Pages

Monday, February 28, 2011

Sorry Jarang Update ada Exam

Salam dan selamat pagi. Sorry sebab semalam dan maybe beberapa hari ini tak dapat update blog ini sekerap sebelum ini sebab hari ini ada first exam dan beberapa hari lagi ada 2 lagi exam untuk semester ini. By the way, kalau free I will keep in touch OK.

Selamat menyambut hari minggu dan happy selalu. Macam update facebook le pula.

Friday, February 25, 2011

Keputusan Live Kelantan vs Kedah: Liga Super (25 Februari 2011)


Keputusan Live Kelantan vs Kedah: Liga Super (25 Februari 2011): (KELANTAN 1-1 KEDAH): Jom minum milo@facebook dan menangi pelbagai hadiah
  • Keputusan muktamad KELANTAN 1-1 KEDAH. Kedua-dua pasukan mendapat satu mata dan sudah pasti Kelantan akhirnya lega setelah gol penyamaan oleh Shahrul tetapi orang yang paling kecewa sudah pasti ketua pasukan Kelantan, Piya setelah beberapa peluang cantik gagal dimanfaatkan oleh beliau. JOM TENGOK GOL JARINGAN SHAHRUL

    Komen dari facebook mengenai perlawanan malam ini:

    • iszlee: Takdop rezeki kita male ni, pe pon dapat seri lebih baik dari kalah, terima kasih matyo untuk jaringan penyamaan, kita usaha lg!

    • mizie: piya xx jd mlm ni wei...byk peluang nyo x masuk

    • jff: Kelate sepatutnyo buleh mene male ni...keno bekki penyudoh Datuk K kito tuh...

  • 92": Sepakan Azlan di dalam kotak penalti dapat dikeluarkan oleh Khairul Fahmi

  • 91": Sepakan Shahrul di dalam kotak penalti dapat diselamatkan oleh Abdul Hadi

  • 90": Dua minit masa tambahan diberikan oleh pengadil

  • 86": Piya sekali lagi gagal menjaringkan gol setelah tandukan Ramzul dapat ditampan oleh penjaga gol tetapi hantaran kepada Piya gagal disempurnakan di hadapan pintu gol

  • 79": Jaringan penyamaan oleh Norshahrul Idlan Talaha. Ianya gol yang ke-5 bagi Shahrul untuk musim ini

  • 15 minit lagi sebelum tamat permainan dan Kelantan perlu melakukan sesuatu kalau tidak ianya menjadi kekalahan pertama dalam Liga Super dalam musim ini

  • 73": Sepakan percuma oleh Baddrol Bakhtiar di sebelah kiri di luar kotak penalti tersasar jauh

  • 70": Hantaran cantik Solehin sedikit terlambat dimanfaatkan oleh Shahrul di depan pintu gol dapat dipintas oleh pemain Kedah

  • 67": Hantaran cantik Shahrul di depan pintu gol dapat ditangkap kemas oleh penjaga gol Kedah

  • 60": Pemain Kelantan, Zairul Fitree dikeluarkan dan diganti oleh Subramanian

  • 56": Gol dijaringkan oleh Azlan Ismail yang berasal dari Tumpat, Kelantan, setelah hantaran cantik oleh Baddrol Bakhtiar mengelirukan penjaga gol Fahmi dan juga pemain pertahanan

  • 54": Asakan Azlan Ismail yang melepasi pemain pertahanan Kelantan dapat ditangkap oleh Fahmi setelah bola meluru tepat ke arah beliau

  • 53": Bola cepat ditangkap oleh Fahmi mengelakkan ianya diancam oleh Kedah

  • 47": Tendangan Shahrul ke arah pintu gol Kedah pun tersasar tinggi

  • 46": Serangan pertama Kedah tersasar tinggi

  • Separuh masa kedua baru sahaja bermula dan tiada sebarang pertukaran

  • Separuh masa pertama tamat dan jumpa lagi dalam masa 15 minit. Singgah dulu kat milo@facebook dan menangi pelbagai hadiah

  • 44": Sepakan percuma Zairul Fitree dihantar baik di depan kotak penalti gagal dimanfaatkan oleh Piya yang tidak dikawal melepasi palang gol

  • 43": Kad kuning kedua malam ini dilayangkan kepada pemain Kedah, Mohd Fauzi

  • 41": Kapten Kelantan, Badhri @Piya mensia-siakan peluang dengan membuat tendangan tinggi melepasi palang gol

  • 38": Baddrol Bakhtiar melepasi perangkap offside dan tendangan cantik ditepis keluar oleh Khairul Fahmi

  • 36": Tendangan Chanturu dari bahagian kanan yang tidak dijaga sedikit tersasar

  • 34": Shakir dipersalahkan dan Kedah mendapat sepakan percuma yang diambil oleh Baddrol Bakhtiar dan tersasar tinggi melepasi tiang gol

  • 32": Sepakan penjuru kedua buat Kedah diambil oleh Azmi Muslim dan sangat jauh di belakang @memang tidak tepat

  • 31": Kad kuning pertama untuk malam ini diberi kepada Mohd Daudsu (Kel)

  • 30 minit permainan kelihatan Kelantan menguasai permainan terutamanya di bahagian tengah dan ianya sedikit longgar bagi Kedah yang mana lebih tertumpu di bahagian bawah

  • 26": Sepakan penjuru pertama Kelantan diambil oleh Chanturu di sebelah kanan gagal membuahkan hasil setelah dikeluarkan oleh pemain pertahanan

  • 25": Shahrul jatuh akibat asakan pemain pertahanan Kedah. Sepakan percuma Badri sedikit tersasar di sebelah kiri gawang Kedah

  • 23": Sepakan cantik pemain Kedah, Amar Rohidan di luar kotak penalti dapat ditepis oleh Fahmi dan kemudian menangkap bola dengan baik

  • 22": Chanturu diusung keluar akibat kecederaan

  • 21": Tangkapan kemas Fahmi dengan merebahkan badan mengelakkan ancaman dari pasukan Kedah

  • 18 minit berlalu, boleh dikatakan Kelantan menguasai permainan terutamanya dengan gandingan Shahrul-Ramzul-Azwan Roya

  • 11": Percubaan leret Chanturu tidak begitu kuat dapat ditangap oleh penjaga gol Kedah, Abdul Hadi

  • 7": Percubaan yang sangat baik oleh Nurul Azwan Roya (Kelantan) di luar kotak penalti terkena palang gol. Memang tidak bernasib baik

  • Setelah 5 minit permainan, permainan agak seimbang kedua-dua pasukan membuat beberapa cubaan tetapi tidak begitu tajam

  • Permainan baru sahaja dimulakan dengan Kedah memakai jersi kuning hijau manakala Kelantan pula putih petak merah
Previous Entry
Hari ini (25 Febrari 2011), perlawanan antara pendahulu Liga Super, Kelantan lawan Kedah (kedudukan tangga 9) dapat ditonton secara langsung @live di Astro Arena channel 801 pukul 8.45 malam. Permainan ini akan diadakan di Stadium Darulaman, Alor Setar, Kedah.

Kalau tidak ada sebarang masalah saya akan update keputusan terkini perlawanan Kelantan vs Kedah secara live. Sebelum perlawanan dimulakan, apa kata singgah dulu kat milo@facebook dan menangi pelbagai hadiah seperti ipad, iphone dan banyak lagi.

Setelah melalui 4 perlawanan:
  • Kelantan
    • Pendahulu liga
    • Memunggut 10 mata
    • Menang (3), Seri (1), Kalah (0)

  • Kedah
    • Tangga ke-9
    • Memunggut 5 mata
    • Menang (1), Seri (2), Kalah (1)
Dalam 13 perlawanan sebelum ini, rekod memihak kepada Kedah dengan 5 kemenangan, 4 seri dan 4 kalah.

Bank Rakyat Isytihar 15% Dividen untuk Tahun 2010

Mengikut Berita Harian, Bank Rakyat mengisytiharkan dividen sebanyak 15% bagi tahun kewangan 2010. Kadar ini consistent dengan tahun sebelumnya.

Memang beruntung betul kepada yang mempunyai saham dalam Bank Rakyat. Bila le agaknya Bank Rakyat ingin meningkatkan jumlah saham sebanyak RM2.0 bilion sekarang ini. Mana ada tempat yang menawarkan jumlah dividen yang sangat tinggi dan risikonya sangat rendah.

Memang beruntung betul eyriqazz kerana mempunyai saham kat Bank Rakyat. Nak tahu berapa jumlah dividen yang eyriqazz dapat, jom terjah "Dividen Bank Rakyat 2010 | 15% Rezeki Bertambah".

