Pages

Sunday, June 29, 2014

Juadah Berbuka Puasa 1 Ramadhan: Pasar Ramadhan Taman Melawati 2014

Hari ni adalah hari pertama kita menyambut bulan Ramadhan untuk tahun ini. So kami pi Bazar Ramadhan Taman Melawati. Beli nasi kukus ayam berempah ni, nampak sedap aja. Harganya RM4.50. Not bad juga dengan harganya. 
Sebut pasal puasa, mesti tak boleh dipisahkan dengan air kan. Of course air tembikai ni salah satu just yang kami selalu beli. Harganya RM4, kiranya satu jug le ni. Dapat ais percuma so OKlah tapi nampak macam tak pekat sangat air tembikai ni.
Sausage Uncle Bob pun ada. Ambil yang original le sebab anak tak suka yang pedas-pedas.
Kuih apa le nama ni. Seri muka ke? Untuk dua keping ni RM2. Memang dah letak dalam pack.
Yang ni ayam bakar masala @RM5. Nampak macam sedap aja. Actually semua menu nampak sedap kan.
Ni ayam percik RM4 seketul. Kuahnya saya tak tunjuk ya.
Akok beli 2 biji aja. Cukuplah since kalau banyak2 kan membazir pula.
Alamak kesian kat kuih pelita ni. Macam mana anak bawa tadi sampaikan bentuknya dah berubah.
Kerabu mangga boleh menambahkan selera untuk makan. 
Ni pula lala masak pedas kot. Kita tunggu le waktu berbuka puasa nanti. Anyway selamat berbuka semua.

Dah Beli Baju Melayu Zizan Razak di Jakel 2014

Semalam kami pi le kat Sogo untuk beli pakaian anak-anak untuk raya, memang ramai betul manusia. Lepas tu kami pun pi ke Jakel. Sebelum ni ada kuar kat TV3 mengenai jualan baju melayu yang mula dijual kat Jakel pada hari ini, 28 Jun 2014.
So kebetulan masa kami sampai tu, ada beberapa pasang lagi baju melayu Zizan Razak dijual pada harga diskaun "happy hour". Harga asal RM229, so untuk 2 pasang lagi yang tinggal, dikenakan dengan harga RM150 sekali dengan samping dan butang. So apa lagi ambil le sepasang since warna ni lebih kurang sama dengan baju wifey dan anak pompuan. Yang samping tu kiranya boleh pilih so ambil le yang lebih kurang.
Kualiti baju Zizan Razak ni not bad juga. Tak sempat sangat nak bandingkan dengan baju melayu Aaron Aziz. Sorry pasal tak pi check satu-satu baju melayu dua orang selebriti ni sebab dan spend banyak masa kat Sogo dan kami juga keletihan. Dalam kepala misi untuk mencari baju melayu untuk saya dan anak lelaki.
Ni le corok sampin, rasanya kalau sepasang baju melayu dengan sampin dan butang pada harga RM150 adalah berpatutan.
Dapatlah lima butang baju melayu.
Ni le lebih kurang baju melayu apabila dipadankan dengan sampin. Mana pula baju melayu anak lelaki? Cari punya cari dan tanya sales person dia cakap warna yang lebih kurang ni tak sampai lagi untuk kanak-kanak. Kalau nak kena datang lagi le minggu depan.

Fikir punya fikir dan memandangkan esok dah mula berpuasa, mesti anak-anak letih, so kami ambil keputusan untuk cari baju melayu anak kat tempat lain.
So pi le kat Wisma Yakin kedai Ali Omar Yunus. Beli le sepasang baju melayu. Harga asal RM80++ dan lepas diskaun dapatlah RM65.

Memang Danish teruja sangat nak pi kat Jakel nak cari baju melayu Aaron Aziz tapi kesudahan dapat Ali Omar. So tak dapat Aaron Aziz, dapat Ali Omar OKlah kan.
Janji baju melayu Danish more or less sama dengan baju melayu Zizan Razak yang saya beli. Keadaan dalam gambar ni jelas menunjukkan tak puas hati sebab tak dapat baju melayu Aaron Aziz.

