Pages

Sunday, July 28, 2013

Macam Sedap Aja Menu Buffet Berbuka di Wadihana Islamic Kitchen Bangi

Tadi baru aja lepas tengok Jalan-Jalan Cari Makan, so adalah citer mengenai tempat makan bagi berbuka puasa buffet di Bangi. Nama tempat tu adalah Wadihana Islamic Kitchen yang bertempat di 25, Jalan Medan Pusat 2D, 38, Curve Business Park, Bandar Baru Bangi. Anyway, waktu buffet adalah from 6.30 petang hingga 10 malam.

Apa yang menarik ialah harga bagi buffet adalah RM45++ bagi dewasa dan RM20++ bagi kanak-kanak. Boleh dikatakan harganya agak murah jika dibandingkan dengan buffet di kebanyakkan hotel yang mana mencecah RM100++.

Bila surf internet jumpa le blog mommybeep yang pernah pi sana untuk berbuka @iftar. Macam-macam jenis juadah ada di sini dan pilihan boleh dikatakan banyak juga. So bila surf jumpa le facebook Wadihana Islamic Kitchen.

Jom kita tengok sajian yang ada bagi hari yang ke-8.
Ni rasanya nasi yang mana diletakkan telur dadar yang sudah dihiris. 
Ayam goreng berempah nampak sedap aja since ianya garing.
Bagi penggemar ikan keli sudah tidak syak lagi dengan pilihan ini.
Sotong goreng kunyit boleh tahan juga nampak gayanya. Anyway sajian kat sini, hari-hari ianya berlainan so bagi peluang kepada mereka yang selalu terjah sini untuk mencuba makanan baharu.
Ni rasanya daging masak sos tiram, hantam ajalah.
Pelbagai jenis sayur-sayuran disajikan.
Air tak sure, kalau tak silap ada tiga jenis air sehari untuk dipilih.
Kerabu mangga memang salah satu masakan kegemaran ramai.
Ni entah apa benda le.
Tengok aja telur masin sudah menggambarkan kesedapannya.
Bagi peminat ulam bolehlah cuba ya.
Kuih karipap adalah kuih yang biasa kita makan.
Samosa pun ada.
Cukuplah dengan makanan ya, kalau nak bihun yang masak panas-panas pun ada.

So kalau berminat bolehlah cuba call diaorang untuk buat tempahan. Kalau tak silap saya, kita boleh call untuk reservation seawal pukul 3.00 petang untuk kita makan di Wadihana Islamic Kitchen di Bangi.

Satu lagi, bagi mereka yang pernah makan sini, apa kata kongsi sikit pengalaman.

Memang Mudah Order Online dengan Tesco: Hantar Depan Rumah

Dah sampai barangan yang dipesan melalui online. Bagi yang nak tahu boleh rujuk macam mana nak order dengan Tesco. Staff Tesco hantar dengan menggunakan troli dan barangan diasingkan dalam bakul tu. Lepas ni dia nak pi hantar tempat lain pula.
Ni le barangan yang saya order, siap dimasukkan di dalam beg plastik. Bagi air mineral pula ianya dalam keadaan macam kat atas le. Mula-mula ingatkan diaorang siap masuk dalam kotak, since saya beli 1 dozen.
Aiskrim dan yogurt adalah antara barangan yang dipesan. 
Just nak test le since ni kali pertama, tidak syak, lain kali boleh order lagi. Memang cukup menyenangkan since penghantaran dibuat sehingga ke depan pintu. Takkan nak suruh diaorang bawa masuk dalam rumah kot?
Aiskrim yang dibeli berada dalam keadaan yang baik, tak cair pun since dalam lori Tesco tu ada tempat pengasingan berdasarkan jenis barangan. So suhunya dikawal.
Semua sekali adalah RM50.91. Bagi yogurt tu ada promosi, beli satu percuma satu. Lagi satu, saya dapat e-voucher sebanyak RM10 melalui website redmummy. Ini bermakna, saya tak perlu bayar kos penghantaran sebab jumlahnya sama.
Bayar boleh guna kad debit or kad kredit. Saya guna kad debit Maybank. Cukup senang.
Then check Maybank2u, ianya telah ditolak terus. Memang cukup menyenangkan bila guna online order since menjimatkan masa. So apa lagi, cuba jangan tak cuba.

Saturday, July 27, 2013

Macam Mana Nak Order Online dengan Tesco

Jom kita tengok macam mana nak order online dengan Tesco. First of course kena masuk website http://eshop.tesco.com.my/. Make sure daftar dulu ya. Step untuk pendaftaran tak susah so saya tak letak le kat sini ya.
Lepas daftar, then pilih le barang apa yang kita nak beli. Memang pelbagai jenis barangan ada kat sini dan yang paling mudah ianya disusun mengikut kategori i.e. benda-benda sejuk seperti aiskrim, cheese, susu dan macam-macam lagi.
Pilihlah yang mana satu berkenan di hati sebagai contoh, yogurt. Harga memang dipaparkan so senanglah nak buat pilihan, then kuantiti kita boleh pilih. Nak beli satu pun boleh.
Setiap kali kita pilih barangan, harga keseluruhan dipaparkan sebelah kanan termasuk dengan kuantiti dan jenis barang yang kita pilih.
Setelah habis kita pilih tibalah masanya kita pilih masa dan tarikh penghantaran yang sesuai dengan kita. Tengok tu ada yang dah penuh so kena cari hari lain le. Delivery ni from 10 pagi hingga 10 malam dan ianya setiap hari. Kos RM10 dikenakan bagi delivery ya.

