Pages

Saturday, November 29, 2014

Jom Beli Kasut Futsal di KL Festival

Baru-baru ini saja pi cari kasut untuk main futsal. Pi le cari kat KL Festival, memula cari kat Al-Ihsan tapi macam tak menarik je so pi le kedai yang berhadapan dengannya kat dalam KF Festival tu. Banyak juga kasut futsal kat sini.
Cari punya cari jumpa le kasut Admiral. Actually jarang-jarang main futsal, lainlah blogger eyriqazz memang selalu main dan memang pro.
Ni le rupa kasut futsal jenama Admiral, memang saya ni suka colour hitam. 
Ni rupa tapak kasut futsal.
Yang saya beli harga lebih kurang RM80. Ok le kot.

Wednesday, November 26, 2014

Tahniah Danish Dapat 5A UPSR

Tahniah nak ucapkan kepada my son, Danish ke atas pencapaian 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun 2014. Semoga dengan pencapaian ini membuatkan Danish semakin berusaha untuk meningkatkan pelajaran dan juga dapat menjadi anak yang soleh.

Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan terima kasih kepada isteri yang banyak berkorban untuk mendidik Danish dan adiknya Afiqah dari segi ilmu dunia dan akhirat. Of course tak lupa untuk guru-guru yang mendidik Danish sehingga dapat 5A dalam peperiksaan ini. Dan juga kepada kawan-kawannya.

Saturday, November 22, 2014

Memang OK Citer Hunger Games: Mockingjay

Semalam lepas kerja pi KL Festival untuk tengok citer terbaru Hunger Games, Mockingjay. Memang for me jalan citer memang bagus. Bagi yang pernah tengok citer Hunger Games yang lepas memang akan lebih seronok dan faham akan jalan citernya.

By the way, yang Mockingjay ni adalah part I dan tahun depan ada part II. Tapi bagi my daughter dia memang tak layan, tanya bila nak habis citer ni.

Tuesday, November 18, 2014

Yuran Persekolahan Pelajar Tingkatan 1 Tahun 2015

Tahun depan, 2015, anak sulung saya, Danish akan memasuki tingkatan 1, kejap aja masa berlalu. By the way, pada 31 Disember 2014 nanti akan ada pendaftaran masuk tingkatan 1 dan koperasi sekolah mula dibuka pada 15 Disember 2014 untuk pelajar-pelajar beli barangan keperluan. By the way, mengikut perkiraan kasar saya, tak termasuk tudung kos keseluruhan untuk masuk ke tingkatan satu adalah sebanyak RM254.80.

Of course ini tak termasuk dengan pakaian dan alat tulis serta barangan keperluan lain. Nanti saya share kos keseluruhan. By the way, macam sesetengah barangan seperti di atas tu, i.e. kalkulator serta pensel warna boleh beli kat luar.

By the way, actually tajuk kat atas tu maybe tak kena, iaitu yuran persekolahan pelajar tingkatan satu. Tak jumpa tajuk apa yang sesuai, abaikan ya.

Monday, November 17, 2014

Afiqah Dapat Tempat Pertama Pertandingan Bercerita Bank Rakyat di 1 Utama

Pada hari Ahad (16.11.14), kami sekeluarga pergi ke One Utama. Kat sana ada Festival Cuti Sekolah Bank Rakyat. 
So kat sana ada pertandingan bercerita dan mewarna kategori bawah 10 tahun dan 10 tahun-12 tahun. So my daughter yang berumur 10 tahun masuklah pertandingan bercerita. Kebetulan sebelum ni Afiqah ada masuk pertandingan kat sekolah, so alang-alang dia masih ingat so apa lagi, kita hentam ajalah. 
Sebelum memulakan pertandingan apa kata kita ambil gambar dulu.
Suruh ambil sekali lagi, macam nak tak nak aja anak-anak ni.
Afiqah adalah peserta terakhir bercerita dengan membawa cerita bertajuk Goldilocks and three bears. Alah, cerita kanak-kanak yang pergi kat hutan tu then masuk rumah beruang tiga beranak.
Memang ada luck Afiqah dengan membawa balik sebanyak RM300 setelah berjaya mendapat tempat pertama.
Ni pula sessi bergambar beramai-ramai.
Hmmmm, sebelum ni Afiqah cakap nak sangat naik pentas so dapatlah impiannya tercapai kali ini di One Utama.
So dalam envelope tu ada surat yang mana menyatakan dapat hadiah berupa RM300 dan perlu masuk dalam Akaun Simpanan Nuri. Nasib baik akaun dah ada so tak perlulah susah-susah untuk buka akaun lagi.
Di samping wang RM300, dapatlah goodies lain seperti tabung, bekas pensel dan juga bekas air. So begitulah sedikit sebanyak pengalaman Afiqah masuk pertandingan bercerita di 1 Utama sempena #BankRakyat60.

