Pages

Sunday, February 28, 2016

Jom Menginap di Hotel Cathayana Kuantan

Baru-baru ini masa pi Kuantan, kami stay di Hotel Cathayana. Kami book melalui Agoda.

Kalau ikutkan published rate, untuk family room ianya RM275 tapi melalui agoda dapat RM192.
Tempat parking memang luas so tak perlu risau.
Cantik hotel Cathayana ni, memang baharu lagi.
Ni check-in memang senang just bagi print-out yang kita dapat melalui email setelah buat booking.
Biliknya luas dan ada satu katil king dan dua single. So cukup untuk kami sekeluarga 4 orang.
Macam biasa, air mineral ada gak ngan kettle untuk buat air teh ke.
Sabun, mandian, syampoo mesti ada kan.
Towel untuk 4 orang gak.
Ada iron dan ironing board even board tu tak dalam keadaan bagus.
Breakfast selection boleh dikatakan banyak juga. Not bad le.
Nak sarapan ianya kat tingkat bawah satu floor ngan lobby.
Buatlah roti sendiri ya.
Bubur pagi-pagi ok juga.
Ni actually mee rebus, saya tak letak kuah banyak.
Jangan risau makanan kat sini ada pengesahan halal JAKIM. Secara keseluruhan hotel ni value for money.

3 comments:

mama tisya said...

byk juga beza booking thru agoda...bilik pn beso ngan katil byk camtu

seri akmad said...

lama x tido hotel..busy je memanjg skrg..inshallah tahun ni boleh jalan2 sebab suami dah duduk sama, mungkn dpt bnyk masa bersama

Husna Rahman said...

dalam byk2 tu kan ku terliur bubur... haha.. ntah kenapa nmpak mcm sodap je bubur tu aihhh