Pages

Showing posts with label Arsenal. Show all posts
Showing posts with label Arsenal. Show all posts

Friday, July 27, 2012

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger Puji Pemain-Pemain Malaysia

Anyway gambar ni diambil kat website Arsenal. Malaysia bermain dengan cemerlang menentang Arsenal baru-baru ini dan keputusan memihak kepada Arsenal dengan 2-1 walaupun Malaysia mendahului dengan gol cantik oleh Azmi Muslim.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger memuji pemain-pemain Malaysia:
  • Aidil Zafuan: memang bagus di bahagian pertahanan
  • Safiq Rahim: memang terbaik juga
  • Gary Steven Robbat: pemain gantian yang bagus. Sebenarnya Malaysia mempunyai ramai pemain yang bermain dengan bagus
  • S. Kunanlan 
  • Penjaga gol, Farizal Marlias: sememangnya fantastic dan boleh membaca permainan dengan baik. Secara keseluruhan, Arsene Wenger dapat melihat ramai pemain yang bagus.
Boleh baca mengenai perlawanan Malaysia vs Arsenal.

Tengok gambar-gambar sekitar perlawanan (click tab pictures) tapi gambar ni menarik perhatian saya, siapalah gerangan dua insan ni.

Sunday, July 1, 2012

Tiket Perlawanan Malaysia vs Arsenal @24 Julai 2012 Percuma dengan Kosmo

Berita baik untuk peminat setia Arsenal di Malaysia. Ramai yang dah tahu bahawa Malaysia akan menentang Arsenal dalam perlawanan persahabatan pada 24 Julai 2012 (Selasa) pada pukul 9.45 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Tiket percuma dan juga pas untuk sesi latihan (23 Julai 2012) diberi secara percuma oleh Kosmo bagi 300 terawal. Anyway penebusan boleh dibuat pada 20 Julai 2012 pada pukul 1.00 petang hingga 4.00 petang di Utusan Media, The Right Angle, Petaling Jaya.
Kalau nak dapatkan tiket percuma Arsenal vs Malaysia, kenalah kumpulkan kepala akhbar @masthead Kosmo sebanyak 10. Last year saya sempat pergi tengok sesi latihan dan juga semasa perlawanan diadakan.

Tahun lepas juga saya telah beli tiket Arsenal vs Malaysia @RM68 tapi tahun ini tak pergi kot memandangkan ianya diadakan dalam bulan puasa. Lain kali datang lagi ya Arsenal ke Malaysia.

Friday, January 6, 2012

Thierry Henry Tandatangan Kontrak Sementara dengan Arsenal


Suka betul bila dapat tahu penyerang lagenda Arsenal, Thierry Henry telah menandatangani kontrak sementara selama 2 bulan dengan Arsenal. Memang I am sure semua peminat Arsenal lega dengan berita ini.

Nak tengok beliau menjaringkan gol untuk Arsenal.

Sunday, October 30, 2011

Arsenal Menang Bergaya 5-3 Lawan Chelsea: 29 Oktober 2011

Arsenal menang dengan bergaya menentang Chelsea di tempat lawan, Stamford Bridge. Arsenal mendapat 5 gol manakala boloss 3 gol. Robin Van Persie yang juga kapten Arsenal telah menjaringkan hatrik. 2 gol lagi dihasilkan oleh Andre Santos dan Theo Walcott.

Chelsea pula mendapat 3 gol from Frank Lampard, John Terry dan Juan Mata.

Dengan kemenangan 5-3, Arsenal melonjak ke tangga 6 dan jika permainan yang menarik ini berterusan, Arsenal boleh kembali ke kedudukan 4 teratas Liga Perdana Inggeris musim ini. Di samping itu, Robin Van Persie boleh menjadi penjaring terbanyak nanti.

FINAL PIALA MALAYSIA: NEGERI SEMBILAN 2-1 TERENGGANU. Untuk ulasan lanjut mengenai keputusan Piala Malaysia, jom tengok kat akudansesuatuz.