Thursday, February 24, 2011

Beli Minyak Pelincir Helix Dapat Voucher RM20


Hari tu beli minyak pelincir Helix semi sentetik @RM99 kat stesen minyak Shell so dapatlah voucher bernilai RM20 yang mana boleh digunakan untuk beli petrol or juga barangan kat kedai shell. So effectively harga minyak pelincir hanya RM79 le setelah ditolak dengan voucher.

Sebelum ini service kereta kat Proton diaorang charge shell Helix ni dengan harga RM99 juga tapi tak dapatlah potongan. Itulah salah satu kelebihan beli minyak pelincir kat luar. Kalau tak silap jenama lain pun ada buat promosi i.e. dapat set tupperware ke or macam-macam lagi terutamanya semasa musim perayaan. So maybe yang pernah beli minyak pelincir kat luar boleh share.

Wednesday, February 23, 2011

Malaysia Menang 2-0 Menentang Pakistan (Kelayakan Olimpik 23 Februari 2011)


Malaysia menang 2-0 menentang Pakistan pada pusingan pertama kelayakan Piala Olimpik 2012 yang berlangsung malam ini, 23 Februari 2011. Tahniah kepada Malaysia kerana menang pada perlawanan ini walaupun Malaysia mempunyai banyak peluang dan ianya tidak dapat menjaringkan sebarang gol dalam separuh masa kedua even bermain dengan 10 orang setelah penjaga gol gantian Pakistan, Muhammad Umar bermain dengan cemerlang.

Di harap Malaysia akan bermain dengan lebih baik dalam pusingan kedua di Pakistan pada 9 Mac 2011 nanti. Syabas sekali lagi kepada semua pemain Malaysia.

Gol-gol jaringan:

Keputusan Live Malaysia vs Pakistan: Pusingan Pertama Kelayakan Olimpik 2012 (23 Februari 2011)

UPDATE: MALAYSIA VS PAKISTAN (PUSINGAN KEDUA: 9 MAC 2011)

Keputusan Live Malaysia vs Pakistan: Pusingan Pertama Kelayakan Olimpik 2012 (23 Februari 2011): (MALAYSIA 2-0 PAKISTAN)
  • 94": Tendangan percuma Pakistan ditumbuk oleh Fahmi dan mengeluarkan bola dalam kawasan bahaya. Permainan tamat dengan Malaysia 2-0 Pakistan. Bosan-bosan jom layan milo dan menangi pelbagai hadiah termasuk ipad dan iphone

  • 92": Ahmad Fakri menyerang lagi tetapi cubaan yang sudah beberapa kali oleh beliau gagal membuahkan hasil akibat tiada sokongan, serangan yang tidak begitu tajam dan juga permainan baik oleh penjaga gol Pakistan

  • Masa tambahan 5 minit diberikan pada perlawanan ini dan sekarang pemain Pakistan menyerang tetapi dapat dikeluarkan oleh pemain Malaysia

  • 88": Free header ke tanah dan melantun keluar oleh Gurusamy tidak dapat disempurnakan dengan baik walaupun mempunyai peluang yang sangat baik

  • 87": Sekali lagi tandukan Wan Zack Haikal tersasar. Serang jangan tak serang

  • 86": Tandukan Wan Zack Haikal di dalam kotak penalti dapat ditangkap kemas oleh Muhammad Umar

  • 83": Pemain Pakistan, Mohd Touseff cedera beberapa minit dalam padang akibat pernafasan dan phisio dipanggil masuk

  • 10 minit lagi perlawanan akan tamat dan Malaysia kelihatan tidak mempunyai mood untuk menyerang. Come on Malaysia need at least one more goal untuk dibawa bekal ke Pakistan di pusingan kedua 9 Mac nanti

  • 76": Sepakan sudut ke-10 Malaysia diambil oleh Wan Zack Haikal tetapi sepakan sangat lemah tak sampai pun ke pintu gol

  • 75": Walaupun banyak menyerang, tiada sebarang gol dapat dijringkan pada separuh masa kedua, perlu gol lagi dan take advantage of lawan 10 orang tetapi penjaga gol Pakistan bermain dengan sangat baik

  • 69": Pertukaran kedua Malaysia di mana Wan Zaharulnizam (jersi 8) dikeluarkan dan Wan Zack Haikal (jersi 16) dibawa masuk

  • 65": Tendangan Ahmad Fakri dapat diselamatkan oleh Umar dengan baik. Memang cemerlang Umar bermain malam ini

  • 63": Penjaga gol gantian Pakistan, Muhammad Umar sedikit cedera tetapi dapat meneruskan permainan setelah berlaku pertembungan dengan pemain Malaysia, kalau tidak pemain bukan penjaga gol perlu menggantikan Umar

  • 57": Percubaan pemain Malaysia, Ahmad Fakri dengan sepakan di luar kotak penalti "disentuh" sedikit oleh penjaga gol dan terkena palang gol, kalau tidak dapat satu gol lagi. Gol kedua semasa separuh masa pertama

  • 56": Pemain Malaysia, Mohd Irfan tidak dapat menanduk bola di hadapan kotak penalti akibat halangan yang begitu cepat oleh pemain Pakistan

  • 54": Wan Zaharulnizam menyerang tetapi dapat diselamat dengan baik oleh penjaga gol dengan merebahkan badan

  • 51": Shakir dikeluarkan dan Sivanesen dimasukkan. Satu tindakan yang saya kira baik terutamanya Shakir telah dilayangkan satu kad kuning dan bertindak mengasari pemain Pakistan lagi separuh masa kedua

  • 50": Setelah 5 minit permainan di separuh masa kedua Malaysia bertali arus menyerang terutamanya Pakistan hanya bermain dengan 10 orang

  • 46": Mohd Fadhli gagal menyempurnakan sepakan pada depan pintu gol kiri Pakistan

  • Permainan pada separuh masa kedua baru sahaja dimulakan dengan Pakistan membuat pertukaran penjaga gol

  • 45"++: Gol kedua Malaysia dijaringkan oleh Mohd Irfan Fazail dengan sepakan dalam kotak penalti. Separuh masa pertama tamat, jumpa lagi dalam masa 15 minit. Bosan-bosan jom layan milo dan menangi pelbagai hadiah termasuk ipad dan iphone. GOL KEDUA

  • 45": Tendangan percuma pemain Pakistan berjaya ditangkap oleh Khairul Fahmi dan Ansar Abbas (jersi bernombor 17) diberi kad merah akibat menyepak peha Fahmi di dalam kotak penalti akibat tidak berpuas hati

  • 44": Shakir dikenakan kad kuning akibat kekasaran ke atas pemain Pakistan, Faisal Iqbal dan masih terbaring di atas padang dan 4 minit masa tambahan diberi

  • 43": Tandukan Shakir dalam kotak penalti melepasi palang gol

  • 41": Kaleemullah diusung keluar setelah berlaku pertembungan dengan pemain Malaysia

  • 38": Pakistan hampir-hampir menerjah gawang Malaysia tetapi tendangan Kaleemullah, jersi bernombor 10 tersasar di sebelah kanan pintu gol setelah pemain pertahanan Malaysia gagal mengawal dengan baik

  • 36": Malaysia terus mengasak pertahanan Pakistan tetapi tendangan Gurusamy tersasar ke tepi sebelah kiri pintu gol

  • So far setelah 28 minit berlalu, penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi sudah diuji 2 kali dan dapat dikawal baik oleh Fahmi

  • 19": Sepakan percuma diambil oleh Wan Zaharulnizam tersasar melepasi palang gol. Yang terlepas boleh melihat jaringan gol minit ke-3 oleh Wan Zaharulnizam

  • 16": Sepakan percuma di luar kotak penalti diambil oleh Gurusamy terkena palang. Sayang sekali. Sepakan tersebut diberi setelah pemain Pakistan menampan bola dengan tangan dan telah diberi amaran lisan oleh pengadil

  • 14": Shakir gagal memanfaatkan serangan solo akibat tiada sokongan dan serangan di sebelah kiri pintu gol telah memaksa penjaga gol keluar dan bola keluar begitu sahaja

  • Setelah 10 minit permainan, penguasaan oleh Malaysia terutamanya setelah mendapat gol pertama

  • Gol pertama buat Malaysia seawal 3 minit hasil jaringan Wan Zaharulnizam yang berasal dari Kelantan. JARINGAN GOL

  • Perlawanan baru sahaj dimulakan dengan Malaysia membuat sepakan mula dengan memakai jersi kuning hitam manakala Pakistan memakai jersi putih, berjalur hijau di tepi. Senarai pemain-pemain seperti di bawah

Previous Entry
Pada pukul 8.45 malam ini, 23 Februari 2011 di Stadium Shah Alam, Malaysia akan menentang Pakistan pada pusingan pertama kelayakan Olimpik 2012. Perlawanan kedua secara timbal balik akan berlangsung di Lahore, Pakistan pada 9 Mac 2011.

