Pages

Friday, November 14, 2014

Memang Sedap Nasi Beriani Gam Mak Tim di AU2

Ni nak citer mengenai Restoran Mak Tim yang kami kunjungi baru-baru ini.
Ianya terletak di Jalan AU2C/9, Taman Desa Keramat. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh call diaorang di 03-4266 5402 / 016-2265 939. Kalau tak silap restoran ni dibuka setiap hari kecuali Isnin, dari pukul 11.00 pagi hingga 11.00 malam. Restoran Mak Tim ni jual masakan dari negeri Johor.
Tak jauh dari bulatan dan main road.
Jalan-Jalan Cari Makan TV3 pernah terjah kat sini. Jom kita tengok menu yang ada kat sini.
Ada nasi beriani, laksa Johor, rojak sotong, tauhu bakar, nasi tomato dan macam-macam lagi.
Air pula ada bandung soda, mata kucing, ais jagung, ABC dan macam-macam le.
Harga kat sini boleh dikatakan OK le, set nasi beriani ayam merah adalah RM12.
Kalau tak cukup boleh tambah nasi beriani dengan harga RM5.
Laksa Johor boleh didapati dengan harga RM7.
Pernah dengar ais jagung? Memang unik ni. Kalau tak silap ianya salah satu daripada air yang patut kita order kat sini.
Kita mulakan dengan tauhu bakar, memang sedap especially dengan kuahnya yang pekat dan mengancam. Saya bawa balik tauhu bakar ni, so tak makan masa panas-panas so ianya sedikit liat tapi masih marvelous. Rating saya bagi 7.9 out of 10. Memang sukar nak dibandingkan dengan tauhu bakar Jus Gelas Besar di Datuk Keramat. 
Ni kuah dalca untuk nasi beriani.
Nasi beriani ayam merah @RM12. Memang sedap especially dengan kuahnya yang pekat dan rempahnya yang cukup. Nasinya pula sedap. Rating saya bagi 8.2.
Yang ni nasi beriani gam ayam @RM12 juga. Yang ni rating 8.1.
Tak cukup papadom, kita tambah dengan harga RM1.
Yang ni memang cukup special ais jagung @RM3.50. Memang first time dalam hidup saya minum ais jagung, ianya ada 3 layer, yang bawah tu adalah jagung, maybe guna yang dalam tin, yang kat tengah tu apa benda le dan yang kat atas adalah ais. Alah macam ABC le. Secara keseluruhan apabila kita gabungkan ketiga-tiga elemen tu memang jadi satu hidangan yang lengkap. Memang sedap, memang kalau datang sini kena cuba ais jagung di Mak Tim ni. Yang ni saya bagi rating 8.6 out of 10. 
Yang ni pula tak kurang hebatnya air bandung soda @RM2.50. Rating yang ni adalah 8.0. 
Yang ni ABC @RM3.50. Bagi saya ABC kat sini biasa-biasa je so saya bagi 6.9 out of 10. Secara keseluruhan makanan kat sini memang sedap, memang ramai yang datang Restoran Mak Tim ni akan bawa balik nasi beriani untuk dimakan kat rumah pula dan rata-rata yang makan kat sini memang licin. So apa lagi pi le terjah Restoran Mak Tim.

3 comments:

mama tisya said...

mmg dkt ngan umh ni..slalu tgk tp tk pernah lak singgah....menarik tgk ais jagung tu

mama maman aka yana said...

menyelerakan pulank tgk air jagung tuh... huhu

jauh la dr puchong..

amirah said...

yg kat bulatan tu kan...dulu rasa mcm kecik aje kedai ni..dah ingat2 lupa dah