Pages

Sunday, February 28, 2016

Jom Menginap di Hotel Cathayana Kuantan

Baru-baru ini masa pi Kuantan, kami stay di Hotel Cathayana. Kami book melalui Agoda.

Kalau ikutkan published rate, untuk family room ianya RM275 tapi melalui agoda dapat RM192.
Tempat parking memang luas so tak perlu risau.
Cantik hotel Cathayana ni, memang baharu lagi.
Ni check-in memang senang just bagi print-out yang kita dapat melalui email setelah buat booking.
Biliknya luas dan ada satu katil king dan dua single. So cukup untuk kami sekeluarga 4 orang.
Macam biasa, air mineral ada gak ngan kettle untuk buat air teh ke.
Sabun, mandian, syampoo mesti ada kan.
Towel untuk 4 orang gak.
Ada iron dan ironing board even board tu tak dalam keadaan bagus.
Breakfast selection boleh dikatakan banyak juga. Not bad le.
Nak sarapan ianya kat tingkat bawah satu floor ngan lobby.
Buatlah roti sendiri ya.
Bubur pagi-pagi ok juga.
Ni actually mee rebus, saya tak letak kuah banyak.
Jangan risau makanan kat sini ada pengesahan halal JAKIM. Secara keseluruhan hotel ni value for money.

Seronok Pi Kuantan River Cruise

Baru-baru ini, kami bercuti pendek di Kuantan. So pi le naik cruise kat.
Masa pergi tu memang tak ada pengunjung langsung.
Bergambar dulu sebelum naik bot.
Ni dia pakej yang disediakan. By the way, kalau nak tahu lebih lanjut boleh call 011-1066 3202 atau 019-743 1988. Memandangkan tak ada orang lain so minimum untuk satu bot diaorang caj 5 dewasa even kami 3 dewasa 1 kanak-kanak. Harga yang kami ambil ialah RM100 untuk package mangrove. 
Ni le boat yang saya maksudkan, memang cukup selesa untuk kami berempat.
Luas kan ruangnya. 
Boleh tengok boat nelayan. Kalau nak tahu lebih detail mengenai jenis-jenis boat tu boleh tengok kat blog ni.
Terasa nak naik boat nelayan le pula. Actually seronok gak sambil-sambil tu boleh le tengok serba sedikit mengenai nelayan ni.
Dah sampai kat paya bakau. Actually kat sini diaorang ada buat macam jambatan untuk kita jalan-jalan.
Ni le tempat ketam batu punya busut or sarang. Tak boleh makan ya ketam ni sebab dia tinggal dua alam.
Jauh juga berjalan.
Yang seronoknya brader bawa boat ni bagi kitaorang cuba bawa boat sendiri. Memang tak susah, just control stereng tu dan pegang gear. 
Anak pompuan pun boleh bawa. So begitulah sedikit coretan mengenai Kuantan River Cruise.

Saturday, February 20, 2016

Sangat Sedap Makan di Ayam Kampung Publika di Damansara Perdana

Weekend lepas pi makan kat Ayam Kampung Publika yang bertempat di 22 Jalan PJU 8/3, Perdana Business Centre, 47800 Petaling Jaya, Selangor. Boleh call 017-944 9133 untuk maklumat lanjut. Memang tempat di terkenal dengan ayam kampung yang mana ianya dibuka kalau tak silap setiap hari dari kul 11.30 pagi hingga 4.00 petang.  
Memang makanan kat sini sedap-sedap, tengok pun dah boleh bayangkan akan kenikmatannya.
Ni makanan yang kami makan untuk tiga orang. Air sirap satu jug.
Ayam kampung ni boleh dikatakan menepati selera even sukar jika dibandingkan dengan yang di Velodrom Cheras. Anyway satu ketul @RM5.
Tak sah kalau tak ambil sedikit ulam ngan telur masin.
Sambal ni memang pedas dan sedap.
Sotong sekor cukuplah ya, nak try. Memang kuahnnya yang pekat dan sotongnya tak liat. 
Ketam satu pinggan ni RM5, murahkan? Anyway semua sekali lebih kurang RM40 termasuk ngan satu dessert. Memang secara keseluruhan saya bagi rating 8.2 out of 10. Kalau singgah kat area Damansara ni, boleh terjah lagi. Jom apa lagi makan kat Ayam Kampung Publika di Damansara Perdana.

