Pages

Tuesday, November 30, 2010

Jadual Perlawanan Piala Suzuki AFF 2010

KEPUTUSAN TERKINI LIVE (FINAL KEDUA: PIALA SUZUKI AFF 2010)

KEPUTUSAN MALAYSIA VS VIETNAM SEPARUH AKHIR KEDUA

Jadual Perlawanan Piala Suzuki AFF 2010 (from the star):


Previous Entry
Piala Suzuki AFF kali ini akan dilangsungkan di Indonesia dan Vietnam bermula 1 hingga 29 Disember 2010 yang mana dibahagikan kepada dua kumpulan:
  • KUMPULAN A
    • Indonesia
    • Thailand
    • Malaysia
    • Laos

  • KUMPULAN B
    • Vietnam
    • Singapura
    • Myanmar
    • Filipina


Jadual Perlawanan Piala Suzuki AFF 2010 adalah seperti di bawah (tambah satu jam bagi waktu Malaysia):

Jadual Perlawanan Piala Suzuki AFF 2010: Perlawanan Pertama

Jadual Perlawanan Piala Suzuki AFF 2010: Perlawanan Kedua

Jadual Perlawanan Piala Suzuki AFF 2010: Perlawanan Ketiga

Jadual Perlawanan Piala Suzuki AFF 2010: Separuh Akhir dan Akhir

Di harap Malaysia dapat memberi saingan yang hebat dalam Piala Suzuki AFF 2010 ini.

Nak Masuk Projek 31 Bloggers @Dahlia

Hari ni 30 November 2010 kan? So masih sempat lagi untuk entry "Projek Disember DJ2B - 31 Blogger".

Secara ringkasnya projek ini akan memperkenalkan 31 orang bloggers pada bulan Disember ini di blog cikgudahlia. Kiranya macam review of blog yang terpilih le. Memang bagus inisiatif daripada cikgudahlia.

Antara syarat-syarat untuk menyertai ialah kena letak analisa trafik. So inilah pengunjung saya untuk minggu ini, secara purata ianya lebih kurang 1,000 UV dan paling banyak adalah 25 Nov (1,389) dan paling sikit ialah 28 Nov (784).

Hmmm sebab apa ya saya nak sertai projek ini? Sebabnya cukup mudah, saya nak tahu apa pandangan orang lain mengenai blog saya ni. dengan review saya boleh tahu apa plus points dan apa yang saya perlu perbaiki, maklumlah cikgudahlia ni memang blogger yang otai so banyak benda yang boleh dikomen kan.

So kalau yang berminat untuk menyertai projek ni, jom terjah "projek disember".

Amanah Hartanah Bumiputera

Pernah dengar tak mengenai Amanah Hartanah Bumiputera? Yang ni sepertimana pembentangan bajet 2011. Hari ini PM baru saja melancarkan Amanah Hartanah Bumiputera yang mana pelaburan dibuka kepada Bumiputera yang berumur 3 bulan ke atas dengan pelaburan minima RM500.

Dana pelaburan amanah ini bersaiz RM1 bilion yang membolehkan pelabur Bumiputera menyertai pemilikan berbaloi aset hartanah.

Sedikit sebanyak mengenai Amanah Hartanah Bumiputera:
  • Berlandaskan Islam / Shariah
  • RM1 unit dan harganya tetap
  • Pelaburan minimum RM500 dan tambahan RM100 dan maksima RM200,000
  • Jangkaan pulangan tidak kurang 6%
  • Jika berminat untuk melabur dalam skim ini boleh kunjungi cawangan Maybank di seluruh Malaysia
Untuk makluman lanjut boleh baca:
  • Maybank: Amanah Hartanah Bumiputera (AMB)
  • Bernama: PHB Lancar Amanah Hartanah Bumiputera Bersaiz RM1 Bilion
  • Berita Harian: Skim AHB beri peluang Bumiputera nikmati kekayaan negara adil, saksama: PM
  • Utusan: AHB beri peluang Bumiputera nikmati kekayaan negara: PM

Monday, November 29, 2010

Kedudukan Terkini Liga Perdana Inggeris 2010/2011: Minggu 15

Credit: espn

Kedudukan Terkini Liga Perdana Inggeris 2010/2011: Minggu 15:
  • Manchester United merampas takhta liga perdana daripada Chelsea setelah Man Utd menang besar, 7-1 ke atas Blackburn. 5 gol oleh Berbatov sangat ditunggu-tunggu oleh peminat Man Utd dan sekaligus mengekalkan rekod tanpa kalah musim ini. The one and only club yang tidak pernah kalah

  • Chelsea berada di tangga yang ke-2 setelah seri 1-1 dengan Newcastle. Salah faham antara penjaga gol dan pemain pertahanan menyebabkan mereka kehilangan 2 mata penting. Walau bagaimanapun, Chelsea dan Arsenal so far telah menang paling banyak iaitu 9 perlawanan berbanding Man Utd 8 kali

  • Arsenal yang menang 4-2 ke atas Aston Villa berada di tangga ke-3 walaupun berkongsi 29 mata dengan Chelsea. Ini kerana Chelsea merekodkan perbezaan gol sebanyak 19 manakala Arsenal sebanyak 15 gol. So far top 3 adalah diduduki oleh Man Utd, Chelsea dan Arsenal

  • Manchester City sekadar seri 1-1 dengan Stoke City minggu lepas berada di tangga yang ke-4, iaitu 5 mata di belakang pendahulu liga. Tangga ke-4 memang penting kerana mereka akan bermain di pusingan kelayakan Liga Juara-Juara manakala top 3 dapat masuk terus di dalam liga yang diidam-idamkan oleh pasukan di Eropah
Minggu ini adalah minggu yang menarik dan sudah pasti minggu yang ke-16 nanti sudah pasti saingan semakin sengit dan itulah yang menarik mengenai Liga Perdana Inggeris kerana masing-masing cuba memperbaiki dan mempertahankan kedudukan.