Rasanya ianya berbaloi jika dibandingkan penat lelah kita pi sana, nak cari parking, beratur, kos petrol, nak angkat barang then yang penting masa kita boleh dijimatkan dengan online order ni.

Then kesemua barang yang kita beli dipaparkan serta dengan kos keseluruhan.
Tibalah masa untuk pembayaran, boleh bayar masa diaorang hantar barang nanti, make sure jangan bayar cash sebab ianya tidak diterima OK.
Saya gunakan e-coupon sebanyak RM10 yang mana saya dapat tahu melalui website redmummy. Setelah ditolak RM10 maknanya kos penghantaran bagi pembelian saya ni, kiranya free le. Hmmm, tak tahu sama ada lain kali boleh guna tak e-coupon ni.
Bayar bila hantar ya. Itulah pilihan saya.
Dah confirm semuanya serta dengan nombor pesanan.
Ni le kesemua barangan yang saya order untuk kali ini. Kalau servis ok, lain kali boleh order lagi. Ni kiranya untuk try dahulu.
Pesanan ni diaorang hantar kat e-mail kita sekali so senanglah nak rujuk nanti. So begitulah serba sedikit cara macam mana nak order online dengan Tesco.

Selamat mencuba semua. Anyway, dalam entri yang akan datang, kalau tak ada masalah saya akan kongsikan pengalaman penerimaan barang.

Friday, July 26, 2013

Kek Pecan Butterscotch Boleh Tahan Juga Rasanya

First time makan kek pecan butterscotch.  Butterscotch ni adalah campuran gula perang dan mentega. Rasanya boleh tahan juga. Ianya dibuat oleh anismagisfingers. Sebelum ni redmummy ada buat review mengenai kek ni.
Memang kat atas tu sedap sangat dengan pecan yang ranggup. Kat dalamnya adalah seperti kek span. Ianya sedikit manis, so kalau yang tak suka manis maybe kek ni tak berapa sesuai. Actually kebanyakkan kek pun manis kan?
Anyway kitaorang beli yang 500 gram @RM63 termasuk dengan kos penghantaran sebanyak RM15. Kalau rajin boleh le pi ambil kat Shah Alam so dengan harga RM48. Sekarang ni memang senang betul sebab order aja the bayar online, then sampai kat depan pintu.

Adakah kek ini lebih sedap jika dibandingkan dengan red velvet or

http://1.bp.blogspot.com/-yP86LQ6OWwQ/UdlyePo7VrI/AAAAAAAAVKE/qXi9mbGwdUw/s1600/RVC05.jpg  

http://4.bp.blogspot.com/-KZpm9U9a_14/T8BtqaZQAsI/AAAAAAAALlA/D-kAGEF1o50/s1600/pavlova04.JPG 
 Kena cuba dahulu baru tahu.

Memang Bagus Bertakaful Malaysia

Memang tidak syak lagi, bagus beli perlindungan takaful untuk kereta dengan Takaful Malaysia since diaorang ada bagi perkongsian keuntungan jika kita tak tuntut apa-apa sepanjang tempoh perlindungan ni. Dapatlah kadar keuntungan sebanyak 15%.
Walaupun nilainya tak sampai seratus ringgit tapi at least ianya melebihi RM50. So lagi satu ianya berlandaskan Syariah. Sebelum ni pernah gak dapat cek pada tahun 2010 tapi nilainya lebih RM100. Biasalah bayaran takaful kereta semakin kurang memandangkan nilai kereta semakin turun saban hari kan?

Wednesday, July 24, 2013

Bantuan Hari Raya 2013 RM500 Kepada Penjawat Awam RM250 Pesara

Mengikut Berita Harian, Perdana Menteri telah mengumumkan bayaran bantuan khas sempena Hari Raya Aidilfitri 2013 kepada penjawat awam sebanyak RM500 (Gred 1 hingga 54). Di samping itu, pesara pula akan mendapat bantuan sebanyak RM250.

Bayaran akan dibuat pada 31 Julai 2013 nanti. So tak ada bonus tak apalah ya penjawat awam, at least dapat juga RM500, bolehlah mengurangkan beban untuk menyambut hari raya tahun ini.

Tuesday, July 23, 2013

Apasal Tak Terima Duit RM50 Kat Stesen Minyak?

