Pages

Monday, November 3, 2014

Makan Colek Kelantan di Choleq Bangi

Petang semalam pi makan colek Kelantan di Choleq di Bangi. Nak tahu lebih lanjut boleh check facebook Choleq. By the way, restoran ni terletak di Jalan Reko Sentral 1, betul-betul di belakang Petronas. Boleh call 017-4343 224 (Erwan) untuk keterangan lanjut.

Kat sini ada juga, maggie ketam. Oooo lupa nak cakap yang colek ni dijual dari pukul 4.00 petang hingga 1 pagi.
 Nasi ala-ala Kak Wok di TTDI Shah Alam pun ada tapi from 8.00 pagi hingga 4 petang aja.
Ni le senarai colek yang dijual kat sini. Ada ayam, ikan, udang, kerang, sotong, popia dan macam-macam lagi. Tempat yang diambil nama selepas colek tu adalah tempat dimana colek tu popular, i.e. colek ayam Cherang, colek sotong Tanjung Lumpur dan colek kerang Bagan Lalang.
Air of course kena ada le, nak air panas ke, sejuk ke, tea ke, jus ke, macam-macam ada.
 
Ni colek ayam Cherang yang mana dalam ni ada antaranya ayam, popia, perut, tauhu dan kuih malas. Yang ni harganya RM8.90. Ianya diletak dalam bekas yang dilapis dengan kertas.  
Sebelum makan kenalah gaul agar ianya sebati dan sosnya perlu sekata baru sedap dimakan.
Kalau tak cukup minta le sosnya ya. Boleh tahan juga rasanya dan of course sukar jangan dibandingkan pula dengan tempat colek asal di Cherang, Kelantan.
Yang ni pula rojak ayam Bomba. Harganya RM6.90. Memang my daughter, Afiqah suka sangat ngan rojak ni especially ayamnya. 
Ni fish ball PCB @RM2.00 kira ada le tiga biji kot. Lepas tu order lagi 2 set. Memang my son, Danish suka ngan benda alah ni. 
So nak tahu lebih lanjut call le Erwan ya. Secara keseluruhan rating saya bagi antara 6.9-7.1 out of 10. Perlu improve lagi dari segi customer service especially masa yang diambil untuk serve makanan dan juga perlu inform customer awal-awal kalau makanan yang diorder tak ada i.e. tadi order keropok lekor pas tu beberapa minit tanya baru tahu yang keropok tu tak ada. Satu lagi, jangan biarkan customer tunggu lama sangat untuk buat pembayaran, mesti ada cashier jaga kat situ, ada beberapa orang berdiri depan kaunter tapi tak ada orang.

Tentang makanan saya prefer pedas sikit sos tu jangan manis sangat dan macam cair sikit sos tu, bagi pekat sikit. By the way, itu pandangan peribadi saya. Maybe saya silap, so apa lagi boleh share pengalaman makan kat Cholek. Maybe food blogger Hazman boleh bagi pandangan or maybe Shakiddo.

2 comments:

Luqman Zakaria said...

kene g try nih..tapi kena carik waktu yg sesuai.

mama tisya said...

sedapnye tgk coleq tu