Pages

Thursday, February 28, 2013

Teringin Nak Mendaki Bukit Broga

Baru-baru ini my friends pi memanjat Bukit Broga yang terletak di Semenyih, Selangor.  Mengikut wikipedia, ianay lebih kurang 31km dari Kuala Lumpur dan 33km dari Seremban.

Actually my friend, Uncle K dah banyak kali dia ajak tapi saya menolaknya dengan baik. Tengok-tengok last Saturday, dia pi ngan 2 orang gadis (Auntie E dan Auntie F) kat my department. Memang baik betul Uncle K, sanggup pi ambil diaorang kat rumah sebelum subuh lagi. Actually Uncle K, Auntie E dan Auntie F ni masih muda lagi, saja aja bagi gelaran uncle dan auntie.

Jom kita tengok sedikit gambar di Bukit Broga.
Gambar ni diambil masa matahari dah naik. Kalau tak silap diaorang pi mula mendaki selepas subuh, so bila sampai kat puncak tu, sempatlah tengok matahari naik, sunrise. 
Tengok tu ramai betul orang pi mendaki Bukit Broga. Kalau tak silap ketinggian Bukit Broga ni adalah 400m. 
Memang pemandangan yang cantik apabila kita lihat puncak bukit dan keadaan sekeliling.
Memang I am sure sangat memenatkan tapi sangat berbaloi. Ianya salah satu riadah yang kita dapat lakukan di samping memerhatikan keadaan sekeliling.
Tunggu ya Bukit Broga, kalau ada kesempatan bolehlah saya terjah ke sana.

Tuesday, February 26, 2013

Tips Menyewa Rumah Baru

Anyway bukan saya nak sewakan rumah tapi dapat tahu yang my in-law ingin sewakan rumahnya yang dijangka siap dalam masa sebulan dua lagi. My in-law sebelum ini telah membeli sebuah kondo Platinum Hill Condominium PV2 di Taman Melati from pemaju Platinum Victory.

Sedikit ringkasan mengenai Platinum Hill Condo PV2:
  • Harga jualan semasa mula dibuka adalah di antara RM302,990 - RM793,000
  • Jumlah unit adalah 700
  • Jumlah keluasan adalah 1,313 kps - 1,500 kps
  • Pegangan bebas
  • Harga rumah yang diiklankan di kualalumpurcity adalah RM550,000
  • Sewa bulanan adalah RM2,300 untuk partial furnished mengikut apa yang diiklankan di mudah.my
Jom  tengok sikit sebanyak tips sewa rumah baru yang diambil dari blog eyriqazz termasuk komen pengunjung:
  1. Bagi yang sibuk, baik guna agen untuk cari penyewa rumah. Make sure tanya agen sama ada ada uruskan benda-benda berkaitan selepas penyewa tu dok rumah kita
  2. Agen ni ada yang jenis caj tinggi so iklan sendiri lagi senang. maybe letak kat hentian bas
  3. Pilih penyewa yang bekeluarga lagi senang. Bukannya apa takut bagi kepada students ni rumah cepat rosak (TAPI bukan semua ya, ni komen saya)
  4. Make sure buat agreement (lisan saja tak cukup, mesti ada black and white)
  5. Ambil detail penyewa, i.e. salinan kad pengenalan, tahu sedikit sebanyak mengenai penyewa (pekerjaan)
  6. Ambil local senang sikit walaupun foreigners menawarkan sewa yang lebih tinggi. Reason being senang sikit nak settlekan apa-apa masalah kemudian hari
  7. Jumpa sendiri ngan penyewa senang sikit kita nak tahu penyewa
  8. Rumah tu biar fully furnished so bolehlah letak sewa tinggi sikit
Apa lagi kawan-kawan yang dah biasa dengan urusan sewa-menyewa ni, bagi pandangan sikit. Begitulah sikit sebanyak tips untuk menyewa rumah ya.

Monday, February 25, 2013

Dapat Voucher RM40 from AEON

Bagus juga membeli-belah kat AEON ni. Sebab setiap kali kita beli then guna kad AEON then dapatlah kumpul mata ganjaran. So setiap 6 bulan sekali, kalau cukup mata then diaorang akan bagi voucher.

Macam saya, dapatlah RM40. Di samping itu ada juga mata yang mana boleh ditukarkan dengan pelbagai jenis barangan ataupun voucher termasuk AEON.

Sunday, February 24, 2013

Jom Masak Mini Pizza dengan Pemanggang Ajaib

Nak cerita pasal pemanggang ajaib are IKAN. Sebelum ni cuba panggang ayam dan sotong, kali ini cuba masak mini pizza pula. Nak kira cara paling sempoi ya, potong roti keping pas tu letak sos tomato, then taburlah ayam yang dikisar (yang dah siap dijual) pas tu letak sosej yang dipotong. Last sekali letak le mozzarella cheese. Cukup senang.

