Pages

Thursday, December 31, 2009

Apa Hot Minggu Ini?????




Tengok apa keyword yang hot masuk di dalam my blog melalui carian google this week????? Mengikut ranking, more than 70% of search adalah mengenai kenaikan harga rokok yang akan berkuat kuasa esok........

Tak sangka kat Malaysia ni memang ramai yang ingin tahu sangat mengenai harga rokok..... Apa-apa pun, disebabkan carian ini ianya telah menambahkan hits to my blog by more than 100 this week.....

Nak Cantik Ke???

Hari tu ada terbaca majalah Harmoni mengenai Tip untuk Kekal Cantik.... So ni nak share beberapa tip yang mudah diikuti....
  1. Mandi Dengan Air sejuk

    Kita kena biasakan diri dengan mandi menggunakan air sejuk terutamanya di waktu pagi..... Sebab kalau kita mandi air panas (water heater) dengan kerap kulit akan menjadi kering..... Satu lagi kalau mandi guna air panas jangan terus bilas dengan air sejuk nanti kulit kita jadi kasar pulak.... Apa-apa pun lepas mandi ingat ni, sapu losen......

    Alamak, kalau yang biasa mandi guna water heater, mesti susah, maklumlah sejuk.... Tapi tengok orang zaman dulu-dulu mandi guna air telaga aja........

  2. Guna pembersih dan pelembab yang sesuai

    Ini semestinya sebab tak semua jenis pembersih muka dan pelembab sesuai untuk semua jenis kulit.. Sebab itulah kita tengok ada segelintir yang sering tukar2 benda alah ni... Tak tahulah maybe sebab pompuan suka dengan kosmetik yang macam2 jenis so sebab tu le sering tukar2....

    Satu lagi guna krim malam bagi menanggalkan sel kulit mati dan ianya boleh baiki struktur kulit...

  3. Makan kena jaga

    Kalau kita tidak makan dengan betul akan mendatangkan masalah kepada kulit kita... So makan buah-buahan dan sayur-sayuran dengan kuantiti yang cukup kerana serat dan vitamin dalam buah dan syur sangat berguna untuk kulit anda.....

    Satu lagi jangan selalu makan makanan yang banyak lemak dan kurang berkhasiat..

  4. Kenalah fikir secara positif

    Yang ni tak perlu belanja.... jangan bebankan otak kita dengan masalah.. Yalah masalah sering ada dalam hidup tapi pandai-pandailah..... Tekanan atau terlalu memilikrkan masalah boleh menyebabkan kita akan nampak lebih tua dari usia kita....

    Kalau kita berfikiran positif dan ceria selalu, ianya mampu membuatkan wajah kita sentiasa muda dan segar....

Dah Buat Bajet Ke????

Esok dah 1 Januari 2010, so sudahkan anda buat bajet diri sendiri....??? Bajet ni sangat penting... atleast kita boleh tahu berapa yang kita bakal terima dan berapa yang kita akan belanjakan.... So selepas itu kita tahu sama ada akaun kita tu ada lebih or ada kurang....

Selepas itu, kita carilah jalan untuk memperbaikinya.. i.e. kalau lebih banyak belanja daripada kita dapat so, maybe kita kena ubah perbelanjaan kita, buang yang mana tak perlu ataupun cuba cari jalan untuk tambah income........

Satu lagi yang pentingnya buat bajet kita dapat tahu ke manakah duit kita dibelanjakan dan dari mana datangnya pendapatan kita....

Berikut adalag contoh income dan expenses:

Income:
  • Gaji
  • Bonus
  • Sewa rumah (anda adalah tuan punya rumah le...)
  • Kerja part-time
Expenses:
  • Simpanan / pelaburan
  • Insurans
  • Perbelanjaan sara hidup (i.e. anak-anak dan keluarga, bil, makan, etc)
  • Transportation (i.e. petrol, LRT, bas, senggara kenderaan)
  • Pinjaman (kereta, rumah, hutang koperasi, kad kredit)
Jangan ingat bajet ni untuk orang yang dah kerja aja.. Student pun sangat penting......