Rahsia Bahasa Tubuh @ Body Language Secret

Adakah anda tahu mengenai bahasa tubuh @body language? Kalau tak tahu or ingin mengetahui lebih lanjut jom terjah rahsia bahasa tubuh.

Pernah tak anda semasa anda tengah makan, then ada seorang gadis sedang melihat dengan penuh minat? Adakah sebenarnya gadis tersebut terpikat dengan anda? Or ada kesan makanan kat mulut anda ataupun gadis tersebut sedang melihat somebody kat belakang anda?

Susah juga kan ingin menafsirkan apa sebenarnya erti itu semua. By the way secara ringkasnya, "body language" ataupun "bahasa tubuh" merupakan suatu bentuk komunikasi bukan lisan yang kita lakukan dalam segala aspek kehidupan kita apabila berinteraksi dengan orang lain.

Memang penting bahasa tubuh ini antaranya bila kita dah master dalam bidang ini:
  • Anda mampu membaca makna yang tersirat dalam setiap pergerakan manusia

  • Anda boleh mengetahui bahawa seseorang itu mungkin sudah bosan mendengar kata-kata anda. Dengan cara ini anda mampu memberhentikan percakapan anda atau mengubah topik percakapan anda

  • Bagaimana anda mampu dilihat sebagai seorang yang romatik oleh pasangan anda tanpa perlu mengucapkan kata-kata cinta berbunga padanya. Cukuplah hanya dengan gerakan badan anda sahaja akan menceritakan perasaan sayang anda padanya
So untuk mengetahui lebih lanjut anda boleh lawati "rahsia bahasa tubuh". Ilmu ini anda akan dapati dengan membeli ebook yang berharga RM45.00. Make sure sebelum anda membeli ebook tersebut, fahamilah dengan sebaik yang mungkin dengan menghubungi konseptujuh@ymail.com.

Prestasi Harga Emas KFH untuk Seminggu

Masih ingat lagi tak entry saya sebelum ini mengenai menabung @melabur dalam akaun emas KFH? So hari ni saya nak cerita sedikit mengenai performance @prestasi akaun emas untuk seminggu bagi tempoh 19 to 26 November 2010.

Dalam tempoh seminggu, peningkatan 1.6% ke atas harga jualan from RM139.87 per gram kepada RM142.09. Purata harga jualan emas kfh untuk satu gram adalah RM140.78.

Antara faktor-faktor yang menyebabkan kenaikan tersebut adalah kebimbingan krisis hutang di negara Eropah dan juga perbalahan antara Korea Utara dan Korea Selatan. So pelabur mengambil sikap untuk membeli komoditi yang dilihat lebih selamat dan stabil. Sorry citer macam penganalisa ekonomi le pulak.

Apa-apa pun, ini sedikit sebanyak update mengenai pelaburan @simpanan dalam akaun emas. Yang penting kita kena faham dengan instrumen apa yang kita ceburi. Sekali-sekala buat diversification ok juga kan?

Sunday, November 28, 2010

Live Terkini Newcastle 1-1 Chelsea: Liga Perdana Inggeris EPL 28 November 2010

Live Terkini Newcastle vs Chelsea: Liga Perdana Inggeris EPL 28 November 2010:
  • Keputusan muktamad NEWCASTLE 1-1 CHELSEA setelah 3 minit masa tambahan

  • 10 minit lagi permainan sebelu wisel penamat ditiup, nampaknya Chelsea berhempas pulas untuk mendapatkan satu gol lagi bagi membolehkan Chelsea merampas kembali takhta liga

  • 76": Gol Drogba tidak di kira kerana sebelum itu bola terkena tangan beliau

  • 61": Routledge menyemak cantik bola yang mana Cech telah keluar dari pintu gol tetapi ditanduk keluar oleh Cole (Chelsea). Chelsea bernasib baik setelah lantunan bola ditanduk keluar oleh Chec yang berada di luar kotak penalti

  • Separuh masa kedua bermula dengan Chelsea melancarkan serangan tetapi pemain Newcastle mengawal dengan baik

  • Kalou menjaringkan gol penyamaan setelah menerima hantaran cantik daripada Ramires pada minit ke-45. Separuh masa pertama berakhir dengan Newcastle 1-1 Chelsea

  • Setelah 30 minit permainan Chelsea kelihatan menguasai permainan tetapi sukar menembusi pertahanan Newcastle

  • Andy Carroll menjaringkan gol buat Newcastle pada minit ke-5 akibat salah faham Alex dan penjaga gol Chelsea, Petr Cech. Alex telah menghantar bola di luar jangkaan Cech

Previous Entry
Perlawanan antara Newcastle vs Chelsea @Liga Perdana Inggeris malam ini, pukul 9.30 di Astro ESPN channel 812 (waktu Malaysia), 28 November 2010 dinanti-nantikan oleh semua peminat bola sepak.

Semasa entry ni ditulis Chelsea berada di tangga ke-3 setelah Arsenal dan Manchester United menang semalam. Newcastle pula berada di tangga yang ke-12. Penjaring terbanyak Newcastle adalah Andrew Carroll yang telah menghasilkan 8 gol manakala Florent Malouda menjaringkan 7 gol buat Chelsea.

Kevin Nolan (Newcastle) menjaringkan 7 gol tetapi tidak dapat diturunkan malam ini akibat kecederaan manakala Didier Drogba (Chelsea) menjaringkan 6 gol perlu diberi perhatian dalam perlawanan malam ini. Kita saksikan kedudukan terkini nanti.

Study Last Minute (Apa Perlu Anda Buat?)

Pernah tak anda study di saat-saat akhir (last minute) untuk menghadapi exam? Rasanya perkara ini biasalah berlaku sama ada yang ambil UPSR, PMR, SPM, STPM, diploma, degree dan macam-macam lagi le.

Tension juga kan sebab banyak benda nak cover tapi rasanya masa tak cukup. Tak payah fikir le sebab apa kita tak ulangkaji awal-awal, yang penting apa yang perlu kita lakukan sekarang.

