631 5311
- Sunway Pyramid G1.116A, 03-7494 0448
- Suria Sabah Lot G 73A, 088-488 648
- Alamanda Putrajaya Lot G 43B, 03-8881 1658
- Fahrenheit88 Lot 2-26, 03-2141 4872
- Mahkota Parade - Lot KG10B, 06-2812567
- One Utama-LotF102B, First Floor, 03-77224187
Monday, December 26, 2011
Suka Betul Afiqah Makan Aiskrim Baskin Robbins
Hari tu masa pi jalan-jalan kat shopping complex, singgah jap kat kedai aiskrim Baskin Robbins. Suka betul Afiqah makan benda alah ini.
So belilah aiskrim, 2 scoop sundae, dapatlah pilih 2 perasa so kitaorang ambil chocolate cookies ngan rasberry. Pas tu letak topping strawberry dan apa benda le yang warna-warni tu. Anyway campur ngan cukai 6% jadilah RM19.10.
Memang sedap, portionnya banyak juga, untuk 2 orang makan bolehlah.
Nanti jangan lupa 30 dan 31 Disember nanti, ada diskaun 31% tetapi ingat ya untuk yang handpacked ice-cream aja. Apa lagi kita serbu Jumaat dan Sabtu nanti.

Sunday, December 25, 2011
Chef Riz Masak Prego Spaghetti di Carrefour Alamanda
Tengah hari tadi, masa pi Alamanda, singgah jap kat Carrefour, tak sangka masa tu jumpa dengan Chef Riz @Masterchef Malaysia.
Apa lagi my son, Danish ambil kesempatan untuk ambil gambar. Memang sungguh teruja, maklumlah selalu kitaorang tengok Masterchef Malaysia sekeluarga.
Afiqah pula memang suka dengan spaghetti. Kebetulan Chef Riz tu adalah duta Prego. Jom kita tengok gambar-gambar demonstrasi masakan spaghetti.
Memang sungguh cekap Chef Riz memotong carrot. Tips nya make sure pisau tu tajam. Tapi kekadang expert pun terkena juga jari kan?
Inilah antara bahan-bahan yang disediakan tetapi bukan guna semuanya untuk masak sos Prego untuk spaghetti. Actually Prego ni boleh digunakan untuk lasagna ataupun pizza selain spaghetti.
Ayam diguna mesti segar dan dipotong kecil-kecil. Anyway biasanya kitaorang guna minced chicken untuk masak spaghetti.
Inilah pengunjung bertuah yang membantu Chef Riz masak. Dapatlah apron yang ditandatangani oleh beliau.
Memang ramai yang datang dan sudah pasti teruja jumoa dengan Chef Riz di depan mata. Anyway ada tiga jenis masakan tetapi kitaorang tengok satu aja.

Samsung Galaxy Tab 8.9 Khas Buat Pengguna Celcom
Dalam pasaran sekarang memang banyak jenis tablet ada, sampaikan pening untuk membuat pilihan. Apa taknya, ada yang kecil, ada yang besar, ada yang wi-fi sahaja dan macam-macam lagi. Yang penting, kita perlukan gadget yang boleh menghubungkan kita melalui e-mail, internet, permainan dan pelbagai jenis aplikasi, pada setiap masa dan di mana sahaja.
Jawapannya ada pada Samsung Galaxy Tab 8.9 khas buat pengguna Celcom. Mengapa Samsung Galaxy Tab 8.9?
Samsung Galaxy Tab 8.9 mempunyai saiz yang sesuai, boleh menyimpan fail yang berkaitan dengan kerja. bermain games kegemaran kita, mendengar muzik yang selalu membuatkan kita tenang, berhubung dengan orang tersayang melalui e-mail dan yang seronoknya adalah.........
Sangat nipis (hanya 8.6mm), ringan (453 gram) dan pantas. Ianya lebih bermakna jika digunakan dengan Celcom, rangkaian terbaik dengan liputan luas dalam negara. Pilihlah plan yang bersesuaian dengan anda dan penjimatan yang terbaik.
Lain-lain ciri menarik Samsung Galaxy Tab 8.9 adalah:
Memang cantik betul, so apa lagi dapatkan tablet ini dengan Celcom. Jom kita tengok plan yang menarik.
Harga yang disyorkan adalah RM1,699 tetapi dengan Celcom, ianya boleh didapati dengan serendah RM1,288. Mengapa perlu pilih Celcom?
Entri ini ditaja bagi tempoh 48 jam. Untuk entri terkini, sila lihat di bawah.