Masa weekend baru-baru ni, pi le stesen minyak nak bayar le petrol. Then tiba-tiba diaorang tunjuk duit ni, alamak macam mana wang kertas RM50 ni ada dalam wallet saya pula. Bila ingatkan kembali, kalau tak silap wang ni saya dapat kat dalam ATM.

Hmmm, memang nasib malang le sebab tak boleh guna. Nak tak nak kenalah pi tukar kat Bank Negara. Kat sana, boleh tukar duit yang rosak termasuk koyak, makan dek anai-anai, terbakar dan juga duit yang kena conteng.

Siapa le punya kerja pi conteng kat duit ni. Hmmmm, memang sungguh kreatif dan banyak betul duit, buat macam ni le.

Monday, July 22, 2013

RM10 Ribu Jadi RM12 Ribu

Setelah masuk unit trust Public Mutual menggunakan wang KWSP sebanyak RM10 ribu, sekarang ni setelah lebih kurang 2 tahun setengah, nilai tersebut telah naik kepada RM12 ribu. Maknanya kenaikan sebanyak 20% or secara mudahnya kenaikan sebanyak 8% setahun (yang ni tak kira compounding effect ya!)
Pelaburan dalam unit trust ni ada naik dan turun. Sebagai contoh setahun melabur, dana tersebut secara keseluruhan kehilangan 0.06% manakala setelah dua tahun, ianya naik sebanyak 10.7% dan of course sekarang ni dua tahun setengah, ianya naik sebanyak 20.3%.

Anyway, walaupun naik secara purata sebanyak 8% setahun, ianya masih tidak menepati jangkaan saya iaitu 10% setahun. Tapi OK juga since saya keluarkan duit KWSP untuk membuat pelaburan dalam unit trust. So far tak ada plan nak tambah lagi pelaburan.

Friday, July 19, 2013

Sampai Macam Tu Nak Promote Kad Kredit

Tadi masa nak balik rumah jumpa le satu kumpulan staf dari salah sebuah bank. Biasalah diaorang ni nak promote kad kredit. Asyik ikut je sampai nak naik tangga (bukan tangga rumah ya). Then dia cakap ambil le kad kredit ni, untuk submission aja. Nak capai target, kalau tak tak bolehlah nak balik rumah untuk berbuka.

Takkan sampai macam tu nak tarik pelanggan, guna cara kesian nak capai target. Hmmm, I am sure mamat sorang tu balik juga rumah untuk berbuka walaupun tak ada orang ambil kad kredit.

Bagi saya senang aja, saya ambil jika rasa perlu, bagi kad kredit tu, satu cukuplah. Itulah saya yang cari bukannya bila diaorang offer saya ambil. So far kad kredit Maybank OK.

Apa pandangan semua dengan orang yang macam memaksa ni untuk dapatkan customer?

Wednesday, July 17, 2013

Kisah Anak Mengenai Donut di Bulan Ramadhan

Semalam anak pompuan lukis le gambar donut (kiri) then tampal gambar tu kat kabinet TV. Dia then baring pas tu asyik aja pandang pada gambar tu. Memang kelakar betul Afiqah. Tahun lepas pun dia buat macam tu tapi dengan menghantar pesanan melalui kertas.Then dapatlah makan roti jala, mata kucing dan kek lapis.

So hari ni beli le donut Big Apple setengah dozen, actually cari alasan le mak bapa kan untuk beli donut. Siapa sebenarnya nak makan? Anyway, suka betul Afiqah dapat makan donut cheese ni.

Sebelum ni pun pernah lukis Burger Kaw-Kaw.

Sunday, July 14, 2013

Ikan Bakar Nelayan Pasar Ramadhan Taman Melawati Sudah Pindah

Semalam pi cari sedikit juadah untuk berbuka puasa. Kebetulan bila sampai sana, dah nak hujan.
Inilah tempat yang kami tujui, Ikan Bakar Nelayan. Memang tidak asing lagi ikan bakar di Taman Melawati. Anyway tempat sekarang sudah berubah berdekatan dengan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak.
Jangan lupa ya eyriqazz untuk terjah since dia tercari-cari tempat bagi bazar Ramadhan Taman Melawati since tempat asal tengah ada construction bina tempat kediaman. Tempat ni juga tak juah dari Tadika Adni.
Ada beberapa jenis ikan bakar kat sini, kembung, cencaru, pari, talapia dan siakap.
Ramai yang suka dengan tauha bakar Anora, kalau tak silap tahun lepas RM1.50 sekarang ni dah naik kepada RM2.00 sekeping. 
Roti boon, anybody?
Nampak sedap aja karamel ni.
Ayam bakar nampak mengiurkan aja.
Alamak banyak betul kepak ayam.
Mesti ada yang suka dengan donut.
Air buah-buahan sudah pasti.
Bubur lambuk pun ada.
Air kelapa memang sedap.
Kuih tiga segi, samosa.
Actually banyak lagi yang dijual kat sini tapi memandangkan keadaan masa tu hujan so tak sempat nak ambil banyak gambar. Last gambar ni adalah agar-agar pelbagai jenis.