Perlawanan secara langsung @live boleh ditonton melalui Astro Arena channel 801 dan juga RTM1. Mengikut FIFA @ranking dunia pada bulan Februari 2011, Malaysia mempunyai kedudukan lebih baik compared with Pakistan iaitu masing-masing 140 dan 173.

Perlawanan Malaysia vs Pakistan malam ini melibatkan skuad bawah 23 tahun. Antara pemain-pemain Malaysia yang perlu kita beri perhatian adalah penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat, Mahali Jasuli, Muslim Ahmad, K. Gurusamy, Ahmad Fakri Saarani dan Ahmad Shakir Md. Ali.
Semoga Malaysia mempunyai semangat lawan yang tinggi.

Kalau tidak ada apa-apa halangan, saya akan update keputusan tekini perlawanan Malaysia vs Pakistan secara live. Sebelum menunggu keputusan terkini @live Malaysia vs Pakistan, jom kita minum Milo dulu dan bakal memenangi perlbagai hadiah termasuk Mac Book, iphone, ipad dan banyak lagi.

Keputusan Liga Juara-Juara Eropah (23 dan 24 Februari 2011)




Keputusan Liga Juara-Juara Eropah (23 Februari 2011):
  • Kobenhavn 0-2 Chelsea
    • Chelsea menang selesa di tempat lawan dengan dua way goals. So far ketiga-tiga kelab Inggeris termasuk Arsenal dan Tottenham Hotspur menang di peringkat 16 pasukan pusingan pertama
    • Kedua-dua gol dijaringkan oleh bekas pemain Arsenal, Nicolas Anelka pada minit ke-17 dan 54
      • Gol pertama dijaringkan setelah pemain Kobenhavn, Jesper Gronkjaer gagal membuat hantaran yang baik dan "diambil" oleh Anelka dan ke petak penalti dan GOL
      • Gol kedua pula hasil tendangan percuma yang diambil oleh penjaga gol Chelsea, Petr Cech dan Frank Lampard menghantar kepada Anelka yang berada di dalam petak penalti dan gol kedua untuk Chelsea
    • Nampaknya pemain baru Chelsea yang berharga GBP50 juta, Fernando Torres gagal menjaringkan sebarang gol

  • Lyon 1-1 Real Madrid
    • Kedudukan seri dengan satu jaringan memberi keselesaan kepada Real Madrid dari segi gol tempat lawan
    • Real Madrid mendahului dengan jaringan Karim Benzema minit ke-65 dan Lyon mendapat gol penyamaan pada minit ke-83 melalui Bafetimbi Gomis
      • Benzema dibawa masuk menggantikan bekas pemain Arsenal, Emmanuel Adebayor yang juga pemain pinjaman dari kelab Manchester City. Seminit selepas dibawa masuk. Bola yang "dimiliki" oleh pemain Lyon, Jeremy Toulalan dapat "dicuri" oleh gandingan Angel Di Maria dan Benzema dan Di Maria menghantar kepada Cristiano Ronaldo dan menghantar kepada Benzema dan GOL
      • Gol penyamaan pada akhir perlawanan bermula daripada pemain gantian Lyon, Miralem Pjanic membuat sepakan percuma yang terkena benteng Real Madrid dan lantunan ke udara dan bola diperoleh Cris dan ditanduk ke dalam kotak penalti Real Madrid dan Gomis berada di tempat yang tepat dan GOL penyamaan buat Lyon
  • Pagi esok ada dua lagi perlawanan yang menarik:
    • Marseille vs Manchester United (update: 0-0)
    • Inter Milan vs Bayern Munich (update: 0-1)

Sumber: UEFA

Tuesday, February 22, 2011

Promosi Airasia (Booking: 22 Februari Hingga 27 Februari 2011)

Promosi Airasia kembali lagi. Tempahan boleh dibuat dari 22 Februari 2011 sehingga 27 Februari 2011 untuk penerbangan 13 September 2011 sehingga 29 Februari 2012. Sejuta tempat duduk ditawarkan di dalam promosi Airasia kali ini.

Antara tempat-tempat menarik yang boleh kita terjah from Kuala Lumpur (semurah):
  • Kota Bharu: RM11.00
  • Penang: RM11.00
  • Kuching: RM16.00
  • Labuan: RM31.00
  • Hong Kong: RM120.00
  • Bandung: RM50.00
  • Singapura: RM30.00
  • Bangkok: RM50.00 dan banyak lagi
So plan le sebaik yang mungkin. Untuk keterangan lanjut jom promosi Airasia. Memang Airasia promotion, tiket ini berbaloi.

Mengapa Bank Rakyat Boleh Beri Dividen 15% Tapi KWSP Hanya 5.8%

Ramai yang mengeluh bila mendapat tahu bahawa KWSP mengumumkan dividen bagi tahun 2010 sebanyak 5.80% manakala sebelum ini ahli Bank Rakyat mendapat dividen sebanyak 15% bagi tahun kewangan 2009. Kemungkinan besar dividen untuk tahun 2010 juga lebih kurang 15%.

Of course kalau boleh dividen lagi tinggi untuk KWSP lagi bagus tapi for me personally speaking, 5% dikira acceptable level memandangkan KWSP mostly melabur dalam bon dan juga instrumen yang lebih selamat dan keuntungan pelaburan dalam instrumen ini tak banyak jika dibandingkan dengan pasaran saham yang memberi keuntungan yang lebih tinggi tetapi risiko pun lebih tinggi. Kalau tak percaya boleh tanya orang yang invest dalam unit trust, kekadang return lebih 20% setahun dan kekadang boleh rugi 10% setahun.

So macam mana Bank Rakyat boleh beri dividen 15%? Ini secara ringkas kefahaman saya mengenai perkara ini. Secara ringkasnya laporan penyata kewangan 2008:
  • Pendapatan: RM3.1 bilion (A)
  • Jumlah Saham: RM2 bilion (B)
  • Jumlah simpanan pelanggan (savings + "fixed deposits"): RM32.5 bilion (C)
  • Dividen untuk pemegang saham @15% from RM2 bilion: RM300 juta (D)
  • Pembahagian keuntungan untuk simpanan pelanggan: RM1 bilion (E)
Cuba tengok betul-betul:
  • Jumlah dana from customers + pemegang saham: RM34.5 bilion (B+C)
  • Jumlah pulangan dividen + pembahagian keuntungan: RM1.3 bilion (D+E)
So, ini le ceritanya:
  • Pemegang saham mendapat pulangan 15% (D)
  • Pelanggan yang menyimpan dalam akaun simpanan dan "fixed deposits": 3.08% (E*100/C)
  • Maknanya 5.8% daripada penyumbang dana Bank Rakyat memperoleh pulangan sebanyak 15% manakala selebihnya (penyimpan biasa: majoriti) hanya mendapat purata pulangan sebanyak 3.08%
  • So kalau semua mendapat pulangan sama ianya hanya sebanyak 3.8%
Itulah secara ringkasnya, majoriti mendapat pulangan yang sedikit manakala minoriti pemegang saham mendapat pulangan yang begitu baik. So dengar khabar Bank Rakyat ingin menambah saiz saham sebanyak RM500 juta lagi kepada RM2.5 bilion.

Monday, February 21, 2011

Selepas Tunisia dan Mesir, Merebak ke Negara Teluk Lain

Sebelum ini akibat tunjuk perasaan dan protes oleh rakyat menyebabkan pemimpin tertinggi kerajaan di Tunisia dan juga Mesir terpaksa meletak jawatan akibat tekanan. Kini ianya semakin merebak ke negara-negara Teluk lain i.e. Bahrain, Yemen, Libya dan banyak lagi.

Terbaru akibat tunjuk perasaan di Libya yang diberitakan bahawa lebih 200 orang terkorban, beberapa negara di Eropah seperti Perancis dan Portugal menyeru rakyat mereka meninggalkan Libya.

Manakala anak kepada pemerintah Libya, Saif al-Islam Gaddafi memberitahu rakyat Libya bahawa beribu-ribu orang akan terkorban jika tunjuk perasaan ini berterusan. Gaddafi telah menjadi pemerintah di Libya melebihi 41 tahun.

Di sebabkan perkembangan terbaru di Libya, harga emas dan minyak naik mendadak. Harga emas adalah tertinggi sejak 4 Januari 2011, melebihi USD1,400 satu aun dan "Brent crude oil" meningkat hampir 2% kepada USD104.44 satu barrel. Perak pula berada dalam kedudukan tertinggi dalam masa 31 tahun hampir USD33.50 satu aun.

Kita berharap agar ianya tidak menjadi lebih teruk dan ekonomi tidak terjejas kerana ianya akan memberi kesan yang sangat teruk kepada seluruh ekonomi dunia.

