Pages

Wednesday, October 29, 2014

Untung RM68 Ribu Main Saham

Ni cerita main saham, tapi bukan betul-betul ya, cuma just masuk contest suka-suka. Anyway masa mula-mula masuk duit RM1 juta jadi RM932 ribu sekarang ni dah untung kembali so jadi RM1.07 juta. So kalau main betul-betul saham dah dapat keuntungan sebanyak RM67,572.
 Memang banyak juga kan, kalau gaji RM5,000 sebulan so keuntungan ni adalah bersamaan lebih kurang 1 tahun punya gaji. Tapi mana nak cekau duit RM1 juta untuk main saham?

Monday, October 27, 2014

Individu Gaji RM10,000 Sebulan Tak Dapat Subsidi RON95 Pada Tahun 2015

Mengikut berita hari ini, Kerajaan akan melaksanakan rosionalisasi subsidi petrol RON95 yang mana ianya akan mengikut gaji bulanan individu:
  • Gaji bulanan di bawah RM5,000 boleh beli petrol RON95 bersubsidi tanpa had
  • Gaji bulanan antara RM5,000 hingga RM10,000 boleh beli petrol RON95 bersubsidi sebahagian aja
  • Gaji bulanan melebihi RM10,000 so tak boleh beli RON95 yang bersubsidi
Apa yang saya faham, ianya berdasarkan individu dan bukannya pendapatan isi rumah, so kalau yang dah kahwin, maknanya kalau husband gaji RM10,000 ke atas dan isteri di bawah RM10,000 so suruhlah isteri isi minyak ya. Ataupun kalau ada anak yang ada Mykad suruh le diaorang tolong isi.

Tapi kita tak tahu lagi macam mana mechanism dan adakah menggunakan Mykad or kad lain, kita tunggu aja le. Satu lagi adakah gaji bulanan maksudhnya gaji kasar bulanan or termasuk bonus akhir tahun.

Tunggu ajalah pengumuman pada masa akan datang.

Nak tahu lebih lanjut boleh baca kat Malay Online.

Saturday, October 25, 2014

Hujan-hujan Makan Pisang Cheese

Sekarang ni petang aja selalunya hujan. Nasib baik dah sampai rumah. Tadi on the way balik rumah sempat beli pisang cheese kat tepi jalan.
Not bad juga rasanya. Satu bekas diaorang jual RM5. Sayang coklat dah habis kalau tak lagi mengancam.

Ebook PTD 2014 Bagi Membantu Calon Menghadapi Peperiksaan 1 November 2014

Kalau ada nota ringkas dan padat bagi membantu calon yang bakal menduduki peperiksaan PTD pada 1 November 2014 nanti alangkah bagusnya. Maybe itulah kata-kata yang bermain di fikiran calon-calon.

Jangan risau memang ada ebook bagi membolehkan anda buat rujukan dan mendapat sedikit sebanyak idea bagi membantu jawab soalah peperiksaan PTD. Apa yang penting baca buku tersebut dan fahami betul-betul.
Just sedikit penerangan mengenai format exam PTD nanti. By the way, sebelum itu, jualan ebook PTD hanya akan berlangsung selama 6 hari iaitu dari 25 Oktober 2014 sehingga 30 Oktober 2014.
  1. Pengetahuan am mengenai Malaysia dan alam sekeliling
  2. Daya menyelesaikan masalah
  3. Ujian psikometrik
Berikut pula adalah contoh-contoh soalan:



Nak tahu lebih lanjut mengenai nota ringkas dan padat serta contoh-contoh soalan bagi membantu calon-calon menghadapi peperiksaan aka exam PTD bolehlah tempah ebook PTD 2014.