By the way, mengikut survey, 41% berpendapat baca summary mengenai subjek tersebut adalah benda yang patut dibuat sebab, dalam summary tu tak le banyak sangat kan TAPI masalahnya macam mana kalau summary pun tak ada nak baca apa?????

27% pula berpendapat baca semua chapters dengan secepat yang mungkin. Maknanya baca tanpa memahami dengan sebaik yang mungkin le ni. Tapi ada juga yang berjaya dengan kaedah ni kan.

Yang 22% lagi ni memang yang jenis kreatif sebab buat mind-map. Alah peta minda yang colour-colour tu tapi sebelum buat benda alah ni, kita kena faham tentang isi kandungan lainlah kalau awal-awal lagi kita dah ada benda ni.

Mengikut pengalaman saya ada juga buat benda ni kiranya senang le untuk kita fahami tapi make sure buat awal-awal lagi, then bila nak exam tengok balik benda ni.

Yang 4% berbaki ni nakal sikit sebab susah-susah kita tidur ajalah dengan buku, hmmmm memang selalu gak berlaku, sambil-sambil baca buku atas sofa terlelap pulak, tak sampai 2 muka surat kita pulak tidur.

Selebihnya alang-alangt kita tak sempat nak baca kita kacau orang lain le. So apa pandangan semua dengan kaedah belajar @last minute ni?

Segmen Kenali Blogger: azman roslan

Salam dan selamat sejahtera semua. Hari ini diteruskan lagi dengan segmen kenali blogger @azman roslan. Azman memang rajin blogwalking and saya pastu ramai yang pernah singgah kat blognya. Tagline "blog+idea = kepuasan +habuan". Mesti minat matematik semasa sekolah rendah ni sebab siap persamaan pulak.

Macam-macam ada kat sana, mengenai sukan, peribadi, isu semasa dan banyak lagi le. Memang azman suka jadi follower, memang target nak follow 1,000 blogs. Masa entrynya ditulis sudah 76 blogs diikuti.

Kan saya cakap yang azman minat sukan, selalu update mengenai kelab kegemaran ramai @Arsenal. Bacalah highlights mengenai Arsenal menang 2-1 ke atas Everton dan juga menang 1-0 ke atas West Ham. Ada potensi untuk jadi juara liga perdana inggeris musim ni tapi memang tough terutamanya pencabar terdekat Chelsea, Man Utd dan Man City. Tottenham dan Bolton pun not bad musim ini.

Seronok gak baca entry mengenai "hantaran perkahwinan pasangan blogger", komputer sudah pasti ada dalam senarai kan?

Pernah tak di malam hari or di masa kesunyiaan tiba-tiba benda alah ni berbunyi? Apa lagi kalau tak pewangi kan. Memang terkejut le tapi yang penting ianya menghasilkan bau yang wangi.

Kalau nak tahu lebih lanjut jom terjah azman roslan.

Keputusan Terkini Liga Perdana Inggeris EPL: Minggu 15 (27 dan 28 November 2010)

Credit: espn

Keputusan terkini Liga Perdana Inggeris EPL: Minggu 14 (27 dan 28 November 2010):
  • Arsenal menang menentang Aston Villa 4-2 di gelanggan lawan. Gol-gol Arsenal dijaringkan oleh Arshavin, Nasri, Chamakh dan Wilshere manakala dua gol Aston Villa dijaringkan oleh Clark. Dengan kemenangan tersebut Arsenal menduduki tangga teratas untuk 2 jam setelah Man Utd menang dan mengambil tempat tersebut

  • Manchester United menang besar dengan 7-1 ke atas Blackburn. Berbatov menjadi wira Man Utd apabila menjaringkan 5 gol manakala 2 gol lagi oleh Nani dan Park Ji-Sung. Gol saguhati pelawat dijaringkan oleh Samba. Man Utd mengumpul 31 mata berbanding Arsenal 29 mata dan Chelsea 28 mata. Chelsea akan bermain pada pukul 9.30 malam ini, Adakah Chelsea akan merampas kembali takhta liga perdana? Kita nantikan keputusannya kelak

  • Manchester City sekadar seri 1-1 dengan Stoke City. Man City mendahului pada minit 81 hasil jaringan Richards manakala Stoke menyamakan kedudukan pada minit ke-90 hasil jaringan Etherington. Man City kekal di tangga ke-4 dengan 26 mata

  • Bolton Wanderers seri 2-2 dengan Blackpool dan kekal di tangga ke-5 dengan 23 mata. Blackpool mendahului dengan 2-0 hasil jaringan Evatt dan Varney manakala Bolton menyamakan kedudukan hasil gol oleh Petrov dan Davies

  • UPDATE: NEWCASTLE 1-1 CHELSEA

Saturday, November 27, 2010

Keputusan Live Terkini Arsenal 4-2 Aston Villa: Liga Perdana Inggeris 27 November 2010

Keputusan Live Terkini Arsenal vs Aston Villa: Liga Perdana Inggeris 27 November 2010:
  • KEPUTUSAN MUKTAMAD ARSENAL 4-2 ASTON VILLA. Arsenal berjaya melonjak ke tangga teratas Liga Perdana Inggeris buat kali pertama musim ini (at least untuk tempoh sekurang-kurangnya 2 jam)

  • Cukup lama masa 4 minit ni buat pemain dan penonton Arsenal. Akhirnya Jack Wilshere menjaringkan gol pertama ever beliau untuk Arsenal. Pertukaran yang ke-3 oleh Arsenal di mana Rosicky dibawa keluar dan Djourou dibawa masuk

  • 4 minit masa tambahan. Arsenal sedang membuat serangan. Arsenal kena make sure no more gol from pihak lawan

  • 85": Pertukaran dibuat
    Arsenal: Nasri dan Arshavin dikeluarkan. Gibbs dan Denilson dibawa masuk
    Villa: Herd menggantikan Bannan

  • Nampaknya Arsenal ingin membuat pertukaran. Ada 7 minit lagi. Bola diselamatkan oleh Fabianski dengan pelukan yang kemas

  • 10 minit sebelum wisel penamat dibunyikan. Sungguh berdebar-debar terutamanya serangan demi serangan oleh Villa