Tuesday, February 9, 2016

Kos Bercuti di Kuantan 2H1M pada Bulan Januari 2016

Baru-baru ini bulan Januari 2016, kami sekeluarga pi short holiday ke Kuantan, 2 hari 1 malam. So kos keseluruhan berjumlah lebih kurang RM748. Pada tahun 2013, untuk percutian yang sama, kami spend RM546.

Anyway bagi tahun 2016, kos tersebut adalah seperti berikut:
  • Penginapan: RM192. Cathayana Hotel
  • Pengangkutan: RM133 termasuk tol dan petrol RON95 yang berharga RM1.85 seliter
  • Lawatan: RM100 untuk Kuantan River Cruise
  • Makanan: RM323 iaitu elemen yang terbesar merangkumi 43% kos keseluruhan termasuk dinner Ana Ikan Bakar, lunch New Horizon dan kek di Kula Cakes.
Secara keseluruhan memang seronok juga bercuti di Kuantan bersama keluarga and of course kos boleh lagi dikurangkan terutamanya berkaitan dengan makanan.

Monday, February 8, 2016

Panjat Bukit Broga Semasa Cuti Perayaan Cina 2016

Sempena Hari Raya Cina 2016, saya dan anak lelaki pi terjah di Bukit Broga. Kami sampai kat sini dah lebih kurang pukul 5.30 petang. Tak sangka 8.2.15 tahun lepas saya pi panjat Bukit Broga juga. So tarikh yang sama saya naik Bukit Broga ni. 
Ni antara minuman dan makanan yang dibawa naik ke Bukit Broga. Air mesti ada dan juga coklat. Ada lagi air satu botol dan biskut sikit.
Memang curam juga di sesetengah tempat tapi jangan risau naik slow-slow ya. 
No short-cut ok kalau nak naik kat atas. Kat sini ada 4 puncak. So yang susahnya nak naik puncak pertama pas tu nak sampai kat puncak lain tak susah sangat ya.
Yang ni diambil lebih kurang pukul 6.00 petang tapi masih panas lagi cuaca kat sini.
 Berjaya menawan puncak Bukit Broga setelah naik lebih kurang 45 minit.

Duduk rehat jap sampai menghilangkan letih dan ambil angin segar. 
 Ni lebih kurang kul 6.40 petang nak nak turun. Tak payah le tengok sunset ya.
Bye bye Bukit Broga nanti kita naik lagi ya. By the way, masa nak naik tu ada seorang brader dia cakap kalau letih boleh berhenti tapi jangan duduk sebabnya kita akan jadi malas. So dia cakap nak berhenti berdiri aja. Dia pun pi le jalan terus. Bila kami jumpa dia kat depan tu, tengok baik aja brother tu duduk. Hmmmmm, kalau penat duduk le ya tak perlu berdiri lagipun kita buat sekadar kita mampu, jangan paksa diri apa yang penting air mesti kena bawa. Slow-slow tak apa janji sampai ke puncak.

Nasi Kandar Line Clear Kini di Kampung Baru, Kuala Lumpur

Betul nasi kandar Line Clear sudah berada di Kuala Lumpur sekarang. Ianya bertempat di nombor 113, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru. Nak tahu lebih lanjut boleh call 010-388 3326 atau 019-422 3753 atau 017-409 6129.
Ianya berada di sebelah Plaza Rah dan berhadapan dengan Restoran Garuda.
Memang tempatnya luas dan lebih baik jika dibandingkan dengan yang di Penang.
Masa pergi semalam ada le beratur lebih kurang 15 minit. Not bad sambutan Restoran Line Clear di Kampung Baru ni. Memang ramai penggemar nasi kandar kat KL ni.
Tempatnya memang selesa. By the way, saya parking tadi kat tepi jalan. Dengar citer ada parking yang luas kat belakang, tak pi survey le pulak.
Ni senarai harga makanan / lauk kat sini. Sorry tak jelas tapi lebih kurang kalau ayam RM5.50 seketul, udang RM13, sotong RM4 dan macam-macam lagi le.
Yang sedap nasi kandar ni ialah kuahnya apabila dicampur. Memang ummmmmppph.
Yang ni nasi kandar ayam goreng ngan sotong @RM13. By the way, saya tapau aja. So kalau makan kat sini lagi sedap since bila tapau tu nasi tu dah kembang.
Yang ni pulak nasi kandar ayam goreng ngan telur masin @RM6.50.
So untuk 2 bungkus RM19.50. Boleh tahan harga nasi kandar kat Line Clear di cawangan KL ni kan. So lain kali boleh terjah lagi.