Pages

Monday, January 6, 2014

Jom Makan Nasi Ambeng di Fai & Ruz Kitchen di Kota Damansara

Hari tu tengok Jalan-Jalan Cari Makan mengenai satu restoran yang bertempat di Kota Damansara, Fai & Ruz Kitchen. Kat sini ada asam pedas, tom yam, nasi ambeng, western food dan macam-macam lagi.
By the way, ianya bertempat di No. 3, The Core Kota Damansara, Jalan Teknologi 3/6E, Kota Damansara. Nombor telefonnya adalah 6143 5011. Nak tengok facebook pun boleh @FairuzKitchen.

Sebelum kita tengok apa yang kami order, jom kita terjah menu kat sini dulu.
Selain daripada nasi ambeng, kat sini ada asam pedas dan juga sup.
Bukan itu aja, lontong, soto, assam laksa dan juga mee kari. Memang masakan orang Johor ya.
Bagi penggemar masakan barat pun ada i.e. lamb chop dan fish and chips.
Pelbagai mee juga boleh didapati di sini.
Kalau nak makan dengan nasi putih pun boleh juga. Pendek kata macam-macam ada kat sini.
Untuk minuman kat sini memang harganya berpatutan.
Jus tembikai yang saya suka pun ada.
Hiasan dalam restoran ni memang cantik dengan warnanya biru dan susunan kerusi meja memang kemas dan menarik hati sesiapa saja yang datang sini. Dari segi kebersihan memang tak boleh dipertikaikan, memang mengagumkan.
Afiqah order nasi goreng kampung @RM5.50, memang dia cakap sedap. Bagi saya, ianya tidak mengecewakan, cukup rasa dan tidak begitu pedas dan sesuai untuk Afiqah. Saya bagi rating nasi ni 7.3 out of 10.
By the way, kami datang kat sini actually nak makan nasi ambeng @RM8.00. Ini nasi ambeng yang original since ada mee goreng. Ayamnya pula adalah masak kicap dan ada ikan kering dan keropok. Secara jujurnya saya katakan masakan nasi ambeng ni memang average dan nasinya sedikit keras. Saya juga suka ayam yang jenis garing dan ayam ini tak berapa memenuhi selera saya. Tapi saya makan nasi ambeng ni sampai licin.

Part bagi rating memang sukar tetapi pada pandangan saya ianya pada 7.2 out of 10. Kalau nak 8.0 ke atas, kenalah tengok ciri-ciri nasi ambeng di Taman Melawati. Tapi itu pandangan saya, lain orang ada citarasanya tersendiri.
Ni pula mee kari @RM6.00. Memang kuahnya pekat dan karinya tak bersantan sangat. Memang saya suka especially dengan hirisan ayam yang garing dan ada juga tauhu dan telur rebus separuh. Saya bagi rating untuk mee kari ni sebanyak 7.8 out of 10. 
Semua sekali dengan air adalah RM31.70. Secara keseluruhan makanan kat sini boleh le dan harganya yang berpatutan. Bolehlah datang di Fai & Ruz Kitchen untuk menikmati makanan kat sini. Bila dah makan kat sini bolehlah bagi pandangan ya.

4 comments:

Unknown said...

owwhh.... area kota damansara juga yea... boleh cuba nie...

HeNRieTTa JoSe said...

blom pernah mam kat sni...bleh cuba nie...banyak juga yea pilihan menu...

Hazmin Hamudin said...

Macam kurang menarik je rupa nasi ambeng tu. Takda tarikan nak datang rasanya.

one chick said...

Like