  • 15 minit lagi sebelum tamatnya permainan. Arsenal mencari gol yang ke 4 untuk memastikan 3 mata dibawa balik

  • 70": Clark menjaringkan gol kedua untuk Villa hasil hantaran daripada Dunne yang diperoleh from corner kick

  • 69": Salah faham antara pemain pertahanan Arsenal dan penjaga gol, Villa mendapat tendangan sudut kerana bola dikeluarkan oleh Koscielny

  • 67": Arsenal bernasib baik kerana tendangan Clark sedikit tersasar. Nampak gayanya Villa menggandakan serangan

  • Arsenal bermain dengan cukup tenang malam ini dengan pengawalan bola yang baik dan tidak tergesa-gesa. Di harap rentak ini berkekalan

  • 54": Chamakh berjaya meloloskan diri dari perangkap ofsaid dengan menjaringkan gol untuk Arsenal hasil hantaran Rosicky

  • 51": Clark menjaringkan gol pertama buat Aston Villa dengan mendada dan seterusnya membuat tendangan yang cantik. Fabianski tidak nampak bola kerana pemain Villa, Carew berada di hadapannya

  • Separuh masa kedua baru sahaja bermula

  • Separuh masa pertama tamat dengan Arsenal 2-0 Aston Villa

  • 44": Nasri menjaringkan gol kedua buat Arsenal dengan tendangan yang kuat hasil penerimaan tendangan sudut. Arsenal kena kekalkan momentum agar tidak mengulangi kejadian seperti lawan Tottenham yang mana Arsenal kalah 2-3 walaupun mendahului 2-0 pada separuh masa pertama

  • 43": Tandukan Chamakh berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol Villa

  • 38": Akhirnya Arsenal mendapat satu gol hasil larian yang sangat laju oleh Arshavin. Gol pertama Arshavin di dalam 10 permainan beliau

  • 35 minit permainan masih menampakkan penguasaan Arsenal tetapi sayang gol masih belum kelihatan walaupun serangan sangat kerap dilakukan ke atas Villa

  • 24": Pecubaan Young gagal disempurnakan setelah sepakannya melepasi jaring walaupun mempunyai peluang yang sangat baik

  • 20 minit permainan menyaksikan pengusaan bola Arsenal 62% Villa 38%

  • 16": Sepakan Arshavin berjaya ditahan oleh pemain pertahanan Villa dan tendangan sudut oleh Arsenal tidak membuahkan hasil

  • 12 minit menyaksikan Arsenal telah membuat 4 cubaan berbanding Aston Villa 0, terbaru tendangan leret Rosicky berjaya dipatahkan oleh penjaga gol Aston Villa, Friedel

  • Setelah 5 minit berlalu, kelihatan Arsenal banyak melancarkan serangan-serangan yang berbahaya terutamanya oleh Chamakh dan Rosicky. Kalau le ini permainan Arsenal, kemungkinan besar Arsenal boleh mendapat kemenangan

  • Perlawanan baru sahaja dimulakan:
    • Arsenal: Fabianski, Sagna, Squillaci, Koscielny, Clichy, Rosicky, Song, Wilshere, Nasri, Chamakh, Arshavin. Subs: Szczesny, van Persie, Walcott, Denilson, Djourou, Gibbs, Bendtner
    • Aston Villa: Friedel, Luke Young, Dunne, Collins, Warnock, Ashley Young, Clark, Bannan, Downing, Pires, Carew. Subs: Guzan, Ireland, Delfouneso, Beye, Hogg, Lichaj, Herd
Previous Entry
Perlawanan antara Arsenal vs Aston Villa hari ini, 27 November 2010 akan disiarkan secara langsung di Astro ESPN channel 812 pada pukul 8.45 malam (waktu Malaysia). Arsenal memerlukan kemenangan pada malam ini bagi membolehkan Arsenal menduduki tangga teratas liga perdana Inggeris sekurang-kurangnya untuk 2 jam sebelum Manchester menentang Blackburn pada pukul 11 malam nanti.

Perlawanan malam ini akan berlangsung di Villa Park. Arsenal mempunyai rekod yang baik bermain di gelanggan lawan (4-2-1) berbanding di tempat sendiri (4-0-3).

Keputusan secara live terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Hati-Hati Main Game kat Facebook

I am sure ramai yang bermain games sambil-sambil layan facebook kan? Sebagai contoh farmville, petville, per society, mob wars, mafia wars, restaurant city dan macam-macam lagi le.

By the way, di samping masa yang diluangkan ada juga kemungkinan anda akan kerugian disebabkan sesetengah benda anda kena beli kalau nak cepat move to the next level. Itulah yang terjadi kepada seorang bapa, Matthew yang tinggal di Birmingham yang kerugian 250 pound (RM1,235) akibat anaknya, Megan Fox (7 tahun) membeli pakaian dan perabut maya dengan menggunakan akaun paypalnya.

Ini kerana Matthew terlupa untuk menutup maklumat pembayaran paypal melalui internet. So apa yang kita boleh ambil iktibar ialah make sure maklumat-maklumat penting tu log out terus bagi mengelakkan benda ni berlaku or jangan bagi main langsung.

Untuk mengetahui lebih lanjut boleh terjah kosmo.

Cuti Sekolah Bawa Anak Ke mana? Jom Rapunzel

Sekarang ni budak-budak sekolah sedang bercuti then keadang-kadang tak tahu naak bawa pi mana kan? So apa kata bawa mereka pergi tengok movie. Kan sekarang ni ramai tengah memperkatakan cerita Rapunzel, alah yang rambut panjang tu.

By the way, tengok cerita ni pagi-pagi bagus juga (actually tak ada le pagi sangat). Di samping bila kita bangun pagi baanyak benda boleh dibuat, satu lagi harga tiket pun lebih murah. Kalau yang kanak-kanak of course sama aja i.e. RM8 kat TGV Wangsa Walk but yang dewasa kalau harag biasa RM13 tapi kalau tak silap before 12.00 p.m ianya hanya RM9. By the way, harganya masa mula-mula buka, kanak-kanak @RM7 dan dewasa @RM8.

