Memang cantik juga peti sejuk 2 pintu ni yang mana lampu LED warna biru.
Ni pula bahagian atas, beku.
Ice maker pula boleh twist so senanglah sikit nak buat ais kan.
Anak-anak apa lagi letak fridge magnet kat peti ni. Macam-macam ada tak kira yang kami kumpul masa bercuti dan juga pemberian kawan-kawan dan keluarga, sama ada kat dalam negeri or luar negeri.
Masih ingat lagi entri saya mengenai dapur kaca yang retak setelah guna lebih kurang 7 tahun. Kali ini kami ambil yang kaca juga dengan 3 tungku.
Jenama yang kami pilih adalah Rinnai, memang susah juga nak cari memandangkan lubang kabinet kami agak besar iaitu 730mm X 400mm.
Reka bentuk dapur kaca Rinnai ni menawah juga. Mula-mula nak ambil yang stainless steel tapi bila fikir ianya susah untuk dibersihkan setiap kali digunakan so belilah yang tempered glass ni.
Tungkunya sama le dengan yang lain kan.
Yang ni gegelang khas untuk guna kuali so senang sikit.
Satu aja diaorang beri.
Di samping itu kami beli juga blender jenama Panasonic.
Blender ni rasanya tak ada beza dengan yang lain, tugasnya untuk blend, i.e. lada dan bawang.
Last sekali kami beli iron jenama Electrolux. Memang yang kami punya sudah uzur dan lebih 10 tahun dah guna.
Yang ni yang jenis stim sekali.
Tapaknya jenis yang non-stick so senang sikit nak gosok pakaian kan? Yang bagus juga according tu penjual tu, ianya ada safety feature yang mana jika kita biarkan i.e. lebih 2 minit, bekalan elektrik akan diputuskan secara automatik. Maknanya masa gosok baju then tiba-tiba telefon berdering dan kita angkat dan cakap-cakap. Lepas tu elektrik diputuskan. Kalau nak guna kembali just gerak-gerakkan sterika ni dan berfungsi seperti biasa.
Semua sekali 4 benda, peti sejuk, dapur kaca, pengisar dan sterika adalah berjumlah RM2,000.Kami beli kat BGC Electrical di cawangan Wangsa Maju kat luar KL Festival City dekat dengan Mali's Corner.
5 comments:
barangan elektrik....bila dah sampai masa & ketika perlu di tukar untuk jaminan keselamatan serta keselesaan
Ok la tu..shoping2 brg elektrik umah. 2K..nmpknya berbaloi brg2 dgn amaunt tu
murah la semua tu 2k.. tgh pening cr brg lektrik juga ni.. nk saving skit kl boleh..
berapa harga peti ais tu ye?
Nampak berbaloi harga dan barang tu
Post a Comment