Terima Kasih Followers Sudah 1,000 Orang

Salam dan selamat pagi. Setelah lebih kurang 1 tahun setengah berblogging, sekarang ini followers sudah mencecah 1,000 orang. Terima kasih semua kerana menyokong my writing. For me, tanpa pembaca blog ini tidak begitu bermakna.

Di harap apa yang saya tulis di blog ini sedikit sebanyak memberi manfaat dan saya juga dapat benefits terutama dengan cadangan, perbincangan dan juga idea yang diberi terutamanya di dalam ruangan komen. Jadikan blog sebagai media untuk kita menambahkan ilmu pengetahuan dan jadikan ianya sebaik yang mungkin dengan etika yang tinggi. Thanks again!

Sunday, February 20, 2011

Dividen KWSP Tahun 2010 Sebanyak 5.80%

Hari ini (20 Februari 2011), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan kadar dividen sebanyak 5.80% bagi tahun 2010. Dividen pada tahun lepas (2010) adalah 0.15% lebih tinggi jika dibandingkan dengan dividen tahun 2009 iaitu 5.65%.

Ahli-ahli boleh menyemak pengkreditan dividen 2010 melalui Kios KWSP, kaunter atau i-Akaun mulai Isnin, 21 Februari 2011. Rasanya selagi ianya melebihi 5%, dividen tersebut boleh dianggap competitive.

Berikut adalah antara bloggers yang menulis mengenai dividen KWSP tahun 2010:

Tengok Rancangan Kegemaran Melalui Internet @Finetv

Pernah tak dengar mengenai finetv? Ianya merupakan television secara interaktif melalui internet yang mana pengguna boleh memilih rancangan kegemaran bila-bila masa.

Setakat ini lebih daripada 40 siaran @channel under finetv antaranya Starsport, AXN, BBC, CNN, Warner Bros, MGM dan macam-macam lagi. Berapa agaknya yuran untuk menonton finetv melalui internet? Mengikut website, ianya mempunyai pelbagai package dan bermula 21 Januari 2011, recommended fees mengikut preference akan diketahui melalui borang langganan melalui internet. So untuk mengetahui lebih lanjut jom check finetv.

Saturday, February 19, 2011

Kelantan Menang Menentang T-Team Melalui Sepakan Penalti Piala FA

credit: redsfc

Kelantan menang menentang T-Team setelah bermain 90 minit + 30 minit (masa tambahan) dengan sepakan penalti 6-5. Sepakan penalti pemain T-Team, Nor Fazly Alias gagal disempurnakan. Sebelum itu, semasa permainan waktu 90 minit, pemain Kelantan, Nor Shahrul Talaha gagal menyempurnakan sepakan penalti. Untuk keterangan lanjut, check it out.

Dengan kemenangan ini Kelantan akan melangkah ke pusingan kedua.

Friday, February 18, 2011

Keputusan Live Kelantan vs T-Team: Perlawanan Pusingan Pertama Piala FA (18 Februari 2011)


credit: redsfc

Keputusan Live Kelantan vs T-Team: Perlawanan Pusingan Pertama Piala FA (18 Februari 2011): KELANTAN MENANG MELALUI SEPAKAN PENALTI 6-5
  • Kelantan menang setelah sepakan penalti 6-5 apabila Nor Fazly Alias gagal menyempurnakan sepakan penalti

  • SEPAKAN PENALTI

    KELANTAN
    • Norshahrul Idlan Talaha: MASUK
    • Rizal Fahmi: MASUK walaupun menerjah ke arah yang betul
    • Nurul Azwan Roya: MASUK di sebelah kiri
    • Mohd Shakir Shaari: MASUK
    • Mohd Daudsu: MASUK
    • Daniel Fadzly: MASUK (sudden death)

    T-TEAM
    • Indra Putra: MASUK
    • Khairul Izwan: MASUK
    • Mohd Haris Safwan: MASUK walaupun menerjah ke arah kiri
    • Mohd Badrul Hisani: MASUK
    • Shamsul Kamal: MASUK
    • Nor Fazly Alias: TAK MASUK, tersasar tinggi

  • Wisel dibunyikan dan kemenangan akan ditentukan oleh sepakan penalti

  • Tension betul tengok permainan Kelantan dengan hantaran-hantaran yang tidak tepat. 3 minit lagi permainan dan permainan T-Team sedikit terjejas setelah Nor Farhan tiada

  • 10 minit lagi masa untuk perlawanan malam ini

  • 19": Sepakan penjuru untuk T-Team dikeluarkan oleh pemain Kelantan

  • Separuh masa kedua masa tambahan dimulakan setelah berehat hanya beberapa minit

  • Separuh masa pertama masa tambahan tamat dan kedudukan masih Kelantan 1-1 T-Team. 15 minit lagi kalau keputusan masa sama, sepakan penalti akan diadakan. JARINGAN GOL KELANTAN. Pada tahun 2009, Kelantan kalah sepakan penalti 1-4 menentang Selangor pada perlawanan akhir Piala FA

  • 12": Kapten Kelantan, Badri dikeluarkan dan diganti oleh Khairan Eroza

  • 11": Sepakan percuma T-Team setelah pemain Kelantan mengasari pemain T-Team. Sepakan percuma Indra terkena benteng Kelantan dan T-Team diberi sepakan penjuru. Sepakan penjuru tidak dapat dimanfaatkan oleh T-Team

  • 10 minit permainan, hantaran-hantaran Kelantan nampaknya tidak menjadi maybe disebabkan keletihan

  • Setelah 5 minit permainan T-Team memberi banyak asakan berbanding Kelantan

  • Masa tambahan dimulakan. Kedua-dua pasukan perlu bermain untuk 30 minit lagi i.e. 15 minit setiap separuh masa. Maybe kelebihan secara moral kepada T-Team setelah ianya semacam diberi peluang kedua setelah sepakan penalti gagal disempurnakan oleh pemain Kelantan (komen dalam twitter)

    • mirasyah: emo nengok bola neh..nape bazirkan penalti kelantan oi!!
    • itsja5on: FT: T-Team 1-1 Kelantan. Norsharul Idlan Talaha misses a last minute penalty that would've put Kelantan through to the next round.
    • mowjojo: Kelantan supporter kt MMZ yaw...cheering up their team playing...kau2 pny semangat..

  • 90++: Indra menjatuhkan pemain Kelantan dalam kotak penalti dan Azizi dkenakan kad kuning kerana membantah keputusan pengadil. Sepakan penalti oleh NOR SHAHRUL gagal disempurnakan dan permainan akan diteruskan pada masa tambahan nanti. Sepakan tersebut tersasar tinggi sebelah kiri pintu gol

  • 90": Farhan dikeluarkan dan T-Team sudah membuat 3 pertukaran manakala Kelantan masih ada satu lagi pertukaran yang boleh dibuat

  • 88": Rembatan Indra terkena palang penjuru sebelah kiri. Kalau tidak penjaga gol Kelantan, Fahmi tewas

  • Lima minit lagi menyaksikan kedua-dua pasukan melakukan serangan tetapi tidak menghasilkan gol. Percubaan Farhan tersasar dan kelihatan Farhan memang lutut maybe sakit

  • 83": Farhan dilayangkan kad kuning setelah mengasari pemain Kelantan, Mohd Farisham

  • Tinggal 10 minit lagi perlawanan dan kemungkinan perlawanan akan dilanjutkan ke masa tambahan sekiranya keputusan seri

  • 73": Zairul Fitree dilayangkan kad kuning akibat kekasaran ke atas pemain Terengganu Nor Farhan dan sepakan percuma pemain T-Team di sebelah kiri luar kotak penalti ditangkap kemas oleh Fahmi

  • 66": Pemain Kelantan, Ramzul dikeluarkan dan diganti oleh Mohd Nizad

  • 63": Tandukan Indra ke tanah dapat ditangkap kemas oleh Khairul Fahmi. T-Team terus menggandakan serangan. Jika keputusan seri, perlawanan akan dilanjutkan ke masa tambahan. Sorry tersilap lapor mengenai away gol rule tadi

  • 61": T-Team menyamakan kedudukan setelah Indra menjaringkan gol hasil hantaran Haris Safwan. Kelantan 1-1 T-Team

  • 54": Larian pantas Ramzul yang terlepas perangkap offside dikasari pemain T-Team dalam kotak penalti tetapi yang pelik sepakan penalti atau kad kuning tidak dilayangkan kepada pemain T-Team

  • 51": Rizal Fahmi menjaringkann gol pertama dengan tandukan yang cantik hasil dari tendangan sudut KELANTAN 1-0 T-TEAM. JARINGAN GOL KELANTAN

  • 50": Percubaan terbaik T-Team sepanjang perlawanan tetapi kali ini tersasar keluar kerana menanti begitu lama di kotak penalti Kelantan

  • 49": Sepakan penjuru oleh Badri dapat dikeluarkan oleh pemain-pemain T-Team. Norshahrul dan Ramzul dikawal rapi oleh T-Team

  • 46": Serangan pertama separuh masa kedua oleh Indra bola from Nor Farhan menewaskan pemain Kelantan tetapi tandukan tersasar di atas palang

  • Permainan diteruskan untuk separuh masa kedua dan tidak ada sebarang pertukaran dan kelihatan jurulatih Kelantan, Hashim Mustapha mengatakan sesuatu kepada kapten, Badri

  • Permainan separuh masa pertama tamat dengan keputusan KELANTAN 0-0 T-TEAM. Jumpa lagi dalam masa 15 minit. Bosan-bosan jom layan finetv

  • 42": Layangan pertama kad kuning kepada pemain T-Team, Tengku Hasbullah ke atas pemain pertahanan Subramaniam

  • Antara komen di facebook:

    • Tt berkampung dan mencuba habis-habisan, takut gaji kena potong
    • T team asyik serang..tp kelantan amat hebat!!
    • ISH>>>>serang la pulak klatee!! asyik main depan gol kita je...sakit jantung aku..