- Android 3.1 (Honeycomb)
- 8.9 inci skrin sentuh
- 1.5GHz dual-core processor
- Kamera 2MP (depan) dan 3MP (belakang)
- 16GB memori dalaman
- Menyokong Wi-Fi dan 3G
Memang cantik betul, so apa lagi dapatkan tablet ini dengan Celcom. Jom kita tengok plan yang menarik.
Harga yang disyorkan adalah RM1,699 tetapi dengan Celcom, ianya boleh didapati dengan serendah RM1,288. Mengapa perlu pilih Celcom?
- Pengendali telekomunikasi yang memenangi pelbagai anugerah daripada Frost & Sullivan (Pembekal Jalur Lebar Mudah Alih bagi 2 tahun berturut-turut)
- Mempunyai rangkaian liputan terluas di mana sahaja di Malaysia, tak kira di dalam rumah, di luar dan semasa apabila anda bergerak)
- Jalur lebar Celcom menyediakan pengalaman video streaming yang tidak dapat dilupakan dan sambungan yang stabil).
Entri ini ditaja bagi tempoh 48 jam. Untuk entri terkini, sila lihat di bawah.
Saturday, December 24, 2011
Pengasas Bersama Nuffnang, Timothy Tiah Melamar Tunang, Audrey Ooi @Youtube
Siapa tak kenal dengan pengasas bersama Nuffnang, Timothy Tiah. Beliau telah melamar tunang, Audrey Ooi dalam salah sebuah restoran di Bukit Bintang minggu lepas.
Audrey Ooi menerima lamaran Timothy Tiah. Yang uniknya, kisah lamaran mereka telah dimuatnaik dalam youtube. Semasa entri ini ditulis lebih 1 juta yang menonton detik-detik lamaran ini.
Nak tahu lebih lanjut jom kita tengok di youtube @Meme Proposal Tim*Audrey.