Sunday, October 23, 2011

Arsenal Cemerlang, Manchester United Dibelasah City

Arsenal bermain dengan cemerlang di The Emirates dengan kemenangan bermakna 3-1 menentang Stoke City. Dua gol dijaringkan oleh Robin Van Persie setelah dimasukkan pada minit ke-67. Sebelum itu Arsenal mendapat gol pertama hasil jaringan Gervinho. Gervinho bertindak cemerlang malam ini setelah membantu Persie menjaringkan dua gol.

Di dalam perlawanan satu lagi Manchester United kalah teruk menentang Manchester City dengan kekalahan 1-6 di tempat ssendiri setelah Jonathan Evans (Man Utd) dikenakan kad merah pada minit ke-47. City tidak mensia-siakan peluang dan menjaringkan gol: Mario Balotelli (2 gol), Edin Dzeko (2 gol), Aguero (1 gol) dan David Silva (1 gol). Gol tunggal Man Utd dijaringkan oleh Darren Fletcher).

Setakat entri ini ditulis kedudukan terkini Liga Perdana Inggeri 23 Oktober 2011 menyaksikan Manchester City merampas tahkta from Man Utd dan Arsenal melonjak ke kedudukan ke-7 from 10.

Thursday, September 1, 2011

Mikel Arteta Pengganti Fabregas di Arsenal

credit: arsenal.com

Beberapa minit sebelum berakhirnya pintu perpindahan, Arsenal berjaya memperoleh khidmat pemain tengah Everton, Mikel Arteta. Arteta telah menandatangani kontrak selama 4 tahun dengan Arsenal.

Yuran perpindahan Arteta yang berumur 29 tahun, dilaporkan sebanyak GBP10 juta (RM49 juta) sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada penyokong Arsenal. Mengikut statistik, beliau adalah calon yang terbaik bagi menggantikan Cesc Fabregas yang berpindah ke Barcelona. By the way, Arteta merupakan seorang yang berasal dari Sepanyol dan juga memulakan karier di Barcelona.

Arsenal bakal kembali bermain dengan permainan yang kreatif dengan adanya Arteta. Musim lepas bersama dengan Everton, Arteta telah berjaya membuat 53 hantaran cemerlang yang mana berpeluang menghasilkan gol. 24 daripadanya adalah set piece (tendangan percuma dan sudut) manakala 29 adalah permainan secara terbuka. Dengan hanya bermain 29 permainan musim lepas, rekod beliau adalah sangat cemerlang lebih baik daripada semua yang berada di Arsenal kecuali Fabregas dari segi memberi peluang kepada pemain lain menghasilkan gol.

Arteta juga menghasilkan 171 hantaran dengan kadar ketepatan melebihi 30% jauh lebih baik daripada Nani, Ashley Yong, Florent Malouda dan juga Steward Downing.

Selain Arteta, Arsenal juga berjaya membawa Per Mertesacker (Werder Bremen: pertahanan), Andre Santos (Fenerbahce: pertahanan kiri) dan Park Chu-Young (Monaco: penyerang). Arsenal hanya berbelanja kurang daripada GBP50 juta musim ini ianya lebih murah daripada Torres manakala Arsenal menjual pemain-pemain dan berjaya mengumpul hampir GBP60 juta.

Terima kasih Manchester United yang menyedarkan Arsenal setelah membelasah 8-2 sebelum ini.

Wednesday, August 17, 2011

Selamat Tinggal Fabregas

Mengikut Arsenal.com, kapten pasukan, Fabregas sah meninggalkan Arsenal untuk kembali ke kelab lamanya yang sudah ditinggalkan sejak zaman remaja, Barcelona. Apa-apa pun all the best untuk Fabregas dan semoga menemui apa yang diimpikan.

Memang suka betul tengok Fabregas main memang sangat kreatif.

Anyway Persie akan menerajui Arsenal menggantikan Fabregas sebagai skipper bagi musim ini dan semoga Arsenal at least dapat sekurang-kurangnya satu piala musim ini. Beliau juga tidak kurang hebatnya, memang sungguh tangkas dan peluang yang diperoleh tidak disia-siakan untuk menjaringkan gol.