Thursday, June 26, 2014

Jom Shopping Baju Melayu Aaron Aziz dan Zizan Razak 2014 di Jakel

 Update: Dah Beli Baju Melayu Zizan Razak

Kita akan menyambut bulan Ramadhan dalam beberapa hari lagi dan seterusnya akan menyambut Hari Raya Puasa. Kalau bagi lelaki sure bila raya teringatkan baju melayu. Oleh sebab itu, Jakel akan mula jual baju melayu koleksi raya bermula hari Sabtu nanti, 28 Jun 2014 sehingga akhir Ramadhan. 
Kalau sebelum ini baju Melayu Aaron Aziz dijual, kali ini ditambah lagi dengan seorang lagi duta Jakel iaitu Zizan Razak. Tahun lepas aja, jualan baju melayu Aaron Aziz telah terjual lebih kurang 600,000 pasang. Memang banyak tu. Just imagine kalau sepasang RM100, untuk keseluruhan jualan telah mencecah RM60 juta. Hanya untuk baju melayu sahaja.

By the way, mengikut blog Cik Eka, harga baju melayu Aaron Aziz adalah bermula RM110 hingga RM285 sepasang dan dapat butang dan samping percuma.

Anyway bagi baju melayu Zizan Razak pula, mengikut siaran di TV3, bermula daripada RM60 hingga RM89 termasuk free samping.   
Perbezaan baju melayu Aaron Aziz dan Zizan Razak adalah dari segi warna dan cutting. Aaron Aziz cutting slim fit manakala Zizan Razak pula shirt cutting (entah betul ke ejaannya). Pakai baju melayu Aaron Aziz, nampak segak nampak muda. Macam-macam cara diaorang promosi ni.
Baju untuk wanita juga kali ini ditampilkan dengan duta Datuk Siti Nurhaliza dengan harga bermula RM199 dengan penampilan yang segar dan moden dengan fabrik yang bermutu tinggi. Apa yang segar tu, macam buah-buahan atau sayur-sayuran le pula.
Macam-macam warna dan pilihan ada. 
So apa lagi, pi le kat mana-mana cawangan Jakel untuk cari baju melayu Aaron Aziz or Zizan Razak or baju untuk wanita Datuk Siti Nurhaliza.

Wednesday, June 25, 2014

Sedap Juga Biskut Julie Ni

Masa pi LRT Masjid Jamek tu ada le orang tengah jual biskut Julie's. Bila rasa sedap juga so saya belilah untuk anak-anak. Cute aja bekas tu, anyway harganya adalah RM20 untuk 2 bekas dan 1 percuma, semua sekali 3 bekas le.
Dalam satu bekas tu ada 15 keping biskut yang dipek secara berasingan.
Ada yang coklat dan juga strawberi. Anyway biskut ni ala-ala oat.
Beginilah rupa biskut, memang sedap gak.
Kalau tak caya cuba tanya Danish.

Wednesday, June 18, 2014

Mudah Betul dengan TGV, Boleh Print Tiket Kat Rumah

Weekend lepas pi tengok movie citer Maleficent, not bad cerita ni dan anak-anak really enjoy. By the way, pi tengok kat TGV dan tempah melalui online.

Yang bagusnya bila kita tempah online, then boleh print tiket tu sendiri kat rumah, so tak perlu le beratur untuk dapatkan tiket di cinema. Bila nak masuk tengok citer tu, bagi kat staff diaorang then tiket tersebut akan discan then dipulangkan kembali pada kita untuk simpanan. Mudahkan?

