Pages

Sunday, June 29, 2014

Juadah Berbuka Puasa 1 Ramadhan: Pasar Ramadhan Taman Melawati 2014

Hari ni adalah hari pertama kita menyambut bulan Ramadhan untuk tahun ini. So kami pi Bazar Ramadhan Taman Melawati. Beli nasi kukus ayam berempah ni, nampak sedap aja. Harganya RM4.50. Not bad juga dengan harganya. 
Sebut pasal puasa, mesti tak boleh dipisahkan dengan air kan. Of course air tembikai ni salah satu just yang kami selalu beli. Harganya RM4, kiranya satu jug le ni. Dapat ais percuma so OKlah tapi nampak macam tak pekat sangat air tembikai ni.
Sausage Uncle Bob pun ada. Ambil yang original le sebab anak tak suka yang pedas-pedas.
Kuih apa le nama ni. Seri muka ke? Untuk dua keping ni RM2. Memang dah letak dalam pack.
Yang ni ayam bakar masala @RM5. Nampak macam sedap aja. Actually semua menu nampak sedap kan.
Ni ayam percik RM4 seketul. Kuahnya saya tak tunjuk ya.
Akok beli 2 biji aja. Cukuplah since kalau banyak2 kan membazir pula.
Alamak kesian kat kuih pelita ni. Macam mana anak bawa tadi sampaikan bentuknya dah berubah.
Kerabu mangga boleh menambahkan selera untuk makan. 
Ni pula lala masak pedas kot. Kita tunggu le waktu berbuka puasa nanti. Anyway selamat berbuka semua.

9 comments:

amirah said...

uiiii byknya menu berbuka

Cik Puan Eka said...

aduh sedapnya nasi kukus ayam berempah tu.

Terliur rasanya hihi

HeNRieTTa JoSe said...

kueh akok....lamanya xmakan....

Eliss Mie said...

puasa2 ni tengok apa pun sodap..hehehe. terliur pulak tgk lala tu..

Bella Enveeus said...

Wow. Lala goreng bercili tu nampak lazat. Nyum

Zura Tahir said...

murahnye rezki...

HiDa said...

Sedapnya lala tu.. Selamat berpuasa tuk Sharinginfoz sekeluarga..

Hazmin Hamudin said...

Boleh tahan meriah jugak menu berbuka tu.

mama tisya said...

tk dpt mkn g tepung pelita puasa kalini...sbb hubby yg slalu p bazar cr kuih tp bila tnye tepung pelita die ckp rmi sgt org bli so die bli kuih lain