Pages

Saturday, February 20, 2016

Sangat Sedap Makan di Ayam Kampung Publika di Damansara Perdana

Weekend lepas pi makan kat Ayam Kampung Publika yang bertempat di 22 Jalan PJU 8/3, Perdana Business Centre, 47800 Petaling Jaya, Selangor. Boleh call 017-944 9133 untuk maklumat lanjut. Memang tempat di terkenal dengan ayam kampung yang mana ianya dibuka kalau tak silap setiap hari dari kul 11.30 pagi hingga 4.00 petang.  
Memang makanan kat sini sedap-sedap, tengok pun dah boleh bayangkan akan kenikmatannya.
Ni makanan yang kami makan untuk tiga orang. Air sirap satu jug.
Ayam kampung ni boleh dikatakan menepati selera even sukar jika dibandingkan dengan yang di Velodrom Cheras. Anyway satu ketul @RM5.
Tak sah kalau tak ambil sedikit ulam ngan telur masin.
Sambal ni memang pedas dan sedap.
Sotong sekor cukuplah ya, nak try. Memang kuahnnya yang pekat dan sotongnya tak liat. 
Ketam satu pinggan ni RM5, murahkan? Anyway semua sekali lebih kurang RM40 termasuk ngan satu dessert. Memang secara keseluruhan saya bagi rating 8.2 out of 10. Kalau singgah kat area Damansara ni, boleh terjah lagi. Jom apa lagi makan kat Ayam Kampung Publika di Damansara Perdana.

3 comments:

mama tisya said...

Murah la ketam tu..menu lain pn menarik

Pak Det said...

memang layan pun makan kat sini...sedap

Post Terkini Pak Det : Dividen KWSP Turun dari 6.75 Peratus kepada 6.40 Peratus pada Tahun 2015

K.A. said...

oip..antara tempat feveret saya untuk lunch ni..dekat ngan ofis!