Friday, December 23, 2011
Keputusan Live Pelawanan Persahabatan: Kelantan vs Persebaya FC 23 Disember 2011
Keputusan Live Pelawanan Persahabatan: Kelantan vs Persebaya FC 23 Disember 2011: Kelantan 1-1 Persebaya (gol Indra@youtube).
- Permainan tamat dengan keputusan Kelantan 1-1 Persebaya
- 90": Lima minit masa tambahan
- 84": Andik menjaringkan gol setelah mengelecek dua pemain Kelantan, kedudukan seri 1-1
- 83": Sepakan sudut pemain Persebaya ditanduk cantik tetapi terkena tiang gol
- 82": Sepakan percuma pemain Persebaya di luar kotak penalti dapat dikeluarkan oleh Shakir
- 75": Farhan dikeluarkan dan diganti oleh seorang lagi pemain import from Lebanon, Zakaria Charara
- 74": Kelantan menyerang, hantaran Farhan tidak dapat disempurnakan oleh Gaddar
- 73": Kelantan bernasib baik kerana pemain Persebaya gagal menjaringkan gol walaupun bola melalui di hadapan beliau yang mana tidak dijaga
- 68": Shahrul Azim dilayangkan kad kuning kedua seterusnya kad merah dan dibuang padang setelah berselisih faham dengan pemain Persebaya. Kelantan bermain dengan 9 orang
- 65": Gaddar mensia-siakan peluang setelah mendapat hantaran baik oleh Badri
- 63": Badri masuk menggantikan Matyo dan seterusnya mengambil alih tugas sebagai kapten
- 62": Kelantan mendapat gol walaupun bermain dengan 10 orang hasil jaringan Indra setelah pemain Indonesia tersilap menghantar bola. Kelantan 1-0 Persebaya(gol Indra@youtube)
- 60": Kelantan bermain agak baik walaupun bermain dengan 10 orang setelah 15 minit berlalu dalam separuh masa kedua
- 55": Gerakan cantik oleh Matyo tetapi Gaddar lambat sedikit
- 51": Oppsss dah masuk minit ke 51, sorry guys, tetiba aja seorang lagi pemain Persebaya diusung keluar
- 45": Permainan separuh masa pertama tamat dengan kedudukan Kelantan 0-0 Persebaya. Kalau le permainan macam ni terasa nak tengok Mission Impossible III aja kat TV3 or the world is not enough @HBO. Layan TV3 le kejap
- 44": Terjahan yang entah apa-apa dilakukan oleh Indra dan nasib baik tidak dilayangkan apa-apa kad
- 43": Sepakan penjuru pertama Kelantan diambil oleh farhan tetapi terlalu jauh
- 40": Tinggal 5 minit lagi permainan dan Kelantan bermain dengan berhati-hati
- 37": Shakir dimasukkan dan Antwi dikeluarkan bagi mengukuhkan pasukan Kelantan setelah Azizi dibuang padang
- 34": Azizi dilayangkan kad merah setelah menolak muka Anderson da Silva. Azizi for me memang agak kasar permainannya. Kelantan bermain dengan 10 orang
- 31": Serangan oleh Shahrul setelah mendapat bola daripada Farhan, menyepak cantik tetapi dapat ditangkap oleh penjaga gol
- 30": Sepakan leret pemain Persebaya tersasar setelah Azizi gagal mengawal pemain Persebaya
- 25": Gaddar gagal menggunakan peluang setelah memperoleh hantaran cantik oleh Shahrul
- 23": Persebaya mendapat sepakan percuma just outside kotak penalti di sebelah kiri pintu gol tetapi dapat dikeluarkan oleh pemain Kelantan
- 21": Terjahan yang kuat mengakibatkan pemain Persebaya diusung keluar
- 20": Sudah 20 minit permainan, kedudukan masih kekal tanpa jaringan walaupun kedua-dua pasukan telah mencuba sedaya upaya
- 15": Hantaran silang oleh Matyo dari sebelah kanan pintu gol dapat ditangkap oleh penjaga gol Persebaya. Satu cubaan yang baik oleh Kelantan
- 12": Permainan Kelantan agak sedikit tak teratur maybe perlu menyesuaikan diri dengan pemain-pemain import dan juga tiga pemain yang masuk semula ke Kelantan, Azizi, Farhan dan Indra
- 10": Setakat 10 minit permainan permainan agak seimbang dengan kedua-dua pasukan melakukan serangan
- 8": Syazwan (Kel) membuat tangkapan kemas setelah serangan Persebaya gagal dikawal baik oleh pertahanan Kelantan
- 3": Gaddar (Kelantan) hampir menjaringkan gol tetapi kepantasan penjaga gol mengecewakan Kelantan
- Permainan baru sahaja dimulakan dengan Kelantan memakai jersi berwarna merah manakala Persebaya dengan warna hijau
- Permainan akan dimulakan sekejap lagi. Pemain-pemain Kelantan (tidak mengikut susunan) adalah Syazwan (PG), Azizi Mat Rose, Subramaniam, Okine (Ghana), Norshahrul, Farhan, Aziz, Indra, Daudsu, Antwi (Ghana), Gaddar (Lebanon)
Malam ini, 23 Disember 2011 pada pukul 8.45 malam, juara Liga Super Malaysia, Kelantan akan menentang juara Liga Indonesia, Persebaya FC dalam perlawanan persahabatan bagi merebut Piala Unity di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan. Perlawanan timbal balik akan diadakan di Surabaya pada 28 Disember 2011.
Kelantan of coure akan mencuba pemain-pemain import, Danny Antwi (Ghana) yang berumur 18 tahun dan juga Mohammed Gaddar (Lebanon) yang berumur 27 tahun. Kedua-dua adalah penyerang dan sudah pasti akan memberi saingan kepada Norshahrul Idlan Talaha. Diharap Kelantan akan mempersembahkan permainan terbaik lawan Persebaya FC di Kota Bharu malam ini.
Jangan lupa tonton perlawanan ini secara live di Astro Arena channel 801. Kalau tak ada apa-apa masalah saya akan update keputusan terkini @live di blog ini. Teruskan bersama di blog sharinginfoz.