Income:
  • Duit PTPTN
  • Mak dan Ayah
  • Boyfriend / girlfriend (ada ke income from them?????)
Expenses:
  • Sewa rumah
  • Makan
  • Telefon
  • Bas, teksi
  • Wayang, belanja awek
  • Buku
Apa-apa pun diharapkan tahun 2010 ni kita boleh manage kewangan kita dengan lebih baik....

Wednesday, December 30, 2009

Jom Beli Buku Untuk Sekolah

Hari tu pi sekolah Danish nak beli buku, yalah sekolah kan dah dekat..... Tapi malangnya banyak buku tak ada... so pi le kat Pustaka Rakyat... Kat sini memang banyak buku ada.. actually sekolah pun ambil kat sini...


Danish memang happy le, biasalah budak2, suka sangat dapat buku.. Afiqah pun tumpang sekali le.. nak beli buku......

Jom Kiosk KWSP

Pernah tak anda mencetak penyata KWSP menggunakan kiosk ni?? Kalau belum pernah apa kata pi kat bangunan KWSP yang ada benda alah ni, i.e. kat Jalan Raja Laut, KL....

Mudah aja.. Apa yang anda perlu ialah MyKad dan ibu jari kanan anda??
  1. Sentuh skrin dan pilih bahasa

  2. Masukkan MyKad pada card reader si sebelah kiri dan letak ibu jari anda di sebelah kanan

  3. Pilih apa anda mahu, i.e. cetak penyata / activate perkhidmatan internet

  4. Pas tu keluarlah penyata, tak sampai 1 minit......

Memang menjimatkan masa.. Yalah sebelum ini anda kena ambil nombor pas tu tunggu nombor anda dipanggil.... So gunakan kelebihan teknologi.... Kalau nak mudah lagi apa kata daftar on-line... Maybe in the future saya akan citer.....

Tuesday, December 29, 2009

Jom Beli Tudung Ariani

Weekend lepas pi kat Ariani, Majis India, Kuala Lumpur.. Memang ramai sangat pi sana.. Actually kat sana, Ariani ada bukak 2 kedai.. memang besar le juga.....



So belilah 2 helai... ada diskaun hujung tahun, yang kat atas tu RM115 untuk 2 helai.. Sekali-sekala bukannya selalu...... So yang mana satu lagi cantik yang belang or purple....?????

So ni dia keratan iklan...... Memang banyak ada bebarapa cawangan sekarang termasuk di Melaka dan 2 di Kelantan.... Diaorang ni memang saja aja guna Ikin untuk melariskan jualan kan....

Jom Beli Alat Tulis


Sesi persekolahan akan bermula dalam beberapa hari lagi.... Memang anak2 menunggu waktu untuk membeli peralatan sekolah termasuklah alat tulis.. Bagi mak bapa pula, apa lagi duit le..... Ingatkan benda alah ni free ke....

Anyway Just nak citer mengenai perbezaan harga i.e. cuba tengok pensel warna jenama Faber di atas, 12 batang yang panjang.... Harga di kedai i.e. kat MPH ataupun kedai alat tulis dalam lingkungan RM23.00 dan pensel 2B 6 batang ialah RM5.60...... so bayangkan kalau ada anak 4 orang berapa anda kena keluarkan duit...... RM114.40......

Hmmmmm kalau nak jimat jangan malu-malu pi le kat Mydin....... harga bagi pensel warna ialah RM14.50 dan pensel 2B tu RM3.20...

So untuk 4 orang anak berapa anda akan jimat.....RM43.60... So hampir RM50...... Sesetengah orang berpendapat bahawa beli kat Mydin ni bagi orang yang price sensitif aja.. Tapi kalau beli barang-barang alat tulis kat mana-mana pun quality sama, yalah sebab kita beli jenama yang sama....

Ini saya bandingkan menggunakan jenama faber, memanglah kalau beli jenama lain ke, pensel warna yang pendek ke lagi jimat... Apa-apa pun sebagai pengguna, survey dahulu... jadilah pengguna yang bijak......

Monday, December 28, 2009

1st Time Unique Visitors Lebih 200

Setelah hampir 3 bulan bersama Nuffnang, pada 23 Disember lepas, for the first time unique visitors ke blog ini telah melebihi 200 orang.... Thanks to the entry on Divorce because of Facebook.... Tak sangka ramai yang ingin mengetahui mengenai topik ini.....