Friday, October 24, 2014

Exam PTD pada 1 November 2014, Nantikan ebook pada 25 Oktober 2014

Exam Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) pada tahun ini, 2014 semakin hampir iaitu pada 1 November 2014 nanti. Lebih kurang 1 minggu lagi. Jangan risau anda tak terlambat memandangkan pada 25 Oktober 2014 nanti iaitu hari Sabtu akan ada ebook PTD yang dapat membantu anda mengulangkaji ataupun menjawab soalan PTD dengan lebih baik.

Memang ebook ni penting especially bagi calon yang pertama kali menduduki peperiksaan PTD. Semoga ebook ni sedikit sebanyak dapat membantu calon yang memerlukan panduan.

Wednesday, October 22, 2014

Hari Kelepasan Am dan Cuti Sekolah Bagi Malaysia Tahun 2015

Hari kelepasan am dan juga cuti persekolahan bagi tahun 2015 telah pun diumumkan di laman web Jabatan Perdana Menteri. Jom kita tengok cuti untuk tahun 2015, mudahlah kita nak merancang kelak.
Hari kelepasan am bagi tahun 2015 menyaksikan Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW (Maulidur Rasul) disambut dua kali iaitu 3 Januari dan 24 Disember 2015. So in the future, ada kemungkinan kita akan menyambut hari raya puasa 2 kali setahun pula. Logik kan? 
Yang ni pula adalah cuti sekolah bagi tahun 2015 untuk kumpulan B termasuk Kuala Lumpur, Perak, Selangor dan Pahang. Tahun 2015, cuti sekolah keseluruhan adalah sebanyak 10 minggu. So rancanglah cuti-cuti Malaysia ya.
Bagi kumpulan A bagi Kelantan, Kedah, Terengganu dan Johor pula jumlah cuti sekolah pun sama iaitu 10 minggu dan yang berbezanya negeri-negeri ini sudah mula bercuti pada hari Jumaat.

Memang Sedap Nasi berlauk Ayam Kak Wok di TTDI Shah Alam

Tadi sempat terjah ke Restoran Kedai Nasi JJ (Kak Wok) cawangan Shah Alam. By the way, boleh tengaok facebook Kak Wok untuk keterangan lanjut.

Nasi berlauk ayam Kak Wok ni memang tak asing lagi bagi kalangan orang Kelantan.
So bagi yang nak merasa masakan Kelantan dan rindu sangat ngan Kak Wok, usah risau lagi sebab boleh terjah di TTDI Shah Alam.
Masa saya sampai lebih kurang kul 9.00 pagi tak ramai lagi tapi bila dah siap bungkus nasi berlauk ayam tu, memang panjang betul yang beratur. Rata-rata yang datang tu ramai yang makan kat situ, ada juga yang bungkus. Sekali order at least 5 bungkus.
Harga satu bungkus ialah RM4.50. Harganya memang berpatutan. Jom kita tengok apa yang istimewa sangat ngan nasi berlauk Kak Wok ni.
Ianya simple je actually, ada kuah, bukan kari sangat macam masak kunyit. Pas tu ada ayam goreng dan yang bestnya sambal belacan yang kaw-kaw.
Tengoklah sambal tu, memang sedap sangat.
Saya beli tiga bungkus. Memang banyak sangat satu bungkus tu. Kenyang.
Kan saya cakap memang simple tapi rasa cukup mengancam. Ayam goreng dipotong kecil-kecil dan digoreng. Pas tu letak kuah dan sambal. Saya minta ayam goreng je. Biasanya kalau tak silap diaorang campur ayam goreng dan ayam gulai.
Lain kali boleh pi lagi beli nasi berlauk Kak Wok.

Sunday, October 19, 2014

Comel Biskut Koala Lotte

Tadi masa pi ke AEON Big ada le sorang promoter ni bagi cuba biskut Lotte Koala. Masa tu cuba yang berperisa coklat. Memang sedap so beli le satu kotak yang berperasa vanilla since yang coklat dah habis. Memang comel kotak dia.
By the way, dalam satu kotak tu ada lebih kurang 20 ekor. Kalau tak silap harga satu kotak ni lebih kurang RM4. Anak-anak memang suka ngan biskut ni.
Tengok tu memang comel koala, nak makan pun sayang.
Hantam je le koala.