Nanti bila dah tengok saya citer sikit sebanyak mengenai Rapunzel ni. By the way, kalau nak baca review mengenai cerita ni apa kata kita terjah:

Friday, November 26, 2010

Jadual Perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL): Minggu ke-15

Credit: Fantasy Football: Domino's Pizza

Jom kita tengok jadual perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk minggu yang ke-15. Kejap aja sudah 15 perlawanan dan of course sekarang saingan untuk mendahului liga semakin sengit.

Perlawanan-perlawanan yang menjadi tumpuan:
  • Arsenal (3) vs Aston Villa (13) yang akan bermain pada pukul 8.45 malam @27 November 2010. Arsenal yang menduduki tangga yang ke-3 dengan pungutan 26 mata iaitu 2 mata di belakang pendahulu liga, Chelsea dan juga Manchester United . Kemenangan malam esok membolehkan Arsenal menerajui takhta liga sekurang-kurangnya bagi tempoh 2 jam.

    Arsenal akan bermain tanpa kapten, Fabregas yang mengalami kecederaan semasa bermain menentang Braga dalam Liga Juara-Juara minggu ini. Robert Pires (ex-Arsenal) bakal diturunkan pada perlawanan ini

  • Manchester United (2) vs Blackburn (11) juga ingin mendapat kemenangan bagi merasai kemanisan menduduki tangga pertama memandangkan Chelsea hanya akan bermain pada hari Ahad. Untuk rekod, Man Utd tidak pernah mengalami kekalahan dalam Liga Perdana Inggeris musim ini. Wayne Rooney bakal diturunkan setelah lama berehat akibat kecederaan

  • Stoke City (8) vs Manchester City (4) menyaksikan Man City tidak menghadapi masalah untuk mendapat kemenangan setelah minggu lepas menang 4-1 ke atas Fulham

  • Newcastle (10) vs Chelsea (1) menyaksikan Newcastle perlu bangkit setelah mengalami kekalahan teruk 1-5 dengan Bolton di tempat lawan pada perlawanan yang ke-14

  • Tottenham (6) vs Liverpool (9) menyaksikan Tottenham mempunyai rekod yang baik setelah berjaya menang menentang Arsenal 3-2 dan juga menang 3-0 menentang Bremen di Liga Juara-Juara minggu ini
Kita nantikan perlawanan untuk minggu ini yang dijangka sungguh menarik.

Berapa Kutipan Filem 2 Alam?

Sebelum ni saya tertanya-tanya berapa kutipan filem 2 Alam? Then terjumpa le kat website finas. Sehingga 24 November 2010, jumlah kutipan untuk filem ini adalah RM230,000 di mana ianya ditayangkan di 83 pawagam.

Maknanya selama 6 hari bermula 18 November sehingga 23 November jumlahnya adalah RM230,000. So secara purata ianya mencatat RM38,333 sehari or RM462 untuk satu pawagam sehari.

So maknanya kalau harga tiket ialah RM10 so ini bermakna dalam satu hall tu ada 46 orang (jika kita assume dalam sehari satu tayangan aja dibuat). BETUL ke pengiraan yang saya buat ini? Maybe tersilap, apa kata pembaca buat kiraan sendiri.

Ini menandakan sambutan orang ramai terhadap filem 2 alam sungguh hambar. Saya berharap yang data ini tak lengkap maybe pungutan kat panggung wayang lain tidak diambil kira lagi. Apa-apa pun, kita tunggu le angka yang lengkap maybe untuk tempoh 1 bulan sebelum kita buat penilaian yang lebih comprehensive. Agak-agaknya berapa kutipan filem 2 Alam bila tayangan tersebut tamat?

Jom Beli Beg Sekolah: Darjah Satu

Weekend lepas pi le kat sogo bawa Afiqah dan Danish. Memang diaorang suka benar bila cakap nak beli beg sekolah. Rasanya baik beli awal-awal even sekolah sebulan lebih lagi baru buka kan. So biasalah budak-budak, ambil masa lama memilih beg kegemaran mereka.

So dapatlah Ben 10 untuk Danish dan Afiqah punya, alamak cartoons apa tu, princess???? Tak kisah lah janji dia suka terutamanya Afiqah yang akan masuk darjah satu tahu depan.

Ni pencil case. Macam-macam jenis ada. Biar semangat sikit nak masuk sekolah kan?

Yang ni penting gak botol air untuk dibawa ke sekolah. Memang prefer product rubbermaid sebab bila minum dan simpan kembali ianya tak tumpah, straw dia direka khas untuk tujuan ini.

Nanti saya akan update mengenai benda-benda lain terutamanya untuk Afiqah yang akan masuk darjah satu tahun depan. By the way, perbelanjaan untuk benda-benda kat atas adalah (untuk SEORANG): RM85
  • Beg: RM60.00
  • Pencil case: RM13.00
  • Botol air: RM12.00
Beg sekolah agama: RM20 seorang

Thursday, November 25, 2010

Keputusan Live Malaysia 0 vs Pakistan 2: Final Perlawanan Hoki Sukan Asia 2010 Guangzhou China

Keputusan Live Malaysia vs Pakistan: Final Perlawanan Hoki Sukan Asia 2010 Guangzhou China
  • Keputusan muktamad Malaysia 0-2 Pakistan. Tahniah juga untuk pasukan Malaysia kerana telah bermain dengan yang terbaik dan melayakkan diri ke pusingan akhir hoki sukan asia

  • Pemenang pingat emas hoki sukan asia akan mendapat tiket automatik ke Sukan Olimpik di London pada 2012. Tinggal 3.5 minit lagi

  • Minit ke 62, Malaysia mengambil penalty corner dengan tidak kemas dan membiarkan peluang lepas begitu sahaja

  • Minit ke 60 menyaksikan Pakistan gagal menyempurnakan penalty corner

  • 15 minit berbaki separuh masa kedua menyaksikan Malaysia masih tercari-cari gol pertama dan Pakistan lebih menguasai permainan

