Pages

Friday, January 24, 2014

Jom Makan di Restoran Adam Lai di Wangsa Melawati @Ebby Yus

Baru-baru ini kami pergi makan tengah hari di Restoran Adam Lai, iaitu restoran yang menyajikan masakan Cina Muslim di area Wangsa Maju.

Ianya bertempat di No.1, Jalan Dataran Wangsa 1, Dataran Wangsa Melawati, KL. Nak booking or tanya lebih lanjut boleh call, 019-388 3903 / 017-280 0718.
 
Restoran ni dibuka bersama dengan Ebby Yus. By the way, yang ni adalah cawangan yang ketiga selepas Sri Gombak dan Shah Alam.
Ni pula waktu operasi Restoran Adam Lai. Ianya ditutup pada pukul 11.00 malam dan dibuka pada pukul 11.00 pagi kecuali hari Jumaat buka pukul 2.30 petang.
Jom kita tengok apa menu yang ada di sini.
Pelbagai jenis masakan berasaskan ayam ada di sini i.e. masak kicap, masak pedas, steam dan macam-macam lagi. Yang kecil RM16 dan yang besar RM30. Kalau nak yang sedang RM23.
Sotong sudah semestinya.
Kalau tak nak makan yang jenis nasi putih boleh order nasi yang dimasak or goreng i.e. nasi goreng cina, nasi goreng kampung, udang, daging, nenas dan pelbagai lagi.
Mee pun ada tak kira yang bergoreng or berkuah.
Air pula boleh le pilih yang mana satu anda suka ya.
Nak order yang jug pun boleh.
Ni pula jus dan ice-blended.
Ni le meja kami nombor 10. Kalau main bola ni, jersi nombor 10 biasanya dipakai oleh penyerang.
Kami order air milo satu jug @RM8. Mula-mula bila tuang dalam gelas, ianya tak sejuk aja so apa lagi bagi balik  kat diaorang untuk tambah ais.
Ayam ni adalah sweet and sour. Ambil yang kecil @RM16. For me memang sedap benda alah ni, ayamnya dimasak tak begitu garing dan apabila disiram dengan sos masam manis memang perfect le dengan nenas dan tomato.

Even first time cuba ayam masak masam manis, memang saya suka dengan kepekatan sosnya dan kelembutan ayam di samping kuah yang just nice. Saya bagi rating untuk masakan ni 8.1 out of 10.
Ni tomyam seafood @RM19. Memang mengecewakan apabila rasanya masam aja. Memang kalau nak makan tomyam kena cari restoran Thai instead of restoran macam ni. Tapi bolehlah makan. Seafood memang fresh dan ianya quite lembut dan pelbagai jenis seafood ada. Oleh itu saya bagi 6.9 out of 10.
Ni pula sotong masak telur masin @RM19, memang besar betul sotong yang telah dimasak dalam tepung ni. Tepungnya yang garing dan tepungnya memang tebak. Ranggup dan sotongnya fresh cuma ianya terlalu besar. Dengan dicampur daun kali ianya membuatkan sotong goreng ni sedap. Oleh itu saya bagi rating 7.4 out of 10.

Kami juga order telur dadar @RM2.
 Semua sekali untuk makanan kat sini ialah RM68.50. Boleh dikatakan ianya berpatutan dan saya akan datang lagi untuk cuba masakan ikan kerapu pula nanti.

4 comments:

ZazaMyMoon said...

nampak tempting sangat makanan2 tu.. boleh try nanti.

amirah said...

waaa....harga dia mcm boleh tahanla jugak..mcm ok la gak

hazman fadzil said...

Owhhh.... restoran Ebby Yus rupanya tapi menu yang ada tanda THUMB UP tu mesti lebih skit... tapi as long sedap berbaloi la kan

AYuNG said...

jln2 cari makanan...

lapo nih...

=)