Walau bagaimanapun, visitors ke blog ini, berada dalam lingkungan 50 to 100 orang.... That's fine........ Apa-apa pun, thanks a lot for those who always come here..... dan tak lupa juga kepada pelawat2 yang baru first time singgah di sini..... Sharing is power.....

Apa Kata Survey on Nuffnang?????


Firstly nak ucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung or tidak langsung kerana telah sertai survey on Nuffnang..... Tujuan survey ini dilakukan ialah ingin mengetahui mengenai latar belakang nuffnangers (i.e. jantina, umur, latar belakang pendidikan dan sama ada kerja or tak) dan juga ingin mengetahui mengenai involvement dalam nuffnang (i.e. berapa lama, berapa ramai unique visitors dan juga berapa monthly earnings ngan nuffnang)....

Untuk pengetahuan, sorry to say that dalam survey tempoh hari response tak berapa bagus, by the way, thanks for those 43 respondents yang tak kisah bagi details......... Resultnya adalah seperti berikut:

Jantina

76.7% daripada respondents adalah wanita...... Ini mungkin disebabkan oleh wanita lebih suka berinternet jika dibandingkan dengan lelaki ataupun, memang blog saya ni digemari oleh kaum hawa jika dibandingkan dengan kaum Adam or berkemungkinan juga lelaki memang tidak suka reply survey.

Umur


Purata umur mereka yang telah menjawap kaji selidik ialah 24 tahun....... yang paling muda ialah 17 tahun dan yang paling dewasa ialah 36 tahun.... Memang golongan ini yang sering menggunakan kelebihan IT untuk tujuan2 tertentu.......

Lebih kurang 50% daripadanya adalah yang berumur sekitar 21 hingga 25 tahun.... Golongan ini, iaitu yang berada di universiti ataupun yang baru bekerja sangat IT literate.... Sebab itulah kalau kita tengok, sebut sahaja, facebook, twetter, google, yahoo dan sebagainya mesti mereka tahu....

Bagi yang berumur 31 hingga 36 tahun, hanya 7% sahaja yang menggunakan internet untuk tujuan mencari bahan menggunakan blog ataupun mempunyai blog sendiri... Ini berkemungkinan mereka lebih suka kepada berita melalui common platform, i.e. The Star or Utusan Online or media cetak ataupun TV......

Taraf Pekerjaan

Hampir 56% adalah mereka yang bekerja
dan selebihnya adalah pelajar ataupun tengah mencari pekerjaan.... Bagi pelajar, majority of them are those yang tengah belajar di universiti bagi memperoleh degree ataupun diploma.....

Bagi yang bekerja pula, 75% daripadanya adalah mempun
yai ijazah.... Memang tidak dinafikan sekarang bahawa untuk memasuki alam pekerjaan sangat competitive memandangkan banyak graduan yang baru keluar daripa institusi penggajian tinggi setiap tahun.....

Berapa lama Dengan Nuffnang



Purata bersama dengan Nuffnang ialah 8 bulan, dan rangin from 1 month to 2 years...... Boleh dikatakan more than 50% daripada responden adalah bersama dengan Nuffnang kurang daripada 6 bulan dan hanya 16% berada dengan Nuffnang lebih dari 1 tahun...... Maybe Nuffnang is still new to Malaysian bloggers and it takes time for them to familiar with the service....

Jumlah Pelawat dan Earnings

Purata jumlah pelawat dalam sehari ialah 86.... paling sedikit ialah 4 orang sehari dan paling banyak ialah 300 orang sehari.....

Purata income from Nuffnang ialah RM14.50 sebulan..... paling sedikit ialah RM1 (dibundarkan) dan paling banyak ialah RM150 sebulan...... Memang ada juga respondent informed that dapat less than RM1 sebulan tapi for the purpose of analysing, saya guna RM1.........


Lebih daripada 50% bloggers yang meletakkan iklan Nuffnang dalam blog mereka mempunyai pendapatan kurang daripada RM5 sebulan..... Berkemungkinan besar kerana mereka kurang update the blog, ataupun tidak mempunyai pelawat yang tinggi memandangkan tidak mengadakan promosi yang mencukupi ataupun jarang melawat blog lain... Ini juga disebabkan oleh mereka tidak meletakkan iklan global CPC, i.e. hanya letak charity ads..... Di samping itu juga mereka masih baru dengan Nuffnang dan perlu lebih mempelajari mengenai Nuffnang dan cara untuk meningkatkan pelawat ke blog mereka....

