Pages

Tuesday, June 21, 2016

Daftar Pada 8 Ogos 2016 untuk Simpanan Shariah KWSP

Bermula 8 Ogos 2016 hingga 23 Disember 2016, ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), boleh menukar caruman daripada Akaun Konvensional kepada Akaun Shariah. Bagi peringkat pertama ianya dihadkan kepada RM100 bilion iaitu lebih kurang 15% daripada jumlah caruman KWSP.

So apa lagi jangan lupa ya tarikh 8 Ogos 2016. Pencarum perlu hadir ke mana-mana cawangan KWSP dan bawa kad pengenalan diri untuk pengesahan cap jari.

By the way, Akaun Shariah ni tidak menjamin minimum dividen sebanyak 2.5% seperti mana Akaun Konvensional. Tapi jangan risau, sekarang ni pun lebih kurang 45% daripada jumlah aset KWSP adalah berlandaskan Shariah.

Satu lagi since kita dah boleh pilih Shariah buat apa ambil konvensional kan?

Wednesday, June 1, 2016

51 Buah Buku @RM79.90 di Big Bad Wolf di Mines 2

Sekarang ni berlangsung jualan buku "Big Bad Wolf" di Mines 2. Kali ini ianya berkonsepkan beli kotak then masukkan seberapa buah buku yang mana ianya perlu ditutup secara flat. Ada tiga jenis pakej, yang kecil RM79.90, yang besar RM99.90 dan satu lagi pakej family iaitu satu kotak kecil dan satu kotak besar, harganya RM160 (kalau tak silap).
Ni le kotak yang saya maksudkan.
Kalau nak beli kotak boleh masuk laluan sebelah kanan dan kalau nak tengok-tengok dulu masuk laluan sebelah kiri. By the way, ianya dibuka setiap hari bermula 10 pagi hingga 10 malam dari 27 Mei 2016 sehingga 5 Jun 2016.
Beratur jangan tak beratur ya beli kotak di book fair Mines 2, Big Bad Wolf.
Buku memang banyak tetapi rasanya sukar juga nak buat pilihan sebab nak cari yang kita nak tak jumpa. Tapi untuk buku kanak-kanak sama ada English or Malay memang banyak.
Mula-mula saya masuk untuk tengok-tengok then minta kotak yang biasa-biasa dengan pekerja Big Bad Wolf dan masukkan buku yang kami nak. Then bila dah confirm berapa banyak buku yang kami betul-betul suka, then baru beli kotak. Kotak yang mula-mula kami minta tu kotak yang bukan jenis berbayar, alah kotak just nak letakkan buku aja. Kiranya kotak terpakai le.

So akhirnya kami beli kotak yang berharga RM79.90.
Tengok tu kena usung kotak ke sini ke sana. Memang konsep tu pelik le juga berbanding dengan Big Bad Wolf yang lain sebelum ini. Rasanya dah lama tak terjah Bid bad Wolf ni, kalau tak silap kali terakhir ialah tahun 2011.
Inilah sebahagian buku yang kami masukkan dalam kotak tu.
Ini kesemua buku-buku yang dibeli iaitu sebanyak 51 buah. So kalau kita bahagikan dengan RM79.90, harga sebuah buku adalah RM1.57. Murah kan.
Berat juga bawa satu kotak ni. So begitulah cerita beli buku di Big Bad Wolf secara kotak.