Sunday, November 16, 2014

Telefon Samsung Bawah RM1,000

Lebih kurang 2 tahun yang lepas, kami beli 2 telefon Samsung Galaxy Ace Plus yang berharga RM650 setiap satu. So sekarang ni telefon wife punya dah rosak maybe sebab anak-anak selalu main games guna telefon tu.

Rasanya untuk 2 tahun OK le, so memandangkan ianya telah rosak, saya bercadang untuk beli telefon Samsung lagi kali ini. Budget adalah RM1,000 ke bawah dan spec yang saya cari adalah processor sekurang-kurangnya 1.0GHz dan mempunyai kamera di hadapan.

Apa kata bagi sikit idea mengenai telefon Samsung yang berharga RM1,000 ke bawah yang you all rasa berbaloi untuk beli bagi menggantikan Galaxy Ace Plus ni. Thanks.

Friday, November 14, 2014

Memang Sedap Nasi Beriani Gam Mak Tim di AU2

Ni nak citer mengenai Restoran Mak Tim yang kami kunjungi baru-baru ini.
Ianya terletak di Jalan AU2C/9, Taman Desa Keramat. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh call diaorang di 03-4266 5402 / 016-2265 939. Kalau tak silap restoran ni dibuka setiap hari kecuali Isnin, dari pukul 11.00 pagi hingga 11.00 malam. Restoran Mak Tim ni jual masakan dari negeri Johor.
Tak jauh dari bulatan dan main road.
Jalan-Jalan Cari Makan TV3 pernah terjah kat sini. Jom kita tengok menu yang ada kat sini.
Ada nasi beriani, laksa Johor, rojak sotong, tauhu bakar, nasi tomato dan macam-macam lagi.
Air pula ada bandung soda, mata kucing, ais jagung, ABC dan macam-macam le.
Harga kat sini boleh dikatakan OK le, set nasi beriani ayam merah adalah RM12.
Kalau tak cukup boleh tambah nasi beriani dengan harga RM5.
Laksa Johor boleh didapati dengan harga RM7.
Pernah dengar ais jagung? Memang unik ni. Kalau tak silap ianya salah satu daripada air yang patut kita order kat sini.
Kita mulakan dengan tauhu bakar, memang sedap especially dengan kuahnya yang pekat dan mengancam. Saya bawa balik tauhu bakar ni, so tak makan masa panas-panas so ianya sedikit liat tapi masih marvelous. Rating saya bagi 7.9 out of 10. Memang sukar nak dibandingkan dengan tauhu bakar Jus Gelas Besar di Datuk Keramat. 
Ni kuah dalca untuk nasi beriani.
Nasi beriani ayam merah @RM12. Memang sedap especially dengan kuahnya yang pekat dan rempahnya yang cukup. Nasinya pula sedap. Rating saya bagi 8.2.
Yang ni nasi beriani gam ayam @RM12 juga. Yang ni rating 8.1.
Tak cukup papadom, kita tambah dengan harga RM1.
Yang ni memang cukup special ais jagung @RM3.50. Memang first time dalam hidup saya minum ais jagung, ianya ada 3 layer, yang bawah tu adalah jagung, maybe guna yang dalam tin, yang kat tengah tu apa benda le dan yang kat atas adalah ais. Alah macam ABC le. Secara keseluruhan apabila kita gabungkan ketiga-tiga elemen tu memang jadi satu hidangan yang lengkap. Memang sedap, memang kalau datang sini kena cuba ais jagung di Mak Tim ni. Yang ni saya bagi rating 8.6 out of 10. 
Yang ni pula tak kurang hebatnya air bandung soda @RM2.50. Rating yang ni adalah 8.0. 
Yang ni ABC @RM3.50. Bagi saya ABC kat sini biasa-biasa je so saya bagi 6.9 out of 10. Secara keseluruhan makanan kat sini memang sedap, memang ramai yang datang Restoran Mak Tim ni akan bawa balik nasi beriani untuk dimakan kat rumah pula dan rata-rata yang makan kat sini memang licin. So apa lagi pi le terjah Restoran Mak Tim.