Thursday, July 14, 2011

Gambar Sekitar Perlawanan Persahabatan Arsenal Lawan Malaysia 13 Julai 2011 @Stadium Bukit Jalil

Rasanya ramai dah tahu yang Malaysia kalah 0-4 kepada Arsenal di dalam perlawanan bola sepak persahabatan yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil semalam, 13 Julai 2011. Bagi saya yang penting Malaysia sudah menimba pengalaman yang berharga menentang salah satu kelab gergasi England. By the way, gol-gol Arsenal dijaringkan oleh Ramsey (5": penalti), Walcott (37"), Vela (58") dan Rosicky (90").

Pendapat Arsene Wenger mengenai Malaysia"

"They were mobile, motivated and well-organised defensively. I would say they lacked offensive power as a team but they were very interesting. Their transition from defence to offence was very quick and good but in the final third you could see there was a big difference between the two teams."

Secara ringkasnya: Kita punya bahagian pertahanan memang bermotivasi dan teratur terutamanya pada separuh masa pertama. Tetapi kita mempunyai banyak kelemahan bahagian serangan. Counter attack memang cepat terutamanya bagi saya Kunanlan.

Jom kita tengok gambar-gambar yang sempat saya rakamkan semasa menonton perlawanan yang menarik ini, Just nak cakap ada 18 gambar kat sini. By the way, nak baca ulasan mengenai perlawanan malaysia lawan Arsenal, boleh terjah kat akudansesuatuz. Kalau nak tengok sedutan kat youtube, jom kita godek.

Memang cukup sesak di dalam stesen STAR Bukit Bintang. Dipenuhi dengan peminat-peminat Arsenal dan Malaysia.

Keluar aja dari stesen, memang cukup meriah dengan penjual-penjual yang memperagakan perlbagai barangan untuk pengunjung.
Peminat-peminat mengambil masa untuk berjalan-jalan sebelum perlawanan dimulakan.



Di samping, barang-barang berkaitan dengan bola, jam tangan juga boleh diperolehi di sini.
Kalau nak mencuba nasib pun boleh, sama ada anda hebat atau tidak menjaringkan gol dengan menendang masuk bola dalam lubang. Ada hadiah yang menanti tetapi nak masuk kena le bayar RM2 untuk 3 tendangan ya.

Memang cukup meriah dengan khemah-khemah yang didirikan.

Gerai KFC juga ada tetapi Kelantan Fried Chicken ya dan bukannya Kentucky Frid Chicken. Ramai juga pengunjung yang mencuba. Jom kita tengok menu apa ada kat sini.
Antaranya cendawan goreng berempah, wedges goreng berempah dan ayam goreng + kentang goreng.

So saya cuba benda alah ayam goreng 2 ketul dengan fries @RM6. Not bad juga rasanya.

Ramai yang menunggu di pintu masuk. Maybe masih menunggu kedatangan kawan-kawan sebelum masuk ke stadium.

Inilah barisan pemain-pemain Malaysia, satu aja yang saya pelik penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi tidak diturunkan pada perlawanan permulaan dan dimasukkan pada separuh masa kedua.

Arsenal pula tidak menurunkan Robin Van Persie, Arshavin dan Nasri pada separuh masa pertama dan of coure mereka juga bermain pada second half untuk memberi peluang kepada peminat-peminat Arsenal di Malaysia.

Mengikut website Arsenal, stadium dipenuhi oleh 70,000 dan majoriti memakai jersi Arsenal. Lebih kurang 80%. Memang betul ramai yang tak pakai jersi Harimau Malaya dan itu tidak melunturkan saya yang memakai baju biru kebangaan Malaysia walaupun saya penyokong Arsenal lebih 10 tahun yang lalu. Alamak sekarang ni batuk-batuk dan pedih tekak asyik menjerit semalam.

Part yang 70,000 tu tak sure le tapi saya rasa more likely separuh, maybe dalam 50,000 orang?

Bukan sekadar rakyat Malaysia, penonton setia dari Indonesia, Singapura dan juga warganegara asing yang lain.

