Pages

Wednesday, August 28, 2013

Balik Modal Melabur Dalam Masa 2 Minggu @Emas KFH

Pada 13 Ogos 2013, iaitu 2 minggu yang lepas saya telah beli emas KFH pada harga RM145.19 untuk satu gram.
Guess what dalam waktu tersebut harga emas KFH kalau nak dijual adalah pada harga RM145.78 per gram. Ini bermakna dalam masa 2 minggu, pelaburan dalam emas KFH telah balik modal or terdapat peningkatan sebanyak 0.41% or RM0.59 untuk satu gram.

Peningkatan dalam masa 2 minggu ni sungguh cepat berbanding dengan 3 minggu untuk balik modal pada tahun 2010.   
Mengikut CNBC, waktu saya tulis entry ini, harga emas di pasaran antarabangsa adalah USD1,413.30 untuk satu auns yang mana terdapat kenaikan sebanyak USD20.20 or 1.45%.

Anyway melabur dalam emas ni kena fahami risiko yang bakal kita hadapi dan satu lagi keuntungan dalam emas ni hanyalah jika terdapat kenaikan harga berbanding dengan instrumen lain seperti saham, unit trust or fixed deposit yang mana keuntungan adalah dari pelbagai sudut seperti dividen, share split, kenaikan harga, pemberian kadar keuntungan dan macam-macam lagi.

Apa yang penting bila kita melabur, fahami betul-betul dalam apa yang kita laburkan dan jangan sekali-kali ikut orang tanpa memahaminya.

6 comments:

Ahmad Hati said...

Rm0.59./gram

35 gram : RM16++

Naik byk lg untung

Abam Kie said...

dulu ada gak berkira2 nak melabur dlm emas ni tp x jadi2 gak...sbb dah terguna duit yg sy cadang nak melabur tu. huhuhuhuhu

Myvitrd said...

belum ada modal nak melabur dalam emas ni.. seronok tengok kawan2 berjaya dalam pelaburan

~aSHa~ said...

sy dealer PG...

ehehehee

Hazmin Hamudin said...

Kira cepat jugak tu balik modal kan. Kalau ada ilmu, melabur apa pun pasti menguntungkan.

Mak lagenda said...

Kalo beli emas 2-3 bulan lps, lagi bnyk dpt untungnya sekarang ni kot..