  • Tinggal lagi 20 minit separuh masa kedua, Malaysia terus melancarkan serangan bagi memperoleh gol pertama tetapi sukar menembusi pertahanan Pakistan, keputusan masih Malaysia 0-2 Pakistan

  • Gol kedua Pakistan dijaringkan oleh Rehan Butt pada minit ke-38 (3 minit permainan separuh masa kedua)

  • Separuh masa kedua baru aja bermula

  • Setelah 35 minit permainan separuh masa pertama, keputusan terkini Malaysia ketinggalan 0-1 kepada Pakistan bagi perlawanan akhir @final hoki. Gol Pakistan dijaringkan oleh Sohail Abbas pada minit ke-26 (penalty corner)

Jom Makan Pisang Goreng

Sekarang waktu minum teh (tea time). Jom kita makan pisang goreng dan juga ubi goreng (apalah diaorang panggil ni).

Yang pisang goreng saya suka beli kat depan flat Wangsa Maju dekat dengan Jusco. Memang sangat garing dan even simpan beberapa jam masih sedap lagi.

Ubi kayu yang digoreng bulat-bulat tu kalau nak beli depan Pasaraya TS Mega, Taman Melati. 40 sen sebiji memang sedap le.

Walaupun tea time, kali ini kita minum air orange Tropicana Twister, memang suka ngan air benda alah ni kena pulak sejuk-sejuk memang menghilangkan dahaga.

Subway: Buy One Free One

Berita gembira bagi peminat sandwich "subway". Promosi kini sehingga 15 Disember 2010 yang mana setiap pembelian 6" (inci) sandwich membolehkan anda mendapat satu lagi percuma bagi sandwich yang sama harga ataupun kurang. Maknanya beli satu dapat satu percuma.

Tapi kenalah dapatkan kupon yang mana boleh diperoleh di dalam suratkhabar the star.

Boleh selak-selak di halaman StarTwo muka surat T7 sempena pembukaan cawangan yang ke-50 di Giant Hypermarket, Shah Alam, Selangor.

So apa lagi, pi cari kupon dan gunakan di cawangan-cawangan yang berdekataan.

Keputusan Terkini Liga Juara-Juara Eropah UEFA: 25 November 2010

KEPUTUSAN LIGA JUARA-JUARA (9 DISEMBER 2010)

Inilah keputusan terkini liga juara-juara eropah UEFA yang berlangsung pagi tadi, 25 November 2010 bagi kumpulan A to D:
  • Inter Milan menang tipis 1-0 ke atas Twente hasil jaringan Cambiasso pada minit ke-55. Dengan keputusan ini, Inter Milan layak untuk ke pusingan kedua nanti bersama-sama dengan Tottenham bagi Kumpulan A

  • Lyon kalah 0-3 kepada Schalke hasil jaringan Farfan (1 gol) dan Huntelaar (2 gol). Lyon mempunyai peluang cerah untuk meneruskan saingan ke pusingan seterusnya walaupun mereka kalah di permainan terakhir nanti di peringkat Kumpulan B memandangan Lyon mempunyai kelebihan perbezaan gol

  • Valencia kenduri gol dengan 6 gol berbalas 1 lawan Bursaspor. Valencia yang berada di tangga ke-2 Kumpulan C, sudah melayakkan diri ke pusingan 16-pasukan bersama-sama dengan pendahulu kumpulan, Manchester United. Gol-gol Valencia dihasilkan oleh Mata (penalti), Soldado (2 gol), Aduriz, Joaquin dan Dominquez manakala Bursaspor memperoleh gol saguhati menerusi Batalla

  • Barcelona menang bergaya di tempat lawan, Panathinaikos dengan 3-0 menerusi Pedro Rodriguez (2 gol) dan Messi. Barcelona yang berada di tangga teratas Kumpulan D sememangnya sudah layak ke pusingan seterusnya dengan memungut 11 mata from 3 menang dan 2 seri

  • Tottenham menang bergaya dengan menumpaskan Bremen 3-0 di tempat sendiri. Kaboul, Modric dan Crouch menjadi wira Tottenham. Perlawanan akhir Tottenham vs Twente di peringkat kumpulan hanyalah sekadar melengkapkan kalendar kerana mereka sudahpun layak ke pusingan berikutnya

  • Manchester United menang tipis 1-0 ke atas Rangers hasil tendangan penalti Rooney di minit-minit akhir, 87. man Utd yang mengumpul 13 mata from 4 menang dan 1 seri telah menempah tiket ke pusingan kedua

Sumber: Uefa

Wednesday, November 24, 2010

Jom Terjah JMR: Cantik Gambar Kat Sini

Jom kita tengok apa ada kat blog JMR: "sebuah pengembaraan hidup hakiki, sekeping gambar sebagai koleksi - Travelog dan Photoblog". Begitulah tag untuk blog JMR. Macam-macam ada kat sini, mengenai kisah hidup dan paling saya suka ialah dengan gambar-gambar yang diambil cukup menarik perhatian.

Tengok ajalah dengan gambar coklat ni. Sesiapa yang tengok mesti terasa nak makan aja benda alah tu. Memang tak dinafikan dengan memakan coklat ni banyak khasiat dan jangan lebih-lebih sudah sebab ianya boleh memberikan mudarat.

Sebut aja coklat ianya tak boleh dipisahkan dengan strawberry kan? Dengan warnanya kemerah-merahan terasa nak ngap aja. Tapi bila tengok dan tenung, apa yang kita nampak bila tenung strawberi tiga biji ni?

Kalau nak tengok banyak gambar-gambar cantik bolehlah tengok kat jmrtangkapgambar.

Memang JMR akui yang hobinya dalam bidang fotografi tidak sia-sia bila dapat hadiah saguhati: contest pizza hut. Dapat gak voucher pizza hut RM150. Ni kalau makan memang kenyang sakan.