Tengok tu tangan my daughter, Afiqah yang berumur 9 tahun tengah tolong buat benda alah ni.
Pas tu masukkan pizza mini ni dalam pemanggang ajaib. Then panaskan api. 
Tak sampai 10 minit dah siap. Senang betul, cuma in the future kena kurangkan lagi masa maybe dalam 5-7 minit baru roti tu tak garing sangat.

By the way, anak-anak memang suka dengan mini pizza buatan sendiri ni. Diaorang cakap nak lagi. He he he.

Jom Lunch di Cinnamon Box, KL Festival City

Semalam pi lunch kat Cinnamon Box di KL Festival City
Sebelum tu apa kata kita tengok menu kat restoran kayu manis ni.
Ni kiranya makanan utama le, nak makan nasi ke, mi ke boleh aja.
Kalau tak nak masakan Malaysia apa kata cubalah masakan barat.
Ni untuk yang ringan-ringan. Mesti ramai yang suka cucur udang kan?
Dessert yang sedap-sedap pun ada tapi apasal banyak tak ada ya?
Kalau makan mesti nak minum juga kan?
Ni lagi minuman ya.
Fresh juice pun ada.
Anyway since my daughter, Afiqah menghadiri kursus pengawas, so kitaorang bertiga ajalah terjah tempat ni. Anak sorang lagi, Danish tak makan makanan kat sini so belilah makanan kat luar. Anyway kiranya menu ni untuk berdua ajalah.

Iced lemon tea dan coke kami order. 
Anyway ni mi kari dengan ayam, udang dan telur @RM9.90. Tapi macam tak rasa sangat ayam, maybe sikit sangat diaorang letak pas tu kecil pula. Memang sah mi ni dengan kari sebab rasa kari sangat dan tak begitu lemak. Macam mi letak kari dan air aja. Tak cukup rasa sangat. Persembahan memang perfect tapi rasa tak begitu sangat.

Oleh sebab itu ratingnya tak berapa sangat, saya bagi 7.1 out of 10. Banyak lagi kena improve.
Yang ni pula signature dish kat sini, Nasi Pandan Special @RM14.90. Persembahan boleh tahan except nampak ayam yak begitu terselah maybe disebabkan ayam tu tak begitu garing. Memang saya jenis yang suka makan yangh garing-garing.

Anyway nasi pandan ni ada ayam goreng berempah, telur rebus separuh, sambal udang, acar dan papadom. Sebelum ni tengok kat internet, nasinya berwarna hijau tapi kali ini putih pula. Anyway memang boleh bau pandan le nasi ni.

Ayamnya saya dah komen tadi, memang cukup rempah tapi kalau nak sempurna lagi kenalah garing sikit ayam ni baru sedap. Sambal udang boleh tahan juga rasanya tapi udangnya terlalu kecil dan susah sikit nak makan apabila udang tu yang ada kulit. Acarnya sempurna dan papadomnya cukup ranggup, memang sedap dimakan.

Secara keseluruhan saya bagi rating 7.4 out of 10.
Ni apa lagi kalau tak "Caramelised Banana with Cinnamon & Ice Cream". Memang satu hidangan yang sedap dan persembahan yang bagus. Pisang yang dibakar dengan baik dan dilimpahi dengan karamel serta sos kayu manis campur dengan aiskrim.

Kombinasi panas dan sejuk membuatkan ianya cukup istimewa. Rasanya yang manis membuatkan kita tidak akan lupa pengalaman makan kat Cinnamom Box. Pemanis mulut ini membuatkan kita nak datang lagi walaupun makanan kat atas tu tak just OK aja.

Secara keseluruhan saya bagi rating untuk dessert ni 9.1 out of 10. Manakan tidak, blogger eyriqazz sampai order dua set pisang bakar ni. 
So kiranya untuk makan dua orang kat sini total bill adalah RM39.60. Lain kali boleh datang lagi kat sini tapi untuk tea time kot, nak cuba cucur udang ke, cucur ikan bilis ke ngan kepak ayam. Ingat ya restoran ni buka from 12 tengah hari ya, jangan le pula datang awal. Boleh check facebook untuk maklumat lanjut ya.

Saturday, February 23, 2013

Letih Betul Afiqah Balik dari Kursus Kepimpinan Pengawas

Kul 5.00 petang tadi ambil Afiqah kat sekolah setelah habis Kursus Kepimpinan Pengawas yang berlangsung selama satu malam dua hari. Nampak gaya macam dia enjoy juga pi sana. Tapi tak boleh tanya banyak soalan sangat maklumlah baru lepas then mesti letih sangat.
Ni le jadual kursus tu. Dapat tahu yang pada hari pertama tu tidur kul 10.30 malam then kul 1.00 pagi guru kejutan semua murid-murid untuk aktiviti pagi pula. Entah aktiviti apa. Tapi yang pasti Afiqah cakap tak cukup tidur. By the way, ada juga murid-murid yang menangis.

Anyway nanti saya cerita lagi mengenai pengalaman Afiqah menghadiri Kursus Kepimpinan Pengawas ya.