  • 35": Pemain Kelantan, Ramzul kelihatan cedera setelah terkena siku Nor Fadzly yang tidak dengan sengaja melakukannya

  • Kelihatan hantaran Kelantan tidak begitu kemas dan maybe terdapat tekanan bermain di Terengganu dan perlu lebih baik selaku pendahulu Liga Super. Tidak ketahui apakah masalah Kelantan malam ini, permainan tidak seperti biasa

  • Jentera serangan Kelantan gagal bertindak dengan baik akibat dikawal rapi oleh pemain-pemain pertahanan T-Team

  • 22": Sepakan penjuru ketiga T-Team gagal dikawal sempurna oleh pemain Kelantan dan situasi agak cemas buat Kelantan tetapi pengadil meniup wisel akibat kekasaran pemain T-Team dan terdapat lebih kurang 6 pemain T-Team di hadapan gol Kelantan

  • 15 minit berlalu nampaknya tidak ada banyak serangan-serangan berbahaya from kedua-dua pihak dan ianya banyak tertumpu di bahagian tengah walaupun T-Team kelihatan lebih menguasai permainan

  • 9": Setakat 9 minit penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi belum lagi diuji dan sepakan sudut pertama T-Team oleh Farhan dapat ditangkao kemas oleh Fahmi. Dengar khabar kalau tidak menang malam ini, gaji pemain T-Team akan dipotong

  • 6": Sepakan sudut pertama Kelantan di hantar ke hadapan kotak penalti tetapi tersasar tinggi di atas palang gol

  • Setelah 5 minit permainan, kelihatan T-Team banyak menyerang terutamanya oleh Indra dan Farhan

  • Permainan baru sahaja dimulakan dengan T-Team "menyepak mula" dan sepakan percuma T-Team seawal less than 1 minute just outside luar kotak penalti dapat dikeluarkan oleh pemain Kelantan

  • Permainan akan dimulakan dalam masa 15 minit dari sekarang di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada pukul 8.45 malam. Mengikut wikipedia, Kelantan tidak pernah menjadi johan Piala FA (dalam masa 20 tahun yang lepas) dan hanya sekali menjadi naib johan setelah kalah penalti kepada Selangor 1-4 pada tahun 2009. Apa kata sementara menunggu update layan finetv

    Mengikut rekod pertemuan 2 kali, ianya memihk kepada Kelantan yang mana menang sekali dan sekali lagi seri tetapi malam ini bermain di luar Kelantan. Senarai pemain-pemain untuk Kelantan dan T-Team seperti di bawah


Previous Entry
Pada pukul 8.45 malam ini, 18 Februari 2011, perlawanan bola sepak Piala FA akan bermula dengan format kalah mati. Siaran secara langsung @live boleh ditonton di Astro Arena channel 801 pada pukul 8.00 malam.

Dalam Liga Super, Kelantan mendahului liga dengan 10 mata dan T-Team pula di tangga ke-13 hanya mengumpul 1 mata setelah 4 perlawanan.

Perlawanan Kelantan vs T-Team dijangka sangat menarik dan penonton-penonton terutamanya Kelantan tidak sabar untuk mengetahuinya memandangkan 3 bekas pemain Kelantan berhijrah ke T-Team musim ini iaitu Indra Putra Mahayuddin, Azizi Mat Rose dan Mohd. Norfarhan Muhammad.

Bagi Kelantan pula sudah tentu memerlukan sentuhan penjaga gol, Khairul Fahmi, penyerang sensasi, NorShahrul Idlan Talaha, kapten pasukan, Mohd Badri Radzi dan juga pemain baru, Nurul Azwan Roya.

Kita nantikan perkembangan terkini Kelantan lawan T-Team dalam pusingan pertama kalah mati Piala FA. Jika tiada halangan, saya akan update secara live perlawanan malam ini.

Seronok ke Jadi Glamour, Entry Simple Komen 100++


Sorry le hari ini memang tak ada idea langsung, maybe malam ini ada citer mengenai bola pusingan pertama piala FA. Tapi bukan semua orang suka bola kan. Berbalik pada tajuk di atas, rasa-rasanya seronok ke jadi glamour? Tulis entry simple-simple pas tu ramai yang komen.

Yang ni mengenai entry terbaru hanis zalikha on "I tertinggal selipar kat luar". Gambar ini diambil semasa Hanis Zalikha dan keluarga masuk bilik hotel then tinggal selipar kat luar. Kekadang memang kita tak sengaja tinggal kan benda alah tu kat luar kan?

Apa-apa pun mengenai tajuk ini, jangan marah ya Hanis Zalikha yang mempunyai peminat lebih 70,000 kat fan club. Apa yang penting kita berinteraksi dengan pelawat or peminat tak kira le sikit ke banyak ke tulisan kita. Mereka tahu yang kekadang kita sibuk so dengan tulisan @update dapatlah mereka mengetahui perkembangan kita. Peace Hanis.

Thursday, February 17, 2011

Honda Memanggil Balik @Recall Honda City dan Jazz 2009

Mengikut paultan, Honda Malaysia memanggil balik @recall 21,956 unit Honda City keluaran 2009.

Di samping itu, Honda Malaysia juga memanggil balik @recall 1,680 unit model Honda Jazz keluaran 2009. Ini disebabkan oleh lost motion springs and the retainers yang mana boleh menyebabkan enjin berbunyi "pelik" dan kemungkinan juga menyebabkan injin berhenti dengan tiba-tiba. Apa-apa pun tiada report mengenai kemalangan dan kecederaan.

Agak-Agaknya Major Service Kereta Persona 40,000km Berapa Ya?

Salam dan selamat tengah hari. Tadi ada call Proton service mengenai service kereta Persona auto untuk mileage 40,000km. Diaorang bagi estimation cost RM550++. So nak minta pendapat yang biasa service kat luar untuk major service biasanya berapa harganya?

Dan really appreciate juga kalau boleh bagi nasihat minyak apa perlu guna sebab sebelum ini guna Shell Helix, semi sintetik dan apa benda yang penting perlu tukar sebab masa buat major service sebelum ini lebih kurang RM450++ termasuk flush power steering fluid, MUT tuning, lube service dan macam-macam lagi le.

Keputusan @Results Liga Juara-Juara @Champions League Pusingan Pertama 16 Pasukan (17 Februari 2011)


Keputusan @Results Liga Juara-Juara @Champions League Pusingan Pertama 16 Pasukan (17 Februari 2011):
  • Arsenal 2-1 Barcelona
    Barcelona mendahului pada minit yang ke-26 hasil jaringan David Villa. Arsenal mendapat dua gol pada separuh masa kedua setelah pertukaran strategi oleh pengurus Arsenal, Arsene Wenger dengan memasukkan Andrei Arshavin dan mengeluarkan Alex Song. Dua gol dijaringkan selang 5 minit (78" dan 83") oleh Robin Van Persie dan Andrei Arshavin.

  • AS Roma 2-3 Shakhtar Donetsk
    Shakhtar Donetsk menang di tempat lawan dengan 3 gol berbalas 2 menentang AS Roma. Gol-gol Shakhtar Donetsk dijaringkan oleh Jadson, Douglas Costa dan Luiz Adriano. Manakala AS Roma mendapat gol from Simone Perrotta dan Jeremy Menez.

Dua lagi perlawanan yang menarik pada minggu depan 23 Februari 2011 (Rabu):
  • FC Copenhagen vs Chelsea

  • Lyon vs Real Madrid

Keputusan Arsenal Menang 2-1 Lawan Barcelona: Liga Juara-Juara (17 Februari 2011)

Arsenal menang 2-1 lawan Barcelona di tempat sendiri hasil jaringan Robin Van Persie (78") dan Andrei Arshavin (83"). Barcelona mendahului pada minit yang ke-26 hasil jaringan David Villa.