Ni lah gambar dari entry yang memenangkan JMR. Kalau nak tengok sample entry yang menarik dan gambar-gambar serta pengalaman berpizza, jangan malu-malu belajar ya at "Big Fish Moment with Pizza Hut". Kalau saya nak masuk peraduan macam ni malas le sikit tapi bro JMR memang rajin betul dan ianya berbaloi.

By the way quite active juga menghadiri Nuffnang's event antaranya ialah preview screening: Tekken. Memang seronok sebab di samping dapat tengok movie secara percuma dapat gak berjumpa dengan bloggers lain kan.

Gambar dah tengok, citer nuffnang dah baca, ada juga tips kat blog JMR, i.e. 25 perkara isteri patut ambil tahu antaranya:
  • menjemput tetamu tanpa izin suami
  • menceritakan hal rumahtangga kepada orang lain
  • sengaja melengahkan untuk masuk tidur
Memang banyak benda menarik ada kat sini, jom terjah JMR.

Keputusan Terkini Liga Juara-Juara Eropah UEFA: 24 November 2010


KEPUTUSAN TERKINI LIGA UEFA JUARA-JUARA EROPAH (9 DISEMBER 2010)

KEPUTUSAN TERKINI LIGA UEFA JUARA-JUARA EROPAH (25 NOVEMBER 2010)

Inilah keputusan terkini liga juara-juara eropah UEFA yang berlangsung pagi tadi, 24 November 2010 bagi kumpulan E to H:
  • Marseille menumpaskan Spartak Moskva dengan 3-0 di gelanggan lawan hasil jaringan Valbuena, Remy dan Brandao. Dengan kemenangan ini, Marseille boleh dikatakan telah mengesahkan tempat ke pusingan seterusnya walaupun masih berbaki satu perlawanan menentang pendahulu kumpulan F, Chelsea. Jika Marseille kalah dan Spartak menang menentang Zilna, kelebihan perbezaan gol masih berpihak kepada Marseille. Marseille (+8 gol) dan Spartak (-4 gol)

  • Roma menang 3-2 ke atas pendahulu Kumpulan E, Bayern Munich walaupun Bayern mendahulu 2-0 pada separuh masa pertama. Gol-gol Roma dijaringkan oleh Boriello, De Rossi dan Totti (penalti) manakala 2 gol Bayern dijaringkan oleh Gomez. Roma memerlukan at least keputusan seri di dalam perlawanan akan datang menentang CFR Cluj bagi melayakkan ke pusingan 16 pasukan

  • Ajax tumpas di tempat sendiri dengan 0-4 lawan Real Madrid. Real Madrid bermain dengan cemerlang di mana Benzema (dikhabarkan akan berpindah ke Tottenham Hotspur Januari tahun depan), Arbeloa dan Christiano Ronaldo (menjaringkan 2 gol termasuk satu penalti) menjaringkan gol. Dengan keputusan ini, Real Madrid dan AC Milan sudah layak ke pusingan seterusnya bagi Kumpulan G

  • AC Milan mengalahkan Auxerre dengan 2-0 di tempat lawan hasil gol oleh Ibrahimovic dan Ronaldinho

  • Chelsea meneruskan rekod dengan mendapat satu kemenangan lagi dan mengumpul 15 mata penuh dari 5 perlawanan dengan kali ini menewaskan Zilina 2-1. Gol-gol Chelsea dihasilkan oleh Sturridge dan Malouda manakala Zilina pula dijaringkan oleh Bello

  • Arsenal kalah kepada Braga dengan 0-2. Matheus menjadi wira Braga dengan menjaringkan 2 gol pada 10 minit terakhir (83 dan 93). Arsenal bermain dengan 10 orang pada 80 minit ke atas kerana Eboue telah mengalami kecederaan dan Arsenal telah melakukan ketiga-tiga pertukaran sebelum ini: Minit 69 (Fabregas out Samir Nasri in), minit 74 (Bendtner out Chamakh in) dan minit 77 (Walcott out Vela in).

    Dengan keputusan ini, Arsenal berada di tempat kedua Kumpulan H berkongsi mata dengan Braga. Arsenal masih lagi mempunyai peluang untuk ke pusingan 16 pasukan jika menang pada perlawanan akan datang menentang Partizan di the Emirates pada 8 Disember nanti. Jika Arsenal kalah dan Braga juga kalah kepada Shakhtar or Arsenal seri Braga seri, Arsenal masih lagi layak. Kita tunggu perlawanan yang akhir peringkat kumpulan nanti.
Sumber: Uefa

Tuesday, November 23, 2010

Kedudukan Terkini Liga Perdana Inggeris 2010/2011: Minggu 14

Credit: fantasy football, dominos pizza

Kedudukan Liga Perdana Inggeris bagi minggu ke-14:
  • Chelsea masih mengekalkan kedudukan di tangga teratas walaupun mengalami kekalahan kepada Birmingham 0-1. Maybe disebabkan beberapa key players mereka masih cedera termasuk John Terry, Frank Lampard dan Yury Zhirkov

  • Manchester United merampas kedudukan kedua daripada Arsenal setelah menang 2-0 ke atas Wigan Athletic. Man Utd berkongsi 28 mata dengan pendahulu liga tetapi perbezaan jaringan memisahkan mereka. Manchester United adalah hanya satu-satu pasukan yang belum pernah kalah pada musim ini

  • Arsenal yang tewas 2-3 kepada Tottenham Hotspur menduduki tangga ke-3. Memang tidak bernasib baik walaupun telah mendahului 2-0 pada separuh masa pertama dan gagal menggunakan peluang itu untuk berada di persada liga. Apa-apa pun, mereka bernasib baik since Chelsea kalah so saingan liga bertambah sengit

  • Bolton melonjak naik ke tangga ke-4 dan jika mereka bermain dengan lebih consistent, peluang untuk mendapat tiket ke Piala Juara-Juara lebih cerah. Kemengan besar 5-1 lawan Newcastle menaikkan semangat mereka untuk terus berjuang

Apa-apa pun, perlawanan Liga Perdana Inggeris musim ini masih lagi jauh, saingan memang sangat sengit dan pasukan yang dapat mengawal permainan dan menggunakan strategi yang terbaik akan menjadi juara liga. Kita tunggu dan lihat.

