Pages

Saturday, January 4, 2014

Jom Lepak-Lepak di Hotel Seri Malaysia Penang

Semasa melawat di Penang baru-baru ini, kami menginap di 3 tempat berbeza dan salah satu darinya adalah Hotel Seri Malaysia yang terletak lebih kurang 5 minit dari airport.
Hotel ni kalau tak silap ianmya adalah 2 bintang dan kadar yang kami bayar adalah RM130 untuk bilik family. Memang masa tu rasanya ada promosi, tak sure pula harga biasa berapa.
Ni le katil dalam bilik tu, ianya satu queen dan satu single. Bolehlah untuk family macam kami.
Bilik airnya memang simple je oklah dengan harganya.
Yang penting ada water heater.
TV untuk ditonton waktu kita rehat, ada beberapa channel Astro yang standard termasuk movie dan sport.
Aircond dan juga kerusi untuk lepak-lepak.
Air mineral dan untuk buat teh pun ada.
Beginilah pula kat luar bilik.
Breakfast adalah untuk 3 orang tapi kami dapat 4 since anak sorang tu tak makan sangat.
Menu tak banyak sangat tapi cukuplah untuk breakfast.
Ada nasi goreng, kueh tiew, cereal dan beberapa menu yang lain.
Kari ayam pun ada. By the way, secara keseluruhan menginap di Hotel Seri Malaysia Penang ni OK since ianya berdekatan dengan airport dan harganya sangat berpatutan dan ada breakfast sekali. Cuma kalau nak pi jalan-jalan tempat yang menarik jauh sikit since kebanyakkan terletak di area bandar.

Ikuti pandangan blogger percikan kenangan mengenai perjalanan di Penang dan stay di Hotel Seri Malaysia.

1 comment:

Unknown said...

brapa rate semalam kat sini yea... dan zaman skang hotel sume dah guna tv lcd...cool