Pages

Sunday, October 12, 2014

Bajet 2015: Band MUET Ditingkatkan Bagi Kemasukan IPTA

Salah satu perkara yang diumumkan di dalam Bajet 2015 adalah berkaitan dengan Malaysia University English Test (MUET) yang sekarang ini banyak dibahaskan oleh ramai orang terutamanya pelajar-pelajar.

By the way, sebelum ini kalau nak masuk IPTA, minimum Band 1 dalam MUET diperlukan tetapi sekarang ni Kerajaan menyarankan agar tahap pencapaian MUET ditingkatkan seperti berikut:
  • Pengajian Sastera dan Sains Sosial: Band 2
  • Pengajian Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM): Band 3
  • Pengajian Undang-Undang & Perubatan: Band 4
Di samping itu, kalau nak grad, pelajar wajib mencapai kelulusan MUET:
  • Pengajian Sastera dan Sains Sosial: Band 3
  • Pengajian Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM): Band 4
  • Pengajian Undang-Undang & Perubatan: Band 5
Dengan pengubahsuaian ini, saya rasa impak untuk kemasukan ke IPTA semakin susah memandangkan syarat minimum pencapaian MUET ditingkatkan. Adakah ini bagus atau tidak? Jawapannya berbelah bagi, ada pros and cons. Tetapi secara keseluruhan saya rasa ini sedikit sebanyak dapat mempertingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris.

3 comments:

HeNRieTTa JoSe said...

moga nnti anak anak pelajar makin meningkat juga keputusannya...

sk said...

semoga nanti student2 kita pun akan berusaha utk tingkatkan kualiti bahasa inggeris masing2...

http://road-to-2011.blogspot.com/2014/10/229-cuti-umum-2015.html

Nik Muhammad Zubaidi said...

sya dpt band2 je..adakh sya boleh memasuki ipta/ipts??sya tak tau ape keistimewaan band 2,3..boleh jelaskn??