Pages

Saturday, January 25, 2014

Wangsa Grill @Chef Zubir di Wangsa Melawati

Semalam kami dinner di Wangsa Grill, restoran Chef Zubir yang bertempat di Wangsa Melawati. By the way, kalau nak buat reservation boleh call 012-699 5417. Make sure call this number ya, sebab saya ada call number Chef Zubir, 019-610 5783 then buat reservation tapi rupanya nama saya tak ada kat Wangsa Melati.

Mengikut staff kat sana, maybe Chef Zubir terlupa or beliau ingatkan yang saya buat reservation untuk di Shah Alam, Laman Grill. 
Saya nasihatkan buat reservation dulu sebab memang ramai betul orang menunggu. Jom kita tengok menu.
Ni starter ya, by the way, menu saya letak tak penuh kat sini. Nak tengok secara keseluruhan boleh check di blog Lalalaland.
Ni masakan Itali, apa lagi kalau tak spaghetti.
Ni saya jump terus ke dessert.
Ni pula minuman. Kan saya cakap menu tak lengkap. 
Ni California Strawberry @RM9 manakala sebelahnya adalah watermelon juice @RM7.50. Saya suka yang strawberi, rasanya memang pure dengan kemasaman dan ada sedikit manis. Manakala yang watermelon tu terlebih manis sikit. Overall OK.
Untuk anak-anak kami order, oreo milkshake dan chocolate milkshake. Oreo lebih sedap.
Pembuka selera kami ambil nacho's, secara keseluruhan memang sedap dengan keju dan juga nachos yang ranggup serta sos tomato yang cukup sempurna dengan tomota cincang yang cukup fresh. Dagingnya pun dimasak dengan baik. Memang saya syorkan makanan ni untuk semua. Anyway harga benda alah ni adalah RM15.50 dan rating saya bagi 8.1 out of 10.
Yang ni chicken chop @RM29.50. Tak percaya ya? Ada ayam drumsti yang digoreng garing dengan sos pedas yang menarik perhatian saya. Di samping itu ada sayur-sayuran termasuk cendawan serta ayam berbentuk panjang yang macam dikisar. Sos ni rasa manis sedikit tapi of course saya lebih suka sos ayam drumstik yang pedas. Dalam menu ni juga ada potato cheese cake. Hidangan ni lengkap juga dengan protein, karbohidrat dan sayur-sayuran. Dalam ketiga-tiga ni saya suka ayam drumstik dan juga potato cheese. Secara keseluruhan saya bagi 7.4 out of 10 untuk hidangan ini.
My daughter memang sukakan spaghetti. So order le spaghetti bolognese @RM22.50. Actually asalnya memang beef dan kitaorang minta tukar dengan ayam tapi dia bagi beef juga. Hantam aja le. Yang ni spaghetti bagi saya biasa-biasa aja. Sosnya boleh dikatakan pekat dengan penuh dengan daging cincang. Nothing much to say about this menu. Rating saya bagi 7.5 out of 10.  
Yang ni pelik sikit kan? Crispy potato chips @RM6.50. Kiranya kerepek le senang citer. Rasanya sedikit lemau. Tak banyak nak diperkatakan dengan makanan ni. Rating saya bagi 6.7 out of 10.
Yang ni untuk saya, crab & seafood cannelloni @RM35.50. Ada ketam dan juga something macam popia yang kat dalam tu ada seafood. 
Ketam ni isinya apabila dicampur dengan apa benda yang saya pun tak tahu dalamnya. Tapi yang nyata ada melted cheese. Sukar saya nak bagi komen makanan yang bagi saya unik dan first  time makan benda alah macam ni. Apabila dimakan dengan sayur not bad juga. Yang ni saya bagi rating 6.9 out of 10.
Partner dalam pinggan ni adalah cannelloni. Cannelloni ialah sejenis pasta yang bersaiz besar dan di dalamnya ada daging sayur-sayuran, keju dan dibakar dengan sos tomato. Bagi saya hidangan ni paling best dalam semua yang saya order. Memang sedap dan apabila digandingkan dengan sos tomato yang tak begitu masam dengan cheese dan seafood menjadikan ianya hidangan yang cukup sempurna. Nampak memang simple tapi apabila masuk dalam mulut kita membuatkan kita nak makan lagi. Kulitnya tak garing membolehkan kita menikmati intinya. Rating saya bagi 8.4.

