Pages

Saturday, January 11, 2014

Industri Filem (Pawagam) di Malaysia

Jom kita tengok industri perfileman di Malaysia. By the way, data ni saya peroleh daripada FINAS. Dari tahun 2006 hingga November 2013, jumlah kutipan kasar untuk semua filem asing dan tempatan bertambah daripada RM233.5 juta kepada RM524.1 juta. Tak sangka ya, industri filem di pawagam ni mencecah setengah bilion.
Tapi yang sedihnya kutipan asing melebihi 80%. Bagi tahun 2013 sehingga bulan November, filem tempatan hanya menyumbang 15.3%. Memang ramai rakyat Malaysia lebih gemar tengok filem antarabangsa. 
Kalau kita tengok dari segi keuntungan filem tempatan, pada tahun 2010 ianya mencatat keuntungan sebanyak RM30.2 juta manakala tahun 2012, industri filem mengalami kerugian sebanyak RM26.2 juta. Tahun 2013 lebih teruk dengan mengalami kerugian sebanyak RM42.7 juta sehingga November 2013. Adakah ini disebabkan oleh filem cetak rombak melalui DVD dan juga melalui internet?
Tahun 2013 menyaksikan filem Husin, Mon & Jin Pakai Toncit mencatat kutipan terbanyak iaitu RM5.89 juta manakala KL Gangster 2 pula di tempat kedua sebanyak RM4.96 juta. Filem Highland Tower dan juga Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang juga tersenarai dalam 10 teratas.
Filem yang paling mahal pada tahun 2013 adalah Vikingdom dengan kos produksi sebanyak RM18.01 juta oleh KRU Studios. Tanda Putera juga berada di dalam carta 5 filem termahal di Malaysia iaitu sebanyak RM4.70 juta.
Bagi filem paling murah pula ianya ialah filem Tamil, Maraimugam dengan kos produksi sebanyak RM310,000. 4 daripada 5 filem dengan kos produksi paling murah adalah filem Tamil.
Dari segi keuntungan, filem Husin, Mon & Jin Pakai Toncit berada di tangga teratas dengan RM4.31 juta. Not bad dengan kos produksi hanya dengan RM1.58 juta. Filem Kantonis, Once Upon A Time berada di tangga kedua dengan keuntungan RM3.03 juta dengan kos yang sama.
Filem paling mahal, Vikingdom yang menelan belanja RM18.01 juta hanya berjaya mengumpul jualan tiket di Malaysia sebanyak RM1.83 juta dan kerugian dicatat adalah sebanyak RM16.18 juta. Itu di Malaysia, tak sure sama ada filem KRU Studios ni berjaya mencatat keuntungan apabila mengambil kira pasaran di luar negara. Dengar cerita filem ini mendapat pulangan sebanyak RM10 juta daripada penjualan hak pengedaran di luar negara.
Anyway harga filem bagi wayang di Malaysia mengalami kenaikan from purata RM9.29 pada tahun 2010 kepada RM14.58 pada tahun 2013.

So begitulah sedikit sebanyak mengenai industri filem di pawagam di Malaysia.

4 comments:

Eza Boom Boom said...

memang buat kajian ni.. Hihi. Menarik!

skulluv said...

kerugian tu punca sebab ada dua filem seminggu kot dari Malaysia. penonton tetap sama dan mampu tengok satu filem je seminggu.

fuh.lama main tabur buat analisa.kih3

eelobor said...

penyalahgunaan internet juga turut menyumbang kepada kerugian kutipan tiket.... hahahaha

hazman fadzil said...

Hope lebih banyak genre baru kat malaysia nie....cukuplah buat filem misteri/hantu/paranormal nie...