Pages

Friday, January 3, 2014

Jom Tengok Muzium Perang

Memang unik betul Muzium Perang yang berada di Pulau Pinang. Ni pula caj yang dikenakan bagi pengunjung warganegara Malaysia. Untuk kami sekeluarga ianya semua RM55.
Ni adalah peluru yang digunakan.
Time bomb pun ada.
By the way, kawasan Muzium Perang ni berada di kawasan hutan yang mana ianya kubu betul yang dibina oleh British dan setelah diambil oleh Jepun, mereka pula gunakan untuk tujuan tahanan dan penyeksaan.
Jom kita masuk dan tengok apa yang ada kat sini.
Ini adalah model tempat tinggal pegawai tinggi British. 
Ingat ya kalau tak tahan dengan nyamuk make sure pi kat kaunter dan minta insert repellent. 
Entah apa benda alah ni.
Ini pula kawasan tempat lepak-lepak kot.
Yang seronok kat sini ialah kita boleh rasai pengalaman masuk terowong. Tak sure le sama ada masa dulu-dulu diaorang guna simen ke or juta terowong tanah aja. Terowong ni tak beza dengan yang ada di Port Dickson.
Ini pula terowong yang mana kita perlu merangkak untuk masuk. 
Untuk merangkak ianya sejauh 7 meter dan kena panjat sejauh 9 meter. Tinggi tu.
Tengoklah ngeri juga dan perlu hati-hati. Kalau tak nak panjat boleh guna laluan lain.
Ini adalah senjata yang digunakan untuk menembak jet.
Boleh digunakan untuk tembakan sehingga 14,000 kaki. 
Letih-letih askar boleh rehat kat sini.
Or baring-baring atas buaian.
Ini tempat digunakan oleh tentera Jepun untuk memenggal kepala.
Ataupun pancung tawanan. Darah yang ada kat pedang tu akan dicelup dalam wine dan diminum.
Tak jauh bezanya kendi yang digunakan zaman dahulu.
Tempat diaorang masak le ni.
Ni pula bilik untuk mereka tidur.
Macam ni le lebih kurang.
Yang terakhir ni bilik tawanan perang. So begitulah sedikit sebanyak mengenai Muzium Perang di Batu Maung, Pulau Pinang.

2 comments:

hazman fadzil said...

whoaaa.... bab yang terowong paling menarik rasanya

Murni Alfathunnisa said...

saya yang dok penang ni pun tak sempat sampai lagi muzium perang ni. seram..kalau nak pi kena angkut geng ramai2 ni..hehe