Hanya 7% daripada mereka yang menggunakan Nuffnang mempunyai pendapatan lebih daripada RM50 sebulan...... Mereka ini sering melawat blog2 lain terutamanya yang dah establish dan meninggalkan alamat blog mereka di dalam komen, link"kan" blog mereka dengan blog2 lain.. sering update blog dan entries yang menarik...... mereka juga dapat buffered earnings....

Walau bagaimanapun, kita berblog bukan niat utama untuk mendapatkan income tetapi untuk berkongsi pengalaman dan info dengan orang lain.... Di samping itu, Nuffnang banyak mengadakan aktiviti sebagai contoh movies dan pertandingan yang ada cukup banyak.... So apa-apa pun, kaji selidik ini hanya untuk berkongsi maklumat dan tak boleh membuat kesimpulan memandangkan data yang diperoleh tidak begitu banyak dan bloggers yang mempunyai pendapat tinggi i.e. more than RM500 sebulan tidak participate dalam kaji selidik ini.....

Sunday, December 27, 2009

Harga Rokok Naik Mulai 1 Januari 2010

Mengikut The Star, harga rokok ditetapkan pada kadar minima sebanyak 32 sen sebatang..... or bagi pack 20, harganya ialah sebanyak RM6.40 mulai Jumaat ini, 1 Januari 2010..... Harga sekotak 20 bagi rokok yang paling murah ialah RM4.80.......

So ini adalah peningkatan sebanyak RM1.60 sekotak ataupun 33%.... Kemungkinan bagi rokok yang mahal iaitu yang berharga RM9.30 tidak terjejas...

Apa-apa pun saya berpendapat dengan penetapan pada harga minima, golongan yang berpendapatan rendah atau golongan pencen ataupun golongan pelajar akan menerima tempias kerana mereka sering menghisap rokok yang murah.....

Apa-apa pun, kita semua tahu merokok membahayakan kesihatan.. Fikir-fikirkan lah.......

Duit PTPTN, Beli Telefon ke?????

Betul ke ramai daripada students kat IPT yang dapat aja duit PTPTN beli benda-benda yang boleh dikategorikan sebagai pembaziran..... i.e. telefon bimbit yang berjenama dan mahal, beli motosikal ke.....

Sorry entry ni bukannya untuk menyalahkan sesiapa tapi ingin mengetahui sejauh manakah kebenarannya......

Setahu saya, jumlah duit yang pelajar dapat bergantung kepada gaji parents... So kalau gaji parents tinggi mungkin tak dapat le duit poket from PTPTN tetapi hanya duit yuran.. Kalau gaji parents tu kurang sedikit, so maybe duit student akan dapat 75% daripada kelayakan ataupun 100%..... of course duit tersebut untuk tujuan pembelajaran kan????

Tapi memang ramai students yang complaint bahawa duit yang diberi tak banyak dan of course tak cukup even tak beli benda-benda yang tak sepatutnya, yalah kan sekarang ni cost of living telah meningkat.... Lagi satu, kos pentadbiran sebanyak 4% dilihat membebankan pelajar dan sebaik sahaja mereka habis degree, kena buat pembayaran terus walaupun belum bekerja...

So apa lagi, need your feedback on this.... Thanks...

Tangkap Tikus Pun Dapat Duit

Dalam The Star edisi online semalam, menyatakan bahawa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), akan memberi RM1 bagi setiap ekor tikus yang ditangkap di Seksyen 16 Shah Alam.. Kempen tersebut diadakan sehari sahaja iaitu semalam.....

Walau bagaimanapun, kempen tersebut akan diadakan lagi pada masa yang akan datang.....

Memang bagus langkah yang telah diambil oleh MBSA bagi mengekalkan kebersihan dan mengelakkan penyakit.. Maybe in the future majlis bandaraya lain boleh mengikut jejak MBSA.... Apa-apa pun, kita sebagai rakyat yang berhemah perlu memastikan persekitaran kita bebas daripada benda-benda yang mencacatkan persekitaran....

