Masa pi Cameron Highlands baru-baru ini, kami sempat melawat Time Tunnel, iaitu satu tempat yang mana kita boleh tengok barang-barang zaman dahulu kala. Tak ada le zaman batu ya.
Tiket masuk adalah RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak, so untuk kami sekeluarga semuanya RM16. By the way, ianya terletak di area Brinchang.
Kalau tak kenal, benda alah ni adalah bubu, yang digunakan untuk menangkap ikan. Actually bubu ke serkap, entahlah rasanya bubu.
Ni pula antaranya termos untuk letak air panas dan juga cawan.
Minuman botol pun ada.
Pernah tak tengok suis eletrik berwarna hitam ni.
Yang ni pula kuali, macam berkarat aja.
Kalendar ni adalah datangnya pada tahun 1967.
Kenal tak ni? Jauh juga beza tin dan botol ni ya.
Ni le kasut yang dipakai untuk ke sekolah.
Permainan kanak-kanak, i.e. basikal pun ada.
Entah apa ni, mesin mengira kor.
Comel aja telefon ni.
Besarnya logo ajinomoto siap ejaan jawi le pula.
Jom kita main dam.
Kalau tak pun kita hentam aja.
Milo, Ovaltine atau Horlicks?
Ni pula paper bag.
Sedap juga gula-gula ni, dah lama tak makan.
Duit kertas dan syiling pun ada.
Gedabak aja TV hitam putih ni.
6 comments:
dolu dolu nyer barang memang menggamit kenangan kan
Menarik gak ni. Dah banyak kali ke CH tapi tak tahu plak ada tempat mcm ni. Termos, suis elektrik, dan TV sama masa zaman kecik2 dulu. Nostalgia betul ni.
alamak....tak perasaan la plk ada tempat mcm nie. kawan suka sgt benda2 nostalgik mcm nih
Kebanyakkan brg2 yg ada dlm gambar kat atas nun semuanya mak pernah nmpk masa mak kecik2 dulu like tin2 moli,overtine,nespray etc..tv tu pun ada kat umah my nenek.
Oh ya..suis tu pun!! Isk..bnyk betul2 brg2 lama yg mak masih kenal.
Eh. mak ni bleh dikira dtg dr zaman2 antik la jugak eyh. Sezamaan ngan brg2 ni semua
Ahoho..ai is tuanyaaa!!
byk gak tin yg tak pernah tgk..zaman dolu2 lg kot sebelum kita lahir
wah menarik sekali ya barang antiknya http://goo.gl/wtYTHX
Post a Comment