Pada separuh masa pertama, Barcelona menguasai permainan dengan Barcelona membuat 328 hantaran manakala Arsenal hanya 158 hantaran. Gol David Villa dibantu oleh Messi setelah Villa memecah perangkap offside.

Arsenal membuat pertukaran strategi serangan dengan memasukkan Andrei Arshavin dan mengeluarkan Alex Song pada minit yang ke-68. Ternyata strategi berhasil setelah hantaran bola Arshavin kepada Clichy dimanfaatkan dengan menghantar pula kepada Van Persie dan gol dijaringkan dengan tepat dari sebelah kiri tepi gol.

5 minit selepas gol penyamaan Arsenal, Arshavin menambah satu lagi gol untuk Arsenal hasil hantaran Samir Nasri.

Good to know Arsenal menang pagi ini dan perlawanan pada 8 Mac nanti Nou Camp, Barcelona sangat penting terutamanya Barcelona mendapat advantage gol tempat lawan pagi ini. Barcelona hanya memerlukan kemenangan 1-0 untuk melayakkan ke pusingan suku akhir.

ENTRI TERDAHULU
Perlawanan antara Arsenal vs Barcelona dalam pusingan pertama 16 pasukan Liga Juara-Juara @Champions League akan disiarkan secara langsung @live di Astro ESPN channel 812 pada pagi esok (17 Februari 2011) pukul 3.40 a.m.

Memang sungguh menarik dan sudah pasti Arsenal ingin melupakan kekalah aggregate 3-6 di peringkat suku akhir musim lepas. Kali ini Arsenal sudah bersedia untuk membalas dendam dan peluang bagi penyerang sensari Arsenal, Van Persie untuk bermain memandangkan kecederaan pada musim lepas dan juga kapten pasukan, Fabregas yang hanya bermain sekali sahaja musim lepas. Jom kita tengok barisan kemungkinan (credit: BBC)

Barisan kemungkinan Arsenal:

---------Szczesny
Eboue Djourou Koscielny Clichy
-----------Song
-----Wilshere Fabregas
Walcott----------------Nasri
---------Van Persie

Barisan kemungkinan Barcelona:

------Messi Villa Pedro
--------Iniesta Xavi
----------Busquets
Maxwell Abidal Pique Alves
-----------Valdes

Memang suka tengok bila Fabregas-Van Persie-Walcott-Song main dan sudah pasti bukan senang nak lawan Barcelona terutamanya Messi-Villa-Iniesta-Xavi. Apa-apa pun harap Arsenal bermain dengan terbaik di tempat sendiri and maybe 3-1 to Arsenal.

Wednesday, February 16, 2011

Harga Emas Tertinggi Dalam Masa 4 Minggu Akibat Inflasi


Mengikut thewest, harga emas mengalami kenaikan ke tahap yang tertinggi dalam masa 4 minggu ini disebabkan inflasi yang tinggi di China (4.9%) dan UK (4.0%) pada bulan Januari 2011.

Di samping itu juga, pengurus dana lindung nilai (hedge fund manager), George Soros meningkatkan pegangan dalam emas pada suku akhir 2010. Pada masa article ini ditulis, harga emas bagi satu aun ialah USD1,372 iaitu bersamaan RM135 per gram.

Bagi harga emas KFH pula, harga jualan meningkat 1.05% atau RM1.46 per gram hari ini (16 Februari 2011) jika dibandingkan dengan hari sebelumnya. Apa-apa pun, pelaburan dalam emas ini memerlukan jangka masa yang sederhana to panjang.

Keputusan @Results Liga Juara-Juara @Champions League Pusingan Pertama 16 Pasukan (16 Februari 2011)

Keputusan @Results Liga Juara-Juara @Champions League Pusingan Pertama 16 Pasukan (16 Februari 2011):
  • AC Milan 0-1 Tottenham Hotspur
    Tottenham menang tipis 1-0 menentang pendahulu liga Itali, Serie A, AC Milan di tempat lawan pada pusingan pertama Liga Juara-Juara pagi tadi. Peter Crouch menjadi wira Tottenham setelah menjaringkan gol kemenangan pada minit yang ke-80. Gol tersebut hasil larian Aaron Lennon dari bahagian bawah

  • Valencia 1-1 Schalke 04
    Schalke mendapat kelebihan gol di tempat lawan setelah berjaya mengikat Valencia 1-1. Tuan rumah mendahulu dengan jaringan Soldado pada minit yang ke-17 manakala Raul Gonzales menyamakan kedudukan pada minit yang ke-64.
Dua lagi perlawanan yang menarik pagi esok:

Tuesday, February 15, 2011

Apa Cerita Terbaru Bekas Penyerang Selangor, Safee Sali?

Bekas penyerang sensasi Selangor dan juga penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF 2010, Safee sali sudah selamat sampai di Indonesia pada 14 Februari 2011. Mengikut berita from 12paz, memetik technical director of Pelita Jaya FC, Rahim Soekasah yakin membuat pilihan tepat apabila mengambil Safee Sali sebagai penyerang di Pelita Jaya.

Jumlah kontrak tidak dinyatakan tetapi mengikut khabar jumlahnya adalah sebanyak 500-650 juta rupiah untuk setengah musim. Maknanya kalau dalam ringgit ianya lebih kurang RM170,000 hingga RM221,000 (RM28,000 hingga RM37,000 sebulan).

Sementara itu, Safee Sali yang akan mengenakan jersi bernombor 10, memberitahu bahawa kemudahan yang beliau dapat ialah rumah dan sebagainya.

Gambar ini semasa Safee Sali sampai di Bandara Soekarno Hatta, Tangerang, Banten bersama dengan isteri dan dua anak perempuan. Salah satu tujuan Safee Sali ke kelab Pelita Jaya ialah ingin membimbing pemain muda.

Semoga Safee Sali memperoleh apa yang diinginkan dan menjadi contoh kepada pemain-pemain lain tidak kira Indonesia ataupun Malaysia. Selamat maju jaya di perantauan.

Buat Maksiat Bawa Anak

Macam-macam cara sekarang orang buat maksiat. Terbaru ketika berkhalwat bawa anak kecil bagi mengaburi mata orang lain. Mengikut laporan Harian Metro, seorang duda (27 tahun) ditangkap dalam keadaan tidak berbaju dan seluar pendek dengan pasangannya, 21 tahun di hotel murah, di Dengkil, Sepang.

Apa lagi ini ala-ala sambutan Valentine le ni, maklumlah semalam kan 14 Februari. So apa yang saya nak cakap kat sini ialah jangan babitkan anak kecil yang tak tahu apa-apa bila nak buat maksiat. Actually JANGAN BUAT MAKSIAT at all.

Sama-sama le kita ingat mengingati antara satu sama lain. Kita ni tak lari dari melakukan kesalahan.

Monday, February 14, 2011

Kadar Keuntungan Simpanan Tetap @Mudharabah Mana Yang Paling Tinggi

Simpanan memang sangat penting untuk kecemasan ataupun untuk apa jua tujuan sama ada sebagai jangka masa pendek, sederhana ataupun panjang. Tetapi bagi kita pulangan juga sangat penting setelah mengambil kira tempat yang kita simpan itu menepati hukum shariah.

So nak bagi sedikit info berdasarkan kadar keuntungan (profit rate) bagi simpanan tetap @fixed deposit @perkongsian keuntangan (mudharabah concept) di beberapa bank di Malaysia berdasarkan indicative rate yang diambil pada hari ini (14 Februari 2011) bagi simpanan untuk setahun:
Kalau berdasarkan rate di atas, Agro Bank memberi pulangan yang tertinggi dengan 3.35% setahun manakala CIMB pula yang terendah iaitu 2.85%. Apa-apa pun, yang ini adalah indicative sebab ianya bukan seperti conventional yang mana awal-awal lagi dah dijanjikan.