Thursday, December 22, 2011
Beratur Berjam-jam untuk Beli Duit Kertas Malaysia Baru
Masih ingat lagi tak mengenai entri mengenai "Duit Kertas Malaysia Baru"? Ianya mula dijual pada hari ini bertempat di Bank Negara. Guess what, dalam blog eyriqazz terdapat gambar-gambar mengenai pengalaman pembeli duit kertas Malaysia baru dan ada yang sanggup beratur seawal pukul 5.00 pagi.
Nak tengok gambar-gambar lain orang beratur bolehlah terjah dalam blog eyriqazz ya.
Dah tengok dalam ebay Malaysia, set yang berharga RM300 sudah pun diiklankan dengan harga RM450 manakala yang RM30 dijual pada RM80 dan yang RM15 dijual pada harga lebih kurang RM50.
Tapi ingat ya, bagi saya, ianya tidak boleh dijadikan sebagai investment, macam beli duit dan jual duit. Tapi untuk simpanan OK, sebab harga yang dijual adalah termasuk dengan kos packaging. Just my opinion. Apa pandangan semua mengenai dengan beli duit dan jual duit?????

Wang Kertas Peringatan Baru Dijual di Bank Negara @Mulai 22 Disember 2011
Mengikut maklumat from website Bank Negara, wang kertas baru yang dilancarkan semalam, boleh dibeli di Bank Negara mulai 22 Disember 2011. Ianya adalah wang kertas peringatan. Pilihlah yang mana satu, sama ada set RM1 dan RM5 pada harga RM15, set RM20 pada harga RM30 dan kalau nak set penuh (RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100) pada harga RM300.
Kat mana nak beli?
Jom tengok duit kertas baru.
Kat mana nak beli?
-
BNMLINK (Laman Informasi Nasihat & Khidmat)
Tingkat Bawah, Blok D
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato' Onn
50480 Kuala Lumpur, Malaysia
No. Telefon : +603 2698 8044 / 9044 (Sambungan: 7417 / 7390)
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang -
Pejabat Wilayah Bank Negara Malaysia di Pulau Pinang dan Johor Bahru.
-
Cawangan Bank Negara Malaysia di Kuala Terengganu, Kuching dan Kota Kinabalu.
Jom tengok duit kertas baru.
Wednesday, December 21, 2011
Duit Kertas Malaysia Baru, RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100
credit gambar: Duit Kertas Malaysia Baru (yanmieonline)
Jom tengok duit kertas Malaysia baru yang dilancarkan hari ini, 21 Disember 2011. Kali ini duit kertas Malaysia RM20 diperkenalkan semula. Duit kertas Malaysia baru yang lain adalah RM1, RM5, RM10, RM50 dan RM100.
Tunggulah ya untuk pegang sendiri duit kertas Malaysia yang baru ya. Sementera tu tengoklah gambar ya.
Gambar ini diambil from facebook@sinar harian.
Lagi gambar wang kertas baru RM20 (harian metro). Wang kertas baru dijangka diedarkan pada pertengahan tahun 2012. So untuk raya puasa nanti bolehlah gunakan wang kertas ini ya.
UPDATE: Wang kertas peringatan mulai dijual pada 22 Disember 2011

Jom Buffet Dinner di Awana Genting Highlands
Semasa di Awana Genting Highlands baru-baru ini, sempatlah kami menikmati buffet dinner di Rajawali Coffee House.
Masuk aja penuh dengan pelbagai jenis jeruk. So far tak pernah tengok lagi jeruk dihidangkan untuk buffet. Memang unik.
Kuih macam biasa le, macam-macam ada. Pilihlah yang mana satu yang berkenan.
Danish memang enjoy betul, suka makan roti. Memang favourite makan roti, yang bulat ada, empat segi ada, tiga segi tak ada kot?
Afiqah pula memang makan sakan, entah berapa kali pi cari makanan.
Nasinya memang not bad juga tapi tak ada le pula udang or ketam. Masakan Melayu memang sedap juga.
Kelihatan chef sedang bakar daging kalau tak silap. Memang panas-panas.
Ini adalah bubur jagung, makanan kegemaran sharinginfoz tetapi ianya mengecewakan, rasa macam tak fresh aja jagung tu. Actually banyak lagi makanan, ada spaghetti, mee kari, masakan Indian, buah-buahan dan macam-macam lagi. Tetapi secara keseluruhan buffet kat sini tak berapa OK sangat, kalau rating saya bagi 6.9 out of 10.
Nak tahu berapa harga untuk buffet boleh click le gambar kat atas. Apa-apa pun, sekali sekala berbuffet OK juga kan?

Subscribe to:
Posts (Atom)