Saturday, December 26, 2009

Boleh Menang Ke??????

Just nak share something....... Kan something is special....... Sabar, tunggu le.........

Walaupun anda berlari selaju / sekuat mana, anda tidak akan menang..... Melainkan anda tahu di mana garisan penamatnya...........

So apa yang saya nak share kat sini ialah... hidup / perkara yang kita lakukan mesti ada objektif atau tujuan kalau tak memang tak ke mana le kita...... Contohnya, anda memang terror, hari2 pi kelas, dengar lecture pas tu participate dengan sepenuh hati dalam kelas tapi bila sampai waktu exam anda ponteng so bolehkah anda mencapai kecemerlangan???????? Memang tak boleh lah.......

Bermandi-manda, jom le.....

Weekend2 ni lepak2 kat swimming pool ok juga.. yalah dapat menghilangkan kestressan dan tenangkan fikiran kan......

Lepas mandi bolehlah dok atas kerusi tu sambil memerhati apa-apa yang perlu.......

Danish memang suka sangat main dalam benda alah ni... Kalau mandi kat kolam ni memang susah nak naik biasalah budak2 kan... lebih2 lagi kalau jumpa kawan2....

Afiqah biasa aja.... Tak suka sangat tapi kalau ada orang boleh aja join sama....

Friday, December 25, 2009

Anda Telah Menang RM10,000????? Lupakan Saja....

Pernah tak anda menerima panggilan telefon atau e-mail yang menyatakan anda telah memenangi hadiah sebanyak RM10,000????? Kalau tak pernah, nanti saya akan pernahkan anda.......

Biasanya ianya daripada sindikit..... So janganlah percaya.... Normally modus operandi diaorang ialah .... mereka akan call dan cakap, tahniah anda telah menang RM10,000 atau nombor sim card anda telah terpilih atau orang kaya dari Arab saudi nak sedekah kat anda........

Tapi sebelum hadiah tersebut anda terima, apa kata anda bayar RM1,000 untuk processing fees.. Apa benda ni tadi cakap menang ni kena bayar pula.... So bila anda bayar, sorry le, anda tak akan dapat apa-apa.........

Mereka hanya nak kenakan anda dan nak duit anda.. So hati-hati... mereka akan guna berbagai-bagai cara... secara mudahnya... kalau orang nak bagi duit kat anda, lepas tu anda kena bayar atau disclose your details, i.e. account number, address, abaikan saja..... Cakap kat dioarang....... SAYA TAK BERMINAT.... encik simpan le duit tu untuk kegunaan encik di masa akan datang.....

Alamak, City-Link

Hmmmmm, apasal le lambat sikit aja... 30 minit aja... Tak boleh ke mereka tunggu... he he he...

kalau ada kat rumah tak le susah-susah nak kena call City-Link nak ambil parcel.... Ni rasanya parcel yang mak mertua hantar from Mekah..... Tak apalah nanti call le mereka tanya macam mana nak ambil parcel tu......

Kalau tak ambil dalam masa 3 hari tak pasal2 benda alah ni dihantar semula kat Mekah so kena pi sana pula le nak ambil bungkusan tu.....

Thursday, December 24, 2009

Jom Twitter

Saya baru aja bukak akaun twitter few days ago.... Hmmm mesti kauorang cakap apalah takkan baru tahu benda alah ni.... Anyway, saya mengaku yang sebelum ni banyak kali dah dengar mengenai benda alah ni tapi memandangkan kita kena celik IT dan tahu perkembangan semasa so saya bukak le.....

So far ada 2 orang aja follower so, harap-harap ada le yang sudi add..... anyway search le sharinginfoz ya.......

Apa itu twitter... Mengikut wikepedia, twitter ialah laman web social bagi membolehkan seseorang itu berinteraksi dengan orang lain.... anda boleh hantar dan baca message dan ianya teks aja so tak bolehlah letak gambar macam facebook........ maximum ialah 140 characters....

Anda boleh berinteraksi menggunakan laman webnya, sms melalui telefon atau external applications... ianya percuma tetapi kalau guna sms tu faham2 aja lah....