Anyway "simpanan tetap" adalah salah satu cara untuk meningkatkan pulangan berbanding dengan simpanan dalam akaun biasa i.e. simpanan wadiah ataupun mudharabah. Of course ianya lebih rendah compared with di Tabung Haji yang menawarkan kadar dividen at least 5% berdasarkan past performance

Macam Mana Nak Tahu Kedudukan Kewangan Sihat

Macam mana agaknya kita nak tahu sama ada kedudukan kewangan kita sihat atau tidak? Yang ni saya dapat from Ringgit keluaran Disember 2010:
  • Hidup tanpa bergantung kepada hutang
    Actually memang susah nak hidup tanpa hutang sebagai contoh hutang untuk beli kereta or beli rumah. Tapi apa kata kita cuba elakkan hutang kad kredit ataupun apa-apa jenis hutang untuk menyara hidup kita. Sebab hutang akan membuatkan kita rasa risau

  • Milik rumah bebas hutang sebelum bersara
    Dalam dunia ni, tak ramai yang mampu beli rumah secara tunai tetapi alangkah bagusnya apabila kita bersara nanti, tak per memikirkan mengenai hutang ini. Yalah duit yang kita ada perlu digunakan bagi meneruskan hidup bukan bayar loan rumah kan? Yang penting beli rumah yang kita mampu

  • Persaraan terjamin dan dihormati
    Mengikut survey hanya 5% sahaja yang mempunyai kebebasan kewangan semasa bersara. So macam mana dengan 95% lagi? So menabunglah di awal peringkat kita bekerja

  • Memberi pelajaran kepada anak-anak
    Plan le baik-baik mengenai kos pelajaran anak-anak bagi menjamin pekerjaan yang baik di masa hadapan. Maybe menerusi tabungan, pelan takaful, saham amanah dan macam-macam lagi. Mengikut data, graduan memperoleh gaji 2 kali ganda pendapatan seumur hidup lepasan SPM

  • Lain-lain tanda adalah keupayaan membayar tunai bagi barangan runcit, keupayaan bertahan ketika menghadapi kecemasan dan keupayaan untuk hidup sepenuhnya termasuk percutiaan, rekreasi dan aktiviti keluarga

Sunday, February 13, 2011

Keputusan dan Kedudukan Terkini Liga Perdana Inggeris: 12 dan 13 Februari 2011

Keputusan dan Kedudukan Terkini Liga Perdana Inggeris: 12 dan 13 Februari 2011:


  • Manchester dan Arsenal menang

  • Manchester City kalah


  • Manchester United masih mengekalkan kedudukan di tangga teratas dan diikuti oleh Arsenal dengan perbezaan 4 mata

  • Masih ada lagi baki 12 perlawanan dan ianya masih terbuka
Credit: ESPN

Saturday, February 12, 2011

Keputusan Manchester United 2-1 Manchester City: Liga Perdana Inggeris: 12 Februari 2011

Keputusan Manchester United 2-1 Manchester City: Liga Perdana Inggeris: 12 Februari 2011:
  • Man Utd menang menentang jiran, Man City dengan 2-1 di tempat sendiri
  • Gol-gol Man Utd dijaringkan oleh Nani (41") dan juga Wayne Rooney (78"). Gol Rooney memang sangat cantik, ala-ala akrobatik
  • Man City mendapat gol from David Silva (65") setelah Dzeko merembat laju dan terkena belakang Silva
  • Dengan kemenangan Man Utd mendahului liga dengan 7 mata dan sekejap lagi Arsenal, tempat ke-2 akan bermain dengan Wolves pada pukul 10.45 malam
Previous Entry
Perlawanan bola sepak antara Manchester United dan Manchester City sangat ditunggu-tunggu oleh semua peminat bola sepak Inggeris. Siaran langsung @live boleh diikuti pukul 8.45 malam, 12 Februari 2011 di Astro ESPN channel 812. memang tak sabar menunggu keputusan perlawanan ini.

Sebelum ini rekod tanpa kalah Manchester United musnah lawan pasukan tercorot, Wolves dengan 1-2. Walau bagaimanapun, Man Utd masih menduduki tangga teratas dengan 54 mata manakala Man City pula berada di tangga ke-3 dengan 49 mata tetapi bermain lebih satu game.

Man Utd mengharapkan keajaiban penjaring terbanyak liga setakat ini Fernandez (19 gol) manakala Man City pula mempunyai striker yang sangat berbisa iaitu Carlos Tevez (18 gol).

Man Utd mempunyai rekod yang baik bermain di gelanggan sendiri setelah menang 12 perlawanan dan seri satu iaitu lawan West Brom.

Sama-sama le kita nanti keputusan terkini Manchester United vs Manchester City.

Perlu ke Umat Islam Sambut Valentine Day @Hari Mengingat Kekasih?

Ramai yang memperkatakan mengenai sambutan Hari Kekasih @Valentine Day yang diadakan pada 14 Februari setiap tahun. So ramai le i.e. couple / suami-isteri / kawan-kawan memberi hadiah sama ada bunga, coklat, kad ucapan dan macam-macam lagi.

So just nak share mengenai fatwa yang telah dikeluarkan mengenai Hari Kekasih @Valentine Day ni. Mengikut e-fatwa:

"Amalan merayakan hari kekasih ( Valentine Day ) tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah dilarang oleh Islam yang jelas bercanggah dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah. Oleh itu umat Islam adalah DILARANG daripada melibatkan diri di dalam meraikan hari tersebut."

So sebagai umat Islam, fahami le betul-betul fatwa ini, lagipun ianya bukan budaya kita dan bercanggah dengan pegangan kita. Tak salah untuk menyatakan kasih sayang so tak perlu le tunggu 14 Februari, hari-hari pun boleh dibuat.

Friday, February 11, 2011

Ramai Kecoh Bila Cakap Paris Hilton Peluk Islam

Beberapa hari yang lepas ramai bloggers yang memperkatakan bahawa Paris Hilton sudah masuk Islam. Ini disebabkan oleh berita yang disiarkan di dalam The Daily Squib bertajuk "Paris Hilton Converts to Islam".

Ramai juga yang terpengaruh dengan berita ini dan juga gambar yang menunjukkan Paris Hilton memakai tudung dan menganggap berita kemasukan Islam adalah benar. Sebenarnya laman web Daily Squib itu menyiarkan berita yang tidak betul.

So apa moral of the story from cerita ini? Cuba selidik dahulu berita dan kesahihannya sebelum kita sebarkan.

Terbaru dalam The Daily Squib, setelah Paris Hilton memeluk Islam, cerita mengenai Paris Hilton converts to Buddhism pula. Macam-macam kan.

Curi Trafik Dari Blog Lain Guna Iframe?

Baca entry di blog cikgudahlia on "blogger kita memang cerdik pandai kan?" Kalau kita tengok gambar kat atas tu, secara ringkasnya, let say jika blogger yang berwarna hitam memasang kod yang diberi oleh cikgudahlia dalam blog mereka then setiap kali visitor masuk dalam blog hitam, secara automatik dikira masuk dalam blog cikgudahlia juga.

For example blog cikgudahlia ialah 1,000 UV dan UV untuk 9 blog hitam tu ialah 318 so jumlah UV semua adalah 1,318 (1,000+318). Actually yang extra 318 tu tak masuk pun blog cikgudahlia tapi dikira juga sebab kod yang dipasang.

Ini sebagai contoh aja, nak tahu lebih lanjut baca kat blog cikgudahlia. So terpulanglah kepada semua sama ada nak guna teknik "iframe" ni ke tak. Bagi saya lebih suka update mengenai isu semasa dan juga SEO.

Thursday, February 10, 2011

E-Filing Cukai Pendapatan 2010 LHDN Boleh Dibuat Bermula 1 Mac 2011

UPDATE: DAH BUAT E-FILING (LHDN HUTANG RM1,000++)

Hari tu terima e-mail from Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengenai e-filing dan ianya boleh mula dibuat pada 1 Mac 2011 bagi taksiran 2010. Jangan lupa ya tarikh akhir ialah 30 April 2011. Berikut ialah e-mail:

"Tuan,
Dear Sir,

Pemberitahuan Tidak Mengeluarkan Borang B / BE / P Tahun Taksiran 2010
Notification on Non-issuance of Form B / BE / P for Year of Assessment 2010

LHDNM mengucapkan terima kasih kepada tuan kerana menggunakan perkhidmatan e-Filing untuk memfailkan Borang B / BE / P Tahun Taksiran 2009.
LHDNM would like to thank you for using the e-Filing service to submit your Form B / BE / P for Year of Assessment 2009.

2. Sehubungan itu, Borang B / BE / P Tahun Taksiran 2010 tidak akan dikeluarkan kepada tuan. Tuan boleh terus menggunakan perkhidmatan e-Filing untuk memfailkan Borang B / BE / P Tahun Taksiran 2010. Program e-Filing Tahun Taksiran 2010 akan bermula pada 1 Mac 2011. Sila layari laman web LHDNM https://e.hasil.gov.my untuk maklumat lanjut.
Hence, the Form B / BE / P for Year of Assessment 2010 will not be issued to you. You may continue to use the e-Filing service to file your Form B / BE / P for Year of Assessment 2010. The e-Filing Program for Year of Assessment 2010 will commence on 1 March 2011. For further information, please visit the LHDNM website at https://e.hasil.gov.my.

