Hari minggu yang lepas kami sekeluarga pi ke Mantin, Negeri Sembilan untuk majlis perkahwinan Auntie E. Kiranya dia adalah rakan kerja saya. First time pi Mantin.
Tahniah diucapkan kepada Auntie E Atteya dan suami, Firdaus di atas perkahwinan mereka berdua. Semoga berkekalan dan berbahagia sehingga ke alam syurga. Ramai gak rakan-rakan kerja yang hadir.
Kami berkesempatan juga untuk bergambar dengan pengantin di pintu hadapan rumah.
Ni pula bahagian untuk autograph. Memang cukup menarik.
Tulislah pesanan or ucapan tahniah bagi mereka simpan untuk kenangan.
Ada juga album gambar mereka especially semasa belajar kat luar negara.
Sekarang ni makin canggih kan, ambil gambar dan masuk dalam instagram dan jangan lupa hastag #atteyafirdaus.
Ni pula doorgift. Menarik warna yang dipilih.
Di dalamnya ada pula Surah Yasin. Satu idea yang bagus untuk diberi kepada sahabat handai.
Coklat Cloud 9 pun ada, maybe coklat kesukaan Auntie E Atteya.
2 comments:
selamat pengantin baru untuk merekan... sweetnya tema warna itu...
idea bab #hashtag di #instagram tu memang tersangat menarik
Post a Comment