Tuesday, June 17, 2014

Moo Cow, Beli Satu Percuma Satu 15 Haribulan Setiap Bulan

Hari minggu yang lepas, masa pi kat shopping complex, terlihat dengan promosi Moo Cow, frozen yogurt yang mana beli satu percuma satu. Of course promosi ni hanya pada 15 haribulan setiap bulan. Kalau tak silap baru aja 3 bulan promosi ni berlangsung.
Anak-anak memang suka dengan Moo Cow ni.
Dua-dua anak beli froyo yang sama iaitu original dengan topping oreo.
So untuk dua cup tu harganya lebih kurang RM12. Murah gak kan?

Monday, June 16, 2014

Selamat Pengantin Baru untuk Atteya dan Firdaus

Hari minggu yang lepas kami sekeluarga pi ke Mantin, Negeri Sembilan untuk majlis perkahwinan Auntie E. Kiranya dia adalah rakan kerja saya. First time pi Mantin. 
Tahniah diucapkan kepada Auntie E Atteya dan suami, Firdaus di atas perkahwinan mereka berdua. Semoga berkekalan dan berbahagia sehingga ke alam syurga. Ramai gak rakan-rakan kerja yang hadir.
Kami berkesempatan juga untuk bergambar dengan pengantin di pintu hadapan rumah.
Ni pula bahagian untuk autograph. Memang cukup menarik.
Tulislah pesanan or ucapan tahniah bagi mereka simpan untuk kenangan.
Ada juga album gambar mereka especially semasa belajar kat luar negara.
Sekarang ni makin canggih kan, ambil gambar dan masuk dalam instagram dan jangan lupa hastag #atteyafirdaus.
Ni pula doorgift. Menarik warna yang dipilih.
Di dalamnya ada pula Surah Yasin. Satu idea yang bagus untuk diberi kepada sahabat handai.
Coklat Cloud 9 pun ada, maybe coklat kesukaan Auntie E Atteya.

Sunday, June 15, 2014

Untung Juga Beli kat AEON

Tadi baru aja dapat voucher RM40 bagi rebate pembelian di AEON. By the way, rebate ni diberi setiap 6 bulan dengan kadar 3% atau 5% daripada jumlah pembelian yang mana setiap RM1 dibelanja dapat le 1 point.

Di samping itu juga bila check point yang ada, bolehlah tukar pula dengan voucher, so dapatlah another RM80. Semua sekali dapatlah RM120. Untung juga kan beli kat AEON ni, boleh kumpul point dan pada masa yang sama point tersebut boleh ditukar dengan voucher.

Thursday, June 12, 2014

Macam-Macam Barang Antik Ada di Time Tunnel @Cameron Highlands

Masa pi Cameron Highlands baru-baru ini, kami sempat melawat Time Tunnel, iaitu satu tempat yang mana kita boleh tengok barang-barang zaman dahulu kala. Tak ada le zaman batu ya.
Tiket masuk adalah RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak, so untuk kami sekeluarga semuanya RM16. By the way, ianya terletak di area Brinchang.
Kalau tak kenal, benda alah ni adalah bubu, yang digunakan untuk menangkap ikan. Actually bubu ke serkap, entahlah rasanya bubu.
Ni pula antaranya termos untuk letak air panas dan juga cawan.
Minuman botol pun ada.
Pernah tak tengok suis eletrik berwarna hitam ni.
Yang ni pula kuali, macam berkarat aja.
Kalendar ni adalah datangnya pada tahun 1967. 
Kenal tak ni? Jauh juga beza tin dan botol ni ya.
Ni le kasut yang dipakai untuk ke sekolah.
Permainan kanak-kanak, i.e. basikal pun ada.
Entah apa ni, mesin mengira kor.
Comel aja telefon ni.
Besarnya logo ajinomoto siap ejaan jawi le pula.
Jom kita main dam.
Kalau tak pun kita hentam aja.
Milo, Ovaltine atau Horlicks?
Ni pula paper bag.
Sedap juga gula-gula ni, dah lama tak makan.
Duit kertas dan syiling pun ada.
Gedabak aja TV hitam putih ni.