Ini sedikit gambaran mengenai warming-up sebelum memulakan perlawanan yang dilakukan oleh pemain-pemain Malaysia.

Arsenal juga memanaskan badan melakukan dengan pelbagai posisi dan cara.

Percubaan kapten Malaysia, Safiq Rahim mengenai benteng yang dibuat oleh Arsenal. Nak juga tengok kepakaran Safiq merembat masuk tendangan percuma kali ini seperti yang dilakukan pada perlawanan-perlawanan sebelum ini.

Arsenal mendapat penalti yang pertama pada minit ke-4 apabila Aidil Zafuan membuat tackle ke atas Wilshere. Gol disudahkan oleh Aaron Ramsey.

Secara keseluruhan terdapat banyak kelemahan Malaysia terutamanya dari segi confident level, passing bola dan pengawalan bola yang tidak kemas. Tetapi yang penting pengalaman ini dapat digunakan untuk menentang Singapura dalam kelayakan Piala Dunia 2014 di Singapura pada 23 Julai 2011 dan di Malaysia pada 28 Julai 2011.

Bagi pasukan Arsenal pula, memang memberi peluang kepada Arsene Wenger mencuba pelbagai strategi dan pemain-pemain muda untuk memanaskan badan sebelum musim depan EPL. Harap-harap Arsenal boleh menjuara sekurang-kurangnya satu piala musim depan.

Wednesday, July 13, 2011

Gambar Sekitar Sesi Latihan Arsenal di Stadium Bukit Jalil

Semalam, 12 Julai 2011, pergi ke Stadium Bukit Jalil untuk menyaksikan training @latihan pasukan Arsenal. Ianya bermula pukul 7.00 malam sehingga 8.30 malam. Memang ramai betul bila nak beli tiket STAR (Sri Petaling line). Kena gak beratur.

By the way, inilah peta integrasi bagi LRT (Kelana Jaya Line), STAR ( Ampang & Seri Petaling Lines) dan juga Monorail. From Masjid Jamek, kena ambil STAR, make sure naik yang berdekatan dengan OCBC Bank bukannya yang satu lagi kat Masjid Jamek. Then beli tiket pergi balik (RM3.80 @RM1.90 sehala) dan perjalanan lebvihkurang 20 minit hingga 30 minit. Satu lagi ambil train yang ke Sri Petaling dan bukannya ke Ampang. Itulah salah satu cara bagaimana nak ke Stadium Bukit Jalil.

Sampai aja stesen Bukit Jalil, memang penuh dengan gerai-gerai menjual makanan, minuman, jersi dan macam-macam lagi. Tapi air kat sana memang le mahal, sebagai contoh air mineral yang jual kat Carrefour tak sampai 50 sen tapi kat sana RM2.00.

Tepi-tepi tangga nak naik ke Stadium Bukit Jalil, memang ramai yang menjual barang-barang sukan. Pilihlah apa yang hendak dibeli.

Ini keadaan di depan pintu masuk ke Stadium Bukit Jalil. Antara barang-barang yang tak boleh dibawa ialah air botol (termasuk juga dengan mineral water), tongkat, topi keledar, payung , bunyi-bunyian dan of course mercun.

Memang pemeriksaan dijalankan oleh petugas-petugas. So kalau yang bawa mineral water tu, minum habis dulu ya baru boleh masuk.

Memang cukup ramai peminat-peminat Arsenal, kalau tak silap lebih kurang 10,000 hingga 15,000 yang menyaksikan sesi latihan ini. Dijangka malam ini, perlawanan persahabatan Malaysia vs Arsenal, stadium akan penuh.

Inilah pemain-pemain Arsenal yang turun ke padang dengan sorokan peminat-peminat. Sorry le tak berapa jelas, 5X zoom aja dan 14.1 megapixels. Kalau ada kamera yang teropong tu baru nampak jelas. So beberapa keping gambar kat bawah ni "dipinjam" kat website Arsenal.

