Pages

Sunday, November 28, 2010

Keputusan Terkini Liga Perdana Inggeris EPL: Minggu 15 (27 dan 28 November 2010)

Credit: espn

Keputusan terkini Liga Perdana Inggeris EPL: Minggu 14 (27 dan 28 November 2010):
  • Arsenal menang menentang Aston Villa 4-2 di gelanggan lawan. Gol-gol Arsenal dijaringkan oleh Arshavin, Nasri, Chamakh dan Wilshere manakala dua gol Aston Villa dijaringkan oleh Clark. Dengan kemenangan tersebut Arsenal menduduki tangga teratas untuk 2 jam setelah Man Utd menang dan mengambil tempat tersebut

  • Manchester United menang besar dengan 7-1 ke atas Blackburn. Berbatov menjadi wira Man Utd apabila menjaringkan 5 gol manakala 2 gol lagi oleh Nani dan Park Ji-Sung. Gol saguhati pelawat dijaringkan oleh Samba. Man Utd mengumpul 31 mata berbanding Arsenal 29 mata dan Chelsea 28 mata. Chelsea akan bermain pada pukul 9.30 malam ini, Adakah Chelsea akan merampas kembali takhta liga perdana? Kita nantikan keputusannya kelak

  • Manchester City sekadar seri 1-1 dengan Stoke City. Man City mendahului pada minit 81 hasil jaringan Richards manakala Stoke menyamakan kedudukan pada minit ke-90 hasil jaringan Etherington. Man City kekal di tangga ke-4 dengan 26 mata

  • Bolton Wanderers seri 2-2 dengan Blackpool dan kekal di tangga ke-5 dengan 23 mata. Blackpool mendahului dengan 2-0 hasil jaringan Evatt dan Varney manakala Bolton menyamakan kedudukan hasil gol oleh Petrov dan Davies

  • UPDATE: NEWCASTLE 1-1 CHELSEA

3 comments:

Azman Roslan said...

arsenal menang. hahah..

Bo the Nerd said...

Baru je jual Berbatov dalam Fantasy EPL. Nasib baik beli Rooney n letak Nani captain. Taklah rugi sgt.. :)

www.boisanerd.blogspot.com

hans said...

M.U menang besar tu

P/S : Jika Followers Blog Ramai Adakah Duit Nuffnang Blogger Itu Banyak?

P/S : Gua Nak Tanya Pasal Dr Rozmey, Rayyan Fantasi, Endhiran, Aarif Lee Dan Bruce Lee