So kebetulan masa kami sampai tu, ada beberapa pasang lagi baju melayu Zizan Razak dijual pada harga diskaun "happy hour". Harga asal RM229, so untuk 2 pasang lagi yang tinggal, dikenakan dengan harga RM150 sekali dengan samping dan butang. So apa lagi ambil le sepasang since warna ni lebih kurang sama dengan baju wifey dan anak pompuan. Yang samping tu kiranya boleh pilih so ambil le yang lebih kurang.
Kualiti baju Zizan Razak ni not bad juga. Tak sempat sangat nak bandingkan dengan baju melayu Aaron Aziz. Sorry pasal tak pi check satu-satu baju melayu dua orang selebriti ni sebab dan spend banyak masa kat Sogo dan kami juga keletihan. Dalam kepala misi untuk mencari baju melayu untuk saya dan anak lelaki.
Ni le corok sampin, rasanya kalau sepasang baju melayu dengan sampin dan butang pada harga RM150 adalah berpatutan.
Dapatlah lima butang baju melayu.
Ni le lebih kurang baju melayu apabila dipadankan dengan sampin. Mana pula baju melayu anak lelaki? Cari punya cari dan tanya sales person dia cakap warna yang lebih kurang ni tak sampai lagi untuk kanak-kanak. Kalau nak kena datang lagi le minggu depan.
Fikir punya fikir dan memandangkan esok dah mula berpuasa, mesti anak-anak letih, so kami ambil keputusan untuk cari baju melayu anak kat tempat lain.
So pi le kat Wisma Yakin kedai Ali Omar Yunus. Beli le sepasang baju melayu. Harga asal RM80++ dan lepas diskaun dapatlah RM65.
Memang Danish teruja sangat nak pi kat Jakel nak cari baju melayu Aaron Aziz tapi kesudahan dapat Ali Omar. So tak dapat Aaron Aziz, dapat Ali Omar OKlah kan.
7 comments:
wah bestnye...huhu :)
salam ramadhan dari akak sekeluarga.
Bagus aa dapat pakai baju retis..
ehem2... kalah la zizan razak gagagaga
alala cian danish...takpela...next time beli lagi ye...takpun suruh ayah beli lagi satu... : )
tahun lepas hubby pakai bj melayu aaron aziz. tahun ni dia nak ulang pakai baju melayu tahun2 sudah ..so tema ulang tayang je nanti..hehehe
kiranya rezeki bro la dapat harga yang kira murah sebab sekali dapat sampin kan...
kesiannya anak awak tu... hee.. suami sy pun dapat rembat satu zizan razak punya.. dapat free samping.. happy hour mmg best. haaaa
Post a Comment