Pages

Sunday, November 9, 2014

Hari Keluarga di Sunway Lagoon 2014

Semalam ada family day tempat saya bekerja. Macam tahun-tahun yang sebelumnya, ianay diadakan di Sunway Lagoon. 
Pada tahun ini, 2014, temanya adalah super heroes, iaitu Iron Man, Thor, Hulk dan Captain America. Segak betul Thor ngan Iron Man ni.
Setiap kali family day, anak-anak memang suka sebab mereka boleh menyertai acara yang dipertandingkan. Kali ini, mereka diberi topeng untuk dipakai semasa menyertai acara. Kumpulan saya adalah Thor.
Ada 4 acara untuk kanak-kanak dan 4 acara untuk dewasa. Setiap permainan ada 10 orang. Yang ni acara mengumpul bola ping-pong. 
Inilah hasilnya. Banyak juga "telur" yang dapat dikumpul oleh kumpulan Thor.
Memandangkan kanak-kanak kumpulan Thor entah pergi mana so bilangan mereka tidak mencukupi untuk kanak-kanak berlainan untuk setiap permainan, so Danish dan Afiqah menyertai semua permainan. Bapanya pun menyertai dua permainan dan hasilnya inilah hadiah yang dimenangi. Actually semua orang dapat hadiah tak kira dapat nombor berapa. Jom tengok hadiah yang dimenangi tahun 2012.
Selepas tu apa lagi, bila habis pi le round satu Sunway Lagoon. Tahun 2014 nampaknya cabutan bertuah tak naik nama saya, so maybe next time ya.

5 comments:

eelobor said...

patut la ada terperasaan kat instagram ker kat fb pasal sunway. ada family day rupanya

Eyriqazz GTO said...

Nama saya saya pun tak naik...hehehe..

Abe Kie said...

sek sy buat hari keluarga di sek aje..huhuhuhu

Farra Da Smiley said...

untung la ada family day :)
sykt kami dah 2 thn tade hehh

Zura Tahir said...

dh lama xdw famili day...