Pages

Sunday, April 7, 2013

Pilihan Raya Dah Dekat, Manifesto Oooo Manifesto (Barisan Nasional vs Pakatan Rakyat)

Tengok kat internet, tertarik kepada satu entri dalam blog saljuhumairah mengenai "Perbandingan Manifesto Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat". Since tarikh pengundian semakin dekat dan dijangka akan diumumkan pada hari Rabu (10 April 2013), memang penting bagi mereka yang mengundi untuk mengetahui apakah yang bakal diberi / dijanjikan oleh kedua-dua pihak. Jom kita tengok sedikit ringkasan.

Barisan Nasional
  • Pemberian BRIM akan ditingkatkan kepada RM1,200 secara berperingkat-peringkat daripada sekarang ni, RM500
  • Bantuan persekolahan akan diberi sebanyak RM150 setiap anak yang bersekolah
  • Baucer buku dinaikkan kepada RM300 daripada RM250
  • Penurunan harga kereta sebanyak 20%-30% secara berperingkat-peringkat
  • 3% pergerakan gaji khas dan semakan elaun untuk penjawat awam
Nak tahu lebih lanjut mengenainya, jom tengok Manifesto Barisan Nasional.

Jom kita tengok manifesto Pakatan Rakyat pula.
  • Merombak dasar automatif negara dengan harag kereta serendah RM25,000 dalam masa 5 tahun, cukai eksais akan dihapuskan
  • Pendidikan percuma kepada semua, hapus PTPTN
  • Harga petrol dan diesel akan diturunkan
  • Caj elektrik akan diturunkan
  • Penghapusan tol secara berperingkat-peringkat dengan pengambilan lebuhraya
  •  Gaji polis naik 15%
Nak tahu lebih lanjut jom baca, Manifesto Pakatan Rakyat.

Anyway, blog saya ni bukan blog politik ya tapi kita sebagai rakyat perlu mengambil tahu mengenai perkembangan semasa lebih-lebih lagi pengundiaan semakin dekat dan ianya melibatkan kita sebagai rakyat. So pilihlah secara bijaksana.

1 comment:

Myvitrd said...

Bahang PRU13 semakin dirasai.. :-)