Pages

Saturday, August 30, 2014

Lineup Fantasy Football Minggu ke-3

Minggu ke-2 EPL Fantasy Football tidak mengalakkan yang mana saya hanya mampu rekod 48 mata. Memang tidak berpuas hati langsung. Untuk minggu ke-3, saya telah menggunakan wildcard yang mana saya boleh membuat pertukaran seberapa banyak yang saya mahu tanpa menolak mata. Anyway wildcard ni hanya boleh digunakan dua kali sekali di mana-mana minggu manakala sekali lagi selepas bulan Januari 2015.

Inilah skuad saya untuk minggu ke-3. By the way, saya mengekalkan Ramsey dan Fabregas yang mana telah menyumbang banyak mata kepada skuad saya. Saya mengekalkan strategi 3-5-2 dan diharap bahagian tengah nanti akan menyumbang banyak mata.
Yang  ni pula kedudukan Malaysian Blogger FC yang sekarang ni sudah 20 kelab yang telah menyertai termasuk dengan 5 kelab baharu yang masih belum dikira matanya. By the way, sehingga minggu kedua sharinginfoz telah menduduki tangga yang ke-6 daripada 15 kelab. Kalau nak menyertai boleh masukkan kod 2610950-607743.

Blogger Hazmin Hamudin berada di tangga ke-2 dan thanks juga kepada beliau kerana telah promote liga blogger ni.

Boleh Menikmati Wifi di Dalam Airasia

Mengikut The Star, Airasia kini menawarkan perkhidmatan percubaan wifi secara percuma sehingga 31 Oktober 2014, berdasarkan siapa cepat dia dapat sehingga 60 orang dalam penerbangan yang terpilih. Data internet adalah sebanyak 1MB dan perkhidmatan chatting melalui LINE, Whatapps dan Wechat.

Apa 1MB? Buka satu page dah lebih kuota ni, just imagine satu gambar pun dah lebih 1MB. So memang sikit sangat. Yalah ni memang percubaan nanti bila dah betul-betul diaorang launch perkhidmatan wifi dalam flight Airasia, pas ni mesti le kena bayar. Takkan nak semua free kan? Agak-agaknya berapa le Airasia akan caj penumpang bagi perkhidmatan wifi ni nanti.

Kita tengok le nanti apa kata Airasia mengenai perkhidmatan wifi ni nanti.

Thursday, August 28, 2014

Jadi Trend Sekarang Dengan Rainbow Loom

Sekarang dah jadi trend benda alah rainbow loom ni. Anyway, anak beli hari tu harganya RM6, dapatlah sebungkus getah yang berwarna-warni.
Pas tu ada alat untuk buat jadi i.e. gelang. Actually kat market ni macam-macam jenis alatan yang ada. Yang ni paling basic iaitu batang untuk mengait, pas tu alat yang berbentuk Y tu untuk memegang gelang yang tengah dibuat dan akhirnya penyakut dia untuk "mematikan" gelang tu.
Ni rupa gelang yang tengah dibuat, ooo ini rupanya rainbow loom. 
Ni pula gelang-gelang yang siap dibuat oleh anak. Sebab tu le dipanggil rainbow loom, kan warna-warni.

Wednesday, August 20, 2014

EPL Fantasy Football Minggu Pertama

Minggu pertama EPL Fantasy Football 2014-2015, tidak begitu baik dengan jumlah mata yang berjaya dikutip adalah sebanyak 61 mata dan kedudukan pada minggu pertama adalah 298,973 daripada 2,933,733.

By the way, purata mata bagi EPL Fantasy Football adalah 47 mata manakala mata tertinggi adalah 101 mata. Untuk minggu pertama pemain yang paling paling banyak menyumbang adalah Ramsey sebanyak 20 mata. Actually mata bagi pemain ni adalah 10 but since saya pilih Ramsey sebagai kapten so dapatlah double.

Seorang lagi pemain yang banyak menyumbang adalah bekas pemain Arsenal yang sekarang ni bermain untuk pasukan Chelsea, Fabregas dengan 11 mata. Fabregas telah berjaya membantu rakannya untuk menjaringkan dua gol so dapatlah 6 mata dan bonus 3 mata serta 2 mata memandangkan Fabregas bermain melebihi 60 minit. Clichy menyumbang 9 mata dan Costa sebanyak 6 mata. Di samping itu pemain terbaru Sanchez bagi 5 mata. Untuk keseluruhan 5 pemain ini, jumlah keseluruhan adalah 51 mata.

Pemain yang saya rasa teruk untuk minggu pertama adalah Zamora yang hanya menyumbang 1 mata dan Nani juga 1 mata. Zamora hanya bermain sebanyak 13 minit manakala Nani sebanyak 45 minit. Untuk itu, saya telah mengambil keputusan untuk menjual kedua-dua pemain ini dan menggantikan dengan Sigurdsson dan Berahino.

Di samping itu, bagi minggu kedua, saya telah menukar strategi 4-4-2 kepada 3-5-2. Kita tunggu le nanti macam mana pemain-pemain ini perform ya.

By the way, kepada yang berminat untuk menyertai EPL Fantasy Football, apa kata join Malaysian Blogger FC dengan kod 2610950-607743.

Monday, August 18, 2014

Mee rebus Tauhu Goreng Rosli @Area Semua House

 
Bagi peminat mee rebus, boleh dapatkan di area Semua House, Kuala Lumpur. Ianya terletak tak jauh dari bangunan Semua House. Nama gerainya adalah Rosli Mee Rebus. Memang Rosli ni terkenal dengan mee rebusnya. Dah beberapa kali gerai ni pindah disebabkan hal-hal tertentu.

