Pages

Tuesday, January 7, 2014

Keluar Duit di ATM Maybank Tanpa Kad

Sekarang ni bagi yang mempunyai maybank2u, boleh membuat pemindahan wang kepada sesiapa sahaja yang mempunyai telefon bimbit di Malaysia dan kemudian penerima tersebut boleh membuat pengeluaran wang tersebut di ATM Maybank tanpa menggunakan kad ATM.

So penerima tu tak kiralah, ada akaun kat Maybank ataupun tidak. Caranya adalah seperti berikut:

Caranya senang aja:
  •  Masuk maybank2u
  • Pilih " transfer" dan pilih "cardless withdrawal"
  • Masukkan nombor telefon penerima, nama dan amaun (minima RM100 manakala maksima RM300)
  • Masukkan TAC dalm klik "confirm"
  • Selepas tu anda akan menerima kod (6 digit) melalui SMS dan forward kepada penerima
 Bagi penerima pula:
  • Pergi ke ATM Maybank dan tekan "enter" key dan pilih bahasa
  • Pilih "cardless withdrawak"
  • Masukkan ID yang dihantar oleh SMS (nombornya adalah 16-17 digit iaitu kombinasi 6 nombor dengan nombor telefon anda)
  • Masukkan kod pengeluaran yang dihantar oleh orang yang memindahkan duit
  • Lepas tu ambil le duit

Inilah contoh sms yang diterima oleh penerima duit iaitu 16 digit.
Manakala ini pula contoh sms yang diforward oleh orang yang memindahkan duit tersebut.
Selepas transaksi selesai, orang yang memindahkan duit tersebut akan menerima sms yang menyatakan transaksi berjaya.

 Lupa nak cakap yang sekarang ni hingga 28 februari 2014, kos pemindahan sebanyak RM1 tidak akan dikenakan so bolehlah buat pemindahan tanpa kos. Satu lagi dalam masa sebulan bermula hari ini, tiga pemenang bertuah setiap hari akan menerima RM500 seorang sebagai inisiatif untuk buat pemindahan.

5 comments:

MisEyz BLurz said...

Wow! Mantapnyaa....

KHAIRUL AMRAN said...

memang memudahkan terutama untuk peniaga online. tapi masa 24 jam tu agak singkat la. kalau 48 jam ok kot.

Abam Kie said...

it is much better than CIMB Kwik account!

Unknown said...

Hurmm... satu pilihan servis kena cuba baru la kan... tapi still kena online banking kan...

amirah said...

waa...senang ni!