Jom pi KLIA

Happy sangat nak jumpa grandma... Grandma buat Haji kat Mekah............ Ni penat ni tertidur dalam kete... Lebih kurang sejam lebih from Wangsa Maju ke KLIA.... Traffic teruk juga, itupun guna Maju Expressway (MEX)....

Banyaknya coklat.. sedap.....Kalau boleh tidur dalam kedai tu kan bagus.....


Screen schedule mengenai flights.... Tapi tak sampai lagi, grandma, mana ni.....Yalah sabar aja..... Kan ramai orang... takkan nak berlari-lari kot........

Unik juga benda alah kat belakang Danish dan Afiqah tu..... Kalau tak silap information mengenai KLIA... Sorry lupa nak pi tengok.....

Suasana kat KLIA, memang meriah dengan orang menunggu orang tersayang...

Floor plan kat KLIA... By the way, kitaorang tunggu kat Balai Ketibaan domestik.....


Disebabkan sukakan coklat, ambil gambar satu lagi....

Tengok tu memang ramai sangat orang yang menunggu........

Apa-apa pun nak ucapkan kepada semua yang telah menunaikan Haji, selamat kembali ke Malaysia dengan selamat.....

Nak Kereta, Jom AAM

So kalau anda pelanggan sedia ada atau belum lagi menjadi pelanggan AAM, ini ada berita baik.... AAM ada membuat peraduan...... hadiah utama ialah 6 buah perodua viva untuk dimenangi..... dan bagi setiap penyertaan yang ke 500, sebuah alat pemain MP3 sony bakal diraih oleh anda.....


Kempen ini sedang dijalankan dan akan tamat pada 15 September 2010....
  1. Caranya mudah, anda memperbaharui kahlian AAM atau daftar Kad kredit AAM atau beli insurans atau barangan from AAM..

  2. Selepas itu daftar melalui SMS, no kad pengenalan anda dan nombor resit anda dan hantar kepada 36600.. Itu aja.. Apa-apa pun sila baca terma-terma dan kalau ingin tahu mengenai, bolehlah hubungi..... 03-2698 1931.......
Memang macam2 jenis contest ada sekarang... So sebelum beli atau baharu kad keahlian.... sila fikir terlebih dahulu mengenai keperluannya... Kalau rasa tak perlu tak payahlah masuk ahli atau beli barang, tapi kalau anda fikir manfaatnya bagus.. apa lagi...... just sms aja......

Wednesday, December 23, 2009

Bercerai Kerana Facebook?????

Berita dipetik daripada Metro.co.uk, menyatakan bahawa facebook tidak baik untuk perkahwinan kerana mengikut kajian daripada syarikat perkhidmatan perceraian online, ia menyatakan bahawa 20% daripada kes perceraian yang dikendalikan oleh syarikat tersebut adalah disebabkan oleh facebook.......

Mesti anda terperanjat dengan kajian ini kan????? Penyebab utama ialah kerana pasangan berlaku curang terutamanya mereka yang menggunakan facebook untuk tujuan chatting mengenai sex... yalah asyik citer mengenai xxxx aja......

Apa-apa pun, kita tak boleh salahkan facebook secara mutlak kerana apa-apa teknologi yang ada, kita kena guna dengan bijaksana..... memang ada kebaikan dan keburukannya........ So I am sure there are lots of facebook fans here........ Please say something.....

Jom Stesen Bas Putra

Hari tu pi hantar my dad kat Stesen Bas Putra.. Memang ramai sangat.... biasalah selalu penuh tempat ni...

Danish macam entahlah nak cakap... gambar tu boleh menggambarkan dia, suka termenung kot.....


Afiqah macam biasalah selalu happy aja.....

Just ambil gambar ni, manalah tahu kot-kot ada yang tak pernah tengok bas.....

Jom Tupperware

Dulu memang kita dengar pasal tupperware tapi tak tahu sangat.. So alang-alang, just nak share benda alah apa ni........


Tupperware's main business (yalah memang diaorang banyak buat business) ialah menjual barangan yang bermutu tinggi dan sesuai digunakan untuk pelbagai tujuan.... Contohnya untuk simpan kat kitchen, fridge, kegunaan microwave, hidangan dan banyak lagi.......

Dengan menggunakan tupperware, memang space di dalam peti sejuk anda lagi kemas... dan tak serabut mata memandang.... dan benda alah ni banyak size so tak ada masalah le kalau nak simpan apa-apa jenis barang.....

