Pages

Monday, February 7, 2011

Keputusan Perlawanan Chelsea 0-1 Liverpool: Liga Perdana Inggeris (6 Februari 2011)

Kemaskini Keputusan Perlawanan Chelsea vs Liverpool: Liga Perdana Inggeris (6 Februari 2011):
  • Liverpool menang 1-0 menentang Chelsea. Satu-satunya gol dijaringkan oleh Raul Meireles pada minit yang ke-69. Luis Suarez hanya diletakkan di dalam bangku simpanan manakala Torres hanya bermain sehingga minit yang ke-66

Perlawanan antara dua kelab yang besar ini sangat dinanti-nantikan oleh peminat bola sepak Liga Perdana Inggeris. Siaran langsung @live boleh diikuti menerusi Astro Supersport 3 channel 817 mulai pukul 11.00 malam (6 Februari 2011) dan sepak mula pada pukul 12.0o tengah malam, 7 Februari 2011.

Tak sabar nak mengetahui keputusan terkini perlawanan Chelsea vs Liverpool. Chelsea menduduki tangga ke-5 manakala Liverpool pula berada di tangga ke-7. Kemenangan Liverpool boleh melonjak ke tangga-4 memintas Sunderland.

Fernando Torres (bekas pemain Liverpool) berpindah ke kelab Chelsea pada bulan Januari lepas dengan bayaran sebanyak GBP50 juta, iaitu pemain termahal sepanjang zaman. Sudah pasti ramai yang ingin menyaksikan bagaimana Torres bermain dengan bekas kelab beliau.

Luis Suarez pula dibawa masuk from Ajax ke Liverpool dengan bayaran perpindahan sebanyak GBP22.7 juta telah pun menjaringkan gol pertama semasa bermain sebagai gantian semasa Liverpool menang 2-0 menentang Stoke City minggu lepas. Sayangnya seorang lagi pemain baru Liverpool, Andy Carroll (GBP35 juta) tidak dapat diturunkan pada perlawanan kali ini disebabkan kecederaan.

Kita nantikan keputusan perlawanan Chelsea vs Liverpool nanti.

3 comments:

rabiatulpaid said...

memang tak sabar nak tengok.

velasrizal said...

nk tgk cmne torres main

faiz said...

perghh...memang tak sabar nak tengok...nak tengok performance torres kat chelsea..