Friday, October 17, 2014

Bajet 2015: Pengurangan Cukai Pendapatan Individu

Dalam Bajet 2015 yang diumumkan baru-baru ini, terdapat penurunan cukai pendapatan  individu sebanyak satu hingga tiga mata peratusan. Memang ianya sangat dialu-alukan memandangkan bermula April 2015, GST akan dilaksanakan. Di samping itu, kadar cukai maksimum yang kini sebanyak 26% dikurangkan kepada 25%.
Berdasarkan jadual yang saya dapat kat suratkhabar Harian Metro hari Jumaat, jika pendapatan bercukai anda sebanyak RM100,000, penjimatan cukai adalah sebanyak RM1,950 dan kadar cukai adalah 21% berbanding 24% sebelum ini. So kita boleh expect terdapat pengurangan potongan cukai berjadual (PCB) pada tahun hadapan.

Bagi golongan yang berpendapatan bercukai sebanyak RM400,000 setahun (RM33,000++ sebulan), mereka akan mendapat penjimatan cukai sebanyak RM7,200.

Persoalan yang bermain difikiran kita adalah adakah bajet 2015 ini adalah baik untuk individu. Adakah dengan turunkan pembayaran cukai pendapatan akan menyebabkan kos sara hidup kita akan bertambah baik?

Tidak semestinya, ini kerana jika kita jimat RM2,000 tapi kita bayar lebih dari segi GST, sebagai contoh RM2,500. Ini bermakna kos sara hidup semakin meningkat dan kehidupan kita akan lebih sukar. So kita nantikan dan tunggulah macam mana impak GST kepada kehidupan kita nanti.

Hmmmm, agak-agaknya le sebab tu ramai yang berminat untuk apply PTD dan menjadi penjawat awam kerana keistimewaan bekerja dengan Kerajaan bertambah baik sekarang berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Exam Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Gred M41 Pada 1 November 2014

Berdasarkan website Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), peperiksaan online bagi memasuki perkhidmatan awam sebagai pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) gred M41 akan berlangsung pada 1 November 2014 iaitu hari Sabtu.
Bagi calon yang telah memohon jawatan PTD, jom check sama ada nama ada tersenarai dalam peperiksaan online 1 November 2014 nanti.

Secara ringkasnya, soalan peperiksaan PTD gred M41 terbahagi kepada 4 seksyen iaitu:
  • Seksyen A – Pengetahuan Am (45 minit: 50 soalan)
    • Menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya.
    • Contoh Soalan:
      Berikut ialah Bidang-Bidang Keberhasilan Utama Negara yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, kecuali
      A menangani kos sara hidup. B mengurangkan perbelanjaan mengurus kerajaan. C memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman. D meningkat taraf hidup rakyat yang berpendapatan rendah.
      Jawapan: B
       
  • Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah (45 minit: 40 soalan)
    • Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut:
     
          Apakah nilai paling sesuai bagi X?
soalan exam PTD 2 Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41
        A 42 B 43 C 44 D 46
        Jawapan: A
        Teknik menjawab:
         94 / 2 = 47 180 / 4 = 45 126 / 3 = X X = 42
  • Seksyen C – Esei Bahasa Melayu (1 jam: 3 soalan, pilih satu soalan, panjang patah perkataan tiada limit)
    • Contohnya: “Langkah-langkah menangani masalah kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur.”
     
  • Seksyen D – Esei Bahasa Inggeris (1 jam: 3 soalan, pilih satu soalan, panjang patah perkataan tiada limit)
    • Contohnya: “Electronic Government in Malaysia.”
     