3. Tarikh akhir pengemukaan borang nyata ialah seperti berikut:
The due dates for submitting the forms are as follows:

Jenis Borang
Type of Form
Tarikh Akhir Pengemukaan
Due Date for Submission
Borang BE Tahun Taksiran 2010
(pemastautin yang tidak menjalankan perniagaan)
Form BE for Year of Assessment 2010
(resident who does not carry on any business)
30 April 2011

30 April 2011
Borang B Tahun Taksiran 2010
(pemastautin yang menjalankan perniagaan)
Form B for Year of Assessment 2010
(resident who carries on business)
30 Jun 2011

30 June 2011
Borang P Tahun Taksiran 2010
Form P for Year of Assessment 2010
30 Jun 2011
30 June 2011

4. Sekiranya tuan terlupa Kata Laluan bagi Sijil Digital, sila layari laman web di atas dan klik menu ‘Terlupa Kata Laluan'. Untuk set semula kata laluan, tuan perlu ingat Petunjuk Kata Laluan dan jawapannya. Sekiranya tuan gagal untuk set semula kata laluan, sila hubungi cawangan LHDNM yang terdekat atau Pusat Khidmat Pelanggan di talian 1-300-88-3010.
If you have forgotten your Digital Certificate password, please visit our website and click 'Forgot Your Password' in the Menu. To reset your password, you have to remember the challenge phrase and answer. If you fail to reset your password, please contact the nearest LHDNM branch or Customer Service Centre at 1-300-88-3010.

Sekian, terima kasih.
Thank you.

''BERKHIDMAT UNTUK NEGARA''
''BERSAMA MEMBANGUN NEGARA''

''SERVICE TO THE COUNTRY''
''TOGETHER WE DEVELOP THE NATION''

Kenyataan ini dikeluarkan oleh:
This statement is issued by:


Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Director General of Inland Revenue
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia"

Malaysia Menang 2-0 Lawan Hong Kong (9 Februari 2011)

UPDATE MALAYSIA VS PAKISTAN

Tahniah kepada Malaysia kerana menang 2-0 menentang Hong Kong dalam perlawanan persahabatan bola sepak pada hari ini, 9 Februari 2011 hasil jaringan kapten pasukan Safiq Rahim pada minit yang ke-43 dan Amirul Hadi pada masa kecederaan.

Tahniah sekali lagi. Malaysia harus bermain dengan lebih baik pada 23 Februari 2011 nanti menentang Pakistan dalam perlawanan kelayakan Olimpik pusingan pertama.

GOL PERTAMA: SAFIQ RAHIM

GOL KEDUA: AMIRUL HADI

Wednesday, February 9, 2011

Keputusan Terkini Live Malaysia vs Hong Kong: Perlawanan Bola Sepak Persahabatan (9 Februari 2011)



Perlawanan Persahabatan (9 Februari 2011)
Keputusan Terkini Live Malaysia vs Hong Kong: Perlawanan Bola Sepak Persahabatan (9 Februari 2011): MALAYSIA 2-0 HONG KONG
  • Malaysia menang 2-0 ke atas Hong Kong. Tahniah Malaysia. GOL KEDUA OLEH AMIRUL HADI
  • GOL kedua dijaringkan oleh Amirulhadi pada masa kecederaan, hantaran cantik oleh pemain gantian, Sabree Abu
  • 4 minit masa tambahan diberi
  • 87": Satu lagi tangkapan baik oleh Farizal, nampaknya HK membuat serangan bertubi-tubi di saat akhir bagi mendapat gol penyamaan
  • 83": Tangkapan kemas oleh Farizal setelah bola dihantar oleh pemain HK ke gawang Malaysia
  • 78": Pemain HK, Chan Wai Ho yang juga kapten dikenakan kad kuning kerana menolak Safee Sali just outside kotak penalti. Sepakan percuma oleh Safiq terkena benteng yang "dibina" oleh pemain HK
  • 75": Sepakan cantik oleh Kunanlan di dalam petak penalti di bahagian tengah terkena palang. Memang tidak bernasib baik
  • 70": Rembatan leret kemas oleh Aidil dapat ditepis keluar oleh penjaga gol tetapi penjaga garisan tidak nampak, sepatutnya sepakan sudut oleh Malaysia
  • 66": Pemain 21 (Amirulhadi) dan 2 (Mohd Sabree) dibawa masuk menggantikan 18 (Mahalli) dan 26 (Ashaari)
  • Gol jaringan Safiq pada minit yang ke-43
  • 60": Penjaga gol, Khairul Fahmi digantikan dengan Mohd Farizal
  • 56": Sepakan penjuru Malaysia yang ke-4 dihantar terus ke depan gol tetapi tiada pemain Malaysia
  • 54": Penyerang Kelantan, Shahrul Idlan dibawa masuk menggantikan Fakri
  • 53": 5 orang pemain Malaysia gagal menyekat pemain Hong Kong dan nasib baik dapat dikawal oleh Khairul Fahmi
  • Separuh masa kedua baru sahaja dimulakan. 3 minit permainan menyaksikan pemain Hong Kong menyepak cantik dan bola muntah dari tangkapan Fahmi dan dapat diambil kembali. Satu counter attack yang baik oleh HK
  • Permainan tamat pada separuh masa pertama dengan Malaysia 1-0 Hong Kong. Jumpa lagi dalam masa 15 minit. Penguasaan Malaysia 55%-45% Hong Kong
  • 43": GOl GOL GOL dijaringkan oleh kapten pasukan, Safiq Rahim yang dilahirkan pada 5 Julai 1987. Jaringan cantik oleh Safiq dari bahagian kanan berjaya melepasi 2 pemain pertahanan dan merembat cantik ke pintu gol. GOL PERTAMA
  • 40": Sepakan percuma oleh Safiq just di luar kotak penalti sebelah kiri gagal disempurnakan @tersasar jauh
  • 36": Memang memberi impak yang baik dengan kehadiran Aidil di bahagain pertahanan setelah lama cedera since lawan Kelantan dalam Piala Malaysia bulan Oktober 2010 lepas
  • 30": Percubaan oleh Kunanlan dari arah kanan direct ditangkap oleh penjaga gol. Unfortunate Safee Sali menunggu di bahagian kiri gol
  • Hampir 30 minit perlawanan, penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi tidak lagi diuji
  • 24": Sepakan oleh pemain HK dapat dikeluarkan dengan cantik oleh Aidil. Pemain HK kelihatan tidak bermain dengan begitu baik, maybe bukan 100% sebab ianya hanya permainan persahabatan
  • 20 minit menyaksikan Malaysia menguasai permainan. Seorang pemain HK, Ka Wai (jersi 10) diusung keluar akibat clash dengan Fakri
  • 17": Tangkapan kemas oleh Khairul Fahmi. Pemain HK, Lee Hang Hui diberi akibat tackle ke atas Safee Sali yang membuat larian kencang
  • 16": Kad kuning pertama dilayangkan kepada Fakri akibat kekasaran yang dilakukan
  • Di dalam perlawanan persahabatan ini, setiap pasukan diberi peluang untuk membuat 6 pertukaran
  • 13": Sepakan penjuru pertama Malaysia dihantar pendek dan sepakan oleh Safiq tersasar tinggi di atas palang
  • 12": Sepakan cantik oleh Safee Sali dapat ditepis oleh penjaga gol Hong Kong tetapi Fakri sudah berada di kedudukan offside
  • 10 minit permainan nampak agar sukar bagi Malaysia menembusi bahagian pertahanan Hong Kong disebabkan agak ramai di bahagian bawah
  • Sehingga 5 minit permainan. Tidak banyak serangan-serangan berbahaya. Tendakan sudut pertama oleh Hong Kong dapat dikeluarkan oleh pemain pertahanan Malaysia dengan baik
  • Malaysia mengenakan jersi biru-putih manakala Hong Kong pula merah. Permainan baru sahaja bermula dan kelihatan kedua-dua pasukan bermain dengan berhati-hati
  • Permainan akan berlangsung dalam masa 15 minit lagi. Check it out! Antara pemain-pemain yang dijangka akan menarik minat penonton adalah Safee Sali, Aidil Zafuan, Safiq Rahim dan Mahali Jasuli dan of course penjaga gol, Khairul Fahmi. Pemain-pemain Malaysia dan Hong Kong adalah:

PREVIOUS ENTRY
Malam ini perlawanan bola sepak persahabatan antara Malaysia vs Hong Kong akan berlangsung di Stadium Shah Alam pada pukul 8.45 malam (9 Februari 2011). Perlawanan ini dinanti-nantikan oleh peminat bola sepak Malaysia setelah Malaysia bergelar juara Piala Suzuki AFF 2010 baru-baru ini.

Siaran secara langsung @live boleh diikuti di Astro Arena channel 801 pada pukul 8.45 malam.

Pada bulan Februari 2011, ranking Malaysia berada di 140 manakala Hong Kong pula 143. Kalau kita tengok ranking 6 bulan terdahulu i.e. from September to November 2010, Hong Kong lebih baik tetapi pada bulan December 2010 onwards Malaysia telah memperbaiki kedudukan.

Sama-sama le kita tunggu keputusan terkini secara live nanti. Kalau tak ada apa-apa masalah, saya akan update kedudukan terkini.