Sunday, November 9, 2014

Hari Keluarga di Sunway Lagoon 2014

Semalam ada family day tempat saya bekerja. Macam tahun-tahun yang sebelumnya, ianay diadakan di Sunway Lagoon. 
Pada tahun ini, 2014, temanya adalah super heroes, iaitu Iron Man, Thor, Hulk dan Captain America. Segak betul Thor ngan Iron Man ni.
Setiap kali family day, anak-anak memang suka sebab mereka boleh menyertai acara yang dipertandingkan. Kali ini, mereka diberi topeng untuk dipakai semasa menyertai acara. Kumpulan saya adalah Thor.
Ada 4 acara untuk kanak-kanak dan 4 acara untuk dewasa. Setiap permainan ada 10 orang. Yang ni acara mengumpul bola ping-pong. 
Inilah hasilnya. Banyak juga "telur" yang dapat dikumpul oleh kumpulan Thor.
Memandangkan kanak-kanak kumpulan Thor entah pergi mana so bilangan mereka tidak mencukupi untuk kanak-kanak berlainan untuk setiap permainan, so Danish dan Afiqah menyertai semua permainan. Bapanya pun menyertai dua permainan dan hasilnya inilah hadiah yang dimenangi. Actually semua orang dapat hadiah tak kira dapat nombor berapa. Jom tengok hadiah yang dimenangi tahun 2012.
Selepas tu apa lagi, bila habis pi le round satu Sunway Lagoon. Tahun 2014 nampaknya cabutan bertuah tak naik nama saya, so maybe next time ya.

Tuesday, November 4, 2014

Mangga Asam Boi Jadi Kegilaan Sekarang

Memang sekarang ni, kat blog ke, facebook ke, instagram ke, ramai yang upload gambar mengenai mangga asam boi. So apa lagi, semalam buatlah satu bekas. Bahan-bahannya adalah mangga yang tak masak lagi, asam boi, gula, garam, lada dan serbuk asam boi. Tak perlu letak air le.
Dah letak tu gaul-gaul le sedikit then last sekali letak le dalam peti sejuk untuk satu malam.
Ni le hasilnya, memang gula tu akan cair. Actually mangga asam boi ni lebih baik daripada jeruk mangga yang mana ianya banyak menggunakan pengawet. So makan jangan tak makan, buatlah mengikut selera anda, nak lebih pedas masukkan banyak lada dan gula tu lebih sikit kerana ia akan mengimbangi kemasaman mangga. Selamat mencuba!

Monday, November 3, 2014

Makan Colek Kelantan di Choleq Bangi

Petang semalam pi makan colek Kelantan di Choleq di Bangi. Nak tahu lebih lanjut boleh check facebook Choleq. By the way, restoran ni terletak di Jalan Reko Sentral 1, betul-betul di belakang Petronas. Boleh call 017-4343 224 (Erwan) untuk keterangan lanjut.

Kat sini ada juga, maggie ketam. Oooo lupa nak cakap yang colek ni dijual dari pukul 4.00 petang hingga 1 pagi.
 Nasi ala-ala Kak Wok di TTDI Shah Alam pun ada tapi from 8.00 pagi hingga 4 petang aja.
Ni le senarai colek yang dijual kat sini. Ada ayam, ikan, udang, kerang, sotong, popia dan macam-macam lagi. Tempat yang diambil nama selepas colek tu adalah tempat dimana colek tu popular, i.e. colek ayam Cherang, colek sotong Tanjung Lumpur dan colek kerang Bagan Lalang.
Air of course kena ada le, nak air panas ke, sejuk ke, tea ke, jus ke, macam-macam ada.
 
Ni colek ayam Cherang yang mana dalam ni ada antaranya ayam, popia, perut, tauhu dan kuih malas. Yang ni harganya RM8.90. Ianya diletak dalam bekas yang dilapis dengan kertas.  
Sebelum makan kenalah gaul agar ianya sebati dan sosnya perlu sekata baru sedap dimakan.
Kalau tak cukup minta le sosnya ya. Boleh tahan juga rasanya dan of course sukar jangan dibandingkan pula dengan tempat colek asal di Cherang, Kelantan.
Yang ni pula rojak ayam Bomba. Harganya RM6.90. Memang my daughter, Afiqah suka sangat ngan rojak ni especially ayamnya. 
Ni fish ball PCB @RM2.00 kira ada le tiga biji kot. Lepas tu order lagi 2 set. Memang my son, Danish suka ngan benda alah ni. 
So nak tahu lebih lanjut call le Erwan ya. Secara keseluruhan rating saya bagi antara 6.9-7.1 out of 10. Perlu improve lagi dari segi customer service especially masa yang diambil untuk serve makanan dan juga perlu inform customer awal-awal kalau makanan yang diorder tak ada i.e. tadi order keropok lekor pas tu beberapa minit tanya baru tahu yang keropok tu tak ada. Satu lagi, jangan biarkan customer tunggu lama sangat untuk buat pembayaran, mesti ada cashier jaga kat situ, ada beberapa orang berdiri depan kaunter tapi tak ada orang.

Tentang makanan saya prefer pedas sikit sos tu jangan manis sangat dan macam cair sikit sos tu, bagi pekat sikit. By the way, itu pandangan peribadi saya. Maybe saya silap, so apa lagi boleh share pengalaman makan kat Cholek. Maybe food blogger Hazman boleh bagi pandangan or maybe Shakiddo.