Pages

Saturday, July 27, 2013

Macam Mana Nak Order Online dengan Tesco

Jom kita tengok macam mana nak order online dengan Tesco. First of course kena masuk website http://eshop.tesco.com.my/. Make sure daftar dulu ya. Step untuk pendaftaran tak susah so saya tak letak le kat sini ya.
Lepas daftar, then pilih le barang apa yang kita nak beli. Memang pelbagai jenis barangan ada kat sini dan yang paling mudah ianya disusun mengikut kategori i.e. benda-benda sejuk seperti aiskrim, cheese, susu dan macam-macam lagi.
Pilihlah yang mana satu berkenan di hati sebagai contoh, yogurt. Harga memang dipaparkan so senanglah nak buat pilihan, then kuantiti kita boleh pilih. Nak beli satu pun boleh.
Setiap kali kita pilih barangan, harga keseluruhan dipaparkan sebelah kanan termasuk dengan kuantiti dan jenis barang yang kita pilih.
Setelah habis kita pilih tibalah masanya kita pilih masa dan tarikh penghantaran yang sesuai dengan kita. Tengok tu ada yang dah penuh so kena cari hari lain le. Delivery ni from 10 pagi hingga 10 malam dan ianya setiap hari. Kos RM10 dikenakan bagi delivery ya.

Rasanya ianya berbaloi jika dibandingkan penat lelah kita pi sana, nak cari parking, beratur, kos petrol, nak angkat barang then yang penting masa kita boleh dijimatkan dengan online order ni.

Then kesemua barang yang kita beli dipaparkan serta dengan kos keseluruhan.
Tibalah masa untuk pembayaran, boleh bayar masa diaorang hantar barang nanti, make sure jangan bayar cash sebab ianya tidak diterima OK.
Saya gunakan e-coupon sebanyak RM10 yang mana saya dapat tahu melalui website redmummy. Setelah ditolak RM10 maknanya kos penghantaran bagi pembelian saya ni, kiranya free le. Hmmm, tak tahu sama ada lain kali boleh guna tak e-coupon ni.
Bayar bila hantar ya. Itulah pilihan saya.
Dah confirm semuanya serta dengan nombor pesanan.
Ni le kesemua barangan yang saya order untuk kali ini. Kalau servis ok, lain kali boleh order lagi. Ni kiranya untuk try dahulu.
Pesanan ni diaorang hantar kat e-mail kita sekali so senanglah nak rujuk nanti. So begitulah serba sedikit cara macam mana nak order online dengan Tesco.

Selamat mencuba semua. Anyway, dalam entri yang akan datang, kalau tak ada masalah saya akan kongsikan pengalaman penerimaan barang.

3 comments:

eelobor said...

semua di hujung jari jer sekarang

pena rozie said...

1st time tau....

Abdul Halim Ismail said...

info yang sangat bermanfaat. terima kasih.