Thursday, October 16, 2014

Rugi Hampir RM70 Ribu Dalam Masa 2 Hari

Memang betul rugi hampir RM70 ribu or to be exact ialah sebanyak RM67,630. Ini adalah gara-gara main saham. Nasib baik ini adalah pertandingan saham @Kentrade yang mana anda diberi wang secara alam maya sebanyak RM1 juta dan setelah contest tu berakhir siapa yang paling banyak dapat untung dapatlah hadiahnya yang mana hadiah kemuncak adalah Volkswagen Jetta yang bernilai lebih kurang RM130 ribu.

Hmmm nampak gaya saham ni bukan untuk saya le, memang bukannya risk lover untuk jenis pelaburan macam ni.

Sunday, October 12, 2014

Bajet 2015: Band MUET Ditingkatkan Bagi Kemasukan IPTA

Salah satu perkara yang diumumkan di dalam Bajet 2015 adalah berkaitan dengan Malaysia University English Test (MUET) yang sekarang ini banyak dibahaskan oleh ramai orang terutamanya pelajar-pelajar.

By the way, sebelum ini kalau nak masuk IPTA, minimum Band 1 dalam MUET diperlukan tetapi sekarang ni Kerajaan menyarankan agar tahap pencapaian MUET ditingkatkan seperti berikut:
  • Pengajian Sastera dan Sains Sosial: Band 2
  • Pengajian Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM): Band 3
  • Pengajian Undang-Undang & Perubatan: Band 4
Di samping itu, kalau nak grad, pelajar wajib mencapai kelulusan MUET:
  • Pengajian Sastera dan Sains Sosial: Band 3
  • Pengajian Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM): Band 4
  • Pengajian Undang-Undang & Perubatan: Band 5
Dengan pengubahsuaian ini, saya rasa impak untuk kemasukan ke IPTA semakin susah memandangkan syarat minimum pencapaian MUET ditingkatkan. Adakah ini bagus atau tidak? Jawapannya berbelah bagi, ada pros and cons. Tetapi secara keseluruhan saya rasa ini sedikit sebanyak dapat mempertingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris.

Saturday, October 11, 2014

Bajet 2015: Skim Perumahan Belia Berkahwin Dapat RM200 Sebulan untuk 2 Tahun

Berita baik yang diumumkan dalam Bajet 2015 untuk belia yang berkahwin berumur di antara 25 hingga 40 tahun yang mana akan diberi RM200 sebulan bagi tempoh 2 tahun untuk meringankan beban bayaran ansuran bulanan rumah yang berharga tidak lebih RM500,000.

Ingat ya pendapatan isi rumah adalah tidak lebih RM10,000 dan ianya berdasarkan siapa cepat dia dapat sehingga 20,000 unit rumah sahaja. Di samping itu, mereka dapat penjimatan 50% duti setem ke atas surat pindah milik dan perjanjian pinjaman. Mereka juga dapat jaminan pinjaman sebanyak 10% bagi membolehkan peminjam mendapat pembiayaan penuh.

Komen saya adalah skim perumahan untuk belia yang berkahwin ini adalah sangat bagus bagi memudahkan mereka membeli rumah memandangkan harga rumah semakin meningkat dan of course bantuan bulanan sebanyak RM200 (jumlah keseluruhan selama 2 tahun adalah RM4,800) dapat meringankan beban mereka. So kalau kita kira jumlah 20,000 X RM4,800, Kerajaan membelanjakan sebanyak RM96 juta.

Bajet 2015: Penjawat Awam Dapat Cuti Jaga Anak Selama Setahun

Bajet 2015 kali ini sangat menggembirakan wanita penjawat awam memandangkan Kerajaan telah menyarankan agar wanita diberi cuti selama satu tahun bagi menjaga anak dan ianya tidak terikat dengan tempoh cuti bersalin selama 3 bulan buat masa ini.

Ianya juga dipanjangkan kepada pegawai waniota yang mempunyai anak tiri tanggungan, anak angkat yang diambil mengikut undang-undang, anak pelihara dan anak kurang upaya.