Sedap Juga Nasi Ambeng @Wak Minah Cheras

Semalam kat office ada orang belanja makan nasi ambeng. Sedap juga nasi ni. Ada ayam masak merah, tempeikan bilis dan macam-macam lagi.

Campur-campur semua ngan ikan masin memang sedap, kena ngan selera saya. Ini kali kedua makan nasi ambeng kat office. Maknanya memang rasanya membuatkan kita nak makan lagi.
Anyway nasi ambeng ni adalah di order khas from Bandar Tun Razak, Cheras. Apa lagi kalau tak Nasi Ambeng Wak Minah. Kalau nak cuba apa kata call le Azham di nombor 017-689 2788 atau 012-333 4405. Selamat berambeng ya.

Friday, February 22, 2013

Percubaan Pertama Guna Pemanggang Ajaib are IKAN

Semalam saya ada cerita mengenai pemanggang ajaib are IKAN, hari ni nak cerita mengenai pengalaman pertama guna pemanggang ni ya. Yang ni adalah ayam sebelum dimasak ya.
Alamak sotong ada 2 ekor aja, hantam ajalah. 
Saya gunakan api dapur gas yang kecil aja. Biar lama-lama sikit lagipun bukan kena buat apa pun. Tunggu ajalah ya.
Lepas tu tutup le takkan nak biarkan terbuka ya.
By the way, saya gunakan sos BBQ jenama Heinz. Yang satu lagi sos lada hitam, campur ajalah ya.
Lebih kurang 10-15 minit beginilah rupa ayam yang dipanggang guna benda alah are IKAN ni. Air ayam dan rempah tu dah kering.
Dah masak separuh pas tu pusing aja pemanggang tu so tak perlulah kita balik ayam tu guna sudip ke. Kejap aja kan tak sampai 30 minit masak le. Kalau nak cepat lagi guna api lagi besar tapi tak tahulah apa kesannya.
Sotong kejap aja, since pemanggang tu dah panas, tak sampai 5 minit masak le sotong. Sotong lagi sodap. Ayam pun sodap juga. Memang cukup senang. Lain kali boleh panggang lagi guna pemanggang ajaib are IKAN ni. 
Ni le rupa permukaan pemanggang. Jangan risau ya, nanti dah sejuk rendam guna air aja.
 
Sebelah permukaan satu lagi pun sama.

Thursday, February 21, 2013

Apa yang Ajaib dengan Pemanggang are IKAN

Sebelum ni perasan juga yang produk pemanggang ajaib banyak betul  kat pasaran sekarang. Macam-macam jenama ada. Anyway apa yang ajaibnya pemanggan ni. Kalau tak silap ianya bukan sekadar boleh digunakan untuk memanggang malah membakar, menumis, mengukus dan macam-macam lagi.
So dah beli produk pemanggang ajaib jenama are ikan. Entahlah apasal diaorang guna jenama are ikan. Saiznya adalah 28cm. So bila memanggang boleh digunakan kedua-dua belah so tak perlu le balik ikan atau ayam tu ya, just terbalikkan pemanggang ajaib tu.
Kat bahagian pemegang tu ada magnet bagi menjamin pemanggang ni ketat dan senang untuk memanggang ya.
Bahagian dalam ni ada permukaan yang terdapat garisan timbul.
Satu bahagian lagi adalah terdapat corak khas yang mana bagi memastikan makanan tidak melekat.
Dalam kotak tu ada diberi getah. So kalau dah lama guna nanti, bolehlah tukar getah tu kalau rosak ya.
Ni le rupa pemanggang ajaib are ikan. 
Dapat juga buku resepi sebagai panduan. 
Nak masak chicken chop pun boleh. 
Harga pemanggang ajaib are ikan ni adalah RM129 dan masa beli hari tu dapat dengan harga RM108. Rasanya bagi ahli dapatlah diskaun 20% kot. Saya bukan ahli ya.

Nanti di lain entri ya saya berkongsi dengan masakan menggunakan pemanggang ajaib are ikan. Tunggu. Anyway kalau yang pernah juga or tengok orang guna, apa kata berkongsi le sedikit sebanyak pengalaman ya.

UPDATE: PERCUBAAN PERTAMA BAKAR AYAM DAN SOTONG

Wednesday, February 20, 2013

Kursus Kepimpinan Pengawas 2013

Afiqah sekarang  ni dah jadi pengawas. Baru-baru ni dapat surat dari sekolah yang menyatakan bahawa pengawas yang baharu sahaja dilantik akan menghadiri kursus kepimpinan pengawas di sekolah. Maknanya pelajar akan tidur di sekolah untuk satu malam dan pelbagai aktiviti diadakan.

Bagus juga at least dapat menajamkan skill kepimpinan dan diharap Afiqah akan menjadi seorang pengawas yang baik dan berdisiplin.

Bagi yang pernah menghadiri ataupun mempunyai pengalaman yang mana anak-anak pernah hadir kursus seperti ini bolehlah berkongsi pengalaman ya.