Hari tu pi makan bersama member lama Hakim dan eyriqazz. Sorry le Hakim, gambar nampak sikit aja.

By the way, mee rebusnya harga RM4.50 manakala tauhu goreng RM3.50. Kalau nak dua-dua harganya RM5.50 tapi of course tauhunya tak banyak compared to kita order tauhu goreng sahaja.
Dengan kuah yang pekat dan dicampur dengan taugeh serta lada dan telur rebus menjadikan ianya satu hidangan yang cukup sempurna. Oppsss, terlupa pula nak cakap perahan limau ni menjadikan ianya lebih sedap.
Jangan lupa order sekali tauhu goreng dengan kuah kacang serta timun ni. Make sure minta tauhu diasingkan dengan mee rebus baru sedap sangat-sangat. Tak boleh lupakan kesedapan tauhu goreng. Kena pergi lagi ni makan mee rebus Rosli.Rating untuk hidangan keseluruhan saya bagi 8.7 out of 10. Memang the best mee rebus yang pernah saya makan so far especially apabila dimakan bersama dengan tauhu goreng.

Nak tahu lanjut boleh call tokeynya di 017-6413463. kalau tak silap gerai ni mula beroperasi pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang kecuali hari Sabtu, Ahad dan cuti umum.

Saturday, August 16, 2014

EPL Fantasy Football 2014-2015

Malam ni perlawanan EPL akan bermula.  Bagi peminat bola sepak England ni sudah pasti akan masuk fantasy football. Jom kita join EPL Fantasy. Diaorang peruntukan GBP100 juta so ni le pemain-pemain yang saya dapat dan masih tinggal lagi GBP0.5 juta.

Untuk kesebelas utama saya gunakan Diego Costa sebagai penyerang. Kita tengok nanti macam mana keserasian Costa bermain bersama pasukan Chelsea. Bagi pemain tengah pula sudah pasti pemain baru sahaja yang dibeli oleh Arsenal, Sanchez menjadi pilihan bersama dengan seorang lagi pemain Arsenal iaitu Ramsey aka Rambo. Tak lupa juga bekas pemain Arsenal dan juga kapten yang kembali ke EPL dan bermain dengan Chelsea, iaitu Fabregas.

Pemain pertahanan pula Terry dan juga Smalling menjadi pilihan manakala penjaga gol sudah tidak asing lagi, Szczesny. Kita nantikan keputusan nanti macam mana dengan pilihan saya untuk Fantasy Football EPL bagi musim 2014-2015.
Ni le cara diaorang kira mata bagi setiap pemain.

Monday, August 11, 2014

Tempat Beli Barangan Pengantin: Sayang You di Semua House

Semalam pi ke kedai tempat jual barangan pengantin. Kalau kat KL ni, memang Semua House adalah tempat yang femes untuk barangan pengantin. Ianya tak lain tak bukan, Sayang You.
Memang luas juga kedai ni, macam-macam ada.
Ni kaca ni memang sesuai untuk bagi door gift. Pas tu dalam tu letak le gula-gula ke.
Macam-macam warna ada.
Kalau beli yang gelas ni, boleh buat apa ya?
Bunga plastik yang pelbagai jenis memang sesuai sangat. Kalau tak ada bunga memang tak ada seri le.
Ini apa benda le pula ya.
Paper bag ni memang menjadi buruan orang ni.
Ribbon pun sudah menjadi kemestian.
Macam manik aja. Letak kat baju boleh juga ni.
Kalau orang datang, kenalahkita ucapkan terima kasih kan.
Actually macam-macam barangan majlis perkahwinan boleh dibeli di Sayang You yang bertempat di Semua House ni tapi cukuplah sekadar beberapa keping gambar saya share ya.

Saturday, August 9, 2014

Lepas Raya Baru Berpeluang Rasa Tart Nenas Ayu

Baru berkesempatan rasa tart nenas Ayu. Actually dah tahu lama mengenai tart ni especially bila Kak Red memang selalu citer mengenai kesedapan tart nenas ni. Tart nenas ni tokeynya mempunyai blog My Lovely Tart.

Tart nenas ni satu balang ada 50 biji dan dijual pada harga RM28. Tart blueberry pun ada @RM36.
Bila tengok rupa tart nenas Ayu ni pun boleh agak kesedapannya. Bila aja masuk dalam mulut memang true enough, kesedapannya yang teramat sangat. Ianya tebal dan biskutnya masak just nice. Sesetengah biskut tu memang rasa gandum aja tapi bukan yang ni. Di samping itu, jem nenas tu memang banyak dan likat dan yang bagusnya tak terlalu manis. Memang kalau makan dua tiga biji tak cukup.

By the way, ianya dijual musim raya aja. Nak tahu lebih lanjut mengenai tart Ayu boleh hubungi tokeynya di ayu2207@gmail.com or sms / whatsapp di 0176722783.

Friday, August 1, 2014

Duit Raya Anak-Anak 2014

Hari ni dah masuk hari raya yang ke-5. Untuk tahun 2014, anak-anak saya dua orang dapat duit raya sebanyak RM751. So macam tahun-tahun yang lepas, kami akan masukkan duit raya ni dalam Tabung Haji manakala sebahagian akan diberi kepada anak-anak.

So untuk tahun ni, sebanyak RM300 seorang akan disimpan dan selebihnya untuk mereka gunakan. Ni summary duit raya mereka:
  • 2014: RM751
  • 2013: RM707
  • 2012: Lebih kurang RM750
  • 2011: RM579