Jom Menyimpan @Melabur Dalam Akaun Emas KFH

Last week tu pi buka Akaun Emas-i di Kuwait Finance House (KFH). Sekali sekala buat something different kan.

Simpanan minima adalah 10 grams emas dan seterusnya kalau nak buat penambahan boleh beli lagi sekurang-kurangnya 5 grams.

Sebelum boleh buka akaun emas ni, kenalah buka akaun simpanan dulu yang mana deposit minima ialah RM250.

Memang simpanan @melabur dalam emas ni ada risiko turun dan naik. Sebagai contoh, hari beli tu RM139.27 satu gram tapi sehari selepas itu, harganya naik kepada RM139.87. So maknanya ianya peningkatan sebanyak 0.43% atau RM0.60 satu gram or RM6 bagi 10 grams. Tapi benda alah ni bukan untuk jangka masa yang pendek.

Ianya satu lagi alternative kepada simpanan biasa, fixed deposit (FD), unit trust, saham ataupun pelaburan lain.

Yang penting kita kena tahu tentang risiko dan juga features product tersebut. Sebagai contoh kena tahu makna buying price and selling price. Apa-apa pun, just nak explore benda baru. Kalau OK bolehlah fikir tambah lagi ke, kalau tak OK, biarlah dok kat situ kan.

Ni lah bentuk emas tu yang saya ambil gambar kat blog jutawanemas. Boleh baca kat situ, kebaikan dan keburukan melabur dalam emas. By the way, saya tak ambil physical gold, simpan aja kat bank tu, bukan boleh buat apa pun tetapi sesetengah orang suka pegang benda alah tu, maklumlah lagi seronok kot dapat tengok ngan mata kita sendiri.

Apa-apa pun sebelum kita buat apa-apa keputusan di dalam hidup termasuk dengan pelaburan, fahami betul-betul kalau kita rasa selesa bolehlah berbuat demikian. Akaun emas-i KFH ini adalah akaun emas pertama yang berlandaskan Islam @Syariah di Malaysia.

Monday, November 22, 2010

Stop Child Abuse

unicef

"Stop child abuse" or dengan bahasa senangnya ialah hentikan penderaan kanak-kanak. Saban banyak kes penderaan kanak-kanak yang dipaparkan di dada akhbar, television, radio dan juga internet.
Mengikut data yang dikumpulkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia pada tahun 2008, kes penderaan yang melibatkan kanak-kanak telah meningkat from 1,036 (2001) kepada 2,279 (2007). Memang banyak betul dan macam-macam jenis penderaan termasuk fizikal, emosi dan juga seksual.

Bagi saya yang paling tak boleh dimaafkan ialah penderaan yang melibatkan seksual or sexual abuse. Memang ianya patut dihentikan serta-merta tetapi memang sukar sebab orang yang mendera ini mempunyai masalah-masalah yang kita tidak tahu.

Sama-sama le kita memainkan peranan kita bagi memastikan kes penderaan terutamanya terhadap kanak-kanak dapat dikurangkan pada masa akan datang. "Stop child abuse."

Komen Cerita 2 Alam

Dah tengok ke cerita 2 alam yang tengah ditayangkan sekarang? Saya belum lagi, anda bagaimana? Nak tahu juga macam mana reaksi @komen penonton cerita 2 alam oleh dr. rozmey yang sebelum ini kita tengok banyak promosi yang dijalankan terutamanya di dalam suratkhabar yang mensasarkan RM40 juta kutipan.

So search le dalam internet dan ini yang saya dapat:
  • Utusan
    • Antara 2 alam dan putar alam, begitulah tajuk tulisan utusan mengenai cerita 2 alam. "2 Alam sekadar filem biasa malah tidak keterlaluan untuk dikategorikan setaraf drama di kaca televisyen sahaja....

      Filem ini juga menyelitkan beberapa babak yang sesuai tidak sesuai untuk menjadi tontonan umum.

      Antaranya ialah adegan panas di atas katil, dalam tab mandi, dalam kereta serta pakaian Amy yang seksi."

  • Nota kosong
    • "Penuh di Facebook page Dr Rozmey dengan komen-komen dan hinaan terhadap filem 2 alam ini. Namun kesemuanya telah ‘selamat’ di-delete oleh admin page tersebut."

  • mohdnadri
    • "Masuk ke panggung, hanya ada 22 penonton (termasuk kami) daripada 140 kerusi yang tersedia. Ini menandakan filem ini LANGSUNG TIDAK mendapat sambutan penonton di panggung wayang."
  • redlinda
    • Pembukaan cerita, buat aku tertunggu-tunggu. bukan tertunggu-tunggu dalam erti kata saspens. tapi macam “bila laaa nak keluar muka pelakonnya ni…” sebab awal-awal tu aku rasa macam tengok tayangan slide nota kuliah subjek Pendidikan Islam zaman study dulu. haha berlatar belakang hitam dan bertulisan putih…

    • Dengar-dengar kata orang ramai, filem ni harapkan babak ‘panas’ a.k.a aksi di ranjang je yang buat orang beria nak tengok! malangnya, tak berapa nak ghairah la pulak. hissshh! tak best tau! Macam filem ‘Jalang’ lah. harapkan tajuk filem je JALANG! tapi plot cerita tak jalang langsung! macam haram ada laaa!

  • anakperak
    • Cerita ini bercorak keagamaan. Cerita ala-ala drama televisyen bila waktu puasa. Cerita ini tidak seteruk mana seperti yang telah digembar gemburkan oleh wartawan sebelum ini. Golongan yang kritik cerita ini adalah terdiri dari

      • Panas badan tengok cerita berunsur agama.
      • Tergolong dalam kumpulan lelaki lembut.
      • Anti dengan filem melayu.
      • Anti filem bercorak keagamaan
Begitulah sedikit sebanyak komen yang saya dapat from internet. Apa-apa pun, boleh menonton dengan mata sendiri untuk mengetahui kesahihah komen-komen ini.