Pada pandangan saya, ianya sangat baik dan dialu-alukan oleh semua terutamanya pegawai wanita yang mana baru sahaja melahirkan anak pertama. Butir-butir mengenai perkara ini masih samar dan tunggu nanti pengumuman Kerajaan secara detail.

Perkara-perkara yang ingin diketahui adalah termasuk macam mana dengan gaji, adakah gaji diberi penuh selama setahun ataupun hanya untuk tiga bulan pertama manakala baki sembilan bulan gaji tidak diberi. Di samping itu, berapa kekerapan akan diberi, adakah terhad untuk tiga kali. Apa-apa pun kita nantikan pengumuman lanjut ya.

OR pemahaman saya adalah silap yang mana cuti jaga anak boleh diberi kepada pegawai wanita yang menjaga anak tiri dan ianya hanya bagi tempoh setahun dari 1 Januari 2015 maknanya masuk 2016 ianya tidak digunapakai. Tunggu ajalah maksudnya.



<
 

Friday, October 10, 2014

Ringkasan Bajet 2015

Ringkasan Bajet 2015:
  •  Bonus:
    • Bonus penjawat awam: setengah bulan dengan pembayaran minimum RM500. Ianya akan dibayar pada bulan Januari 2015.
    • Pembayaran bantuan khas pesara sebanyak RM250
  • BRIM:
    • BRIM bagi isi rumah pendapatan bawah RM3,000: dinaikkan daripada RM650 kepada RM950 dan dibayar tiga kali setahun (RM300 pada bulan Januari dan Mei manakala RM350 pada September 2015)
    •  BRIM bagi isi rumah antara RM3,000 dan RM4,000: dinaikkan daripada RM450 kepada RM750 dan dibayar tiga kali setahun (RM200 pada bulan Januari dan Mei manakala RM350 pada September 2015)
    • BRIM bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas dan pendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan: dinaikkan daripada RM300 kepada RM350 dan dibayar sekaligus mulai awal tahun hadapan
    • i-BR1M dimansuhkan dan digantikan dengan Skim Khairat Kematian: manfaat kepada waris sebanyak RM1,000 berkuatkuasa selama setahun
  • Membina lebuhraya Sungai Besi-Ulu Klang bernilai RM5.3 bilion sepanjang 59km
  • Membina lebuhraya Damansara-Shah Alam bernilai RM4.2 bilion sepanjang 47km
  • Kemasukan IPTA dengan minima MUET:
    • Sastera dan Sains Sosial: Band 2
    • Sains, Teknologi, Kejuteraan dan Matematik (STEM): Band 3
    • Undang-Undang & Perubatan: Band 4
  •  Syarat bergraduan, wajib capai:
    • Sastera dan Sains Sosial: Band 3
    • STEM: Band 4
    • Undang-Undang & Perubatan: Band 5
  •  Skim Rumah Belia
    • Belia berkahwin berumur 25-40 tahun serta pendapatan isi rumah kurang daripada RM10,000: Skim pemilikan rumah pertama kurang daripada RM500,000
    • Tempoh pembiayaan sehingga 35 tahun
    • RM200 sebulan diberi oleh Kerajaan pada 2 tahun pertama bagi mengurangkan beban bayaran ansuran bulanan
    • Pengecualiaan 50% duti setem
    • Kerajaan menyediaan jaminan pinjaman sebanyak 10% bagi membolehkan meminjam sehingga 100%
    • Boleh mengeluarkan wang daripada Akaun 2 KWSP untuk menampung bayaran ansuran dan kos berkaitan
    • First come first serve untuk 20,000 unit rumah
  • Meneruskan bantuan persekolahan sebanyak RM100 seorang