Kalau nak tahu lebih lanjut, sila layari website kat atas tu or tanya kawan-kawan, sedara-mara, siapa-siapa aja.. sure kebanyakan daripada diaorang tahu mengenainya.. Selamat bertupperware.....

Tuesday, December 22, 2009

Cukai Kad Kredit RM50, Bila Kena Bayar??????

Selepas pengumuman bajet 2010 oleh PM baru-baru ini, ramai yang tertanya-tanya bilakah cukai ke atas kad kredit sebanyak RM50 akan dikenakan....

Berdasarkan The Star online, bagi pelanggan kad kredit yang baru, i.e. kalau anda dapat kad kredit pada tahun depan, 5 Januari 2010, anda dikenakan cukai sebanyak RM50 terus....... Maybe dalam statement anda nanti akan tertera RM50 cukai ataupun anda kena bayar RM50 kepada bank......

Bagi pemegang kad kredit sedia ada, anda akan dikenakan cukai pada ulang tahun kad anda, sebagai contoh kalau anda ambil kad kredit tahun ini pada 8 Jun 2009,..... cukai tersebut hanya akan dikenakan pada 8 Jun 2010.......

So kalau yang nak melambatkan bayar cukai kad kredit, ambillah sebelum 31 Disember tahun ni.. Anyway sebelum anda ambil kad kredit fikir terlebih dahulu sama ada perlu ke tak kad kredit.......

Satu lagi, ada juga sesetengah bank menawarkan rebate ke atas cukai tapi please do your homework as I will not promote any credit card here..... Sebagai customer, fahaami terlebih dahulu mengenai kad kredit sebelum anda memilikinya...

Jom Smart Reader

Baru daftar kat Smart Reader untuk Afiqah... Next year she will be 6........ Memang happy sangat, maklumlah dapat kasut colour pink.... Balik aja rumah terus pakai kasut tu.....

So baju 2 pasang, ingat nak ambil skirt tapi pendek sangat.... seluar panjang ajalah... Then of course beg dia pun sangat cantik...... biasalah pompuan colour pink ngan merah ni Afiqah suka sangat....... Selalu tanya bila nak sekolah.. hmmmm kalau kita pantang cuti, nak aja.. kalau boleh tak nak pi sekolah, budak2 sekarang cuti pun tanya pasal sekolah....

Monday, December 21, 2009

My Followers Just Above 100......

Just nak share my followers dah lebih 100... Terima kasih kepada semua followers dan juga pelawat2 yang datang tengok my blog....... Nanti datang lagi ya....

Blog is nothing without the reader, yalah kalau kita nak jual suratkhabar tapi tak ada orang baca tak guna juga..... Satu lagi dengan berblogging ni kita dapat kenal antara satu sama lain dan share apa yang kita nak sampaikan kepada orang lain....... Apa yang penting kerjasama.....

Peraduan Bata Pula.....

Jom, just want to update on the contest around us.... What's now???? So kepada yang nak beli kasut anak2 sekolah di Bata, ambillah kesempatan ini....... Contest sedang berlansung sehingga 3 Januari 2010...... "Belanja Lebih, Peluang Untuk Menang Lagi Cerah", macam tu le lebih kurang slogannya........

Minimum spending is RM50...... So apakah hadiahnya....

Hadiah pertama berupa MyVi, hadiah kedua ialah dua buah motosikal Modenas, ketiga ialah 3 buah basikal raleigh dan 20 hadiah saguhati berupa RM100 setiap satu..... Kalau tak dapat hadiah... dapatlah kasut yang anda beli..........

Apa-apa pun promosi ini tertakluk kepada terma-terma... Sila baca dahulu sebelum membuat sebarang pembelian......

Sunday, December 20, 2009

Jom Sungei Wang

Ni kat Sungei Wang, pantang aja nampak benda yang pelik nak aja bergambar... Hmmmm menjelang krismas, banyak decoration mengenainya... Kat sini memang ramai orang datang, yalah kalau nak cari handphone ke kat Sungei Wang le......


Sorry le cik itik gambar awak tak nampak....... Tak ada snow lagi... maybe 25 Disember nanti keluarlah snow kot......