Tak lengkap makan kalau kita tak ambil pencuci mulut iaitu WangsaGrill Dessert Platter @RM26.50. Atas hidangan ini ada lima jenis pencuci mulut, red velvet, tiramisu, warm lava chocholate cake, bread butter pudding dan dalam bekas yang tertutup tu adalah pudding mangga. Bolehlah merasa pelbagai jenis dessert dalam satu hidangan. 
Red velvet ni tak ada bezanya dengan yang kita beli  kat Secret Recipe. Ianya sedikit kering dan tidak lemak sangat. Kalau creamnya lebih cheesy lagi sedap. Hmmmmm, saya bagi 7.6 out of 10 untuk ini.
Bread butter pudding ni memang one of my favourite dessert. Memang ianya tidak menghampakan walaupun bagi saya terlebih rasa bunga cengkih. Hidangan ini, memang banyak sikit jika dibandingkan dengan pencuci mulut lain. Memang kenyang gak makan bread butter pudding ni. So dengan ini saya bagi 7.8 out of 10.
Inilah rupa pudding mango yang tertutup tu, dengan aiskrim berperisa mangga dan puding yang lembut dan rasa yang enak. Tapi for me, ianya just OK. Ambil 7.5 le rating.
Ini my daughter suka sangat dengan chocolate yang panas serta cair. Memang apabila portion sikit lagi kita rasa sedapkan? Hmmmmm, saya bagi 8.1 le untuk ni.
Last sekali dessert tiramisu. Since ianya berasaskan kopi saya memang tak berapa gemari. Maybe komen saya akan bias so oleh itu saya tak nak bagi rating untuk dessert ni.
Untuk semua sekali total damage lebih kurang RM200. Anyway, sekali-sekala OK juga rasa makanan tempat macam ni.

14 comments:

adda syuhada said...

adehhh baru balik dr wangsa melawati..punya la pening nk makan kt mana td...sekali balik umh bru nmpak en3 ni...

Zaza Abdul Latif said...

kalau ikutkan rating yang u bagi, rasanya makanan2 kat situ biasa je kot.. macam tak sesedap yg dijangka.. tapi lain org lain citarasa.. nway terima kasih share.. nanti my turn pulak nak try..

Arckiba said...

Ini aku kena makan meggi dalam dua minggu baru cukup bajet nak makan kat sini nie .

Farra Da Smiley said...

terliuq tgk nachos tu! tgk fikir cemana nak buat sendiri eheheh

Unknown said...

whoaaa... konsep fine dining rupanya restoran nie.... cool gak bro nie

amirah said...

uiii..best best...bilala nak dpt rezeki pergi makan sana..

Fiza Rahman said...

Lapar...hehehe...

Kat bangi pon ada juga branch nya. Tak try lagi.

Mak lagenda said...

Yeah..tgkkan rating yg nik bg, mcm rasa biasa2 je. But compare plak ngan harga yg di charge, errr..tak berbaloi kot!

Betol x nik?

Sharinginfoz said...

Mak lagenda: i reserve my comment as this as org lain maybe diff. Sorry

mama tisya said...

rege bole tahan mhl...nanti tgk la ada kesempatan bole try

Funny2046 said...

Nice review about Laman Grill. I do visit them last week and snap some photos there, please feel free see my blog review them at http://malaysiafood.org/laman-grill/. Give me your comment too. Thanks :)

Unknown said...

layanan best giler... chef in the house

Semalam kami dinner di Wangsa Grill, restoran Chef Zubir yang bertempat di Wangsa Melawati kalau nak buat reservation boleh call 012-699 5417. Make sure call this number ya, call number Chef Zubir, 019-610 5783 then buat reservation Melati.


Unknown said...

Semalam kami dinner di Wangsa Grill, restoran Chef Zubir yang bertempat di Wangsa Melawati. By the way, kalau nak buat reservation boleh call 012-699 5417. Make sure call this number ya, sebab saya ada call number Chef Zubir, 019-610 5783 then buat reservation tapi rupanya nama saya tak ada kat Wangsa Melati.

Mengikut staff kat sana, maybe Chef Zubir terlupa or beliau ingatkan yang saya buat reservation untuk di Shah Alam, Laman Grill.

Unknown said...

Harga nya mmg mahal well SEBAB chef zubir ada nama.. tapi dari segi rasa.. erkkkk.. sorry.. biasa2 sahaja... portion juga sedikit... utk saya, tk kan ulang dtg ke sana dah.. cukup je lah sekali