  • Meneruskan pemberian Program Baucar Buku 1Malaysia sebanyak RM250
  • Nelayan:
    • Elaun sara hidup dinaikkan kepada: Zon A (RM300): Zon B dan C (RM250) sebulan
    • Nelayan darat sepenuh masa: elaun sebanyak RM200 sebulan
  • Seragam harga barangan Kedai Rakyat 1Malaysia:
    • Tambah 20 lagi kedai di Semenanjung
  • Sistem pengangkutan awam:
    • Bas luar bandar ke bandar dengan diskaun bulanan sebanyak 30% bagi Rawang-KL, Klang-KL dan Seremban-KL
    • Menyediaan Electric Train Service (ETS): Ipoh-Butterworth
  •  Orang Kelainan Upaya (OKU)
    • OKU bekerja: kenaikan elaun bulanan daripada RM300 kepada RM350
    • OKU tidak bekerja: kenaikan elaun bulanan daripada RM150 kepada RM200
    • Kenaikan pelepasan cukai bagi yang mempunyai anak OKU: RM5,000 kepada RM6,000
    • Kenaikan pelepasan cukai bagi pembeliaan alatan bagi OKU: RM5,000 kepada RM6,000
  • Pemilikan rumah:
    • Bina 80,000 rumah PR1MA: Peruntukan sebanyak RM1.3 bilion. Had kelayakan isi rumah dinaikkan daripada RM8,000 kepada RM10,000
    • Melanjutkan pengecualiaan duti setem sebanyak 50%. Menaikkan harga had harga rumah daripada RM400,000 kepada RM500,000. Pengecualiaan sehingga 31 Disember 2016
  • Perumahan Penjawat Awam (PPA):
    • Menurunkan harga minimum rumah daripada RM150,000 kepada RM90,000 seunit dengan keluasan lantai minimum 850 kaki persegi
    • Menaikkan syarat pendapatan isi rumah daripada RM8,000 kepada RM10,000 
  •  Ahli Parlimen
    • Elaun ahli Dewan Rakyat dinaikkan bersamaan gred 54 kepada gred Jusa C
    • Elaun ahli Dewan Negara dinaikkan bersamaan gred 48 kepada gred 54 dan Jusa C
  • GST:
    • Meluaskan skop barangan dikecualikan GST termasuk roti putih, serbuk kopi, bahan bacaan dan suratkhabar
    • Menaikkan kadar pengunaan elektrik yang dikecualikan GST daripada 200 unit kepada 300 unit pertama
    • Pelepasan GST terhadap RON95, diesel dan LPG
  • Barangan yang dijangka turun harga adalah antaranya ubat-ubatan, peti sejuk, mesin basuh, barangan plastik, kasut, perabut rumah, daging, telur ayam, beras dan sayur-sayuran
  • Cukai pendapatan individu:
    • Dikurangkan antara 1%-3%
    • Golongan berkeluarga yang berpendapatan RM4,000 sebulan tidak lagi dikenakan cukai
    • Pendapatan cukai bracket paling tinggi dinaikkan daripada RM100,000 kepada RM400,000
    • Kadar cukai maksimum 26% dikurangkan kepada 24%, 24.5% dan 25%
  • Diskaun 20% diberikan kepada peminjam PTPTN bagi bayaran lump-sum atau sekaligus sehingga 31 Mac 2015
  • Geran sepadan SSPN-i dinaikkan bagi golongan berpendapatan RM2,000 sebulan kepada RM4,000 sebulan
  • Cuti menjaga anak tidak terikat kepada cuti bersalin berkuatkuasa 1 Januari 2015. Kemudahan ini terhad bagi tempoh 1 tahun

Thursday, October 9, 2014

Jawapan Kertas 1 UPSR Matematik 2014

UPSR subjek Matematik pada tahun 2014 yang berlangsung hari ini, 9 Oktober 2014 telah dijalankan setelah sebelum ini subjek ini bocor dan diulang semula.

Dengan berakhirnya kertas Matematik ini maka berakhirlah UPSR pada tahun ini. 

