Pages

Thursday, June 26, 2014

Jom Shopping Baju Melayu Aaron Aziz dan Zizan Razak 2014 di Jakel

 Update: Dah Beli Baju Melayu Zizan Razak

Kita akan menyambut bulan Ramadhan dalam beberapa hari lagi dan seterusnya akan menyambut Hari Raya Puasa. Kalau bagi lelaki sure bila raya teringatkan baju melayu. Oleh sebab itu, Jakel akan mula jual baju melayu koleksi raya bermula hari Sabtu nanti, 28 Jun 2014 sehingga akhir Ramadhan. 
Kalau sebelum ini baju Melayu Aaron Aziz dijual, kali ini ditambah lagi dengan seorang lagi duta Jakel iaitu Zizan Razak. Tahun lepas aja, jualan baju melayu Aaron Aziz telah terjual lebih kurang 600,000 pasang. Memang banyak tu. Just imagine kalau sepasang RM100, untuk keseluruhan jualan telah mencecah RM60 juta. Hanya untuk baju melayu sahaja.

By the way, mengikut blog Cik Eka, harga baju melayu Aaron Aziz adalah bermula RM110 hingga RM285 sepasang dan dapat butang dan samping percuma.

Anyway bagi baju melayu Zizan Razak pula, mengikut siaran di TV3, bermula daripada RM60 hingga RM89 termasuk free samping.   
Perbezaan baju melayu Aaron Aziz dan Zizan Razak adalah dari segi warna dan cutting. Aaron Aziz cutting slim fit manakala Zizan Razak pula shirt cutting (entah betul ke ejaannya). Pakai baju melayu Aaron Aziz, nampak segak nampak muda. Macam-macam cara diaorang promosi ni.
Baju untuk wanita juga kali ini ditampilkan dengan duta Datuk Siti Nurhaliza dengan harga bermula RM199 dengan penampilan yang segar dan moden dengan fabrik yang bermutu tinggi. Apa yang segar tu, macam buah-buahan atau sayur-sayuran le pula.
Macam-macam warna dan pilihan ada. 
So apa lagi, pi le kat mana-mana cawangan Jakel untuk cari baju melayu Aaron Aziz or Zizan Razak or baju untuk wanita Datuk Siti Nurhaliza.

12 comments:

Montana said...

lawaaaa ooo...kompom harga dia sempoiiiii

Farra Da Smiley said...

mahal jugak baju melayu aaron aziz tu eh

eelobor said...

elok sangat la bila buat persediaan awal... takde la kelam kabut nanti

mama tisya said...

tlg lps bli bj melayu aaron aziz utk en hubby..so bila die pki die ckp feel2 aaron aziz..hehe

Eliss said...

last year pun hubby pakai baju melayu aaron aziz gak...tahun ni tak tau la :p hehehe

Rabia Sensei said...

Shanteek. Tapi tak tahulah ada size untuk hubby ker tak. ;p

Abam Kie said...

In sha Allah thn ni ada kwn nak hadiahkan baju melayu kat sy. x sabar nak terima tu..

.::: Princess MOMOY :::. said...

last year kawan citer beli baju AA
tapi kawan dia beli beberapa bulan lepas raya ada promosi baju AA tu jual rm 45 jer. mau tak pilu hati dia. hehe

Unknown said...

Saiz pe yg ada kt jakel ni @ bj mel

Sharinginfoz said...

Mcm2 saiz ada

Unknown said...

Harga dia berapa ek..

Julia said...

Btol ke baju malayu aron ade ofer 80 lbih skali samping dgan butang