Dalam sesi latihan ianya bermula dengan "panas badan" dan pemain-pemain Arsenal mengelilingi padang sebanyak 2 kali, so beri peluang kepada peminat-peminat untuk mengambil gambar. Memang cukup gembira mereka yang diketui oleh Arshavin.

Selepas itu mereka dibahagikan kepada dua kumpulan, dan peminat-peminat Arsenal dapat melihat secara dekat mereka bermain, yang menonjol bagi saya semalam antaranya adalah Theo Walcott, Arshavin, Szczesny dan Rio Miyaichi. By the way, Arsenal membawa 23 pemain ke Malaysia.

Penyerang Arsenal, Chamakh membuat tanda peace kepada peminat. Memang suka cara beliau bermain terutamanya semasa Robin Van Persie cedera tetapi beliau jarang bermain sekarang.

Seorang lagi penyerang dan juga pemain sayap Arsenal, Theo Walcott senyum gembira beraksi dengan kamera.

So jangan lupa ya, sambil-sambil tengok bola tu, surau disediakan, untuk lelaki di tingkat @aras 2C manakala untuk wanita 1S. Ianya boleh memuatkan 50 jemaah pada setiap masa. Jangan lupa, malam ini, walaupun peminat tegar Arsenal, sokonglah pemain-pemain Malaysia.

Monday, July 11, 2011

Training Pass Arsenal @Kosmo: Waktu Training Pukul 7.00 Malam @12 Julai 2011 di Stadium Bukit Jalil

Hari tu masa beli tiket Arsenal dah dapat training pass. Yang ni dapat satu lagi training pass, thanks to Kosmo. Kan, bila kumpul 10 masterhead Kosmo dapatlah training pass percuma.

By the way, masa pergi ambil pass tu, memang tak ramai, in fact tak perlu beratur pun. Maybe masih awal kot. Waktu untuk ambil pass from 2.00 petang to 5.00 petang @K Club Worldwide Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Untuk pengetahuan, mengikut staff Kosmo, waktu @masa pemain-pemain Arsenal training adalah pukul 7.00 malam esok, 12 Julai 2011. So jangan lupa esok di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk peminat-peminat setia Arsenal.

By the way, inilah K Club Worldwide, Jalan Melawati 3, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur.

Senarai Pemain-Pemain Arsenal Datang Ke Malaysia: Perlawanan Persahabatan Malaysia vs Arsenal

Rasanya by now ramai yang dah tahu yang perlawanan bola sepak antara Arsenal vs Malaysia akan berlangsung di Stadium Bukit Jalil. Ianya akan berlangsung pada hari Rabu, 13 Julai 2011 pada pukul 8.45 malam.

Jom kita tengok antara pemain-pemain Arsenal yang datang ke Malaysia: (By the way, kapten Arsenal, Fabregas yang kemungkinan besar berpindah ke Barcelona tidak dapat hadir akibat kecederaan).
  • Robin Van Persie: Memang suka sangat tengok Persie main, memang sungguh lincah dan mempunyai keupayaan untuk menjaringkan gol dari sebarang arah. Seorang penyerang yang sangat digeruni oleh pihak lawan. Get ready, Khairul Fahmi!

  • Samir Nasri: Attacking midfielder dan juga boleh digunakan sebagai pemain sayap. Jika Fabregas tidak bermain, posisi tengah (central midfield) adalah tempat beliau. Cara beliau bermain mengingatkan saya dengan pemain terkenal Perancis, Zinedine Zidane. Anyway, beliau dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester City musim depan.

  • Jack Wilshere: Pemain tengah yang berasal dari England. Beliau lahir pada 1 Januari 1992 dan mula berada di dalam Arsenal Academy seawal umur 9 tahun. Mempunyai kepakaran untuk menghantar bola dengan tepat, mengelecek dan pergerakan yang menarik. Boleh juga digunakan dibahagian sayap dan juga menyerang dari bahagian tengah.

  • Theo Walcott: Seorang lagi kelahiran England, 3 tahun lebih tua daripada Wilshere. Seorang penyerang di bahagian kanan. Salah seorang yang cukup berbahaya dan permainan yang sangat pantas.