Bosan-bosan jom kita tengok jawapan bagi semua soalan kertas satu Matematik ini. Just a word of reminder, kalau skema yang saya bagi ni tak betul, let me know ya.
  1. B
  2. C
  3. A
  4. C
  5. B
  6. D
  7. D
  8. C
  9. A
  10. D
  11. A
  12. A
  13. A
  14. D
  15. C
  16. A
  17. B
  18. B
  19. C
  20. B
  21. C
  22. D
  23. C
  24. A
  25. C
  26. B
  27. C
  28. B
  29. C
  30. B
  31. C
  32. B
  33. A
  34. C
  35. A
  36. D
  37. A
  38. D
  39. C
  40. B
Tu le sedikit sebanyak jawapan yang saya rasakan betul. By the way, 40 soalan kertas 1 Matematik ni menyumbang 60 markah manakala kertas 2 Matematik tu menyumbang sebanyak 40 markah.

Dividen AHB Sebanyak 3.30% September 2014

Dividen bagi Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) bagi 6 bulan sehingga September 2014 telah diumumkan sebanyak 3.30% menjadikan 6.60% bagi tempoh setahun.

Pembayaran akan dibuat ke akaun bank pada 15 Oktober 2014.

Tuesday, October 7, 2014

Mudah Booking Teksi dengan MyTeksi

Sekarang ni kalau kita nak buat booking untuk teksi memang mudah. Pernah tak guna aplikasi "MyTeksi"? Kalau tak pernah apa kata download kat Google Play atau iTunes

Bila dah download then kita boleh tengok kat kawasan kita berada tu berapa banyak teksi yang menggunakan aplikasi MyTeksi. Macam tempat saya tinggal, masa nak book teksi tu ada 62 pemandu teksi di kawasan berdekatan.
Lepas tu kita search kat mana tempat yang ingin dituju. So jom kita pi KL Sentral yang mana jaraknya lebih kurang 10.9km.
So kita pilih budget le. Kalau yang executive mahal lagi then of course yang grabcar tu ianya adalah perkhidmatan yang premium dan paling mahal.So bila dah pilih tadi, jaraknya adalah 14.1km. Beza kan tadi lebih kurang 9.1km. Yalah yang tu adalah anggaran. Tambang teksi pula kalau tengok kat skrin atas tu adalah antara RM16-RM24.
Seterusnya kita daftar, simple aja cuma letak nama, email address dan nombor telefon kita.
Tengok tu ada caj kerajaan sebanyak RM2. Agak-agak kalau dah ada GST nanti caj ni lebih murah ke since ianya berdasarkan caj tambang. Sebagai contoh kalau tambang teksi adalah RM20, then GST sebanyak 6%, so caj kerajaan / GST hanyalah RM1.20. Kita lupakan sekejap mengenai GST.

So kalau kita bersetuju, apa lagi tekanlah "confirm booking". 
Kalau kita dah confirm, aplikasi ni akan cari pemandu dan tunggulah dalam ramai-ramai pemandu ni siapa yang ingin ambil kita or accept the job.
Kejap aja, dah dapat pemandu, maklumat yang terdapat dalam skrin ni adalah jarak pemandu dengan kita dan nombor plat teksi akan diberitahu.
So boleh tahu kat mana teksi tu berada dan nama pemandu pun diberikan so tak perlu risaulah. Satu lagi nanti kalau barang kita tertinggal ke, kita dah ada maklumat pemandu.
Kalau ikutkan skrin ni pemandu tu akan sampai dalam masa 4 minit. Mengikut pengalaman saya guna MyTeksi baru-baru ini, pemandu tu akan call kita untuk sahkan. Memang cukup senang kan.
So sementara menunggu teksi tu kita boleh check kat mana driver tu. Cukup mudah dengan MyTeksi. Anyway jumlah keseluruhan termasuk government tax yang saya guna hari tu adalah RM17.90. Cukup mudah dengan MyTeksi. Next time boleh guna lagi.

Untuk pengetahuan semua, selepas confirm booking, notification akan dibuat ke email address yang kita letak sebelum ini. So apa lagi jom MyTeksi.