Pages

Monday, January 20, 2014

Pendengaran Bantahan Kenaikan Cukai Pintu

Baru-baru ini warga Kuala Lumpur mendapat berita yang kurang baik setelah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengumumkan kenaikan kadar cukai pintu berkuatkuasa tahun ini, 2014. Bagi saya pula, kenaikan nilai tahunan adalah lebih kurang 70%.

Di samping itu, pada masa itu saya menjangkakan kadar kenaikan juga adalah sebanyak 70% (RM324) berdasarkan kadar 6% iaitu daripada RM468 setahun kepada RM792 setahun.

Disebabkan itu, saya telah menulis surat kepada DBKL untuk membantah kenaikan cukai pintu.  
Kini saya menerima surat daripada DBKL menyatakan yang mereka akan mengadakan sessi pendengaran bantahan cukai pintu.
Apa yang menarik ialah kadar yang bakal dikenakan adalah 4% berbanding dengan kadar semasa 6%. Ini bermakna cukai taksiran terbaru adalah RM528 berbanding dengan RM792 yang saya jangkakan sebelum ini.

Ini bermakna kenaikan yang bakal dibuat adalah 13% (RM60) dan bukannya 70% (RM324). Saya berpandangan kenaikan RM60 ataupun RM5 sebulan adalah lebih munasabah. Tapi kalau DBKL kekalkan kadar seperti sebelum ini adalah lebih baik.

Memandangkan masa yang diberi adalah singkap, saya berkemungkinan besar tidak hadir ke sessi pendengaran bantahan yang akan diadakan nanti. By the way, mengikut notis DBKL, tanpa kehadiran pun, keputusan akan dibuat oleh Jawatankuasa Pendengaran Bantakan Cukai Pintu nanti. Kita tunggu surat daripada DBKL nanti.

4 comments:

DAUN LIMAU NIPIS said...

Macam2 yang naik harga tahun ni....rasanya kalau duk di KL kos hidup lbh tinggi berbanding negeri 2 sbb kebanyakan benda perlukan duit....

Mak lagenda said...

wlupun kenaikan tu tak sepertimana yg dijangka dan didengari sblm ni, but ia masih ada kenaikan

dlm pd semua benda nak naik ni, alangkah eloknya klu ada benda yg dikekalkan dgn harga lama kan?

eelobor said...

semoga rakyat didahulukan pencapaikan di utamakan. Janji ditepati....

Fiza Rahman said...

Semuanya nak naik.