  • Andrei Arshavin: Beliau juga kapten pasukan Rusia dan juga seorang attacking midfielder. Rasanya ramai gadis-gadis dan wanita suka dengan wajah beliau @baby face.
Nanti tambah-tambah le ya mengenai pemain-pemain yang lain.

Friday, July 1, 2011

Nak Tengok Sesi Latihan Arsenal @Training Pass: 12 Julai 2011 Percuma Dengan Kosmo

Update: Training pasukan Arsenal bermula 7.00 malam (12 Julai 2011 di Stadium Nasional Bukit Jalil).

Berita baik untuk peminat-peminat Arsenal di Malaysia. Kosmo memberi peluang kepada 1,000 peminat-peminat Arsenal untuk melihat sendiri pemain-pemain kegemaran mengadakan sesi latihan pada 12 Julai 2011 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Siapakah pilihan anda? Fabregas (mungkin akan berpindah), Van Persie, Walcott, Wilshere, Nasri (mungkin akan berpindah), Arshavin ataupun ramai lagi.

Mudah aja, apa yang anda perlu buat ialah mengumpul 10 masterhead kosmo bulan Julai 2011 dan 1,000 tiket @pass training akan diberikan kepada yang terawal. Ianya boleh ditebus pada 11 Julai 2011 pada pukul 2.00 petang hingga 5.00 petang di K. Club Worldwide Sdn Bhd, Jalan Melawati 3, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur.

Apa lagi, mulalah beli akhbar Kosmo @RM1.00 sahaja dan kumpul kan 10 masterhead bagi mendapatkan tiket latihan @training pass pada 12 Julai 2011.

Monday, June 13, 2011

Dah Dapat Tiket Malaysia vs Arsenal: Perlawanan Persahabatan 13 Julai 2011

Update: Training pasukan Arsenal bermula 7.00 malam (12 Julai 2011 di Stadium Nasional Bukit Jalil).

Sebelum ini ada tulis entri mengenai "Tiket Arsenal Sudah Habis" tetapi ianya di Nike Store so pi belilah kat Ticketpro Sungai Wang baru-baru ini. Paksa Afiqah untuk jadi model pegang tiket perlawanan dan pakai training pass.

Beli yang RM68 then yang seronoknya dapat juga training pass yang boleh tengok pemain-pemain Arsenal berlatih sehari sebelum perlawanan iaitu 12 Julai 2011.

Ni le rupanya tiket perlawanan. Memang cantik gak kan. By the way, game Arsenal vs Malaysia akan berlangsung pada 13 Julai 2011 (Rabu) pada pukul 8.45 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Ni pula training pass untuk tengok Van Persie, Fabregas, Walcott, Wilshere, Samir Nasri, Arshavin dan ramai lagi.

Monday, June 6, 2011

Tiket Malaysia Lawan Arsenal Sudah Habis? Perlawanan Persahabatan


Ramai yang dah tahu kan perlawanan persahabatan antara Malaysia lawan Arsenal akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 13 Julai 2011. Semalam pi le tanya kat Nike Store kat 1 Utama, guess what?

Tiket untuk RM58 dan RM68 sudah habis, yang ada je RM108 dan RM388. Sungguh kecewa lagipun kalau beli pun pass untuk pasukan Arsenal training pun sudah habis walaupun dalam newspaper cakap ianya diberi kepada pembeli tiket sehingga semalam. Sebabnya ianya terhad.

Oppppsss, just called Ticketpro, ianya masih ada, maybe kat Nike Store ianya terhad. Jom kita terjah Tiketpro.

Perlawanan antara Malaysia vs Liverpool akan berlangsung pada 16 Julai 2011 (5.45 petang) di Stadium Nasional Bukit Jalil. Kalau tak silap tiket Malaysia vs Liverpool akan mula dijual kepada public pada 10 June 2011 (Jumaat ini). Tapi yang ada kad kredit / kad debit Standard Chartered ianya boleh dibeli from 30 Mei 2011 hingga 9 June 2011. Bagi peminat Liverpool, jom tengok Malaysia vs Liverpool.